Terima Kasih Sahabat

12 September 2007

ramadhan datang lagi...

ramadhan datang lagi....aku memohon agar ramadhan tahun ini akan memberikan aku penghayatan dan pengamatan terhadap amal ibadat yang akan aku lakukan...
moga aku dapat menjalani ibadah puasa ini dengan ketenangan dan dirahmati selalu dari Allah...aku memohon agar aku dikurniakan dengan kesihatan yang baik...danjiwayang tenang...
selamat berpuasa pada rakan-rakan blog yang ku sayang..moga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa ini dengan jayanya...

06 September 2007

pertemuan yang dirancang...


tarikh : 1 sept 2007
masa : 12.30 tengah hari
tempat : jusco, mid valley
perkara : pertemuan 2 blogger
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku hanya kenal kawan blogger aku ini melalui blog dia yang sememang nye 'terkenal' dan 'glamer'...memang perkara wajib aku setiap hari akan singgah di blog dia untuk mengetahui ceta-ceta terbaru nye...memang aku akan gelak sorang2 bila baca blog dia..memang dia mempunyai idea yang kreatif dan puitis...bukan senang nak wat n3 yang menarik dan tertarik...akan ramaila yang akan memberi komen...memang best giler la blog dia ni...

pastu aku berchat dan bersms plak dengan dia...setiap hari aku akan berchat gan dia...dia memang seorang rakan yang memahami dan pemberi nasihat yang bagus...

ntah camne aku dan dia plan nak jumpa...tu pun secare mengejut...cam caye tak caya...aku hanya bersms untuk mengaturkan pertemuan ini...

thanks tiara (tiaraayzan.blogspot.com) kerana sudi berjumpa dengan risa...risa berharap moga ianya satu pertemuan yang akan mengeratkan persahabatan kita...insya'allah...pas ni kita akan berjumpa untuk sambutan besday kita plak...