Terima Kasih Sahabat

31 December 2007

selamat tinggal 2007...selamat datang 2008


selamat tinggal tahun 2007 yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit....akan ku kenang segala kenangan dan memori ini di dalam lipatan fikiran ku ini...

antara kenangan manis yang akan tersemat di kotak memoriku:
::: sambutan 2nd annivesary untuk pernikahan :::
::: sambutan tahun ke 9 dalam percintaan :::
::: kakitangan awam dapat kenaikan gaji :::
::: dapat anak buah baru iaitu Qhairunnisa :::
::: berjumpa dengan teman blog untuk pertama kalinye :::
::: gi rumah teman blog di Semenyih :::
::: dapat lesen memandu :::
::: dapat beli handset baru (nokia 6288) :::
::: dapat beli 1G sim card untuk digital camera :::
::: cuti-cuti Malaysia di Genting Highland, Cherating dan Pulau Pangkor :::
::: dapat jumpa PM, Tan Sri KSN, Ella, Mawi, Erra Fazira, Jamal Abdillah, Amy Search, Noryn Aziz, Mas Idayu :::
::: takde buat hutang dengan mana-mana bank :::

antara kenangan pahit yang akan ku lupakan dari fikiranku :
~ kena tikam dari belakang oleh member opis
~ kehilangan kereta kesayangan ku
~ dimaklumkan oleh doktor bahawa perlu makan ubat sepanjang hayat
~ kehilangan kawan baik (opis)
~ teman blogger yang menjauhkan diri
~ pressure dengan kerja di opis (semua org tertekan dgn keja kan) tapi aku punye tertekan lain sikit
~ bergaduh dengan hubby (biasalah kan semua suami isteri akan bergaduh kan)
~ kena marah dengan big boss

semoga kedatangan tahun 2008 akan menjadi tahun yang banyak memberi aku semangat, kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan dan rintangan yang mendatang...insya'allah...

azam aku untuk tahun 2008...
* menjadi seorang hamba Allah yang taat dan beriman
* nak jadi seorang isteri yang solehah
* nak jadi seorang ibu yang mithali (nak cuba mengandung tahun ini)
* nak jadi seorang anak yang patuh dan taat (aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa ku)
* nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab
* nak jadi seorang kawan, teman dan sahabat yang setia
* nak gi honeymoon di Langkawi
* nak bawa mak naik kapalterbang
* nak menyimpan duit
* nak beli notebook
* nak sambung study
* nak selalu update blog (insya'allah setiap hari)

29 December 2007

Makan-Makan...


makanan yang diorder...


tomyam seafood...

udang goreng masak pedas...

kerabu mangga (meleleh air liur)...

sambal belacan bersama ulam-ulaman...

pas cuti-cuti Malaysia di taman Titiwangsa, my hubby ajak gi makan di Keramat...memang tempat ini tempat faveret kami makan...dari zaman bercinta lagi hingga la sekarang...servis yang diberikan memang tip top la...makanan dia pun memang sedap-sedap belaka...masakan ala-ala thailand gitu...
makanan yang kami pesan adalah nasi putih, udang goreng masak pedas, kerabu mangga (memang meleleh la), tomyam seafood (tomyam dia warna putih) dan telur dadar...yang pastinya my hubby akan makan tambah 2 pinggan la....

lagi satu makanan yang paling aku suka makan kat sini ialah nasi goreng paprik ayam...memang sedap dan menjilat jari...lepas makan mesti meleleh air hidung sebab kepedasan...kat sini masakan dia memang banyak pakai cili padi...kalu sesapa yang tak tahan tu memang surrender la...walaupun pedas tetap menjadi pilihan tempat makan kami...

Eye On Malaysia...


persembahan laser...

29 dis 2007 yang lalu aku dan hubby pergi buat cuti-cuti Malaysia di sekitar Taman Titiwangsa Kuala Lumpur....dekat je bukannya jauh pun dari rumah..dalam 20 minit dah sampai tapi rase cam jauh je coz jarang datang ke Taman Titiwangsa....

disebabkan takut la kalu Eye On Malaysia ini akan ditutup pada 31 dis 2007 ini maka aku dan hubby gi la berjalan-jalan dan menghirup udara segar di sana...Ya Allah punyelah ramai manusia kat situ yang beratur nak naik Eye On tu...sanggup mereka beratur kan demi untuk naik dan melihat pemandangan dari atas Eye On...aku sahaja yang tak sanggup nak beratur..just ambik gambar saje dan melihat persembahan...



berdiri megah Eye On Malaysia...

berlatar belakangkan persembahan laser...

berlatarkan Eye On Malaysia...

28 December 2007

Alien vs Predator 2...







aksi my hubby dengan banner alien vs predator 2...

my hubby di"telan" oleh alien...

hari jumaat 28 dis 2007 my hubby telah belanja aku untuk menonton wayang cerita Alien vs Predator 2 di Ampang...my hubby ni memang kemaruk sungguh dengan cerita ini....almaklumla cerita yang bertemakan alien dan masa hadapan ini adalah minat dia...aku mengikut sahaja coz dah lama tak menonton wayang...


jalan cerita ini memnag menarik...penuh dengan suspens dan mengejutkan sahaja....memang kita nak sangat tahu macamane akhirnya cerita...macamane alien dan predator ini bila berada di bumi manusia...yang bestnya ada kacukan alien dan predator...kita kena tengok betul-betul yang mana alien dan predator ini coz cerita ini berkisar waktu malam....gelapkan...tu yang kita kena pastikan yang mana satu....


cuma akhir cerita ini sahaja yang kureng menyenangkan sikit...cara alien dan predator tu mati cam senang je...macam pengarah tu takde idea yang lebih bernas untuk mematikan makhluk asing yang berada di bumi...kesian pada semua manusia yang hidup di bandar yang diserang oleh alien dan predator tu...semuanya mati kecuali hero dan heroin kan...biasalah pengakhiran cerita hero dan heroin tetap akan hidup....









27 December 2007

sahabat yang menghilang....

aku dah lama memendam perasaan ini dan ianya asyik berlegar-legar dalam akal fikiran ku ini...aku dah cukup rasa tertekan untuk menghadapi masalah ini seorang diri....akhirnya aku mengambil keputusan untuk menulis juga di blog ini agar semua yang ku rasa ini dapat dapat diterjemahkan dan dapat ditafsirkan oleh kekawan blog sekalian...


apa perasaan kalian jika hubungan persahabatan yang dibina terputus tanpa sebab yang munasabah....tanpa ada penjelasan daripada pihak sebelah (sahabat yang memutuskan persahabatan)....kalian tidak tahu dan tidak mengerti mengapa semua ini terjadi...kalian ditinggalkan tanpa khabar berita, tanpa penjelasan dan tanpa bukti walaupun kalian cuba untuk buat yang terbaik....itu yang aku rasakan ketika ini...ianya berlegar-legar di kepala ku ini...aku hairan mengapa perkara ini berlaku terhadap diri ku walaupun aku tidak meminta pun hal ini terjadi....

aku hanya kenal sahabat ku ini di alam maya (alam cyber) iaitu di alam blog dan berkenalan dengan lebih lanjut melalui chat dan akhirnya aku bertemu dengannya dengan izin Allah....aku bersyukur kerana diketemukan dengan sahabat ku ini....semua cerita mengenai diri ku aku bercerita dengan tanpa rasa berselindung dan segala cerita pahit dan manis yang ku rasakan...aku bersyukur Allah menemukan aku dengan beliau....


namun tanpa ada ribut aku telah 'dipulau' dan 'ditinggal'kan bersendirian....aku cukup tertekan apabila sapaan aku di chat tidak dilayan, sms yang aku hantar tiada balasan dan panggilan yang aku buat tidak dilayan (diputuskan)....aku hairan mengapa hal ini terjadi....aku mahukan penjelasan yang terang kerana aku sudah makan dan minum dirumah sahabat ku ini...ianya telah menjadi sebahagian darah daging ku ini...aku berharap segala makanan dan minuman yang aku makan akan dihalalkan dunia dan akhirat....

aku serasa serik dengan persahabatan di alam maya ini...aku rasa fobia kerana berkawan dengan insan yang tidak tahu dan mengerti dengan persahabatan yang sebenar...aku lebih memahami dan mengerti persahabataan di dunia realiti (iaitu orang yang selalu kita bertegur sapa, bergurau senda dan tahu isi hati masing-masing)....aku lebih senang bersahabat dengan kawan-kawan sepejabat dan sekolej....lebih faham dan mengerti susah senang bila kita dalam masalah...

Ya Allah berikan aku petunjuk dan hidayah Mu untuk aku mencari seorang sahabat yang memahami dan mengerti diri ku ini....

26 December 2007

trauma kehilangan...


tinggal kenangan.... di mana kan ku cari ganti mu....

aku dan suami dalam situasi trauma sekarang ini...trauma kerana kehilangan kerana yang kami sayang selama ini...kereta yang banyak berjasa kepada kami...membawa kami dan keluarga ke mana-mana sahaja...


kereta aku bernombor pendaftaran WLW 5841 telah disamun di depan LRT Setiawangsa oleh 3 orang lelaki india pada jam 7 pagi semalam (25 Dis 20007)...kereta (toyota corolla berwarna silver) yang dinaiki oleh 3 orang lelaki india ni telah melanggar kereta yang dipandu oleh suami aku dari belakang...suami aku telah turun dari kereta untuk melihat kesan dari pelanggaran tersebut...semasa sedang melihat itu, seorang india telah menyerang suami aku dengan melibas parang panjang tersebut...syukur alhamdulilah suami aku dapat mengelakkan dirinya...kalu tidak aku tidak tahula bagaimana pula jadinya...india tersebut telah masuk ke dalam kereta aku dan telah melarikannya....nasib baik kawan suami aku dapat keluar dari kereta tu...kalu tidak confirm kawan suami aku ini pun turut dilarikan....


bila suami aku telefon aku mengatakan kereta kami telah disamun, rasa tidak jejak bumi rasanye aku ketika itu....seharian aku dan suami dalam keadaan bingung dan tidak tahu nak buat apa....yang pastinye kami telah membuat report polis dan jika ada apa-apa perkembangan pihak polis akan menelefon kami....


kami memohon kepada ALLAH agar kereta kami akan dijumpai dalam keadaan selamat....itu sahaja yang kami boleh harapkan...yang pastinya hari ini aku dan suami akan pergi ke bank untuk membuat tuntutan insurans....Ya ALLAH aku memohon pada MU agar segala urusan dalam tuntutan insurans ini akan berjalan dengan lancar....


aku dan suami redha dan pasrah dengan ketentuan dariMu Ya Allah, moga kami diberikan petunjuk dan hidayah dariMu agar permudahkan segalanya....


aku memohon jika kawan-kawan kalu terserempak dengan kereta iswara aeroback berwarna hitam bernombor pendaftaran WLW 5841 boleh la berhubung dengan aku....terima kasih kekawan...moga doa kalian dapat la mempermudahkan pencarian kereta kami ini...

19 December 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

"Selamat hari raya Aidil Adha diucapkan kepada semua member-member blog...moga kalian bergembira di samping orang yang tercinta...."

Hari Q....


bersama member yang menjaga boot....

brouncher dan bunting yang digunakan...

memberi penerangan dan bersalaman dengan menteri....

13 Dis 2007 lepas, kementerian aku ada buat Hari Kualiti atau Hari Q yang akan diadakan setiap tahun...

tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas, kami BTM perlu membuka boot untuk Talian Nur 15999....pernah dengar tak pasal Talian Nur yang telah dilancarakan oleh Y.B PM pada 5 Dis 2007 yang lepas di JPM, Putrajaya....aku yang menjadi urusetia untuk Talian Nur ini perlu la menjaga boot tu dan memberi penerangan kepada semua yang bertanya....insya'allah aku dapat melaksanakan tugas tu dengan jayanya....
yang bestnya aku dapat bersalaman dengan Dato' Sri Shahrizat...yelah walaupun dia menteri aku tapi jarang sungguh dapat berjumpa dengan dia...almaklumla orang bzz kan....

17 December 2007

Malam Gala Dinner..






14 Dis 2007 opis aku ada buat Malam Gala Dinner di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang bertemakan "Malam Hikayat 1001 Malam"...
semua yang datang wajib memakai baju atau custom yang bertemakan arabic....macam-macam gaya dan keletah orang yang dapat dilihat pada malam tu....

ada barisan artis yang menjayakan Malam Gala Dinner ini iaitu Mawi, Jamal Abdillah, Ella dan Erra Fazira....

erra fazira dan ella....

jamal abdillah dan mawi....

yang pastinya makanan yang disediakan memang la menarik dan sedap giler...kalu ikutkan hati semuanya nak dimakan tapi disebabkan ruang perut yang kecik aku hanya menjamah laksa, nasi ayam, tauhu bakar, cheese cake, buah-buahan dan ais kacang...banyak lagi yang aku tak rasa macam kambing bakar, sotong kangkung dan macam-macam lagi...alhamdulilah...

tapi yang tak bestnye takde sorang dari kami pun yang menang lucky draw...memang best betula la lucky draw punye present antaranya tiket menunaikan umrah, home theater, notebook dan barangan elektrik...

12 December 2007

kenapa dan kenapa...



aku tidak tahu mengapa hal ini harus terjadi kepada ku...adakah ianya salah aku????atau silap kata dari ku tanpa aku perasan...aku perlukan penjelasan tentang hal ini namun aku tidak tahu bagaimana caranya....selagi aku tidak dapat penjelasan dari dia aku rasa diri ku ini tidak tenang dan selalu tertanya-tanya apa salah ku ini...

aku tidak mahu persahabatan kami terputus begini tanpa ada penjelasan yang nyata....

kenapa, kenapa dan kenapa selalu tertanya-tanya di benak hati dan otak fikiran ku ini... aku rindukan teman bicara dengan mu...teman bergaduh dengan mu dan teman untuk meluahkan perasan aku yang gundah gulana ini....namun kau seumpama menjauhkan diri dari aku ini....

aku teramat rasa kehilangan mu....hampir 2 minggu aku tidak mendengar khabar berita dari mu...seupama aku hilang kawan untuk berbicara tentang rasa gembira dan rasa sedih ku ini...namun jika kau tidak sanggup menjadi teman bicara ku lagi, aku harap kan penjelasan dari mu...jika kamu tidak mahu berkawan dengan ku lagi aku akan terima segalanya...kalu itu sudah ketentuan dariNya...aku harus terima segala takdir yang diberikan aku....

aku terlalu berharap dapat penjelasan dari mu secepat mungkin....

masihkah kau mengingati bunga coklat ini???....

06 December 2007

luahan rasa...


aku ingin memencilkan diri untuk seketika...aku ingin bersendirian buat sementara...aku tidak mahu berbicara dengan sesapa jika tiada yang penting untuk dikatakan....

aku lebih selesa mendiamkan diri tanpa berbicara atau berbual tentang apa sahaja...lebih tenang ku rasa kan bila aku berbuat demikian....tanpa ada rasa kekacauan dan kekalutan yang melanda diri ini...

aku lebih rasa tenang berbicara di dalam blog ini...tiada sesiapa yang akan menganggu jiwa dan perasaan ku ini...apa yang mahu ku luah dalam hati ini dapat ku paparkan tanpa ada sesapa yang menghalangnya...apa saje yang ingin kukatakan yang terpendam di dalam jiwa ini dapat aku luahkan...terima kasih blog...di sini tempat aku meluahkan segalanya yang terpendam di jiwa ini...biar terlerai segala kekusutan di dalam jiwa ini...

golakan nurani....


Ya Allah aku perlukan kesabaran dan ketabahan yang teramat-amat tinggi dalam menghadapi segala dugaan serta rintangan yang Kau berikan padaku...aku tidak mampu untuk menghadapinya...aku seorang umat yang amat lemah...jiwa aku begitu sensitif...nurani ku terlalu sedih dengan perangai serta sikap manusia di sekeliling ku ini...seumpama aku ini tidak wujud di alam mereka....serasa diri ini bagaikan halimunan di kalangan mereka...

mengapa aku hanya kelihatan di mata mereka ketika mereka dalam kesusahan dan kesibukan....namun ketika mereka ingin bergelak tawa dan bergurau senda seumpama dilupakan sahaja kewujudan aku di kalangan mereka....aku berasa begitu sedih dan pilu dengan kelakuan mereka...menitis air mata ku ini bila diri ini diperkotak katikkan seumpama itu...

adakah diri ini tidak penting bagi mereka....aku rasa diri ini teramat kerdil dan kecilnya bila aku di kalangan mereka....serasa kewujudan aku ini hanya menganggu gugat dan mengacau kehidupan mereka....

aku jua mahukan perhatian dan kasih sayang dari mereka...semua insan di dunia ini mahukan begitu...namun mereka seakan lupa keperluan dan kehendak insan di dunia ini....

Ya Allah berikan aku kekuatan jiwa dan ketabahan nurani yang teramat kuat untuk aku menghadapi segala perbuatan dan tingkah laku mereka....moga aku kuat untuk melawan tangis di tubir mata ini....agar tidak jatuh ke pipi...biarlah aku menangis di hati sahaja tanpa menunjukkan kepada mereka...biarlah di mata mereka aku kuat dan gembira walaupun pada realitinya/hakikatnya adalah disebaliknya yang berlaku...

aku perlu menjauhkan diri untuk seketika agar aku dapat memunasabahkan diri ini....agar aku dapat kenal hati dan jiwa ku ini....Ya Allah semoga Kau dapat meleraikan segala kekusutan yang aku alami ini...

04 December 2007

kaletah qhairunnisa II...


comeinya dia...

sengih sampai telinga...

nisa bersama mak tersayang...