Terima Kasih Sahabat

04 December 2007

My weekend xtiviti...

aktiviti hari ahad hari tu, pagi-pagi lagi aku dan hubby bersemangat untuk memulakan plan jogging kami...plan yang dah lama dirancang tapi baru hari ahad tu yang semangat lebih...aku dan hubby telah pergi ke Tmn Titiwangsa...punye ramaila orang yang buat riadah bersama family dan pasangan masing-masing...lagi bersemangatla kami nak memulakan aktiviti kami....

dapatla buat jogging atau berjalan laju dalam 2 pusingan titiwangsa tu...memang berpeluh dan penat la...coz dah lama tak buat kan....ini adalah aktiviti mingguan yg akan kami lakukan bersama bg mengeratkan lagi hubungan suami isteri kami....insya'allah...


kasut baru yang dihadiahkan oleh hubby tersayang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
balik dari jogging aku dan hubby ke pasar tani...hari ini aku terlebih rajin untuk masak plak...coz hubby aku mengajak untuk gi piknik kat sungai kg. kemensah di ulu klang (kat belaknag zoo negara)...seronoknya coz aku dah lama tak gi sungai....


masa aku tengah memasak tu, my twin telah menelefon utk datang umah....pa lagi aku terus la ajak my twin dan semua anak buah aku untuk join piknik...lagi best kan....bawa plak 2 orang anak buah aku yang memang giler main air ni...memang saat dinantikan...


kul 2 pm aku bertolak dari rumah...jalan ok cuma jalan nak masuk ke kg. kemensah tu yg jem coz ramai yang parking kat kiri kanan jalan nak masuk ke zoo negara....hampir 15minit gak untuk lepas kesesakan tu...

memang ramaila orang yang datang...nasib baik dapat parking yang senang...yang bestnye tempat ini dah disediakan jalan bertar...takdelah susah sangat nak turun ke anak sungai...lagipun my twin telah bawak stroller utk nisa....


memang nyaman dan sejuk betulla air sungai tu...tapi yang tak bestnye tempat ini ialah kemudahan tandas untuk tukar baju...kalu lelaki memang senang la nak tukar baju....bg kaum pompuan la yang susah sikit nak tukar baju...remeh kan...disebabkan keremahan tu aku tak mandi...just main air sambil melayan 2 anak buah aku....

memang seronok bangat la...lain kali aku nak ajak mak dan adik-adik aku plak...maybe kali ini aku akan buat ikan bakar plak...mesti lagi best kan...

pukul 4pm aku bertolak balik...sekali lagi nak kena meredah jem kat pintu kuar zoo negara tu....kena bersabar la....itu la aktiviti yang dilakukan oleh aku dan hubby pada hujung minggu lepas...

cantik sungguh la air sungai nya....

2 anak buah yang mandi sakan sampai tak nak balik...
bergambar bersama anak buah...

No comments: