Terima Kasih Sahabat

31 December 2007

selamat tinggal 2007...selamat datang 2008


selamat tinggal tahun 2007 yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit....akan ku kenang segala kenangan dan memori ini di dalam lipatan fikiran ku ini...

antara kenangan manis yang akan tersemat di kotak memoriku:
::: sambutan 2nd annivesary untuk pernikahan :::
::: sambutan tahun ke 9 dalam percintaan :::
::: kakitangan awam dapat kenaikan gaji :::
::: dapat anak buah baru iaitu Qhairunnisa :::
::: berjumpa dengan teman blog untuk pertama kalinye :::
::: gi rumah teman blog di Semenyih :::
::: dapat lesen memandu :::
::: dapat beli handset baru (nokia 6288) :::
::: dapat beli 1G sim card untuk digital camera :::
::: cuti-cuti Malaysia di Genting Highland, Cherating dan Pulau Pangkor :::
::: dapat jumpa PM, Tan Sri KSN, Ella, Mawi, Erra Fazira, Jamal Abdillah, Amy Search, Noryn Aziz, Mas Idayu :::
::: takde buat hutang dengan mana-mana bank :::

antara kenangan pahit yang akan ku lupakan dari fikiranku :
~ kena tikam dari belakang oleh member opis
~ kehilangan kereta kesayangan ku
~ dimaklumkan oleh doktor bahawa perlu makan ubat sepanjang hayat
~ kehilangan kawan baik (opis)
~ teman blogger yang menjauhkan diri
~ pressure dengan kerja di opis (semua org tertekan dgn keja kan) tapi aku punye tertekan lain sikit
~ bergaduh dengan hubby (biasalah kan semua suami isteri akan bergaduh kan)
~ kena marah dengan big boss

semoga kedatangan tahun 2008 akan menjadi tahun yang banyak memberi aku semangat, kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan dan rintangan yang mendatang...insya'allah...

azam aku untuk tahun 2008...
* menjadi seorang hamba Allah yang taat dan beriman
* nak jadi seorang isteri yang solehah
* nak jadi seorang ibu yang mithali (nak cuba mengandung tahun ini)
* nak jadi seorang anak yang patuh dan taat (aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa ku)
* nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab
* nak jadi seorang kawan, teman dan sahabat yang setia
* nak gi honeymoon di Langkawi
* nak bawa mak naik kapalterbang
* nak menyimpan duit
* nak beli notebook
* nak sambung study
* nak selalu update blog (insya'allah setiap hari)

No comments: