Terima Kasih Sahabat

31 January 2008

maggi goreng riSaNuR...


maggi goreng rIsaNur...

semalam my hubby telah membuat request untuk aku masak benda yang simple, cepat dan sedap...apa yang aku fikir masa tu adalah maggi..yelah cepat dan simplekan..hanya 2 minit sahaja kita dah boleh makan...

untuk menyedapkan masakan maggi goreng ni aku telah membuat resepi sendiri iaitu maggi goreng risanur...aku telah menumis bawang besar, sambal cili kering dan aku udang serta isi ayam....aku juga telah menambah kicap manis dan sos tiram untuk menyedapkan lagi maggi goreng tersebut...

my hubby telah makan dengan penuh menyelerakan sekali...memang cepat dan sedap kata my hubby...bangganye bila dapat pujian dari hubby tersayang....alhamdulilah...moga aku akan selalu masak untuk my hubby tersayang
...

sourvenior dari overseas...


aku dapat cawan kecik dan key chain...

key chain yg aku perolehi dr oberseas...

hari ini aku telah dapat sourvenior dari jauh iaitu dari oversea ...aku dapat daripada my ex boss yang further study kat sane (california)...

tak sangka dia masih mengingati pada aku di sini...alhamdulilah...memang aku ini pengumpul key chain dari mana-mana pun...oleh tu sesapa yang nak bg aku present senang je just bagi key chain tempat yang korang pergi...boleh kan!!!!coz setiap key chain yang aku terima ada sentimental value pada key chain tersebut dan keistimewaan nye tersendiri bg sesuatu tempat tu walaupun aku tak penah pergi.....lagi pun murah je kan...

berhOneYmOOn...

hari ini adalah hari terakhir aku untuk bekerja...selepas ini aku akan bercuti selama 10 hari..ialah sempena nak menyambut Tahun Baru Cina...

tak sabar rasenya nak gi bercuti dan 'berhoneymoon' dengan hubby tersayang...aku akan sambut annivesary ke 3 kami di sebuah pulau yang indah...tak sabar nak bermanja dan bermesra dengan hubby tersayang tanpa ada gangguan...ditemani dengan deruan ombak dan desiran angin yang menyamankan...mesti menenangkan jiwa sambil menikmati matahari terbit dan terbenam...for sure romantik kan...tak sabar rasenya...

Ya Allah aku mohon padaMu agar percutian kami akan dirahmati dan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang kami bercuti....

30 January 2008

a'rrrggg gerAmmmmnye...

aku tidak tahu kenapa la dengan pc aku tu coz tak boleh nak tulis entry baru atau ada orang dengki blogspot...aku tak boleh nak bukak blogspot dan surf kekawan punye blog sekali...aku dah la tertekekan giler skrg ni pelbagai masalah....bila blogspot ini diblock lagi bertambah tensen dan sakit hatinye hanya Allah sahaja yang tau....
ini pun aku pinjam pc member aku....orang yg jaga network ini block ip aku daripada masuk blogspot coz maybe setiap hari aku surf blogspot....aku tak tahu la kenapa dengki sangat la orang yang jaga network ini...aku tahulah dia kuasa untuk wat apa sahaje...tak boleh nak tengok orang senang tau...
Ya Allah tolongla hamba ku ini untuk mendapat ketenangan dalam memempuh dugaan ini....

28 January 2008

tidak tahu ke mana...

aku rasa aku takde mood nak lakukan kerja hari...
takde mood nak bercakap dengan member-member opis...
takde mood nak buat segala-galanya...

hati aku rasa gelisah dan risau...
fikiran aku berserabut dengan bermacam-macam masalah...
badan aku rasa letih dan penat....

semuanya aku perlu selesaikan...
semuanya perlu dilakukan dengan cepat dan segera...
rase tak terkejar dengan semua dugaan dariNya...

aku ingin lari dari kenyataan ini...
aku ingin keluar dari kepompong ini...
aku ingin menyembunyikan diri ini...
agar tidak dapat dicari dan dijumpai...

namun aku tidak tahu ke mana halanye...
aku tidak tahu tujuannye...

25 January 2008

tertekan & geRRRaaamMM.....

aku benci sikap manusia yang fikir diri dia tu bagus sangat dalam kerja...mentang-mentanglah dia tu pandai membodek dan mengipas big boss...apa yang kita buat semuanya tak sempurna dan tak lengkap bagi dia walaupun kita dah buat yang terbaik mungkin....

dia fikir kita ni takde keja lain ke nak buat...takkan nak buat kerja dia sahaja padahal melambak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan...apa-apa kerja dia dulu nak dibuat...aku tertekan sungguhla kalau dapat orang atas macam ni...dia nak dapat pengiktirafan dan pujian dari big boss, dia memaksa aku untuk membuatnya dengan segera...

aku tak suka setiap kali dia panggil, aku perlu menyahut walaupun masa tu aku sedang 'online' (tengah menjawab telefon)..kekadang tu bila aku geram aku akan jerit aku tengah oncall...baru la dia diam...selagi tak menyahut selagi tu la dia memanggil aku...sabar jelah kalau ada orang berperangai macam ni...aku taulah aku ni hanya berjawatan rendah sahaja...tak setaraf degree seperti dia....


a'argggh kalu ikutkan hati aku ingin je lari bekerja dari dia....aku dah di'offer' oleh bahagian HR untuk pindah ke bahagian lain....aku sedang memikirkannya hampir 2 minggu...Ya Allah beri aku petunjuk dan hidayah Mu agar aku diberikan cahaya kebenaran yang perlu aku ambil...


p/s : Unit A : hanya tertumpu satu sistem dan kerja saje (unit baru)
Unit B : banyak kerja yg perlu dilakukan dan pengalaman yg akan aku dapat (unit skrg)

apa pendapat kalian...aku pening memikirkan pro dan kontra nya....

22 January 2008

aku dalam kerinduan....




aku terlalu rindukan anak buah aku....aku rindu nak lihat senyuman dan telatah dia...aku rindu nak bermain dengan dia...anak buah kesayangan aku yang bernama Qhairunnisa...tidak tahu bila la nak berjumpa dengan dia....

WLW 5841....

pintu keta yg dah hilang rupa bentuk...
tempat kunci yg hancur dibongkar...

plat kereta yg sudah ditukar...


kereta kesayangan kami dah dijumpai oleh pihak polis dan telah tersadai di IPD Sentul hampir sebulan...kesian kat keta yang banyak berjasa pada kami yang berpanas dan berhujan tanpa perlindungan...

keta kami dijumpai di sekitar Jinjang bersama seorang penjenayah....disebabkan ada seorang penjenayah telah ditangkap that means kerana kami telah ditahan untuk menjadi bahan kes coz penjenayah yang ditangkap ini telah terlepas 2 orang....kalu takde penjenayah yang ditangkap memang dah dapat dah keta ini...

pelbagai prosedur yang perlu kami lalui sehingga kami dah fed up untuk mengambilnya...sememangnya aku memang dah tawar hati dengan keta ini...dengan keadaan keta yang dah rosak teruk di bahagian pintu, tempat kunci dan tempat lain...memang hancur hati aku melihat keta kesayanga kami jadi begini...kalu ikutkan hati bila dah settle semua nak je jual...semua kekawan dan sedara mara kata begitu...soh jual je coz dah ada 'badi'...ntahlah aku dah tak boleh nak fikir wat masa sekarang ini...

nombor plat keta telah ditukar ke plat penang....memang teruk betul penjenayah ini tau...semua barang-barang kesayangan kami semuanye hilang...kasut sport buruk aku pun diorang tibai...sabar jelah...yang pastinye kami kenal keta kami semasa pengecaman hari tu coz ada sebuah kerusi plastik yang baru kami beli di tesco dan diletakkan di but keta...hanya kerusi plastik itu saje yang tinggal...agaknya kalu aku letak kerusi tu berwarna emas confirm memang takde yang tinggal....

sekarang keta kami akan ditarik ke bengkel yang berdekatan...semua kos penarikan keta dan pembaikannya akan ditanggung oleh pihak insurans...alhamdulilah...kalu tak aku tak tau la mana nak cekau duit untuk kos semua itu...agaknya hampir RM 5000 gak untuk pembaikan tu...aku tak tau la berapa lama keta tu akan tersadai di bengkel plak...sehingga bila la 'kau' akan ditinggalkan keseorang tanpa belaian kasih sayang kami....bersabarlah keta ku....

21 January 2008

lega....nye!!!


alhamdulilah mesyuarat yang aku aturkan untuk pagi ini berjalan dengan lancar dan jayanye...mesyuarat yang aku aturkan dari awal Jan..pastu tertunda hingga ke hari ini...

aku gabra dan gementar dengan mesyuarat ini coz melibatkan banyak agensi luar dan banyak pihak plak..pastu melibatkan orang-orang yang berjawatan tinggi yang datang mesyuarat ini...tak tidur malam aku dibuatnye...coz aku la urusetia mesyuarat dan pembuat slide presentation...mana la tahu kalu ada 'slack' kat mane-mane yang kita tak jangka kan...alhamdulilah semua berjalan seperti yg dirancang....

bab yang paling memeningkan kepala aku ialah membuat minit mesyuarat..dahlah minit mesyuarat kena kuar dalam masa 3 hari...big boss aku dah siap 'sound' suruh siapkan dan hantar dalam minggu ni gak...no excuse....ntah ayat apalah yang aku nak goreng agar orang-orang yang membaca minit ini faham...pening kepala bila bab wat minit ni tau...ada sesapa yang terror wat minit tak boleh la bagi tips-tips yang mudah untuk membuat minit mesyuarat...

cuti dan cuti lagi....


seronoknya bila Pak Lah mengumumkan cuti umum untuk Hari Thaipusam ni....coz takdelah nak pening kepala merempuh traffic jem...kalu tidak memang confirmla kena kuar awal...kalu tak punch card merah la...

yang pastinye best bila dapat cuti kan...Hari Wilayah pun cuti gak...makin bertambahlah cuti umum untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur....alhamdulilah...
aku nak dok kat umah je lah..coz confirm nak gi mana-mana kat KL masa Thaipusam Day tu sesak giler...nak rest sambil bermanje-manjekan diri dengan hubby tersayang...

19 January 2008

wishing list...

alhamdulilah...salah satu barang yang aku hajati untuk tahun ini telah aku perolehi...ada insan yang bermurah hati untuk memberi padaku...tak sangka plak aku dapat cepat dari yang disangka...

aku dah dapat sony mp3 ...bestnye...semua lagu kesukaan aku dah masukkan dalam mp3 ni...setiap malam sebelum tidur mesti aku layan lagu dulu...rasa release dan tenang aje...hilang kejap semua stress kerja...alhamdulilah...

18 January 2008

alhamdulilah...

syukur alhamdulilah...akhirnya kesakitan yang aku alami selama ini telah hilang....aku telah menyerah diri untuk pergi ke klinik pergigian untuk membuat rawatan akar gigi...aku 'terpaksa' buat coz sayang la dengan gigi yang berharga ni...memang la boleh pakai gigi palsu tapi yang pasti masih ada coz jugak untuk membuat nya...

tepat pukul 5 ptg semalam aku punch kuar untuk ke klinik coz memang teramat sakit...dah la dengan perut berkeroncong..almaklumlah hampir 4 hari 3 malam aku tak makan...just minum air (tu pun sakit gak coz air tu kena kat saraf)...tapi kena tahanla...aku sampai di klinik dalam pukul 5.30 ptg..nasib menyebelahi aku kerana tidak ramai orang yang menunggu...

dengan perasaan yang berdebar-debar aku telah masuk bilik doktor...hanya Allah saje yang tau berdegup laju nye jantung ini...memang aku takut sangat bila masuk bilik doktor gigi coz dengan pelbagai peralatan nye...

aku mengaku yang aku ni memang penakut dengan dentist...doktor tu siap boleh gelakkan aku...doktor ni tau aku takut kerana injectionnye...that why la dia telah memberikan aku ubat kebas perasa strawaberi berangin (itu yg aku rasa la)...memang betul la masa dia injection tu tak rasa sakit pun...doktor tu siap pesan lagi dengan aku "lain kali kalu datang klinik gigi, kalu nak injection minta ubat kebas"...kalu la aku tahu yang ada ubat kebas confirm la aku tak takut nak pergi (tapi yang pastinye hanya klinik swasta je la yang ada coz ada extra charge)...

5 kali injection telah diberikan pada aku....sepanjang proses rawatan akar gigi tu dibuat aku cuma rasa ngilu bila peralatan doktor tu terkena kat saraf yang sakit dan bengkak...yang bagusnya doktor ni yelah setiap kali dia nampak muka aku kesakitan mesti dia kata "sorry"...pastu satu lagi yang aku respek setiap kali dia nakb agi injection mesti dia mulakan dengan bacaan bismillah...aku yg dalam ketakutan terus rasa tenang dan lega coz dimulakan dengan kalimah Allah...

aku berada hampir 40 minit dalam bilik rawatan...macam-macam bunyi dan peralatan yang digunakan...yang paling seksa yelah untuk menganga kan mulut...bukannye senang nak mengangga kan mulut dlm jangka masa yang lama....

aku perlu pergi kembali ke klinik pada 18 feb untuk membuat tampalan kekal...skrg ni hanya tampalan sementara saje...aku diberi amaran jangan makan benda yang keras....aku kena makanan yang lembut saje dan tidak boleh memberi tekanan pada gigi tersebut..akan ku ikut segala nasihat yg diberi utk kebaikan...

ubat kebas tu aku rasa sehingga pukul 11 malam....alhamdulilah sakit yg aku tanggung telah hilang....
yang bestnya hubby telah menanggung kos rawatan untuk isteri yang tersayang....thanks abang...next time kalu sakit lagi abang juga la yang kena membayarnye....

17 January 2008

rawatan akar gigi...

pagi tadi aku menyerah diri jugak pergi ke klinik gigi coz gigi aku terlalu sakit...sehinggakan nak makan pun takde selera (boleh kurus cam ni) dan tidur pun tak boleh....dengan perasaan berdebar-debar dan seram sejuk aku masuk ke bilik doktor (aku gi Klinik Cahaya Suria-klinik pergigian kerajaan)....pas doktor dah check doktor tu kata gigi aku dah berlubang besar....tak boleh nak tampalan biasa...

doktor tu bagi aku 2 pilihan either nak cabut dan buat rawatan akar gigi....aku tanye pilihan doktor plak mana yg patut aku buat...doktor tu suggest untuk buat rawatan akar gigi tapi kat klinik kerajaan tak buat...kalu nak buat di klinik gigi swasta...yg kos nya memang mengejutkan aku la...dalam lingkungan RM 350-500...doktor tu suruh aku gi survey klinik gigi yang mana buat....dan tempat lain buat rawatan akar gigi ni di UM dan HUKM tapi masalahnye ramai yang waiting list...padahal gigi ni dah sakit banget....doktor tu soh aku balik fikir dulu...coz dia kata kalu cabut memang senang tapi sayang la...

aku balik dengan gigi yang masih sakit...aku tak tau pilihan yang mana patut aku buat...aku sampai dan terus survey di internet apa dia rawatan akar gigi tu...memang menyeramkan kalu membacanye....kalu ikutkan hati senang cabut je...kalu tak aku kenala mencari duit untuk buat rawatan ini...entahlah pening kepala aku memikirkannya...dah la gigi sakit sekarang ni kepala pun bertambah sakit....dah la keja banyak ni...my hubby dah bising dah coz asyik fikir pasal keja je...kesihatan diri tak nak jaga...
kat bawah ni aku paste kan info tentang rawatan akar gigi daripada internet...

1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.

2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.

3. Prosedur rawatan
Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.

Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.

4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM350.00 hingga RM 1000.00 ( Kos ini termasuk x ray dan tampalan akhir sahaja)

p/s: ada ke kawan-kawan yang penah buat rawatan akar gigi ni...sakit tak???
apa suggestion kalian, elok buat rawatan akar gigi atau cabut je....

16 January 2008

no idea...



"aku rindu sungguh dengan anak-anak buah ku ini...bila la dapat jumpa mereka ni..."

aku nak menulis sangat kat dlm blog ni tapi otak aku beku + sejuk....no idea...ntah mana pergi menghilangnya ntah...padahal banyak jugak ceta menarik dalam hidup ini tapi tak pandai nak menulis....

takde idea langsung nak menulis...aku jeles dengan member-member blog yang lain....ada je ceta everday dan every time...jeles tau coz otak aku ini tak pandai mencetuskan idea seperti mereka...insya'allah akan ku cari bagaimana ingin menulis dengan baik dan bernas...

15 January 2008

Mek D...





semalam my hubby telah belanja aku makan Mek D...my hubby teringin nak makan burger "rezeki" (prosperity)....dah 2 kali my hubby makan burger ini dalam jangka masa terdekat...mengidam kot...ntah apa yang sedap sangat dengan burger ni ntah...yang pastinye aku memang suka makan burger Bigmac...itu akan menjadi pilihan utama aku jika ke Mek D...itu la burger yg sedap bagi aku....

aku yang tengah menderita sakit gigi masih lagi teringin nak makan sundae kacang merah...memang sedap dan marvelous la...teringat masa zaman budak-budak dulu makan 'aiskrim Malaysia' kacang merah...pas makan sundae tu apa lagi menderita la....makan ubat sakit gigi sambil menonggeng kesakitan la...nak wat camne kan...dah diri sendiri menempa maut...

14 January 2008

dalam kesakitan..


aku sedang dalam kesakitan...aku tengah sakit gigi...nak jumpa doktor gigi tapi takut..macam budak-budak kan...aku tak takut nak jumpa doktor lain tapi dengan doktor gigi la paling aku takut...

"ngeri + seram = naik bulu roma bila nak jumpa doktor gigi"

husband dah banyak kali pujuk ajak gi jumpa klinik...tapi ntahlah disebabkan dalam ketakutan tak boleh nak buat apa la...tak tau la kalau dah sakit sangat aku kena pergi jugak la...aku sanggup menonggeng untuk menahan kesakitan ini...tapi bila sakit ni menyerang di tempat kerja la yang susah sikit...tak boleh nak menonggeng tahan sakit...kena buat muka poyo la menahan sakit ini...

aku kena pergi juga la petang ini...kalu tak memang tak boleh nak concentrate nak buat keja la...ada ke cara tradisional untuk menghilangkan sakit gigi ini...

09 January 2008

salam Maal Hijrah 1429...


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429....moga segala apa yang kita lakukan pada 1428 akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.....

jangan lupa plak nak membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun...semoga penghidupan kita pada 1429 akan senantiasa dilimpahi kurniaan rahmat dariNya...dan dijauhi dari segala dugaan yang buruk...

08 January 2008

SKT...

hari ini aku pulun buat SKT utk tahun 2007.....hanya orang keja gomen yang tau pa dia SKT tu...penilaian setiap tahun yang perlu dibuat semua kakitangan awam di Malaysia ini...

apa la aku nak 'goreng' ayat dalam SKT ni....aku ni bukan nye pandai nak goreng sampai hangit...takut tak hangit tapi rentung je....hehehe....

yang pastinye bukan senang nak maintain markah macam tahun lepas...kena 'fight' la kalau markah tu nak maintain...kena banyak bersoal jawab la dengan PPP...alasan yang kita nak beri tu kena kukuh dan munasabah....semua orang berangan nak jadi pekerja cemerlang kan...cuma bukan senang nak dapat....hanya Allah yang menentukannya...

07 January 2008

tak suka...


aku tak suka tau kalau meeting yang dah di setup tiba-tiba je kena buat penangguhan atau pembatalan....aku tak suka bila tahu je pasal penangguhan tu selalunya lambat....selalunye mesti lagi 15 minit nak balik...ini semua kes dari chair meeting la...nak wat camne dia yang lebih berkuasa....kena la mengikut...confirmla susah nak call semua orang yang terlibat dalam mesyuarat tu kalu yang melibatkan hampir 30 orang ahli mesyuarat...for sure aku nak kena batalkan tempahan bilik mesyuarat dan makanan....yang pastinye aku akan kena marah kerana lambat bagitau atau diorang yang tak diinform tentang penangguhan mesyuarat tu...cara alternatifnya aku akan telefon dan emel...tapi bukan senang kalu nak buat call last meeting confirm orang tu takde la...kalu ada nombor handphone memang senang la...

lagi satu yang aku tak suka kalau mesyuarat itu ditangguhkan kepada hari lain...yang paling aku bengang kalu surat panggil mesyuarat tu baru saja diedarkan tiba-tiba dapat panggilan suruh tangguhkan....nak kena buat surat penangguhan...aku tak tau la kenapa kena buat keja banyak kali tau...kita orang bawah kena la banyak bersabar...almaklumla 'orang kecik' dan mengikut arahan 'saya yang menurut perintah'...


05 January 2008

berjaya akhirnya...

alhamdulilah akhirnya aku berjaya juga untuk menukar teratak buruk ku ini walaupun memakan masa yang lama...almaklumla antara salah satu rencana untuk tahun 2008 ini....lagipun dah lama tak buat perubahan di teratak ku ini...aku lihat semua kekawan yang lain semuanya dah bertukar rupa dan wajah...aku jua mahu begitu...

insya'allah baru la bersemangat waja untuk menulis...salah satu azam untuk tahun 2008 ini...aku cuba untuk menulis setiap hari itu pun jika diizinkan oleh Allah....jika aku tidak kesibukan dengan tugas harian di pejabat ku akan cuba untuk menulis....