Terima Kasih Sahabat

17 January 2008

rawatan akar gigi...

pagi tadi aku menyerah diri jugak pergi ke klinik gigi coz gigi aku terlalu sakit...sehinggakan nak makan pun takde selera (boleh kurus cam ni) dan tidur pun tak boleh....dengan perasaan berdebar-debar dan seram sejuk aku masuk ke bilik doktor (aku gi Klinik Cahaya Suria-klinik pergigian kerajaan)....pas doktor dah check doktor tu kata gigi aku dah berlubang besar....tak boleh nak tampalan biasa...

doktor tu bagi aku 2 pilihan either nak cabut dan buat rawatan akar gigi....aku tanye pilihan doktor plak mana yg patut aku buat...doktor tu suggest untuk buat rawatan akar gigi tapi kat klinik kerajaan tak buat...kalu nak buat di klinik gigi swasta...yg kos nya memang mengejutkan aku la...dalam lingkungan RM 350-500...doktor tu suruh aku gi survey klinik gigi yang mana buat....dan tempat lain buat rawatan akar gigi ni di UM dan HUKM tapi masalahnye ramai yang waiting list...padahal gigi ni dah sakit banget....doktor tu soh aku balik fikir dulu...coz dia kata kalu cabut memang senang tapi sayang la...

aku balik dengan gigi yang masih sakit...aku tak tau pilihan yang mana patut aku buat...aku sampai dan terus survey di internet apa dia rawatan akar gigi tu...memang menyeramkan kalu membacanye....kalu ikutkan hati senang cabut je...kalu tak aku kenala mencari duit untuk buat rawatan ini...entahlah pening kepala aku memikirkannya...dah la gigi sakit sekarang ni kepala pun bertambah sakit....dah la keja banyak ni...my hubby dah bising dah coz asyik fikir pasal keja je...kesihatan diri tak nak jaga...
kat bawah ni aku paste kan info tentang rawatan akar gigi daripada internet...

1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.

2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.

3. Prosedur rawatan
Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.

Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.

4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM350.00 hingga RM 1000.00 ( Kos ini termasuk x ray dan tampalan akhir sahaja)

p/s: ada ke kawan-kawan yang penah buat rawatan akar gigi ni...sakit tak???
apa suggestion kalian, elok buat rawatan akar gigi atau cabut je....

19 comments:

Faizah_Haris said...

risanur...
faizah keje kat dentistry...tapi memang penakuttt nak wat treatment kat sini walaupun free...ahahaha sgt teruk kan....ehh sape nama doktor yg treat risa tu? ada sorang yg saya kenal namanya Dr. Rosrahimi dia dulu wat master kat sini dan skang keje kat cahaya suria....

nanonano said...

alahai,
payah2 cabut je la,
patah tumbuh hilang berganti,
kalu xtumbuh baru,
ganti yg palsu,
eyh?? boley lg ke gtu?
ekkeke :p

risanur said...

faizah haris,
ntahlah risa tak perasan plak sapa nama doktor tu...faizah keja kat dentistry mane??pendapat faizah apa yg perlu risa wat...

nanonano,
memang la kalu ikutkan hati nak cabut je..tak menderita kesakitan...confirm ilang semuanya sakit..tapi nak pakai gigi palsu tu yg bermasalah lak...

FaTiN said...

hi sist.saya pum kena infections tu jgk.sakitnya tuhan saja yg tahu kan??
btw, bapak mahal kos rawatan akar samapa mencecah rm1000, kat tempat saya rm5 ja.kat klinik kerajaan la,saya da buat appoiment, tggu masa ja ni.takut!!

Tcr Ain said...

Kalu dah buat rawatan akar ni gerenti berjaya or macam mana? ada tak kemungkinan rawatan ni gagal dan akhirnya gigi terpaksa dicabut akhirnya? Tq

Anonymous said...

em.. tadi saya pergi dr gg jugak setelah lama derita. mmg tak boleh dselamatkan, doc cakap buat rawatan akar. klinik tu kat area bdr pinggiran subang, dekat2 dgn airport subang. nama: klinik Dr. Aziz. Baru phase pertama rawatan akar. Tak sakit langsung sebab dia bius. Injet bius pun tak sakit. takde pape la. oke je. cost dia rm 350. takpe keluar budget sekarang, utk kesenanagn masa depan... jgn risau. pergi je buat rawatan akar tu. rawatan akar ni akan matikan gigi. so tak rosak lagi.

haslisza said...

sy nk bt treatment ni,tampalan yg dh ada di buat dibuka ke,sementara nk tunggu treatment akan datang. cmne nk keje ye,nk jumpa public ni, sy nk bt treatment gigi depan. tlg tolong bg feedback.........tq

risanur said...

haslisza >> treatment yg saya buat ni, dr. akan matikan akar gigi dahulu dan akan buat tampalan sementara...seminggu selepas tu kita perlu jumpa lagi dr. utk lihat perkembangan akar tersebut dan dr. akan buat tampalan sementara kali ke2...untuk yang kali ke3 jika tiada masalah baru dr. akan buat tampalan kekal...

cik jgn risau coz gigi takkan rongak...akan ada tampalan sementara yg akan dilakukan cuma jgn mkn benda yg keras....

jika cik tak berpuas ati dgn penerangan saya better cik tanya dr. utk lebih jelas..takut lain dr. lain caranye...

haslisza said...

tq risa atas your informasion.br sng hati.pasni blh bt treatment....

$h3iL@ said...

sy nk tnye rm350 tuh utk sebtg gigi je eA? kalo nk wat 2 gigi? rm700 la?

risanur said...

$h3iL@ >> mmg harga tu utk sebatang gigi...tp depend juga mcmane complicated ye doktor nak buat...better gi check dulu...

Anonymous said...

Sakit dan ngilu giler rawatan ni ..

pembekal mutiara said...

Lebih baik buat rawatan akar dari cabut..

Anonymous said...

Saya penah sakit gigi akibat kecuaian doktor kerajaan yang merawat saya di sekolah,akibatnya gigi bernanah,gusi fan bibir membengkak.so saya cari dentist swasta dan dia cdangkan rawatan akar,berdasarkan pengalaman rawatan akar tak sakit langsung

Anonymous said...

It also very cheap though my treatment was only cost me about 80 ringgit

izaki74 said...

En. Anonymous, u buat root canal treatment tu murahnya. 80 ringgit je? Buat kat mana ye? Tlg bg info kat saya.. izaki74@gmail.com (hp;013-3884598)

izaki74 said...

En. Anonymous, u buat root canal treatment tu murahnya. 80 ringgit je? Buat kat mana ye? Tlg bg info kat saya.. izaki74@gmail.com (hp;013-3884598)

Asni said...

Dah buat ....sakit bila bius , kebas empat jam. Mahal tapi better then cabut. Tapi better buat crown sekali sebab Gigi dah tak kuat. I buat dua tak payah skru tapi sebatang kena skru.....

Masa rawatan panjang Mmg tension sebab Ada masa tak boleh telan air liur Dan kumuh. Tension kena selawat semasa buat rawatan

RAHAYU ABDUL RASHID said...

baru buat sat nie. buat tak sakit. sakit bila ubat bius dah habis. nie masih berdenyut almaklum nak matikan saraf memangle sakit. tak payah takut. saya buat kat kulim rm250. survey kat kelantan utk gigi depan rm150 je tapi geraham sampai rm500.