Terima Kasih Sahabat

25 January 2008

tertekan & geRRRaaamMM.....

aku benci sikap manusia yang fikir diri dia tu bagus sangat dalam kerja...mentang-mentanglah dia tu pandai membodek dan mengipas big boss...apa yang kita buat semuanya tak sempurna dan tak lengkap bagi dia walaupun kita dah buat yang terbaik mungkin....

dia fikir kita ni takde keja lain ke nak buat...takkan nak buat kerja dia sahaja padahal melambak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan...apa-apa kerja dia dulu nak dibuat...aku tertekan sungguhla kalau dapat orang atas macam ni...dia nak dapat pengiktirafan dan pujian dari big boss, dia memaksa aku untuk membuatnya dengan segera...

aku tak suka setiap kali dia panggil, aku perlu menyahut walaupun masa tu aku sedang 'online' (tengah menjawab telefon)..kekadang tu bila aku geram aku akan jerit aku tengah oncall...baru la dia diam...selagi tak menyahut selagi tu la dia memanggil aku...sabar jelah kalau ada orang berperangai macam ni...aku taulah aku ni hanya berjawatan rendah sahaja...tak setaraf degree seperti dia....


a'argggh kalu ikutkan hati aku ingin je lari bekerja dari dia....aku dah di'offer' oleh bahagian HR untuk pindah ke bahagian lain....aku sedang memikirkannya hampir 2 minggu...Ya Allah beri aku petunjuk dan hidayah Mu agar aku diberikan cahaya kebenaran yang perlu aku ambil...


p/s : Unit A : hanya tertumpu satu sistem dan kerja saje (unit baru)
Unit B : banyak kerja yg perlu dilakukan dan pengalaman yg akan aku dapat (unit skrg)

apa pendapat kalian...aku pening memikirkan pro dan kontra nya....

4 comments:

viruspadu said...

pindah ajer bhgn lain

hati pun senang kan

risanur said...

viruspadu,
kalu ikutkan geram mmg pindah tmpt lain..puas ati..environment baru..kena wat solat istikhrah ni...

13may said...

hehhe....jenguk jenguk...

selalu cuba untuk ke sini...tapi blog ni berat sgt...payah benor nak loading....

risanur said...

13may,
tq krn sudi menjenguk...

sori la kalu blog ini mengambil masa nak loading..ada cara tak nak kurengkan beratnye!!!