Terima Kasih Sahabat

29 February 2008

telatah anak BUah...

pose tak ingat...

anak buah aku Qhairunnisa sekarang dah hampir 8 bulan...dah makin pandai segalanye tapi pemalas nak buat kerja wajib dia (iaitu merangkak)...aku rindu sangat dengan telatah dia...



comeyy nye dia...gigi 2 batang...

tanGGungJawab..

aku benci dengan sikap manusia yang suka larikan diri dari tanggungjawab...dan akibat sikap ini telah menyusahkan orang lain...kenapa perlu terjadi sikap sedemekian dalam diri manusia...bukankah masing-masing mempunyai sikap tanggungjawab yang telah diamanahkan...

28 February 2008

sakit HATI!!!

aku benci kerja dengan vendor yang banyak songeh....duit semua dah bayar tapi masih nak blame kata kita yang salah...padahal pihak dia yang buat kerja tak semengah dan tak menepati apa yang ada dalam kontrak....bila call tak nak angkat coz takut aku buat banyak komplen...rase nak je gi opis dia dan tanya apa sebenarnye yang dah berlaku...dahla aku dan team member kena menjawab dengan pengurusan tertinggi kenapa kerja tak siap lagi....ar'ghhhh tension nye...

25 February 2008

kehiLanggaN diRi SEndiri...


aku takde mood nak cakap dengan sesapa dari semalam lagi...aku sendiri pun tidak tahu mengapa...yang pastinye bila aku bercakap je confirm aku akan jadi baran dan marah pada orang yang tanya pada aku...kesian kat my hubby kerana terpaksa melayan karenah dan sikap pelik ku ini...bukan aku sengaja untuk berbuat demikian tapi aku seperti terpaksa melaluinya...aku tidak bagaimana untuk diterangkan...

aku sendiri tidak tahu mengapa jadi camni...yang pastinye dari buka mata pagi semalam hingga kini aku rasa macam hilang 'sesuatu' dari hidupku ini...tapi aku tidak tahu apa yang membuat aku jadi begini...

yang pastinye bila aku dok sorang-sorang airmata ku ini akan menitis tanpa disedari...aku cemburu dengan kebahagian orang yang mempunyai baby...aku rasa diriku ini tidak lengkap tanpa kehadiran cahaya mata...aku rasa kan diriku ini tidak sempurna seperti orang lain...aku kesian melihat suami aku yang kepinginkan seorang cahaya mata namun aku tidak mampu untuk memberinya...aku tidak sanggup melihat baby yang comel dan cute yang lalu di hadapan ku...aku cuba untuk berlagak seperti biasa namun hati ini tidak dapat disembunyikan...hanya Allah yang mengerti perasaan aku dan suami ku...

sekarang aku rasa sunyi dan sepi...seperti aku kehilangan semangat untuk menikmati kehidupan ini...Ya Allah kuatkan semangat aku kembali...aku ingin menikmati segala kehidupan yang Kau berikan kepada hamba-hamba Mu...semoga aku dan suami akan menikmati saat-saat untuk menimang cahaya mata..insya'allah...hanya padaMu aku memohon dan meminta....

aku rasa lega apabila dapat meluahkan apa yang kurasa kan ketika ini...moga selepas ini aku akan mejadi seperti biasa...iaitu suka senyum dan menyakat kawan-kawan...yang pastinye aku jua rindu dengan diri ku yang lama...

19 February 2008

my hubby pose...


cantik tak pose my hubby ini???

pict ni diambil masa aku dan hubby gi jalan ke carrefour wangsa maju...masa tu my hubby sibuk sangat nak cari jaket...saje-saje je...

apa lagi my hubby telah mencuba jaket-jaket yang dia berkenan kat situ jugak dan soh aku ambik gambar...sebab dia nak buat perbandingan jaket mana yang cantik...

tapi apa yang pasti bile dia dah mencuba semua jaket yang dia berkenan alih-alih dia tidak membelinye...dia kata semuanye tak cantik..sabar jelah suami aku ini...yang pastinye my hubby ini memang sorang yang cerewet tentang baju dan kasut yang dia nak beli...memang cerewet sungguh mengalahkan perempuan..kena bersabar kalu nak gi shopping dengan my hubby ini...

duGaaan Yg MeLampAUuuuuu...


yang pastinye aku memang susah untuk aku buat atau nak tulis n3 baru....aku tidak tahu mengapa terjadi begini nasib ku ini...

aku harus banyak bersabar dengan dugaan yang diberi ini....aku perlu pupuk kesabaran yg amat tinggi dan kental...di IE aku tak boleh nak view atau nak log in pun blog aku....kalu di Mozilla plak hanya boleh view sahaja tapi tak boleh nak log in dan nak beri komen pada member2 punye blog...agaknya pc aku tu nak soh aku buat keja dari pagi hingga petang...tak boleh nak view atau nak surf blog kekawan aku yang lain...sakit kepala tau kalau asyik nak mengadap pc untuk buat kerja je...fikiran dan otak kita ni nak jugak hiburan kan....

ni pun aku dok menumpang pc kawan yang aku pergi kursus....nasib baiklah kawan aku ini bagi password pc dia...kalu tak memang tak berupdate la blog aku ini...aku tak berkesempatan la nak surf dan tinggalkan jejak kat blog kekawan...kesiannye kat diri ku ini...

Ya Allah kau kuat kan semangat aku ini agar aku tabah menghadapi masalah ini...

11 February 2008

sakit hati...

aku dah tak boleh update entry baru atau view blog sendiri menggunakan pc aku...aku tak tahula kenapa ianya terjadi...rase nak je campak pc tu kat lombong je...
yang aku heran kenapa kat pc aku je yang jadi camni...kat pc orang lain semuanye ok...ini pun aku menumpang pc kawan aku yang cuti hari ini....
rase cam hari ni jugak nak register streamyz dan beli pc baru letak kat rumah...biler-biler masa je boleh update kan....nak kena beli pc atau note book ini...

honEymOOn picT...


nak sangat ambik gambar berlatarbelakakang kapal terbang...


di telaga mahsuri dan dataran lang...


di tepi laut pantai chenang bersaksikan sunset...


masa di kereta kabel...memang best betul la pemandangan dari sini...

07 February 2008

ceta HonEyMooN versi II

rentetan peristiwa percutian ke Langkawi

3 Feb 2008 (ahad)

12.00 tghari -- ke KL sentral utk menaiki bas ke LCCT
2.45 pm -- check in flight
4.10 pm -- naik flight
5.10 pm -- menjejaki airport Langkawi
7.00 pm -- check in di chalet
7.15 pm -- menikmati sunset di Pulau Chenang

4 Feb 2008 (Isnin)
6.45 am -- menikmati sunrise dengan hubby tercinta
8.00 am -- breakfast
9.30 am -- bertolak ke Cabel Car
10.30 am -- menaiki kereta kabel
menikmati pemandangan ke seluruh Pulau Langkawi selama 2 jam..
1.00 pm -- lunch
2.00 pm -- shopping time
4.30 pm -- minum petang
5.30 pm -- mandi laut sambil menikmati matahari terbenam
7.45 pm -- dinner
8.30 pm -- jalan2 di sepanjang kedai di Pantai chenang...
10.00 pm -- jalan2 di pantai sambil menikmati udara segar waktu malam..
12.00 am -- celebrate annivesary ke 3 kami

5 Feb 2008 (selasa)
7.00 am -- menikmati sunrise
9.00 am -- brekfast
10.00 am -- bermanja-manje dengan hubby
12.00 pm -- berkemas
1.00 pm -- check out dari chalet
2.00 pm -- pergi ke Kota Mahsuri
4.00 pm -- Lunch
5.00 pm -- pergi Dataran Lang di Kuah
6.00 pm -- gi airport
7.45 pm -- naik flight
9.10 pm -- sampai di LCCT
11.30 pm -- sampai rumah

hanya Allah saja yang tahu kepenatan dan keletihan yang dilalui sepanjang berhoneymoon ini, namun yang pasti kami gembire bercuti bersama....insya'allah bulan April ni kami nak gi bercuti sekali lagi....nak ke seberang laut plak kalu tiada aral melintang...

ceta beRhoNeyMoon versi I....

alhamdulilah...akhirnye percutian yang dirancang sekian lama berjalan dengan lancar...aku dan hubby selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke pulau impian kami....



akhirnya aku dan hubby dapat menjejak kan kaki berdua ke pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi...ketibaan kami disambut dengan cahaya yang ceria dan riang...sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana keadaan cuacanye amat cantik sekali...seperti merestui dan merahmati kedatangan kami ke sana...syukur alhamdulilah....

kami menginap di Pulau Cenang...pantainye yang sungguh cantik dan tenang...pasir nye yang putih dan halus (macam tepung superfine)....banyak kenangan kami berdua di sana...kami sampai di Pulau Cenang dalam keadaan matahari terbenam...memang cantik sungguh sunset di sana...aku menikmatinye dengan penuh kesyaduan dan ketenangan diiringi oleh suara ombak yang gemersik...
antara kenangan yang tidak dapat kulupakan adalah:
  • menikmati matahari terbenam dan terbit bersama suami tersayang...
  • menaiki kereta kabel dan menikmati pemandangan yg cantik dari Gunung Mat Chincang, romantik sungguh tau...
  • menikmati waktu malam sambil ditemani oleh cahaya bulan dan bintang yg bergemerlapan di tepi laut..memang cantik waktu malam di sana...sukar diperolehi di KL...
  • menziarahi makam Mahsuri...
  • bershopping sakan tak 'hengat dunia' punye...rasenya semua nak beli...sib baik pesawat tu hanya sorang hanya boleh bawa 15kg je...kalu tak senget flight tu...
  • membawa kereta automatik sepanjang di jalan Kuah...memang best la..
  • buat pertama kalinye aku dan hubby naik pesawat air asia...

nati aku akan tepek gambar2 yang menarik...hari ini hanya cerita sahaja dulu coz pict belum di upload...tak sabar nak tunjukkan semua gambar yang ditangkap...