Terima Kasih Sahabat

26 March 2008

selamat hari lahir MAK...

kau lah ratu hati ku...
mak yang amat ku sayang dalam hidup ku ini...

selamat hari lahir untuk mak yang teramat aku sayang....aku doakan mak akan panjang umur dan dimurahkan rezki serta dijauhi dari segala mala petaka yang buruk...

aku teramat sayang kan mak aku ini....aku bangga menjadi anak dia kerana mak aku seorang yang amat tabah dalam menghadapi dugaan dari Allah...kekadang tu aku sendiri tak sangka yang mak aku mampu untuk bertahan sehingga kini...kekadang tu aku sendiri tidak tewas menerima dugaan yang diberi oleh Allah namun aku lihat mak aku masih mampu lagi tersenyum...

apa hadiah yang aku beri mak???insya'allah bulan April ini aku akan membawa mak aku terbang ke seberang laut (bukan overseas)...ini lah impian yang mak aku nak sangat sepanjang dalam hidup dia...insya'allah aku akan tunaikan permintaan yang diminta tanpa ada alasan...aku mahu mak gembire sepanjang percutian yang aku rancangkan ini...aku mahu mak tersenyum sentiasa...aku tak sanggup melihat air mata yang mengalir di pipinye..aku rasa berdosa sangat...
aku ingin menjadi seorang anak yang solehah pada mak dan ayah ku ini....aku ingin membuat mak aku selalu tersenyum dan gembira...aku doakan moga mak akan sihat seperti dulu dan segala penyakit yang ada akan hilang...aku tak sanggup melihat kerutan kesakitan di muka mak aku...tak sanggup...aku sanggup untuk menerima sakit tersebut....aku sanggup mengantikannya...aku tidak mahu mak aku menderita kesakitan lagi...aku mahu mak hidup dengan gembira, bahagia dan tersenyum selalu...akan ku tunaikan segala permintaan nya...insya'allah......

3 comments:

nanonano said...

muke same larrrr..
hihihi..
selamat hr lahir mak,
:)

viruspadu said...

insyaAllah

moga jd anak yang baik

kimsalam mama awak yer

risanur said...

nano,
kata anak mak...confirm la serupa..

viruspadu,
insya'allah semua anak nak jadi anak yang baik...risa akan vuba wat yang terbaik...