Terima Kasih Sahabat

16 April 2008

16 April 1998....





kenangan 10 tahun yang lalu masih segar di memori ku ini....pada tarikh 16 April 1998 adalah tarikh yang amat bermakna dalam hidup ku dan kekasih aku (skrg ni dah jadi my hubby) ...

masih segar di ingatan aku ketika suami ku melafazkan dan melamar cinta pada ku...masa tu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi...memang rasa tergamam dan terkejut kerana dilamar oleh insan yang selama ini kita anggap sebagai seorang kawan...rasa macam terhenti jantung dan nafas ketika itu....rasa melayang-layang di awang-awangan...perasaan gembira berbaur gementar semasa dilamar masih terngiang-ngiang di hawa telinga ini..rasa seperti ingin kembali pada masa itu....namun kenangan akan tetap tinggal kenangan....




tidak sangka aku sudah bercinta dan berkasih dengan suami selama 10 tahun...seperti baru semalam sahaja aku mengenali dirinye...syukur  alhamdulilah hubungan kami akhirnya ke jinjang pelamin setelah bercinta hampir 5 tahun dan bertunang selama 2 tahun serta berkahwin sudah 3 tahun...  aku memohon ke Allah agar hubungan kami diberkati dan dirahmati...semoga hubungan cinta kami akan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri hubungan cinta kami...

semoga aku dan suami aku akan menjadi sepasang suami isteri paling gembira di atas muka bumi Allah ini...walaupun pelbagai cabaran dan onak duri yang terlalu berat untuk kami lalui bersama...kami akan tetap bersama selamanye....


risa nur luv forever and ever...

1 comment:

nanonano said...

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kak :)

p/s : lame nye tunang??