Terima Kasih Sahabat

10 April 2008

selamat datang KK....


esok aku dan keluarga akan mula bercuti ke seberang laut...aku akan menunaikan impian mak aku untuk menaiki flight untuk pertama kalinye (hadiah harijadi yang aku bagi pada mak aku untuk tahun ini)...aku tidak dapat mengambarkan kegembiraan mak dan adik-adik aku yang tidak penah naik kapal terbang...aku berharap percutian aku ini akan direstui dan dirahmati oleh Allah...semoga aku akan selamat pergi dan balik dengan selamat...

semoga percutian 3 hari 2 malam ini akan berjalan dengan lancar...aku penah menjejakkan kaki ke sini tapi masa tu aku hanya pergi untuk menghadiri mesyuarat....aku hanya pergi untuk 2 hari satu malam...aku sampai di sana tengahari dan tengahari esoknye aku dah balik..almaklumla sorang2 kat bandar yang tidak pernah aku jejak....aku hanya gi jalan tempat yang berdekatan dengan hotel sahaja....

kali ini baru la aku nak berjalan sepuas-puasnya coz datang ramai-ramai...lagipun my hubby ada untuk melindungi kami di sana...hope kami boleh la berjalan banyak tempat dan shopping barang-barang yang famous kat sini iaitu batu kristal dan mutiara....

No comments: