Terima Kasih Sahabat

26 June 2008

Lawatan ke MAB....


hari ini aku dan team laman web telah pergi ke Persatuan Orang Buta Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAB di Jalan Tebing berdekatan dengan Brickfields Kuala Lumpur....tujuan kami ke sana untuk membuat validation laman web kami either memenuhi ciri-ciri W3C atau tidak...almaklumla kementerian kami kan kementerian yang famous dan familiar dengan OKU....memang malu la coz laman web kami sendiri tidak memenuhi ciri-ciri W3C yang telah ditetapkan....padahal kami adalah sebuah kementerian yang kumpulan sasar nya adalah OKU...

langkah pertama kami untuk memenuhi ciri-ciri W3C ini ialah dengan berjumpa dengan MAB ini....orang yang kami jumpa ini bernama En. Siratul Rahim....Manager bagi ICT Department MAB...notebook dia ni memang canggih la coz telah diinstall screen reader yang berharga hampir RM 5,000....aku kagum dengan En. Silatul rahim ni...walaupun dia buta tapi bahasa inggeris dia memang power giler la... dia boleh bagi presentation dengan menggunakan screen reader....

kalu sesapa yang tak tahu screen reader ini adalah suara yang dikeluarkan melalui speaker...apa sahaja yang kita klik di notebook dia akan bgtau....dan apa sahaja yang kita surfing internet dia membaca kan untuk orang buta tersebut...memang canggih la screen reader ini..tapi bagi orang normal macam kita apa sahaja yg disebut oleh screen reader tu memang sukar untuk kita fahami...memang laju giler la....

tapi apa yang pastinya setelah dibuat validation pada laman web memang banyakla error...memang malu sungguhla coz laman web kami kita tidak memenuhi ciri-ciri W3C yang telah ditetapkan....

team laman web telah bertekad untuk memperbaiki error yang telah dikenal pasti dan akan cuba memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 12 kriteria yang telah ditetapkan oleh WAI....kami akan berusaha yang terbaik agar golongan OKU akan dapat menggunakan laman web dengan baik dan tidak lagi menyusahkan mereka...


MAB...

team laman web dan En. Silatul rahim sedang hangat berbincang...

24 June 2008

Kenangan di Coliseum Cafe....

tengahari tadi my ex-boss telah belanja aku dan semua kekawan opis aku makan di Coliseum Cafe & Hotel....ini la buat pertama kalinye kami masuk...memang dari luar nampak macam tak wujud je cafe ni...tapi my ex-boss kata Maria Tunku Sabri & Jalan-jalan Cari Makan pernah buat shoot kat sini...memang popular dan glamer lagi cafe ni....depan Jalan TAR...

masa nak amik order semuanye blur coz satu tengok reganya dan lagi satu kita tahu apa yang ada kat cafe tu...nasib baik la my ex-boss kami tu ada...kalu tak memang tidak akan ku jejak makan di situ....orang yang amik order tu (waiter) dan pelayan2 di situ semuanye dah berumur...maybe seusia dengan cafe tersebut....

aku telah order chicken chop bersama lychee ais....memang makanannye marvelous la..memang sedap...





19 June 2008

Happy Besday sayang....



hepi besday to Qhairunnisa....semoga nisa akan menjadi seorang anak yang solehah pada ibu dan ayah, taat pada Allah dan menjadi seorang insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara...

nanti nisa sambut besday di umah yong dengan abang hakim minggu depan....nati yong belikan kek besar untuk nisa dan hakim...

16 June 2008

akhirnya kepastian....



akhirnya kepastian yang pasti ...aku memilih opysen untuk bersara pada umur 58 tahun dalam keadaan terpaksa (memang terpaksa coz nak keja dalam government selama 30 tahun)....

yang pastinye aku dah ada plan....bila genap aku bertugas selama 30 tahun aku akan ambik opysen bersara awal iaitu pada umur 57 tahun...masa itu aku 'makan' dulu duit ganjaran dan duit GCR...cukup umur aku 58 tahun baru la aku akan menikmati duit pencen bulanan....

apa la aku ini awal-awal dah ada plan sebegini...padahal kerja lama lagi....maybe mengambil masa 27 tahun lagi....larat ke lagi aku nak keja masa tu (skrg ni pun dah tak sihat dan sakit2 badan).....apa-apa pun planning tu yang penting....moga Allah akan memanjangkan usia aku...insya'allah....


12 June 2008

kekeliruan dan kepeningan...

dari malam tadi aku dah pening dengan pengumuman yang PM buat malam tadi....dengan pemberian gaji 2 kali sebulan....aku pening kepala bila memikirkannya....bagi aku bukannya menyenangkan tapi menyukarkan aku dalam membuat pengurusan kewangan....

yelah pemotongan KWSP dan semuanya akan dibuat semasa hujung bulan punye gaji....padahal masa gaji tu la nak kena bayar duit kereta, duit pinjaman Mara, bayaran kad kredit (kalu guna banyak pening kepala la) dan segala bil yang ada....that means confirmla gaji hujung bulan tu akan jadi zero....aku kena tunggu gaji pertengahan bulan untuk spend dan beli apa-apa yang patut...dahla gaji aku seciput je....

sampai je opis pagi tadi semua member2 dok ceta pasal gaji ini...aku rase ramai yang tak bersetuju dari yang bersetuju...coz masing-masing ada sebab tersendiri, salah satu sebabnya macam yang aku menghadapinye....aku kena fikir bagaimana nak manage kewangan aku...entahla minggu lepas pening pasal kenaikan petrol..minggu ni pening plak dengan pemberian gaji 2 kali sebulan ini...

yang pasti pagi ini juga aku ada taklimat untuk opsyen persaraan umur 56 atau 58 tahun...aku kena fikir persaraan umur berapa????kalu aku nak duit pencen tu lebih dari separuh gaji terakhir aku kena pilih opsyen 58 tahun la...tapi mampu ke aku nak keja sampai umur 58thn...aku perlu berkhidmat selama 30 tahun jika nak duit pencen lebih dari separuh coz aku masuk government umur dah lewat....member2 opis aku semunya pilih opysen 56 tahun coz diorang dah 30 tahun servis dalam kerajaan....umur ideal untuk keja kerajaan ni sekitar 25-27 tahun barulah dapat 30tahun servis....aku masuk keja government dah terlewat...

yang pastinye kepala aku hari ni penuh dengan kekeliruan dan kepeningan (alasan je sebenarnya malas nak wat keja)......moga aku akan dapat buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku....dan fikir macamne cara untuk membuat pengurusan kewangan yang baik...

p/s : sesapa yang ada idea utk buat pengurusan kewangan yg baik sila la berkongsi dgn saya...

11 June 2008

aksi nisa...

aksi anak buah aku masa menangis dan biler berhadapan dengan kamera....dia tersenyum biler dia tahu aksi menangis dia dirakam....aku memang gelihati melihat telatah dia....


05 June 2008

Hepi Besday My Boss & Ika...




selamat hari lahir pada my big boss iaitu Pn. Azlina  dan Anika...moga panjang umur dan dimurahkan rezki...semoga kehidupan kalian berdua akan senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah...moga ceria dan riang dalam hidup....

p/s : pada Ika moga cepat berjumpa jodoh...


04 June 2008

My Frez Wedding..




ceta ni dah basi sebenarnya tapi disebabkan ada sorang member nak tengok aku update jugak (susahkan kalau memang dah takde idea dan malas nak update blog sendiri, tapi membaca blog orang memang paling aku suka)....

perkahwinan kawan opis aku iaitu Siti Khadijah (CT) dan Hasbullah (Boy) yang telah diadakan pada 24 Mei 2008 di Balik Pulau, Penang....perkahwinan yang amat meriah sekali...aku lihat pengantin nye ceria dan riang je..almaklumla akhirnya dapat bersatu jua setelah pelbagai rintangan dan dugaan telah dilalui sepanjang bercinta dan bertunang....

selamat pengantin baru...semoga kamu berdua kekal untuk selamanya hingga ke akhir nyawa dan hayat....moga ct akan menjadi seorang isteri yang mithali dan bertanggungjawab...pasni bolehla kita kongsi-kongsi ceta menarik....hope syida dapatla melihat pict kawin ct ni....sorry ye sbb atas permintaan barulah akak nak update...kalu tak memang terperap je la...