Terima Kasih Sahabat

26 June 2008

Lawatan ke MAB....


hari ini aku dan team laman web telah pergi ke Persatuan Orang Buta Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAB di Jalan Tebing berdekatan dengan Brickfields Kuala Lumpur....tujuan kami ke sana untuk membuat validation laman web kami either memenuhi ciri-ciri W3C atau tidak...almaklumla kementerian kami kan kementerian yang famous dan familiar dengan OKU....memang malu la coz laman web kami sendiri tidak memenuhi ciri-ciri W3C yang telah ditetapkan....padahal kami adalah sebuah kementerian yang kumpulan sasar nya adalah OKU...

langkah pertama kami untuk memenuhi ciri-ciri W3C ini ialah dengan berjumpa dengan MAB ini....orang yang kami jumpa ini bernama En. Siratul Rahim....Manager bagi ICT Department MAB...notebook dia ni memang canggih la coz telah diinstall screen reader yang berharga hampir RM 5,000....aku kagum dengan En. Silatul rahim ni...walaupun dia buta tapi bahasa inggeris dia memang power giler la... dia boleh bagi presentation dengan menggunakan screen reader....

kalu sesapa yang tak tahu screen reader ini adalah suara yang dikeluarkan melalui speaker...apa sahaja yang kita klik di notebook dia akan bgtau....dan apa sahaja yang kita surfing internet dia membaca kan untuk orang buta tersebut...memang canggih la screen reader ini..tapi bagi orang normal macam kita apa sahaja yg disebut oleh screen reader tu memang sukar untuk kita fahami...memang laju giler la....

tapi apa yang pastinya setelah dibuat validation pada laman web memang banyakla error...memang malu sungguhla coz laman web kami kita tidak memenuhi ciri-ciri W3C yang telah ditetapkan....

team laman web telah bertekad untuk memperbaiki error yang telah dikenal pasti dan akan cuba memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 12 kriteria yang telah ditetapkan oleh WAI....kami akan berusaha yang terbaik agar golongan OKU akan dapat menggunakan laman web dengan baik dan tidak lagi menyusahkan mereka...


MAB...

team laman web dan En. Silatul rahim sedang hangat berbincang...

1 comment:

mama ranggie said...

usaha tangga kejayaan!teruskan ya!