Terima Kasih Sahabat

27 August 2008

bErCUTI...

risa ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kekawan blogger yang risa kenal melalui maya ini dan blogger yang selalu menjenguk blog ini...risa berharap semua yang ada terasa di hati dengan penulisan n3 atau komen2 risa di blog kalian, harap maafkan yea...



risa ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi...Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina...



"Sempena akan tibanya bulan Ramdhan yg tidak lama lagi, kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas keterlanjuran kata & perbuatan yg menyinggung perasaan saudara saudari yg tidak di senjagakan mahupun yg sengajakan sepanjang perkenalan kita. Saya juga memohon dihalalkan semuanya. "


risa juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 51...agar negara kita akan aman dan damai sehingga bila2 tanpa ada persengketaan....

** tuan punye blog ini akan bercuti selama 5 hari untuk menenangkan diri untuk seketika **

poTLucK part II...


yang baju pink tu la besday girlnye...

potluck kat tempat aku berlangsung seharian...ada second part pas lunch tadi...memang perut ni penuh dengan pelbagai makanan....potluck part II ini kami petang ini kami makan plak kek besday yang disponsor oleh kak shida coz hari ni besday dia....ditambah dengan popia basah, buah-buahan dan makanan dari pagi tadi...

memang asyik makan aje la hari ni...memang tak wat keja pun....almaklumlah semua bossnye takde...semuanya jadi boss sendiri2...bukan senang nak dok macam ni seharian...memang makan gaji buta hari ni...aktiviti kami asyik makan dan berborak je...memang nikmat sungguh kehidupan ni kan..

happy besday kak shida...moga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

26 August 2008

pOtLuCk...


pagi ni kami ramai-ramai pakat bawa makanan dan makan di opis...wat potluck party la kiranye...idea untuk wat potluck di buat petang semalam jam 3.30 petang sempena nak sambut pose la...

aku - mee goreng
ct - bihun singapura
timah - spageti
oja - karamel, nasi dagang
kak limah - kuih muih
gee - puding laici
ika - coktail


kami mula kan potluck pukul 9.00 pagi coz makan breakfast dan ramai gak la yang nak kena gi meeting...tu yang kami wat makan pagi...kalu ikutkan nak makan tengahari...

semuanye makan dalam keriangan dan kegembiraan walaupun ada sorang member kami merajuk bile diusik...susah jugak kalu hati tu mudah terasa...merajuk terus gi meeting tu...entahla susah jugak kalu orang mudah terasa hati dengan apa yang kita cakapkan....

yang pastinye kami wat potluck ni masa semua big boss dan small boss takde di opis kerana ada mesyuarat di luar...tu yang bestnye...kalu tak confirm la nak kena berprotokol depan semua boss...



25 August 2008

hAri WAniTa...

tanggal 25 ogos setiap tahun adalah Hari Wanita Kebangsaan (peringkat Malaysia)...akan disambut setiap tahun yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...selalunye dibuat di stadium bukit jalil kuala lumpur...tapi untuk tahun ni dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru....Tema untuk tahun ni ialah "WANITA PENJANA EKONOMI NEGARA" yang akan dirasmikan oleh YAB PM...

selamat menyambut hari WANITA kepada semua yang bergelar seorang wanita...moga golongan wanita akan menjadi seorang yang berjaya di mata dunia dan dapat menabur bakti untuk bangsa, agama dan negara...insya'allah...

tahniah sue....

hari sabtu 23 ogos 2008 aku dan mak menghadiri majlis konvesnyen KPTM adik aku iaitu Suraya dalam Diploma Accounting di Dewan Plenari PICC Putrajaya...

bertolak dari rumah pukul 5.45 pagi (sebelum subuh dah bertolak dari rumah) coz adik aku nak kena sampai di sana sebelum 7.15 pagi...aku ingatkan kami la yang sampai awal tapi rupanya ada family yang lagi awal dari kami...masa tu baru je 6.20 pagi....

majlis konvo ini mengungkap kenangan masa aku amik konvo di ipoh 5 tahun yang lalu....aku dan adik ku ini satu kolej yang sama cuma dah bertukar pentadbiran dan nama yang berbeza dan lain cawangan...aku di cawangan batu pahat dan adik ku di kl...aku jumpa la kembali lecturer2 semasa aku study di batu pahat...pada mulanya nak menyapa mereka malu, yelah takut diorang tak cam sapa kita ni kan...tapi aku nekad kalu tak tegur sekarang bila lagi nak jumpa mereka ni....

majlis konvo ini melibatkan hampir 2,000 graduan yang menerima sijil, diploma dan ijazah dari 6 cawangan dan pelbagai course...jenuh jugak la aku dan mak menunggu turn adik aku yang ke 978 orang....yang paling aku kesian kat mak aku coz dia tak boleh dalam kesejukan dan duduk dalam keadaan statik coz mak aku ada sakit urat saraf...masa sebelum turn adik aku, aku dan mak kuar dulu dari dewan plenari tu coz kaki mak aku dah kekejangan dan kesejukan....

mak aku berasa bangga dengan kejayaan anak dia yang dapat tamat pengajian diploma...skrg ni adik aku sambung degree di uitm jengka dalam accounting gak....adik perempuan aku ni bercita-cita tinggi nak jadi gabenor wanita kedua di Malaysia selepas Zeti....dia nak tandatangan wang Malaysia...aku berharap dia akan berjaya dalam degree ni dan mencapai segala cita-cita yang diimpikan...


tahniah suraya....yong harap kau akan berjaya untuk degree plak...


mak dan suraya....

upacara konvo ini abis kul 2.30 petang dan kami balik dengan KLIA transit dan komuter coz my hubby tak boleh nak amik.....majlis konvosenyen adalah satu memori yang tidak akan dilupakan oleh mana-mana pelajar.....pas ni akan ada konvo di Uitm Shah Alam plak lepas raya ni....kerana diploma adik aku ni ada join venture dengan uitm....pasni yong akan belikan bear konvo untuk sue...coz skrg ni yong  tengah bulan gerhana dan yong janji akan bawa ella pada konvo kat uitm (kesian kat adik bongsu aku, sibuk nak ikut)....

22 August 2008

BunTu...

aku rasa tertekan sungguh ketika ini....
tidak tahu dah nak minta tolong dari sapa lagi.....
rase nak terbang jauh dari dunia ni untuk sementara waktu....
rasa buntu dan keliru....
Ya Allah permudahkan urusan ku ini....
hanya padaMu tempat aku memohon dan meminta....

kepuasan di hati....


buah mangga yg mengeceurkan air liur....

walaupun kereta kesayangan aku dah kemek dan berlekuk yang pastinye aku rasa gembira dan berpuas ati biler melihat kawan-kawan opis yang makan mangga aku dengan penuh keceriaan dan berselera....makan berebut-rebut...macam orang yang tak pernah jumpa mangga....

pukul 9.30 pagi kitorang bersarapan dengan buah mangga....memang kuat sungguh ketahanan perut masing-masing...yang pastinya ada sorang kakak kat opis ni siap sound 'pas ni kita beratur ramai-ramai kat depan pintu toilet, sorang seminit je'....memang kami gelak ramai-ramai la....sonoknye masa makan ni lah kami boleh bergurau senda dan terimbas la memori masa zaman kanak-kanak kami...berebut-rebutla nak ceta...

yang pastinye kawan-kawan aku kat opis ni majoritinye 'hantu mangga'...tak kire lelaki atau pompuan...nak kata mengidam takkan semuanya kot....yang bestnye mereka akan berkumpul kat meja aku termasuklah bos-bos sama-sama melepak utk makan mangga ni...diorang semua kata mangga aku tak berapa masam, rase cam lemak-lemak dan yang pastinye besar....menelan air liur biler aku lihat diorang makan buah mangga ni...aku ni tak berapa gemar sangat dengan masam-masam ni...kureng sikit....tapi yang pastinye my hubby memang peminat setia buah mangga....dia akan makan dengan garam...dia tak berapa nak minat makan dengan kuah rojak...yang aku plak memang tak boleh gi kalu makan dengan garam....nyilu rasenya....


wajah yang penuh berselera....

aku sonok melihat kekawan aku yang happy biler makan mangga dengan keadaan berebut...siap boleh cop-cop yang ni potongan mangga dia...orang lain tak boleh nak amik...memang kelakau giler la...satu memori yang takkan aku lupakan biler kita akan berpindah ke tempat lain...dengan kawan-kawan ni lah tempat aku bergelak ketawa, bergossip sakan dan sesi mengumpat (bulan pose ni nak kena taubatla, abis plak pahala puasa)...


macam-macam gaya muka yg diorang ni wat masa makan mangga ni....

21 August 2008

gAra-GaRa ManGGa...

gara-gara buah MANGGA, telah memberikan implikasi yang amat besar pada aku dan hubby....

depan rumah mak aku memang ada sepohon pokok mangga (dah mcm karangan budak UPSR lak)...pokok ni akan mengeluarkan hasil sepanjang masa...tak pernah ikut musim...ada je buah nye kalu nak makan...dan memang kami adik beradik dah puas gile mencicah dengan kuah rojak, garam dan buat kerabu mangga...memang dah banyak berbakti pokok mangga ni....mak aku memang pakar giler wat kerabu mangga dan akan mendapat sambutan yang 'hangat' dr orang yang hantu mangga....

nak jadikan cerita kawan-kawan opis aku ni memang hantu mangga....kalu aku bawa buah mangga ni akan mendapat sambutan yang meriah...dan yang pastinye meja aku akan menjadi tempat mencicah buah mangga....nak jadikan cerita kawan ni peknen dan mengidam nak makan buah mangga mak aku...kebetulan plak malam tadi aku gi umah mak aku untuk hantar barang....

pukul 10 malam aku 'ogah' pokok mangga ni....yang bestnye selalunya my hubby akan parking keta di tempat lain biler nak ambik buah mangga tapi disebabkan nak mengangkut barang dari kereta yang banyak letak la depan umah mak...

aku dengan penuh yakin telah mengeluarkan galah coz tak nak menghampakan permintaan kawan-kawan...apa lagi aku telah menaikkan galah dan mengambil mangga tu...masa aku amik tu buah mangga yang aku amik tu jatuh sipi je atas keta...berderau gak la....sib baik takde apa-apa...

untuk buah yang kedua aku minta my hubby tolong ambik lagi sebiji...coz buah tu tinggi sikit dan memang besar buah tu....my hubby telah mengambil dengan penuh keyakinan dan berani nye...

'
masuk tak dalam sarung galah'...coz dia tak nampak..almaklumla kan malam..gelap la...
aku jawab 'masuk'...apa lagi biler dia tarik je buah mangga tu terus buah tu dengan cantiknya jatuh di depan kanan kereta...bunyi yang dihasilkan mmg la kuat...berdengang!!!la...menjerit aku....

biler lihat kat tempat landingnya buah mangga tu memang la sedihnye hati....berlekuk dan kemek....my hubby tak boleh nak cakap apa lagi...

dia siap cakap 'rasenya dah masuk dalam sarung tapi heran kenapa leh kuar masa nak tarik tu'....

aku tahu kenapa boleh jadi macam tu....sebab kami telah menganggu 'tidurnya' pokok mangga tu malam-malam buta...tu la pasal dia melepaskan geram dengan menguarkan bunyi yang menyedapkan telinga....kali pertama warning tak nak dengar....nak gak amik buah mangga ke 2....

gara-gara buah mangga kereta kami telah jadi kemek dan berlekuk...kesian kat my hubby coz dia rase bersalah sangat....kerana dia kereta tu dah tak cantik....siap nak gi betul kan kemek keta tu hari ni....aku kata nanti-natilah coz tengah-tengah bulan gerhana ni...mana nak cekau duit...sampai kan malam tadi my hubby termimpi-mimpi pasal kereta yang kemek tu....

memang memberi implikasi yang besar....pengajarannye jangan kacau pokok mangga malam-malam buta...pokok pun tahu nak berehat dan nak tidur.....


inilah buah mangga yang aku amik semalam dan yg telah jatuh atas kereta aku....

19 August 2008

berdebar-debar....

hati aku rasa berdebar-debar sangat...rasa degup jantung ni bergerak dengan laju sangat....aku rasa tak sedap hati la...rasa macam something akan happen...mata sebelah kiri aku ni plak mengenyit-genyit....aku rasa gelisah sesangat...

rase segala apa yang aku nak wat semua tak kena...rase sesak dan tersekat bila aku nak bernafas...

berdebar-debar + syak wasangka = ketakutan yang melampau....

Ya Allah lapangkanlah fikiran dan hati ku ini dari memikirkan segala perkara-perkara yang buruk...jauhkan aku dan family aku dari segala perkara-perkara yang tidak baik...hanya pada Mu aku berserah dan memohon...

18 August 2008

:(

aku dalam kesedihan sesangat....barang yang paling aku sayang telah rosak...itu adalah antara barang wish list aku untuk tahun ni...dah la aku dapat present awal tahun ni...alih-alih dah rosak tak sampai setahun pun...rasa ralat sangat...rase cam nak putar kan je balik masa saat sebelum barang tu rosak...

mp3 aku dah masuk dalam washing machine...rasa bengong kejap bile barang yang kita sayang dah rosak...ini gara-gara my hubby letak mp3 tu dalam kocek baju...dapat kat aku tak seluk poket terus je masuk dalam washing machine...siap dah sidai kat ampaian aku masih tak perasan... :(

biler aku sms my hubby mana mp3 (kononnye baru nak melayan perasaan la kononnye)..my hubby boleh jawab cuba tengok dalam poket baju....aku terus terpa ke ampaian dan tengok mmg cantik je mp3 tu ada dalam poket....alih2 memang layan perasaan pun...

rase sedih dan down sangat...nak sedapkan hati aku sms kat hubby soh dia belikan aku yang baru sempena my birthday present tak lama lagi....aku nak sangat...malang sungguh nasib ku ini...rase cam hilang jap jiwa dan nurani ku ini....nak wat camne dah tertulis begini nasib mp3 ku ini...akan ku tuntut janji my hubby untuk belikan yang baru...aku nak gak mp3 baru....tak kire...

mp3 yang aku rindu saat ini...aku sayang sangat dgn mp3 ni coz present kan...

13 August 2008

sudah bersedia???

adakah aku sudah bersedia????
dari segi mental dan fizikal...
dari segi rohani dan jasmani...
dari segi sumber kewangan...

adakah aku sudah bersedia???
untuk memikul tanggungjawab yg amat besar ini...
untuk memegang 'title' as the '.....'

adakah aku sudah bersedia???
untuk mengorbankan masa...
untuk mengorbankan kepenatan...
untuk berkorban apa sahaja...

untuk mencapai impian, cita-cita dan matlamat yang aku azamkan...

YA, YA, YA....
insya'allah aku akan cuba bersedia, memikul dan berkorban segalanya...dengan berkat doa dari suami, mak dan keluarga...aku akan mencapai impian, cita-cita aku dan aku akan membahagiakan kalian...doakan kejayaan aku agar segalanya berjalan dengan lancar...

11 August 2008

aksi nisa...


hujung minggu yang lepas anak buah aku berkumpul dan bermalam di rumah aku...memang meriah sungguh apabila semua anak buah dan adik beradik berkumpul...walaupun rumah aku sempit tapi yang pastinye kegembiraan dan kebahagiaan memang tidak dapat digambarkan...

yang bestnye adalah masa makan...coz masa makan ni lah masa kita akan berebut makanan dan telatah anak-anak buah aku dapat dilihat...yang sorang nak boh kicap yang sorang nak sambal dan masa nilah akan tertumpahnya akhir dan berteraburnye nasi....itu la saat yang tak boleh nak dibeli kan di mana-mana....

masa tengah makan tengahari semalam aku dapat merakamkan aksi anak buah aku si nisa dengan ikan gorengnya...memang aku tak sangka dia akan ambil 2 ekor ikan goreng dan membuat aksi yang menarik seperti mencium, memakan dan macam2 gaya...memang sonoknye aku lihat anak-anak buah makan dan berkumpul...walaupun aku tidak dikurniakan anak namun aku tetap dapat kasih sayang dari anak-anak buah aku yang paling aku sayang...

 
aksi nisa mendapat ikan goreng...
 
comeyy makan ekor ikan...
 
seronok lihat nisa makan ikan goreng...

dugaan dariMu...


Ya Allah terlalu banyak dugaan yang kau berikan kepada ku ini...aku pasrah dan redha dengan apa yang kau berikan pada ku...aku menerima dengan seikhlas hati ku ini..aku sedar aku banyak melakukan dosa-dosa yang lalu...

Kau menguji ku kerana Kau sayangkan aku....Kau menduga ku kerana Kau sentiasa mengingati ku agar aku senantiasa berdoa dan memohon pada Mu...

aku akan sentiasa menerima segala apa yang Kau berikan pada ku walaupun ada ketikanya aku tidak kuat untuk menghadapinya Ya Allah...

aku mohon pada Mu agar aku kuat menghadapi segala dugaan dan rintangan dari Mu....

08 August 2008

pertunangan...

hari ahad lepas 3 ogos 2008, sepupu aku telah selamat menjadi tunangan orang...insya'allah jika tiada aral melintang pernikahan dan perkahwinan dalam masa setahun...aku doakan moga zura dan boy bahagia bersama dan selamat menempuh alam pertunangan yang penuh dugaan...


zura bersama hantaran perempuan (hijau theme) & lelaki (maroon)...
my mom with zura..sama-sama hijau...my mom ni memang peminat setia ijau.... 


zura with my mom, sister and maknye...
3 beradik iaitu pak sulung (ayah zura), mak lang dan my mother....

05 August 2008

tertekan...

knp orang lain yang bersusah payah untuk membuat sesuatu kerja tu tapi orang lain yang dapat nama....aku rasa geram dan tertekan bila ianya terjadi kat atas diri aku sendiri...coz selalunya aku dengar member2 lain yang kena...kali ini kena batang hidung sendiri memang aku panas hati sungguh..terus rasa cam malas nak wat keja sungguh-sungguh sbb orang lain yg dapat nama...

"lembu punye susu sapi dapat nama"...it's not fair to me...memang aku terasa setelah aku berpenat lelah untuk membuat dan telah nampak hasilnya alih-alih orang lain yang akan mendapat kata-kata pujian....

memang banyak dugaan yang perlu ditempuh dalam kehidupan yang penuh fana ini...

04 August 2008

Alhamdulilah...

Alhamdulilah akhirnya aku dapat juga mencapai cita-cita aku....

walaupun semalam Allah telah menduga aku dengan hebatnya (hampir aku berputus asa dalam hidup ini), namun pagi ini Allah telah memberikan khabar gembira pada diri ku...benarlah kata orang "setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya"....

Syukur ke hadrat Illahi moga aku dapat mencapai segala impian aku dengan jayanya...namun semua itu adalah ketentuan dariNya...hanya padaNya aku berserah segalanya...kita hanya mampu merancang namun Allah akan menentukan segalanya...

dapat jugak aku melaksanakan antara wishing list untuk aku tahun ini...insya'llah dapat jugak aku menunaikan azam tahun untuk 2008 ini...insya'allah....

01 August 2008

pRogram aMal meSra....



hari ahad yang lepas pada 27 Julai 2008, aku telah mengikut program yang telah dianjurkan oleh opis aku ke sungai besar, selangor untuk program amal mesra....program ini bertujuan untuk membersihkan 2 rumah OKU yang menerima bantuan daripada JKM dan memberi sumbangan kepada warga emas yang berada di sekitar DUN sungai besar dan sabak bernam oleh YB Noriah Kasnon....

pukul 6.30 pagi aku dah terpacak di depan pintu opis...ialah bersemangat kononnya bas nak bertolak kul 6.45 pagi...alih-alih bertolaknya hampir pukul 8.00 pagi....memang sah-sah la janji Melayu kan seperti kat pepatah tu...ahli rombongan dalam sekitar 18 orang termasuk 2 pemandu....masa dalam on the way kami melihat satu kemalangan ngeri antara motor LC dan Myvi...kesiannya penunggang motor tu yang sedang dalam kesakitan (perempuan cina) yang kakinya yang memang takde rupa bentuk kaki dah (memang ngeri nak membayangkannya)...kami sangka kan dah jadi meninggal tapi tiba2 kepalanye bergerak (mesti sakit tak ingat punye)..aku rasa confirm kaki dia dah kena gelek dek keta Myvi tu....motor dia dah terbelah 2....Myvi putih tu yang kemek bahagian kiri dan kanan tu dah terperosok dalam longkang....aku rase nak muntah dah melihat darah yang banyak kat pompuan cina tu (dah la baru je pas makan nasi lemak).....yang pastinya sepanjang jalan tu memang aku terbayangkan pasal kemalangan tu dan pasal pompuan cina tu....tak tahu la keadaan nya bagaimana sekarang ini...aku rasa dia akan tabah menghadapi kesakitan yg dialaminya itu...



kami sampai di sungai besar pukul 9.45 pagi dah telah pergi ke rumah pertama OKU untuk membuat pembersihan rumah....yang bestnya tu YB Noriah pun sama-sama turun padang untuk membersihkan rumah tersebut bersama kami dgn pasukan rela....aku lihat selamba je dia ambik kain dan mengelap kipas...memang respek la....

hampir 45 minit di rumah tersebut kami pergi plak ke rumah no dua untuk kerja pembersihan yang sama gak...memang sonokla coz aku tak penah membuat kerja kebajikan seperti ini....pastu kami telah pergi ke pusat jagaan harian di bandar sungai besar untuk program menanam pokok dan memberi sumbangan kepada warga emas oleh YB Noriah....

lepas dijamu makan kami telah pergi shopping di sungai besar yang penuh dengan kain2 bermacam warna dan corak...memang juling mata dan rambang untuk memilihnya...semuanya dirasakan cantik...almaklumla raya kan nak dekat (aku sambar 2 pasang dan 1 pasang untuk mak kesayangan)...mesti nak buat persiapan kan....pastu kami ke kilang buat kerepek plak....memang best la gi kilang kerepek...siap dijamu air lagi....kononnye tetamu VIP dari kl...rega yang diberikan pun special lagi siap ada diskaun...

kami sampai ke KL dalam kul 5.30 petang...kalu ikutkan badan memang la letih tapi kerja kebajikan yang kita buat amat memuaskan hati....bile lihat rumah OKU tersebut bersih rasa cam leganye...alhamdulilah misi program amal mesra ini berjaya walaupun kurang mendapat sambutan....