Terima Kasih Sahabat

25 August 2008

tahniah sue....

hari sabtu 23 ogos 2008 aku dan mak menghadiri majlis konvesnyen KPTM adik aku iaitu Suraya dalam Diploma Accounting di Dewan Plenari PICC Putrajaya...

bertolak dari rumah pukul 5.45 pagi (sebelum subuh dah bertolak dari rumah) coz adik aku nak kena sampai di sana sebelum 7.15 pagi...aku ingatkan kami la yang sampai awal tapi rupanya ada family yang lagi awal dari kami...masa tu baru je 6.20 pagi....

majlis konvo ini mengungkap kenangan masa aku amik konvo di ipoh 5 tahun yang lalu....aku dan adik ku ini satu kolej yang sama cuma dah bertukar pentadbiran dan nama yang berbeza dan lain cawangan...aku di cawangan batu pahat dan adik ku di kl...aku jumpa la kembali lecturer2 semasa aku study di batu pahat...pada mulanya nak menyapa mereka malu, yelah takut diorang tak cam sapa kita ni kan...tapi aku nekad kalu tak tegur sekarang bila lagi nak jumpa mereka ni....

majlis konvo ini melibatkan hampir 2,000 graduan yang menerima sijil, diploma dan ijazah dari 6 cawangan dan pelbagai course...jenuh jugak la aku dan mak menunggu turn adik aku yang ke 978 orang....yang paling aku kesian kat mak aku coz dia tak boleh dalam kesejukan dan duduk dalam keadaan statik coz mak aku ada sakit urat saraf...masa sebelum turn adik aku, aku dan mak kuar dulu dari dewan plenari tu coz kaki mak aku dah kekejangan dan kesejukan....

mak aku berasa bangga dengan kejayaan anak dia yang dapat tamat pengajian diploma...skrg ni adik aku sambung degree di uitm jengka dalam accounting gak....adik perempuan aku ni bercita-cita tinggi nak jadi gabenor wanita kedua di Malaysia selepas Zeti....dia nak tandatangan wang Malaysia...aku berharap dia akan berjaya dalam degree ni dan mencapai segala cita-cita yang diimpikan...


tahniah suraya....yong harap kau akan berjaya untuk degree plak...


mak dan suraya....

upacara konvo ini abis kul 2.30 petang dan kami balik dengan KLIA transit dan komuter coz my hubby tak boleh nak amik.....majlis konvosenyen adalah satu memori yang tidak akan dilupakan oleh mana-mana pelajar.....pas ni akan ada konvo di Uitm Shah Alam plak lepas raya ni....kerana diploma adik aku ni ada join venture dengan uitm....pasni yong akan belikan bear konvo untuk sue...coz skrg ni yong  tengah bulan gerhana dan yong janji akan bawa ella pada konvo kat uitm (kesian kat adik bongsu aku, sibuk nak ikut)....

2 comments:

AzurA said...

wa... sampaikan tahniah aku kat adeq hang ya... tahniah..tahniah..selamat menempuh alam pekerjaan....

risanur said...

azura >> thanks zura...tapi adik risa masih belum nak menempuh alam keja tapi further study utk degree plak..