Terima Kasih Sahabat

10 September 2008

dalam Dillema...


aku dalam dilemma ketika ini....aku memerlukan bantuan dari segi pendapat dan nasihat untuk menyelesaikan problem aku ini...fikiran aku dah buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya...walaupun aku cuba ingin melupakan dari memikirkannya namun yang pasti aku perlu buat keputusan yang terbaik untuk diri ku...masa nya akan menjelma tidak lama lagi...aku mohon pendapat dari teman-teman blogger bagaimana caranya untuk aku menyelesaikan masalah ini...

pada 24 ogos yang lalu aku telah menerima tawaran untuk menyambung study di peringkat degree di UKM....ini adalah sebahagian dari azam untuk tahun 2008 ini dan adalah impian aku untuk memiliki degree....aku mengambil study ini secara sambilan (class selepas waktu keja) iaitu dari pukul 7 hingga 10 malam....semasa aku memohon untuk study ini class akan diadakan di kampus KL iaitu memang berdekatan la dari rumah dan tempat kerja aku....memang tujuan utama aku memilih UKM ini kerana classnye akan diadakan di KL...

di sini la bermula segala masalah bagi aku....pada 6 september yang lalu aku telah menghadirkan diri untuk mendengar taklimat program pengajian........seramai 75 orang student telah menerima kursus ini dan majoritinya pekerja kerajaan yang bekerja di putrajaya...buat pertama kalinye student seramai itu yang diterima untuk kursus ini...selalunya satu class hanya melibatkan 30 hingga 40 orang shj...masalahnye kampus KL tidak boleh menampung student seramai 75 orang kecuali di UKM bangi...aku akan mulakan pengajian pada 15 september 2008 ini...

aku perlu berulang alik dari tempat kerja ke bangi dan seterusnya ke rumah setiap hari kecuali hari Jumaat...class akan bermula jam 7 hingga 10 malam...rumah aku berada di gombak...aku perlu berulang alik ke bangi dengan menggunakan kemudahan komuter....perjalanan komuter dari opis ke bangi mengambil masa 60 minit dan tren ke rumah aku hampir 45 minit...

yang menjadi masalah utamanye mampukah aku untuk berulang alik ke bangi setiap hari...aku akan sampai ke rumah hampir jam 12 tengah malam dan aku akan ke luar ke opis pada jam 6.00 pagi....aku takut aku keletihan dan kepenatan serta keselamatan aku yang tidak terjamin apabila aku perlu berulang alik setiap malam sendirian...takkan my hubby nak mengambil aku setiap malam di bangi (aku perlu memikirkan sumber kewangan yang tinggi iaitu petrol dan tol)...

memang aku dalam kebuntuan yang teramat sangat...aku mahukan kejayaan dalam kehidupan namun pelbagai dugaan yang harus aku tempuhi...apa yang harus aku lakukan either nak menolak tawaran ini dan mencari universiti lain di KL (spt UTM Jln Semarak) .....atau aku harus teruskan perjuangan ini dan menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang....

aku perlukan pendapat kalian...terima kasih atas pandangan yang diberikan...

6 comments:

Kebencian_Maharaja said...

Hasrat menyambung pengajian Risa tu sgt bagus. Tapi bila timbul keadaan cmtu nampak memang menyulitkan buat seorg wanita. Yg penting saya rasa, keselamatan Risa & kalau mampu atau tidak nak mengharungi situasi "kuar awal, balik lambat".
Saya rasa better tempt yg lebih dekat. Papapun, tryla berbincangan ngan suami....

Mr PenyuBiru said...

hmm..dalam soal nie aku rasa cube ko try cari alternatif lain, U yg lain yg lebih dekat. keselamatan perlu diutamakan.mungkin seminggu dua,bleh tahan lagi,tapi kena pikir tuk jangkamasa yg pjg.nanti yg dikejar tak dapat,yg dikedong berciciran.

nanonano said...

alahai kak..
siannye..
impian dah tercapai, tp ade mslh lain plak,
sume tu ujian blake..
harap akak pandai handle ek..
org xtao nk bg cadangan cmne dah
;)

kakLuna said...

kalo peluang utk sambung belajar tu akan datang lagi dgn mudah...maka boleh lah ko pilih utk tangguh dan cari IPT lain...tp kalo peluang ni susah nk dpt...kena la ko buka hati, buka minda dan berfikir positif.setiap kejayaan tu akan jd lebih manis kalo diharungi dgn kepayahan.

kalo ko pk negatif mmg x kan ke mana2

dan bila dah decide..jgn sesekali menyesal..setiap yg ditetapkan Allah itu mungkin besar hikmah nya wpun dilalui dgn kesukaran..

firman Allah,

barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat mu dan barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik buatmu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dari kamu yg tidak mengetahui

jika buntu...buatlah solat istikharah

mebby said...

btul tu risanur..xder kejayaan yang dpt dcapai dgn jln singkat...semuanya penuh dgn dugaan dan ranjau..lumrah hidup kan...oleh itu sekiranya pe yng di hajatkan itu di dapati maka kita kena berkorban utk kehilangan yg lain pula...tiada aper akan dapat di capai tanpa pengorbanan...renung -renungkan lah yer...

AzurA said...

risa... to share experience.. kite pun 2 tahun lepas amik keputusan nak sambung buat master... tapi kita mengalah due to time constraint dsb. Nak study u have to sacrifice risa.... tapi..kalau sacrifice masa dan kepayahan tapi tumpuan tak dapat,jadi satu masalah jugak.. saya ada soang kawan, sambung master.. tapi terkejar2 cam risa expected jugak.. then halfway..she said that she cant make it..dan benti.. sia-sia ajer.. saya pun fikir.. kalau risa susah, pastuh dah terasa letihnya.. better tunggu dulu.. thats my opinion la.. by the way..risa.. hang dah kena tag.. nanti jawablah yer...

p/s :-kalau masih tak dapat keputusan mari kite mohon dariNya.. istikharah...