Terima Kasih Sahabat

12 September 2008

rezki kurniaan Illahi IV...


ni masakan yang aku masak semalam untuk berbuka pose hari ke 11 dan sahur pagi tadi...cara masakan kampung lagi...coz sebelum tu dah makan ala thai kan...memang menyelerakan dan sedap...sapa lagi yang nak puji kecuali hubby dan diri sendiri kan...aku masak masak lemak kuning labu, sambal ubi kentang + ikan bilis goreng, ikan goreng, sambal belacan dan ulam (tak sempat nak snap pict)....memang puas hati masak sendiri sebenarnya...coz berapa kali nak tambah nasi pun boleh....tapi selalunye aku takkan bertambah coz nak diet kan....my hubby la yang akan makan dengan bertambah2...

sonoknye tengok dia makan dengan penuh berselera...siap puji lagi "air tangan isteri for sure la sedap'...bangga la aku dibuatnya....tapi lum sampai riak lagi la..coz masak untuk my hubby insya'allah boleh la...main campak-campak je apa yang patut dalam periuk tu...tapi kalu nak masak untuk bagi orang lain makan kena fikir banyak kali la....takut selera orang lain dengan kita kan...

untuk berbuka pose hari ini aku dah tak tak tahu nak masak pa...dalam peti ais abis semua stok dah....aku call hubby tadi dia kata kita bukak pose kat luar...tapi di mana ye....aku kalu makan kat luar ni bermasalah sikit...coz sukar untuk mencari tempat yang sedap, puas hati dan berbaloi dengan apa yang kita bayar....takut masuk kedai yang tak sedap dan mencekik darah...confirm la masa tu kita akan cakap yang 'berbudi bahasa' menyesal makan kat sini...

ada tak sesapa boleh bagi suggestion tempat makan kat area gombak, keramat atau wangsa maju yang sedap dan puas hati coz berdekatan dengan rumah aku...aku paling malas nak gi jalan2 jauh....


7 comments:

sultan said...

mkn fast food. kfc, chiken rice shop, pizza. amacam. ok x...

mama ranggie said...

mc d ok x?

risanur said...

sultan >> my hubby mmg nak makan kfc pun tapi risa tak berapa minat la makan fast food..thanks ur opinion...

mama ranggie >> mmg sedap makan MCD ni..rasa cam nak makan big mac la...

mebby said...

huhuhhu..terliur tau tgk mknan tu..saya mmg ske mskan kg..besh sgt!!!tumpang mkn bole...hehehe..erkk kt gombak..ermmm..ske mkn burger yg kt 7 11 tu best!!!

ad3ck said...

hehe kebetulan ku dok keramat, tempat makan yang best yang ku tau, pha-pha kat melawati, restoran nasi beriani gam kat bulatan AU3. cubelah ;p.

risanur said...

mebby >> nati risa masak masakan kg lagi risa jemput mebby ye..7 11 kat mane??

ad3ck >> tq atas cadangan yg diberikan..

mebby said...

kat depan flyover tu la...huhuhu best tau