Terima Kasih Sahabat

15 September 2008

rezki kurniaan Illahi V...


buka pose semalam yang ke 14 ramadhan aku telah masak sup tulang, daging masak kicap lada hitam, sayur campur dan sambal kicap...memang marvelous la coz aku dah lama tak masak lauk berasaskan daging...selalunye aku akan masak ikan...bak kata my husband aku akan masak setahun sekali je daging masak kicap lada hitam...padahal my husband ni peminat setia daging masak kicap ni...my hubby telah menambah nasi sebanyak 3 kali...seronok je aku tengok dia makan dengan penuh berselera....dan rasa dihargai biler makanan yang kita masak dimakan dengan gembire...

aku teringat dulu masa zaman bercinta dan masa tu kebetulan memang bulan pose...aku ajak kekasih aku (sekarang ni my hubby la) ni datang umah untuk berbuka dan kenal-kenal dengan bakal mak dan ayah mertua...aku telah masak daging masak kicap lada hitam ni la....dia siap boleh kata bukan aku yang masak tapi mak awak yang masak...geram je aku mendengarnya...padahal memang aku yang masak....sampai sekarang ini lah dia telah terjatuh cinta dengan daging masak kicap ni...tapi susah jugak kan bile dapat isteri yang susah nak masak...bukannya aku tak boleh masak tapi bila malas tahap gaban memang tak boleh buat apa....

daging masak kicap lada hitam ini lah antara kenangan yang manis masa zaman kami bercinta...masa ni lah aku telah membuktikan pada kekasih ku yang aku boleh masak dan boleh menjaga dia bile dah kahwin....

insya'allah aku akan cuba merajinkan diri aku untuk selalu masak makanan kegemaran my husband ni....(bukannye tak nak masak tapi aku kurang gemar daging dan ayam ni, aku lebih prefer udang atau ikan)....tapi my hubby ni udang cukup sensitif sebab resdung...setiap kali aku masak dia akan makan (almaklumla pantang tengok, bukan pantang makan) dan masa tu la dia akan bersin setiap saat...kesian kat my hubby tapi nak wat camne kan...dah aku masak confirmla menu tu aku yang tentukan....apa yang aku masak tu la kena makan kan....masa inilah kita nak tunjukkan kuasa veto dalam menentukan makanan yang akan dimasak tapi selalunye aku ni fleksibel apa yang my hubby nak makan aku akan cuba masak sedaya mungkin, insya'allah...


7 comments:

mim.ya.ra.alif said...

mmg seronok tgk org yg kita sayang mkn dgn berseleranya apa jua yg kita masak

Mr PenyuBiru said...

huhu..iman ku digugat dan digoda disini.hehe..

risanur said...

myra >> mmg sonok rasa dihargai...

mr penyubiru >> mmg sengaja nak gugat iman penyubiru...nati boleh soh isteri penyubiru masak lak...

nasazfrog... said...

aduh pandainya dia masak... untung hubby hang... ur hubby same ngan kite la ader resdung,, terbersin jer... klu makan tak betul lah.. suami mane yang tak untung dpt isteri yang pandai masak kan... :)

mama ranggie said...

teruja betul mama tgk sup tulang tu..pergghhhh...meleleh air liuq..

risanur said...

nasazfrog >> masak yg simple2 tu boleh la..mmg kesian la kalu org yang ada resdung ni...asyik bersin je..

mama ranggie >> sorry mama bukan sengaja nak meleleh kan air liur mama..kesian kat bb dalam perut tu :(

ad3ck said...

daging tuh tak nampak ar sebab hitam kicap tuh eheheh.