Terima Kasih Sahabat

17 October 2008

tragedi oktober...

hari sabtu yang lepas (11 oct 2008) big boss aku telah menjemput kami untuk ke open house yang diadakan di kelana jaya....memang pengalaman yang aku tak dapat lupakan semasa nak ke rumahnya...

aku telah menumpang kawan aku iaitu ct coz my hubby tak boleh nak datang kerana kerja...aku telah pergi dengan 3 orang lagi kawan opis aku iaitu oja, gee dan anika...that means 5 orang dalam satu keta (semuanya pompuan dan sorang baby boy....dalam kul 3 ptg bertolak dan masa tu jugak la hujan baru nak turun...

kami dah jangka yang jalan akan mengalami kesesakan coz ramai yang akan wat open house minggu...dan keadaan bertambah lagi teruk apabila hujan terlalu lebat...sehinggakan drebar tak nampak jalan la...coz terlalu lebat dan takut juga nak menempuh laluan air yang tengah laju...coz keta yang kami naik ni keta yang telah di lowedkan..dah jadi cam keta racingla...2 kali jugakla berhenti untuk tunggu hujan reda sikit....

tapi yang jadi tragedinya masa di selekoh dari ttdi nak ke kelana jaya, jalan tu penuh dengan air...ada satu keta tersadai mati kat situ...banyak keta yg ikut jalan alternatif iaitu ikut laluan salah lain...jalan kat situ lak tgh wat pembinaan fly over....banyaklah kon-kon di tepi jalan yg diletak...

kami tengok semua keta lepas termasuklah keta kancil dan kelisa...kami yg kena wira ni pun cam konfiden je nak ikut kononnye besarkan...kalu tak kami nak kena pusing jauh mengikut traffic light....drebar dgn yakin naik kat atas jalan tu...alih-alih masa nak turun dari jalan tu rupanya keta kami tersekat kon yg tertumbang kat situ..apa lagi drebar turun dari keta dan cuba utk tarik kon tu tapi tak larat...aku juga turun untuk tarik sekali...tapi Ya Allah memang berat sungguh coz tersekat di depan tayar depan...nasib baiklah kawan aku ni jenis bukan panik dan cuak dia masuk balik keta tu dan terus reverse kan kembali keta tu...sib baiklah boleh lepas...aku dengan sekuat tenaga plak masa tu cuba mengalihkan kon tu coz takut keta lain plak yg nak tersekat jadi superwomen aku masa tu....

masa tu sib baiklah hujan tak berapa lebat kalu tak memang confirm la aku dan aku tu dah basah...tapi masa tu apa yang aku fikir adalah untuk lepaskan diri dari situ...muka kawan2 aku yang ada dlm keta memang cuak giler la....masa tu dah takde makna nak malu kontrol ayu dah...yang terfikir nak lepas je...alhamdulilah Allah masih berpihak pada kami..kalu tak memang confirm la nak kena minta bantuan orang lain..dahla memang dah ada satu keta tersadai kat situ kami tak nak join the club ...

akhirnya pukul 4.30 petang kami sampai rumah big boss kami...apa lagi kami telah melantak makan dengan berseleranya...yelah simpan perut tak makan tengahari lagi pastu denga hujan plak...makanan yang disediakan memang best macam-macam ada kambing bakar, sate, nasi ayam, nasi lemak, char kuetiaw, kek dan pelbagai jenis buah lagi....memang kami kenyang giler la...

thank boss kerana wat open house..yang pastinye kami telah dok kat meja tu dari kul 4.30 hingga 6.30 petang...meja lain semuanya dah bertukar-tukar orang memang tak tahu malu betul la BTM ni ....yang pastinye semua makanan yang ada kami telah berasa semuanya...

6 comments:

nanonano said...

hihihi
padanla lapo sgt pun,
:p

sultan said...

dah la lapo. hujan plak tu. mmg kena amok la umah tuan umah open house tu. hihi...

mebby said...

huhuhu..ciannyer nak g makan free pon kena bekerja keras..tapi xper berbaloi...dpt makan banyak hahahah...cool n peace...

risanur said...

nano >> biasalah bukan senang nak dpt mkn kat umah boss kan..mmg lapor pun..

sultan >> mmg kami amok pun..yelah dok makan kat situ sampai 2 jam...

mebby >> punye nak mkn free kan...

Mr PenyuBiru said...

oooo.. patutla.. korang lah ek kat tepi jalan tu tgh duk godek² bawah kete tu. aku ingat makcik² mane lah duk main hujan.hehehe..

risanur said...

mr penyubiru >> knp la penyubiru tak tolong kami...tak gentlemen langsung..just nengok je..tak prihatin langsung :(