Terima Kasih Sahabat

19 December 2008

bila jadi...

seronok kan bila sesekali jadi bujang....bukan senang nak dapat title ini kembali apabila sudah bergelar seorang isteri... kalu lelaki memang sentiasa berlagak bujang walaupun anak berderet kat rumah ...perempuan juga yang sedar diri tahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu...

malam tadi buat pertama kalinya sepanjang minggu kuliah iaitu minggu ke 14 sekejap je dah abis satu semester aku belajar aku dan kekawan study gi makan melepak kat nasi lemak antarabangsa kampung baru....ada sorang kakak tu nak sangat makan kat situ...dah 3 minggu berturut-turut dia ajak gi makan kat situ tapi kami wat tak tahu je...agaknya akak ni mengidam kot...sikit-sikit ajak makan kat situ...disebabkan keinginan kakak tu nak makan nasi lemak tu melonjak-lonjak mengalahkan orang mengidam kami sahabat yang baik ni pergilah menemankan kakak tu gi makan...aku ni mengikut aje coz menumpang orang balik kan...my hubby kerja shift malam kesian kat aku malam Jumaat ditinggalkan keseorangan & kesunyian di rumah , memang peluang la aku nak gi melepak kan...

aku sms my hubby kata pas kelas nak gi makan kat nasi lemak antarabangsa dan diizinkan bukan sebarang melepak tau tapi diizinkan oleh hubby tersayang ....
rupanye memang best kan melepak dengan kekawan ni kat gerai makan...patutlah ramai orang-orang lelaki yang dah kawin ni suka melepak...sambil makan sambil wat ketupat berborak gosip-gosip panas memang best....

aku ni semenjak kawin memang la tak pernah kuar malam dengan kawan-kawan...ni la baru pertama kali kuar malam selain dari my hubby memang satu aktiviti yang menarik rupanye...aku boleh kata kat kakak-kakak tu "kat sini ada 4 orang yang dah kawin tapi mengaku bujang", kakak-kakak tu boleh gelak je...kami bertujuh sebenarnya...

kami dok kat kedai tu hanya setengah jam je...bukannya lama pun...just makan pastu balik...walaupun sekejap tapi aku memang satu aktiviti yang menarik la...pasni boleh la aku minta izin lagi pada my hubby untuk gi melepak lagi...tapi tak tahula coz pas ni kami perlu berjuang bertungkus lumus untuk final exam plak...

takutnya lagi 17 hari lagi aku akan final exam....satu apa pun tak study lagi...Ya Allah semoga aku diterangkan hati dan lapangkan fikiran ku ini menerima segala ilmu...moga aku akan berjaya untuk final exam ini insya'allah...

10 comments:

Mr PenyuBiru said...

wife aku suka sgt makan nasi lemak antarabangsa tu.lepas aku citer kat dia insiden yg ku lihat kat situ,terus dia takmau makan dah.

cikgu jawe said...

nasi lemak antarabangsa tu kt tempat tanah runtuh tu ke?.

bestnya le awk roger2 dgn kwn2 ye. sekali org tgk mcm anak dara daaa.. hehe

slmt study risa. antara zaman paling best dlm hidup ialah masa jd student. tp plg best sekali dlm byk2 zaman ialah time dpt gaji. kekekeke

pB said...

Salam


Kak pB tak pernah lagi cuba nasi lemak antarabangsa nie.
Nasi lemak Tang Ling pun tak pernah ...
hu hu hu


mmd seronok sekali sekala lepak dgn kengkawan. release stresssss

risanur said...

penyubiru >> ada insiden pa yg berlaku kat gerai nasi lemak antarabangsa tu??nak tau gak...

CJ >> nasi lemak antarabangsa tu kat kg baru...jauh sungguh dr tmpat tanah runtuh...
mmg benar kata CJ masa keja yg best masa dpt gaji + bonus :)

kak pB >> salam kak pB..mmg best la gi lepak2 gan kekawan...risa tak penah pun rase lagi nasi lemak tang ling tu...nasi lemak antarabangsa tu rasenya biasa je...sedap lagi kak pB masak :)

ad3ck said...

eh kak nak tanya akak kementerian apa?? nnt sy nak datang ehehehe.

KM said...

KM pun tgh bujang sekarang hehehe...

fathiyyah said...

salam kak
sy kenal sgt kedai makan nasi lemak antarabangsa tu..kalau sy cuti kat mesia,emak mesti bwk sy makan nasi lemak dekat2 situ.kami biasa makan kat kedai makan satu lagi.tak ingat pula apa nama kedai tu..huhu

lepas mkn nasi lemak,teman emak pegi pasar chow kit..jauh kan kami cari makan? hihi
ntah2 suatu hari nnt boleh jumpa akak kat kedai nasi lemak..siapa tahu kan?dunia ni kecik je..

maaf kak,semenjak dua menjak ni jarang tinggal komen kat blog org..hihi

oh ya,rumah sy yang kat gombak tu dekat2 ngn Rumah Pak Ali yang terbakar tu.Area Gombak Setia.KAwasan rumah sy namanya Taman HArmonis..hihi..
terperinci sungguh penerangan..

Semoga Berjaya dlm exm nnt kak..sy doa dr jauh

sya said...

Kak sya tak berapa minat nasi lemak kat situ, tak tertahan mahalnya weh

risanur said...

ad3ck >> agensi akak yg terlibat dgn gerbang sms ni..iaitu JKM..akak di kem :)..kalu datang JKM pun susah nak jumpa..

KM >> kesiannye kena tinggal dek isteri...lelaki mmg sentiasa mengaku bujang..

fathiyyah >> sama la kita dr gombak setia..thanks atas doa yg diberikan...

kak sya >> sesekali tu boleh la layan...kalu setiap minggu mahu ye risa terasa gak dgn harganye :)

mebby a.k.a ezza said...

ekekek..melepak ngan kenkawan mmg besh risa coz we r free n being our own self...org putih kata kita bebas nk story n sharing pe sahaja tanpa perlu protokol..ekekek..sesekali xperla takut nnty cik abang awak tgk cam besh jerk dia pon nk joint gak..hikhihkhihk..

anyway risa gud luck for ur final exam..ezza doakan risa sukses ok....