Terima Kasih Sahabat

05 December 2008

blog oh blog....

aku suka membaca....aku suka membaca novel, cerpen, majalah dan apa sahaja...yang pastinye lately ni semenjak aku dah kenal dunia blog aku suka membaca blog orang...

banyak blog yang aku kenal dan akan aku terjah...jika tidak membacanya dalam satu hari seumpama tidak sempurna hidup aku untuk hari itu terutamanya hari sabtu dan ahad...coz rumah aku takde line internet tak sabar nak pasang broaband...

banyak blog yang n3 nye berkisarkan kisah kehidupan manusia...ada kisah sedih, suka duka, kegembiraan, lawak, politik, hiburan, dan pelbagai blog yang ada di alam maya sekarang ini...

jika blog itu tentang kehidupan pelbagai kisah hidup yang dapat kita rasai...jika sedih akan menitik la airmata ku ini bila membacanya....aku turut rasa kesedihan itu seumpama aku berada di tempat penulis itu...aku sedih bila ada blogger yang sedih bile kehilangan sesorang yang disayangi, anak yang menderita sakit dan kesusahan yang dialami oleh mereka...seumpama aku terbuai dengan cerita yang dicerita oleh penulis walaupun aku tidak pernah mengenali mereka....hati kita turut rasa kesedihan yang dialami oleh mereka...

jika n3 yang gembire aku rase ceria dan tersenyum je membaca blog itu...kita akan rasa turut gembire jika n3 tu cerita pasal percutian penulis, rasa best je melihat gambar2 yang didownload oleh mereka...rasa macam kita plak yang gi bercuti...ada kala nye tempat2 tu kita tak pernah jejak pun tapi disebabkan cerita penulis yang gembire tentang percutian tu rase cam kita turut sama bercuti...rase tak sabar plak nak gi bercuti kat tempat tu dan pergi kat tempat yang diceritakan...

kalu n3 tu lawak confirm la aku akan gelak sorang-sorang depan pc ni mesti ada kawan-kawan opis kata aku giler coz gelak sorang2...bukan apa cara penulis tu menulis buat kita gelak dan gembire...aku tak boleh nak wat n3 lawak begini...coz aku ini bukan kategori orang yang pandai wat lawak...almaklumla serius je kan... 

pelbagai kategori blog yang kita boleh baca dan merasainya...rase gembire, sedih, lawak, ceria dan segalanya kita boleh merasainya...aku pun tak tahu blog aku ini kategori apa...yang pastinya bila ada ceta menarik aku akan tulis dan tepek kan gambar...dan masa aku tension dan geram juga aku akan menulis untuk mengurangkan rase kemarahan yang membara di hari ini...kita boleh menulis apa sahaja di blog kita...untuk kita baca pada masa hadapan dan akan menjadi tatapan pada pembaca setia yang suka baca blog kita...

insya'allah jika Allah memberi aku idea untuk menulis n3 selagi itu la aku akan menulis...jika tiada idea otak beku akan kosongla blog aku ini...aku akan menulis selagi termampu oleh aku...aku akan sentiasa menerjah blog kekawan aku yang sentiasa aku membacanye...aku akan menjadi pembaca tegar blog...rasa ketagih bile tidak membacanya...

5 comments:

Mr PenyuBiru said...

ko memang blogger yg tegar. kalu ade award utk itu, ko yg layak menerimanya. hehe

Anonymous said...

Ayok...

tak dapat di nafikan.. adakala kita senyum, ketawa mau pun menangis, bila berada di depan pc.. walaupun kita tak dapat selami perasaan sebenar penulis.. tapi apa yang digarapkan mampu meninggalkan kesan di hati kita..

-kelu-

mim.ya.ra.alif said...

hidup serba x kena tanpa blog..

risanur said...

penyubiru >> tima kasih diucapkan pd sudi yg bg award sebegitu pd risa..bkn senang nak dapat tau...

kelu >> mmg benar apa yg digarap oleh penulis meninggalkan something dlm hati kita..

myra >> rase cam tak lengkap je hidup kan kalu tanpa blog satu hari tu...

Ungku Nor said...

alamaakk..sampai ketagih lak.
bahye nih..ahakss