Terima Kasih Sahabat

31 December 2009

azam berazam...

hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2009....tahun yang akan meninggalkan kita untuk selamanya tanpa menoleh ke belakang lagi....kita sebagai manusia ini perlu memandang ke hadapan untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan beerti...

segala apa yang berlaku untuk tahun ini jadikan ianya sebagai pengalaman dan tauladan untuk tahun hadapan dan mendatang....jangan mudah berputus asa dengan apa yang terjadi, jadikan ianya semangat dan tanamkan azam untuk menghadapi segala yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita....

kita hanya mampu merancang namun Allah menentukannya....kita hanya perlu berusaha agar kehidupan lebih bahagia, sempurna, gembira, ceria dan bermakna....

aku tak tahula azam aku untuk tahun 2009 ini telah tercapai ke belum...susah nak cakap coz hanya aku sendiri yang menilainya...namun aku belum berkesempatan untuk menilai dan memberi markahnya lagi....

azam aku untuk tahun 2010 ni plak macam2 perancangan tersemat dalam otak dan fikiran ini...namun nak ditunaikannya tak tahula either mampu ke tidak....aku akan cuba yang terbaik....apa yang aku nak buat yea???aku takut awal2 je aku bersemangat lepas tu hampes!!!coz aku tahu sapa diri aku ini...

* aku ingin menjadi seorang isteri yang mithali, anak dan menantu yang solehah, pekerja yg berdedikasi & bertanggungajawab, pelajar yang tekun, kakak yang dihormati, kawan yang boleh berkongsi suka dan duka, khalifah Allah yang menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya...
* nak buat amal ibadat yang lebih lagi untuk tahun ini...insya'allah...
* nak mula bawa kereta...walaupun aku dah ada full lesen tapi aku ini ada perasaan takut gak...kereta aku dah ditukar kepada auto...insya'allah aku tak mau menyusahkan my hubby lagi...
* nak rajin-rajinkan diri untuk bersenam....tapi aku takut masa je yang tak mampu untuk aku kejar...aku akan cuba...
* nak buat semua kerja yang diarahkan dengan baik, menepati masa yang ditetapkan dan bertanggungjawab....
* nak lebih banyak menulis kat blog sebagai kenangan masa hadapan...semenjak dah bertukar ke facebook ni blog seumpama dianak tirikan...
* nak sangat ada handphone baru, kamera DSLR, nak gi bercuti kat banyak tempat tapi mampu ke aku nak beli ye???
* insya'allah aku akan cuba buat yang terbaik untuk my family, my karier, my study dan myself...

tak larat aku nak listkan apa yang aku nak buat tahun 2010...insya'allah aku akan cuba buat yang terbaik...namun semuanya terpulang pada Allah...aku hanya merancang dan berusaha yang terbaik untuk melaksanakannya
....


selamat tahun baru 2010 aku ucapkan pada semua kekawan aku....semoga azam kalian akan tercapai untuk tahun hadapan juga...insya'allah...

30 December 2009

imbauan 2009....

pelbagai kenangan manis, indah dan pahit yang telah aku tempuhi sepanjang tahun 2009....mengajar aku untuk menjadi seorang khalifah Allah yang selalu bersyukur kepadaNya, menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab dan mithali, menjadi seorang anak dan menantu yang solehah, menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab untuk mengejar cita-citanya....

di sini aku ingin mengimbau segala memori dan kenangan manis serta pahit yang telah terjadi di dalam kehidupan aku sepanjang tahun 2009 ini...

Jan

aku kehilangan seorang ayah saudara yang paling banyak membantu kami sekeluarga...semoga arwah pak lang akan dicucuri rahmat olehNya...

Feb
aku telah menyambut sambutan hari perkahwinan aku yang ke-4 bersama suami tersayang....
aku mendapat keputusan peperiksaan yang amat memeranjatkan mengembirakan aku...alhamdulilah...

Mac
aku mendapat sebentuk cincin daripada my hubby sempena ulangtahun perkahwinan kami....
aku telah mendapat dugaan yang maha hebat oleh Allah namun insya'allah aku kuat untuk menghadapinye....insya'allah...

April
aku dan hubby menyambut ulangtahun pekenalan yang ke-11 tahun...
aku telah pegi ke Port Dickson untuk menyiapkan laporan AKICT 2009...

Mei
laporan AKCIT 2009 anjuran MAMPU telah selamat disiapkan untuk projek Talian Nur 15999....aku mendapat banyak pengalaman dalam menyiapkan laporan AKICT ini....

Jun
menghadapi exam semester 2 yang penuh dengan killer paper....
aku telah dapat menyiapkan laman web KESKEB yang perlu disiapkan dalam masa sebulan sahaja....dah la bulan ini aku penuh dengan kesibukan dengan kerja dan exam....

Julai
aku telah mendapat rezki dari Allah iaitu microwave salah satu my wishing list ...microwave ni diperolehi daripada my hubby yang menang pertandingan karoeke....alhamdulilah...

Ogos
bulan Ramdhan yang penuh dugaan bagi aku setelah diduga pelbagai rintangan di dalam rumahtangga...hanya Allah yang mengetahui segalanya....aku seperti sudah berputus asa dan kecewa sesangat...
aku telah kehilangan seorang jiran yang amat rapat dengan family aku sejak dari kecil lagi....semoga arwah cik norsiah dicucuri rahmat olehNya...

Sept
aku telah menyambut hari kelahiran aku dan my twin yang ke 31 tahun dah tua rasenya ...
aku dan kekawan BPM kehilangan sorang boss yang amat berdedikasi iaitu our big boss iaitu Pn.Azlina telah bertukar ke Kementerian Kewangan...banyak pengalaman yang aku belajar daripada Pn.Azlina....aku akan mempraktikkannya dalam bekerja...insya'allah...
aku dapat PC baru jenis HP setelah DELL berkhidmat hampir 3 tahun...
menghadapi dugaan di alam rumahtangga yang maha hebat pa 090909...hanya Allah sahaja yang tahu segala apa yang tersirat di dalam hati ku ini...bulan yang penuh rintangan dan dugaan...

Okt
aku telah pulang ke kampung my hubby di taiping untuk berhari raya pada hari ke 5 raya ...memang seronok sangat beraya di kampung...almkalumla aku tak penah rase pengalaman beraye di kampung....

Nov
kesibukan kerja yang teramat sangat...dan ditambah dengan pelbagai assignment yang perlu disiapkan...

Dis
aku telah mendapat my wishing list iaitu sony mp3 dan broadband yang amat aku idamkan....alhamdulilah...
telah menghadapi exam sem 4 yang penuh cabaran dan takut sangat untuk mendapat keputusannye....
telah pergi retreat BPM ke Desaru...sebuah pantai yang cantik walaupun perjalanan yang amat panjang....

segala kenangan dan memori manis dan pahit ini akan aku jadikan sebagai pengalaman yang amat berharga untuk aku meneruskan kehidupan yang akan datang....yang manis akan ku simpan hingga ke akhir hayat....memori pahit akan aku jadikan pedoman yang lebih baik dalam kehidupan aku...

apa yang aku dapat katakan tahun 2009 adalah tahun hitam yang penuh dugaan dan rintangan di dalam rumah tangga terutama tangungjawab aku sebagai sorang isteri...memang benar orang katakan kita adalah pelakon yang hebat di atas pentas kehidupan yang diarahkan oleh kita...kita akan cuba berlakon dengan sebaik mungkin untuk mengaburi mata orang lain yang kehidupan kita ini sebenarnya baik saje namun hanya Allah saja yang tahu apa yang bergelodak di dalam jiwa ini....

akan aku jadikan tahun 2009 sebagai tahun yang penuh dugaan dalam kehidupan ku ini...aku akan cuba buat yang terbaik untuk tahun 2010....insya'allah....pengalaman yang aku perolehi akan ku gunakan tahun hadapan
....

27 December 2009

kenangan yang terindah....


Aku rasa semalam ramai yang menonton tayangan filem Titanic di TV2… ramai jugak yang keliru untuk memilih drama Melayu di TV3 bertajuk Nizam Kambing lakonan Pierre Andre atau Titanic…aku juga dalam dilemma memilih untuk menonton…yang pastinye aku tengok kedua2 ceta tapi aku lebih menumpukan sepenuh ceta di TV3…bila dah abis drama melayu tu barula aku menonton ceta Titanic tu coz dah banyak kali aku menengok ceta ni sehingga dah hafal jalan cetanya….bila iklan di TV3 aku pusing TV2 sampailah abis ceta melayu tu….

filem Titanic adalah filem yang banyak kenangan bagi aku dan my husband….aku masih ingat lagi ceta ini ditayangkan sekitar tahun 1998…memang hot dan hangat sangat ceta ini…masa tu semua orang nak mencari loket biru Titanic tu….memang cantik sangat….

Tahun 1998 adalah tahun yang amat bermakna bagi aku dan my hubby…ini adalah tahun yang banyak memberi makna dan kenangan manis antara kami….tahun menemukan cinta kami berdua, menyatukan cinta kami berdua sehingga sekarang….

Filem Titanic ini adalah filem pertama yang aku dan my hubby tonton setelah bergelar pasangan kekasih setelah termeterinya percintaan kami pada 16 April 1998….rase nak sangat kembali pada tarikh dan tahun tersebut…namun adalah amat mustahil sekali….kenangan tersebut hanya akan terimbas di fikiran aku ini…aku akan tersenyum sendirian mengingatkan kenangan manis tersebut….

Aku masih ingat aku menonton filem terhangat di pasaran ini di panggung wayang Pertama Kompleks KL skrg ni panggung wayang tu dah tutup pun ....masa tu tayangan filem ni dah nak hampir habis dah tayangannya....namun rezki kami berdua, kami menonton kalu tak salah lagi 2 hari nak abis tayangan filem ini….tak salah aku masa tu tinggal tayangan tambahan saje….panggung wayang semuanya dah abis ditayangkan cuma di sini sahaja yang ada….

Percintaan antara Jack dan Rose dalam ceta tersebut sungguh romantik sangat…namun yang kesiannya percintaan mereka tidak selamanya hanya sebentar cuma….masa tu aku terfikir adakah percintaan kami akan berpanjangan atau hanya sementara sahaja seperti dalam ceta tersebut….

alhamdulilah percintaan kami telah berlangsung hampir 5 tahun, pertunangan selama 2 tahun dan di alam rumah tangga perkahwinan sudah hampir 5 tahun….aku sudah bersama my hubby hamper 12 tahun rase macam sekejap sahaja tapi dah begitu lama rupanya….pelbagai dugaan, rintangan dan dugaan yang telah kami lalui sehingga sekarang…..aku penah ada pengalaman putus cinta dengan my hubby ketika tu…namun jodoh kami kuat agaknya, kami masih bersama sehingga sekarang….aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana menemukan kami dan memanjangkan jodoh kami berdua sehingga skrg dan untuk selamanya insya’allah….

That why aku terlalu suka sangat ceta Titanic ni termasuk semua lagu filem tersebut terutamanya My Heart Will Go On nyanyian Celion Dion….aku ingat lagi masa tu my hubby siap hadiah kan kaset OST filem tu….masa tu zaman kaset lagi mana ada mp3 macam sekarang….namun aku ralat sangat coz kaset aku tu dah hilang sbb bagi kawan pinjam dan tak dipulangkan….aku rindu sangat dengan kaset tu coz ianya adalah sebahagian daripada kenangan kami berdua….

Aku berharap sangat moga percintaan dan perkahwinan kami berdua akan kekal untuk selamanya jika diizinkan oleh Mu Ya Allah….kami hanya memohon, merancang segalanya namun semua ditentukan....

26 December 2009

retreat BPM part III...


hari ke-2 retreat bermula pada jam 6.45 pagi dengan senam robik dan pokan co2 di tepi pantai....nyamannye angin di waktu pagi...sukar untuk mendapat pengalaman berada di waktu dinihari (waktu masih subuh) di tepi pantai...hanya Allah sahaja yang tau cantiknya ciptaan Allah....kami telah menyenamkan diri dan menari poco2....memang berpeluh dan bersemangat kami melakukannya...pastu kami minum pagi....

perbincangan retreat bermula pukul 8.30 pagi dengan membentangkan post mortem projek yang tidak berjaya pada tahun 2009 dan disusuli perbincangan projek tahun 2010...penat juga memerah otak sebenarnya....tapi nak buat camne kan kena juga melakukannya....

petang pukul 5 petang aktiviti kami disambung dengan perlawanan bola tampar dan telematch....kumpulan aku iaitu kumpulan 2 menang juara keseluruhan bola tampar...padahal aku sendiri pun tak pegang pun bola tampar...dah rezki nak wat camne kan....


pastu kami pergi main telematch yang disediakan oleh pihak resort iaitu 4 jenis telematch antaranya lari dari guni, die dace, bom balloon dan drunken monkey...memang macam2 gelagat yang kami buat untuk memenangi setiap satu telematch tu...masa tu rase release tensen sangat...lupa seketika tentang tensen keja di opis....yang paling tak ingat ada lebihan belon berisi air, boleh bebudak lelaki ini pergi ambil dan baling kami yang masa tu kat tepi pantai...memang kelam kabut la nak melarikan diri kan....aku takut gak kena baling masa tu coz aku sedang pegang kamera....kena selamatkan kamera dulu...

malam tu masih sambung lagi perbincangan dan berakhir pada jam 10.30 malam....aku, oja, ika dan gee pergi ke pantai untuk menikmati angin pantai di waktu malam....almaklumla malam terakhir di desaru....memang rasa keletihan sangat dengan seharian punye aktiviti....tapi meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan....

esok paginya kami telah membentangkan projek2 yang akan dilakukan pada tahun 2010 sehingga jam 1 tengahari....kami makan tengahri dan pukul 2.00 petang check out kerana pastu kami akan ke ladang buah...

yang kelakarnya kami semua menyangkakan akan makan semua buah di ladang tu tapi menghampakan...kami diajar semua pokok dan tanaman yg berada di ladang tu...kami hanya dibekalkan sebekas seorang buah untuk dimakan dalam bas...memang kelakarla...ingatkan kami akan makan beramai2 buah-buahan di bawah pokok yang rendang....berangan ajelah...rupanya makan dalam bas ye....

kami sampai kat kl pada jam 10.30 malam....satu perjalanan yang amat panjang kami tempuhi...alhamdulilah kami pulang ke kl dengan selamat...

24 December 2009

retreat BPM part II...



hari yang dinantikan telah tiba2...ikut perancangan kami semua akan bertolak dari KL pukul 9 pagi....tapi memang sahlah janji melayu katanya...batang idung bas sampai pun pukul 9.30 pagi....

kami semua bertolak pukul 10.00 pagi...perjalanan yang akan mengambil masa 6 jam...memang perjalanan yang sangat jauh...tapi disebabkan dah lama tak pergi bercuti dan berjalan jauh 6 jam tu rase macam sekejap je...padahal penat gak la dalam bas tu....yang pastinya kami selamat sampai ke Desaru dalam pukul 4.30 petang...

kami disambut dengan cuaca yang ceria, cerah, desiran angin yang menyamankan, dan deruan ombak yang menyegarkan....deruan ombak tersebut seperti tidak sabar mengamit kedatangan kami....

Pantai Desaru kami (staf BPM KPWKM) telah sampai ke sisimu....kami akan bersamamu selama 3 hari 2 malam...

first expression aku pada Desaru ni pantainya yang cantik, luas tapi ombaknya terlalu kuat...coz musim tengkujuh agaknya...aku memang sukakan suasana pantai yang mendamaikan...hampir setahun aku tidak bertemu pantai untuk aku meluahkan apa yang aku rase di dalam hati ini....aku bersyukur kerana dapat melihat keindahan pantai, desiran angin yang mendamaikan...

petang bila semua dah check in masing2 kami pergi tengok keindahan pantai di waktu petang....aktiviti pertama mestilah bergambar di pantai desaru ini sebagai kenangan...pelbagai aksi yang kawan2 aku ini buat...masing2 ada cara tersendiri untuk mengabdikan kenangan di sini....pastu mereka beramai2 telah terjun kolam coz air laut pasang tinggi...dan ada tanda amaran bendera merah....tak boleh mandi coz ombak terlalu tinggi....



kesian kat kawan2 perempuan aku coz tak bole nak terjun kolam...mereka perlu pakai swimming suit...tak boleh terjun dengan track suit...kesian kat ika, rokiah, kak shidah...nak wat camne kan...kita tengok je la diorang mandi yea....

pukul 8.30 malam aktiviti pertama kami dimulakan....datang retreat ni bukannya untuk bercuti je tapi kena wat kerja....kami perlu membuat pembentangan untuk projek tahun 2009 dan pelan projek untuk tahun 2010....puas gak la kami brainstorm...memang penatla malam tu coz dengan perjalanan yang jauh dan malam tu abis kul 11.00 malam....


tapi bila balik bilik bukannya kami tido tapi kami layan ceta Papadom....

sambungan part III
....

retreat BPM part I...


yang pastinye n3 yang aku nak tulis adalah ceta yang dah basi hampir 2 minggu berlalu...namun aku dah berjanji nak berceta di blog kesayangan aku ini sebagai kenangan aku dan pada kekawan opis aku yang lain kalu ada kekawan opis yang membaca la...perasan kan aku ni ada orang yang baca...

retreat BPM 2009 ini kami buat di Desaru, Johor...rasenya plan last minute...preparation hanya dalam masa sebulan je...plan pertama kami nak gi ke pulau langkawi sbb utama nak gi shopping tapi hampa semua hotel dah penuh...pastu cari di Pulau Pinang, Melaka dan last choice Johor Bahru....

yang masaknye aku dan kekawan iaitu oja, pn.noraini dan kak limah mencari dan menelefon semua hotel yang bersesuaian...coz kami berempat di tugaskan di dalam ajk penginapan....satu pengalaman yang menarik dan membebankan di dalam ajk penginapan ni...daripada mula ditugaskan sehingga akhir retreat masih belum selesai lagi tugas kami....

aku yang dapat tempat di Desaru ni....aku dah give up menelefon semua hotel dan chalet yang ada tapi semuanya penuh coz cuti sekolah...aku boleh call hotel kat desaru ni dan nak tanya hotel mana lagi yang berada di sana...coz aku dah buntu nak cari di mana cari dalam laman web semuanya dah fully book....nasib baiklah customer service hotel tu bagi satu hotel baru...nama hotel tersebut adalah Lotus Hotel...aku terus cari pak google dan dapatla no phone yang aku cari tu...

alhamdulilah masih ada kekosongan dan wakil hotel tu akan berjumpa aku untuk beri penerangan...memang rezki kami agaknya....petang tu jugak en.sid tu datang...masih ada kekosongan dengan tarikh yang kami nak pergi tu....pada plannya kami akan pergi pada 18-20 Dis tapi ditukar pada 11-13 Dis 2009...kalu pergi pada 18hb tu memang confirm aku tak pergi coz nak exam...memang rezki aku kot coz last retreat di Cherating aku tak pergi pun...

sambungan.....Desaru tunggu ketibaan kami....

pasrah segalanye...

hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa tensen giler nye aku menjawab 2 killer paper yang baru aku tempuhi minggu ini....aku memang tidak menyangka sebegini soalan nye....aku memang terkejut, tergamam dan tak boleh nak kata apa bile tengok soalan compiler dan etika tersebut... rasa nak menjerit, menangis, segala2nye ada di dalam kepala aku ini....aku hampa sesangat....

aku dah cuba buat yang termampu....apa yang aku harap sekarang ini hanya la lulus utk paper2 ini...aku tidak minta untuk mendapat lebih dari tu usah berangan la ...aku takut sangat pointer aku jatuh memang sah2 jatuh dan drop....

aku hanya mampu berserah, pasrah dan melihat terus ke hadapan...aku tidak boleh rasa down sangat coz aku ada satu killer paper 2 minggu lagi...aku perlu buat persediaan awal....aku juga perlu menyiapkan diri untuk presentation projek kumpulan selepas exam ini...aku takut juga nak present sistem ini di hadapan penyelia...almaklumla takut di reject dan confirm bertambah jatuh lagi la pointer aku semester ini...

Ya Allah kuatkan semangat aku ini...aku perlu kuat untuk menghadapi segala dugaan, persoalan, dan rintangan yang mendatang dalam mengejar cita2 ku ini...aku tidak boleh mudah putus asa, kecewa dan berdukacita...aku perlu bangun dari jatuh terduduk berulang kali....aku perlu bersemangat waja....

(adakah aku mampu untuk menghadapi sebarang kegagalan : persoalan yg berlegar di kepala ku ketika ini)

18 December 2009

dugaan dan kesibukan....


sudah hampir seminggu aku pulang dari desaru untuk retreat BPM...namun aku tidak berkesempatan untuk berceta ttg retreat BPM tu...aku rase aku terlalu sibuk sangat dengan kerja, assignment dan exam yang bakal aku hadapi next week....

insya'allah akan aku ceta pasal retreat ke desaru tu walaupun lambat...aku perlu wat mana yang lebih penting....aku perlu menyiapkan diri untuk exam next week...satu apa pun aku tak prepare lagi...dah la 2 paper berturut-turut dalam seminggu...pastu last paper next year...

aku rasa semester ini la semester yang amat berat mencabar sangat...dengan nak siapkan projek kumpulan, subjek yang aku kurang faham aku takut tak boleh nak jawab je masa exam nanti dan dengan kerja2 kat office semua nya nak ad-hoc...semuanya nak disiapkan cepat...rase nya tak cukup masa 8 jam kat opis tu...balik umah terus letih tido...memang confirm la tak study alasan padahal malas nak bukak buku sbb bila buka buku confirm ngatuk tapi bila buka facebook muka buku relax je berjam2 depan pc...

aku mula bercuti dari 18 dis hingga 27 dis untuk menghadapi exam...moga aku akan diterangkan hati untuk membaca buku dan moga aku berjaya dengan exam ini walaupun pelbagai dugaan yang aku hadapi...insya'allah...hanya padaMU aku memohon agar kuat menghadapi segala dugaan....
salam tahun baru 1431hijrah aku ucapkan pada semua kekawan...semoga kedatangan baru ini akan memberi semangat baru pada aku...insya'allah....

11 December 2009

retreat BPM....

skunk ini aku melaporkan dalam perjalanan ke desaru untuk retreat BPM selama 3 hari 2 malam....pergi ke sana bukan untuk bercuti tapi untuk buat perancangan tahun hadapan....

tahun lepas ke cherating aku tidak dapat pergi kerana nak exam....tahun ni aku berpeluang untuk pergi coz exam aku next week.....

moga perjalanan aku dan kekawan di rahmati oleh Mu Ya Allah...semoga berjalan dengan lancar....insya'allah...

08 December 2009

saat yang aku rindukan....

kekadang aku rindu saat sebelum aku belum bergelar seorang student...aku rindu untuk menonton rancangan tv yang aku minat....aku mengaku yang aku jarang menonton tv tapi aku suka ceta/drama yang berkisarkan penyiasatan, polis, kekeluargaan, ala-ala mistik, pembacaan pemikiran...

aku rindu untuk menonton ceta bones, CSI miami, New York, Las vegas , ghost whisper, NCIS, criminal mind, smallville, supernatural dan beberapa ceta yang aku dah lupa...cemua ceta ini adalah bersiri dan aku mengikutinya daripada season pertama lagi...

namun setelah aku mengambil keputusan untuk sambung study, maka aktiviti aku dah banyak ketinggalan semua ceta-ceta kesayangan aku ini....aku hanya boleh menonton semua ceta ni di TV3, 8TV dan NTV7 almaklumla aku mana la ada ASTRO....aku tak berminat nak menonton sangat tv, tu yang aku tak amik ASTRO boleh tak jadi alasan padahal kedekut kot

semalam aku takde kelas dan aku tak sangka akan berpeluang untuk menonton ceta NCIS Season IV dan Criminal Minds Season VI....dah banyak pelakon yang bertukar dan ceta yang aku ketinggalan....almaklumla kelas aku setiap hari dan akan sampai di rumah pukul 11 malam...memang confirm aku takkan menonton tv kerana dah keletihan dan semua ceta yang aku minat ni pun dah abis ditayangkan...

memang benarlah saat yang kita idamkan agak sukar kita perolehi jika kita dah ambik keputusan dalam kehidupan kita...dalam kehidupan memang perlukan pengorbanan...mungkin aku tidak berkesempatan untuk mengecapi lagi saat-saat untuk menonton seperti dahulu, insya'allah aku akan dapat apa yang aku impikan dan cita-citakan untuk masa hadapan....pengorbanan untuk aku berjihad demi masa depan dan family...insya'allah....

07 December 2009

hanya Allah mengetahuinya...

aku terasa sedih sangat...aku terasa diri aku terlalu bodoh lemah sangat...aku tahu kekurangan diri aku...aku sedar sapa diri aku....aku rasa diri aku ini tidak wujud di kalangan mereka....aku ini tak pakar dalam sesuatu bidang pun...aku rasa diri aku kecik sangat di mata orang yang 'berpangkat besar' ini....

lately ini aku rasa tertekan sangat....buat macamne bagus pun masih orang lain yang dia nampak...skrg ini aku hanya mendiamkan diri sahaja...buat apa aku nak menonjolkan diri jika memang diri ini tidak diperlukan...buat apa aku nak menyibukkan diri jika benar aku tidak berbakat dan tidak berkebolehan dalam bidang tu....

aku tidak mahu memberontak...baik aku diam sahaja asalkan semua kerja yang diarahkan aku lakukan...aku malas nak ambik tahu kalu hal-hal yang tidak berkaitan dengan aku...baik aku mendiamkan diri daripada menonjolkan diri yang sememangnya orang tidak pernah perasan pun kehadiran aku ini....panggilan nama aku pun tidak pernah betul buat apa aku nak menyibukkan diri...

aku lebih suka mengambil sikap low profile dan sikap mendiamkan diri....malas nak memeningkan kepala hotak ini yang sememangnya pelbagai lagi masalah yang harus aku fikir....baik aku selesaikan masalah yang selama ini aku tanggung....buat apa aku nak peningkan kepala ini....aku nak berfikiran positif dan sentiasa gembire, ceria , tersenyum di mata orang walaupun di hati ini hanya Allah saja yang mengetahuinya...

Ya Allah berikan aku kekuatan, semangat, kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan yang kau berikan kepada ku ini....aku tidak mahu tertekan dan sakit kepala....aku nak hepi sahaja....

-- tak sangka ini adalah entry aku yang ke 400 untuk blog kesayangan aku ini...tahniah dan syabas...tak sangka apa yang aku tulis dan merepek di blog ini sehinggakan sudah 400 entry...alhamdulilah...segala isi hati aku tercatit di dalamnya walaupun bukan keseluruhannya --

05 December 2009

kesibukan....

tadi aku semak status aku di nuffnang...makin lama makin menurun statistik aku di nuffnang...sehinggakan status bintang aku dah jadi satu je daripada 4 bintang..makin lama makin menurun...

aku sign in kat nuffnang tu punye saje suka2 je...aku mengaku lately ini aku jarang menulis di blog ini coz terlalu sibuk sangat dengan keja dan study sehinggakan aku takde masa nak menulis....padahal ceta yang aku nak buat entry memang banyak tapi tak berkesempatan nak ceta je...aku perlu dulu kan keja dan study aku...

tapi aku bersyukur aku dah ada broadband aku sendiri sekarang ini...aku berharap aku akan boleh la membuat entry di blog kesayangan aku ini bila ada masa terluang...insya'allah....itu pun aku kena selesaikan dulu assignment yang berlambak-lambak tu dahulu...coz tujuan utama aku perlukan broadband ni untuk aku mencari maklumat bagi study aku...almaklumla kat opis tak berkesempatan nak surf dengan kesibukan kerja yang banyak...

sekarang ini aku perlu pandai membahagikan masa....memang aku akui sejak kebelakangan ini terlalu banyak sangat keja di opis dengan meeting, kerja yang perlu respond segera...kekadang aku rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu...sekejap je dah pukul 5 petang...masa tu aku dah nak berkejar ke kelas plak...kekadang tu aku rase mengah dan penat...tapi aku tak boleh cepat mengeluh...aku perlu kuat semangat...

hanya padaMu aku memohon agar aku dikuatkan semangat dalam menghadapi semua tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku...moga aku dapat membuat segalanye dengan masa yang telah ditetapkan...insya'allah....

aku akan cuba untuk menulis entry di blog aku ini walaupun hanya sebaris....

30 November 2009

Taubat Nasuha....

Cuti hari raya korban tempoh hari aku banyak meluangkan masa menonton televisyen di rumah aku malas nak gi berjalan …aku hanya pergi ke rumah mak dan mak mertua aku sahaja….

Aku banyak menonton pelbagai cerita terutamanya cerita melayu.....aku tahu semua orang ada menonton cerita lakonan sheila rusly dan zamarul hisham di TV3 tempoh hari...iaitu Taubat Nasuha....satu ceta yang penuh kesyaduan dan teladan....

Bagi aku adalah satu cerita yang memberi kesan yang amat besar dalam hidup aku di muka bumi Allah ini…sebelum ini pun aku sudah membaca kisah ini melalui emel yang dikirimkan oleh kawan aku…tak salah aku tau emel tu Kitab Buruk….ntah la tapi pada permulaan cerita Taubat Nasuha tu aku dah syak yang cerita ini ada kena mengena dengan kisah emel yang aku baca…

Aku baca kisah melalui emel tu pun aku dah menangis…tambahan plak cerita yang dilakonkan oleh pelakon terkenal….memang satu jalan cerita yang menarik…ketabahahan dan kesabaran sorang isteri yang melayan karenah 3 orang anak lelaki yang pandai, agresif dan sedikit nakal….aku rasa aku pun tak boleh nak sesabar begitu….dah la suami buat hal dan selalu kena marah dan maki hamun atas kesalahan yang kecil….aku rasa isteri dia dah buat yang terbaik namun masih mendapat layanan yang tidak adil….almaklum la lelaki kan tak suka bising2 dan suka enjoy je….nak anak pandai tapi bila anak buat bising nak marah 2 plak…itu la lumrah kehidupan…

Tapi jalan akhir cerita ini lain sikit dari kisah emel yang aku baca…..aku tau yang seisi keluarga iaitu isteri dan anak2 nya akan mati…Cuma di dalam Taubat Nasuha cara kematian mereka begitu tragis….rumah mereka dirompak…si ibu nak menyelamatkan anak2 nya dari perompak2 tersebut dan anak2 mereka ingin menyelamatkan ibu mereka…memang amat sedih…yang aku geram tu si suami boleh tak angkat call tapi tak dijawabnya kerana sedang bersuka ria dengan kekawannya…aku rasa kalu si suami angkat call tu confirm tak kan mati la si isteri dan anak2nya….di dalam kisah emel cara kematian mereka melalui kemalangan semasa ingin pulang ke kampong……

memang benar la kata orang, jika dah tak suka baik pulangkan je kepada orang yang sudi menerimanye....buat pa disimpan tapi di maki hamun sebegitu...bila Allah nak mengambilnye dalam sekelip mata saje...masa tu baru la nak menyesal....tak guna sudah masa tu....

Satu garapan cerita yang menarik dari Sheila rusly dan suaminya azman jinggo….aku kagum dengan Sheila rusly ini…sorang pelakon yang dah memakai tudung namun masih mengekalkannya walaupun dalam lakonan….

Lagi satu cerita yang aku ingat adalah cerita yang sheila rusly buta kerana nak beri mata kepada anaknya….ini pun aku lupa plak tajuk cerita ini…memang satu cerita dari emel juga aku penah baca…nati aku nak google apa tajuk ceta ni la...

Aku tak sangka cerita dari emel boleh digarap menjadi sebuah cerita melayu yang menarik dan memberi kesan kepada yang menontonnya
....

26 November 2009

salam aidil adha...


salam aidil adha kepada semua kekawan....
semoga sesapa yang balik ke kampung tu bawa keta elok2...
semoga mereka yang berada di tanah suci akan mendapat haji yang mabrur...insya'allah...
sesapa yang wat ibadah korban tu, selamat berkorban la yea...
aku seperti biasa akan beraya di kuala lumpur...di rumah mak dan mak mertua aku...

18 November 2009

ayam penyet...



petang semalam kelas aku cancel memang best la sekali sekala takde kelas ....terus aku call my hubby yang sedang bercuti di rumah....aku nak ajak my hubby gi jalan2....dah lama rasenya tak gi berdating....bz dengan keja dan kelas....

aku ajak my hubby gi wangsa walk mall yang baru bukak di wangsa maju...satu tempat yang cantik dan santai...coz shopping mall ni dikelilingi dengan pejabat2 yang banyak disekelilingnya...kira shopping mall ni berada di tengah tengah area pejabat la...that means boleh datang mengular kalu malas nak wat keja....

mungkin shopping complexnya masih baru, environmentnya pun masih cantik, berkilat dan tak ramai sangat orang...maybe orang orang takde gaji kot...aku just pusing2 je kat sini....akan dibuka panggung wayang dan bowling kat sini...nanti lagi meriah la...tak payah nak gi jauh2 menonton wayang....

dah penat pusing my hubby ajak gi makan ayam penyet...dalam fikiran aku hanya terfikir ayam yang kena lenyek dengan lori ke....makanan popular dr negara seberang iaitu indonesia...katanya dari jawa timur....nama kedai ni ayam penyet ria....berada di luar wangsa walk mall....my hubby kata dia penah tengok kedai ni ramai orang masa hujung minggu....tapi semalam macam tak ramai sangat orang masa kami masuk tu....

my hubby order ayam penyet dan nasi putih...aku hanya order air ice lemon tea...tak terasa pun nak makan ayam penyet tu....maybe aku tak berapa suka sangat ayam kot ada memory pahit disebaliknya tu yang wat aku tak boleh nak makan....aku just mengacau my hubby makan....


my hubby kata sedap....tapi sambalnye tu pedas...aku nampak macam nasi ayam dara je macam kat kl ni...tapi my hubby kata ayamnye rase lain....masa my hubby makan aku melihat menu yang ada di kedai ini...baru la aku perasaan yang selama kat kedai2 indon letak pasal lele penyet tu rupanya ikan keli...aku ingat kan apa bendalah la lele tu...ingatkan sejenis makanan laut macam kerang ke...bunyi nya macam lala je....

pas makan kami gi solat maghrib...pastu gi beli roti boy yang panas2...yang aku geram sangat tu kalu budak cina yang jadi cashiernya...memang takde manner langsung...dah la bagi duit baki tangan kiri bagi roti pun tangan kiri jugak...nasib baikla ucapan terima kasih tak lupa diucapkan...kalu tak mahu aku pulang balik roti tu....aku rasa la budak cashier ni gi patutnya gi seminar customer service...tau la macamne nak melayan customer....barulah customer cam aku ini tak berangin satu badan...

keluar dari shopping mall tu aku ajak my hubby gi makan char kuew tiaw di setiawangsa....lagi best dari makan ayam kena lenyek penyet tu....aku memang suka makan char kuew tiaw kat situ...dengan udang yang banyak dan kuahnye memang sedap la...kena la dengan tekak aku ini...

alhamdulilah mu hubby dapat makan ayam penyet dan aku dapat makan char kuew tiaw....dating yang simple, sekejap tapi memberi memori yang terindah dalam percintaan kami... insya'allah...


09 November 2009

pengalaman 9 Noc 2009...

hari ini dalam sejarah (9 November 2009) dan memang pengalaman yang amat menarik bagi aku dan suami....pengalaman yang amat sukar diperolehi namun amat mendebar dan membahayakan...

ibu dan bapa mertua aku balik ke kampung ujung minggu lepas naik teksi bapa mertua aku tujuan untuk berubat mak mertua aku di baling kedah....nak jadikan ceta malam tadi my hubby call la bapa mertua aku nak tanya sudah berada di mana...almaklumla mesti la my hubby risau kerana mak dan bapa mertua aku hanya balik kampung berdua je....katanya dah berada di behrang....masa tu dalam kul 12 tengah malam....bapa mertua aku nak buat rekod katanya tak mau berhenti dari taiping hingga ke KL....

aku dan my hubby pun masuk tido dalam kul 1.00 pagi...kami dah rasa lega la coz dah tak berada jauh dari KL dah...tapi dalam kul 1.30 pagi handset my hubby dah berbunyi...panggilan dari bapa mertua aku...my hubby yang dalam mamai2 menjawab call tersebut...ingatkan bapa mertua aku nak bagitau dah sampai kat umah ke...tapi sebaliknye telah berlaku....teksi bapa mertua aku mengalami kerosakan iaitu tak boleh nak 'start' di perhentian tanjung malim katanya....bapa mertua aku tak nak menyusahkan my hubby tapi sapa lagi yang dia nak harapkan....bapa mertua aku minta my hubby datang untuk jammer teksinya tu...

dalam pukul 2.00 pagi aku dan hubby kuar dari rumah untuk ke perhentian sebelah tanjung malim...gi stesen minyak untuk memenuhkan minyak dalam keta dan nak pam tayar keta....kami menuju DUKE terus exit ke Behrang...dalam kul 3.10 pagi kami dah exit ke behrang dan terus wat u-turn utk ke KL...macam kelakar je coz aku hanya berada di negeri perak darul ridzuan dalam 8 minit je....macam2 kan...

bila dah patah balik kami call bapa mertua untuk tanya dia berada di mana...yang wat kami cuak coz mana ada perhentian sebelah tanjung malim tapi yang ada adalah RNR Ulu bernam...bila aku tanya bapa mertua aku abah kat Ulu bernam ke dia kata bukan...kami berdua dah rase cuak...takkan kami silap...aku terus bagi handset kat hubby...rupa2 nye memang benar la bapa mertua aku berada di RNR Ulu Bernam tapi bukan di hentian sebelah Tanjung Malim...kalu dah panik tu semua tempat nampak sama je...

setelah di jammer teksi tu rezeki kami baik...teksi bole dihidupkan tapi dengan tiada lampu....nak jalan pun dalam 60km/jam...my hubby terpaksa ikut rapat dari belakang dan menggunakan lampu harzard...memang berderau jalan dalam keadaan slow dan teksi yang gelap ni...tambahan plak waktu tu semua bas dan lori bawa laju2...aku lagi bertambah risau dengan my hubby yang mengantuk masa tu dan dengan membawa kereta dalam keadaan slow...kalu ikutkan boleh sampai KL dalam tak sampai satu jam tapi perjalanan pagi tadi memakan masa hampir 1 jam setengah...

aku dan my hubby memang puas berdoa agar kami selamat sampai ke KL dengan selamat...yelah takutla kena sodok dek lori atau bas dari belakang....memang pengalaman yang amat mengerikan bagi kami berdua...dengan keadaan mengantuk dan kereta yang dipandu perlahan...

alhamdulilah kami sampai di KL dalam kul 5.30 pagi....aku dan my hubby terus bersiap untuk ke opis...lepas solat subuh kami terus bergerak ke opis...dan dalam sejarah aku punch card pukul 6.15 pagi...memang terawal giler dari semua orang...

aku masuk surau terus tido kat surau coz mengantuk giler...yang buat aku bernasib baik plak coz internet down...boleh la aku lari gi tido sekejap sebelum aku mengemaskini laman web yang baru ini....

memang pengalaman yang amat sukar diperolehi
namun berbahaya.....

29 October 2009

macam-macam ada....


petang semalam ada vendor yang baik hati kononnye telah membelanja kami makan donut berjenama jco...

yang pastinye aku tak penah dengar pun jenama jco ni...coz aku ni bukanla peminat donut...yang selalu aku dengar adalah dunkin donut atau big apple...ni namanye dah macam nama michael jackson plak...agaknya michael suka makan donut kot tu yang nama donut tu jco...hanya spekulasi tekaan semata-mata je...kalu betul pun bukan dapat hadiah pun...

rasenya memang menarik, rupanye menawan hati dan yang memikat hati nak makan tu sebab ianya percuma...memang layan makan ramai-ramai...berebut-rebut cam bebudak...coz disebabkan pelbagai rase dan rupa semua kekawan nak berasa...aku ni jadi tukang potong....aku hanya makan sikit je coz tak berapa gemar sangat dengan manisan manis-manis cam gini....kalu nak soh aku beli la memang akau kena fikir banyak kali la...

kalu orang kata aku ni kedekut atau jakun memang boleh la dikategorikan coz aku memang jarang sekali nak beli donut ni....aku hanya suka dok tengok kat big apple tu macamne cara buat donut yang beraneka rupa tu...memang mengaksyikkan tapi tidak sekali pun memikat hati aku untuk membelinya....

kalu la aku ini kategori suka makan benda2 manis cam gitu memang confirm kopaklah my hubby....dan bertambah gemuk la badan ini memakan benda2 manis cam gitu....alhamdulilah la tekak aku ini tak berapa gemar benda2 manisan cam gitu tapi aku minat kan makanan lain plak....lain orang lain citarasanye....

balik keja semalam my hubby telah mengajak membelanjakan aku kfc....layan kan jelah selera my hubby tu....tapi aku makan semalam makanan yang memang boleh menaikkan badan selera aku...sekali sekala takpe kot tapi sebenarnya nak menyedapkan hati ini....

28 October 2009

beku membeku....

aku rindu nak menulis macam-macam cerita...tapi bila aku bukak je blog ini, tiba-tiba je alasan otak ini membeku dan tak tau nak menulis pa...blur tiba-tiba....aku cemburu nengok orang update setiap hari...

maybe otak ini membeku coz keja yang banyak dan assignment yang menimbun untuk aku selesaikan...hope aku dapat settlekan segala kerja yang diamanahkan dengan hati yang tenang...insya'allah...

21 October 2009

mengapa!!!

mengapa manusia kekadang tidak boleh menerima perkataan 'TIDAK BOLEH' dalam kehidupan....

mengapa manusia tidak boleh menerima 'PANDANGAN atau NASIHAT' orang lain...hanya dia sahaja yang betul dan benar walaupun kenyataannya sudak nampak terang lagi bersuluh kesalahannye itu...

mengapa manusia rasa dia sahaja yang 'BENAR' dan 'BETUL' dalam segala hal...

mintalah aku dijauhkan dari sikap dan sifat manusia seperti....aku tidak mahu menjadi manusia yang ego, berlagak, sombong dan bongkak dalam segala hal...ku cuba akan mendengar nasihat dan pandangan dari kekawan dan saudara mara dalam membuat segala keputusan...insya'allah....

19 October 2009

open opis BPM KPWKM...



15 Oktober 2009 yang lalu, opis aku telah mengadakan open opis di Wisma Sime Darby...persiapan nye bermula dari hari isnin lagi...tambahan plak ni idea our new big boss...kalu ikutkan hati cam malas nak buat open opis ni tapi boss baru teringin nak sangat buat kami dengan paksa rela turutkan juga...

3 kali mesyuarat telah diadakan untuk persiapan open opis ini yang diketuai oleh ita...memasing perlu memberi sumbangan duit dan sponsor apa2 makanan untuk hari tersebut....

pelbagai jenis juadah telah kami sediakan antaranya nasi hujan panas (sponsor by big boss), mee rebus, soto, sate (menu wajib), kuih muih, rojak buah, lemang, rendang, buah buahan dan macam-macam ada lagi...

tahun ini kami punye tema hijau dan biru....cuma ada 2 orang sesat telah memakai baju warna maroon iaitu lan poyo dan anwar...tapi bagus gak bila diorang ni pakai lain dari yang lain coz jadi hulubalang dalam gambar...yang tak bestnya ada 2 orang yang takde masa jamuan ini iaitu pn noraini dan kak shidah coz bz kat ISM ada kursus diadakan...



17 October 2009

waktu telah berakhir...

lamanye aku tak update blog aku ini...aku pun tak tahu mengapa....hati aku dah hilang ke mana agaknye untuk berblog???

aku rindu untuk menulis...aku rindu untuk menceritakan apa yang telah berlaku di dalam kehidupan aku...namun kekangan masa yang aku alami....aku pun tidak tahu mengapa ini terjadi...nak kata banyak keja takde la tapi tak la sampai goyang kaki...

mungkin otak aku bercelaru dan hati aku tidak tenang menyebabkan aku ingin bersendirian di alam aku..aku ingin berbicara dengan jiwa dan hati ku namun tidak berkesempatan...aku ingin mencari ketenangan untuk sementara waktu...

aku harus mencari diri ku yang sebenarnya untuk aku menempuh segala dugaan di dunia ini dengan tenang dan penuh kesabaran....

10 October 2009

benci...


aku benci orang menipu aku...
aku jadi bertambah benci bila orang yang menipu tu adalah orang yang aku sayang...
aku jadi bertambah tambah benci bila dia dah janji tak mau menipu aku lagi....

hati aku kecewa dan sedih sangat...
teramat-amat sedih kenapa harus berlaku setelah aku cuba buat yang terbaik...

hanya pada Mu aku berserah segalanye...



08 October 2009

suprise II...

masa : semalam
tempat : opis tempat lepak paling hot... meja aku
perkara : borak2 makanan masa hari raye
ahli korum : kekawan opis seramai 3 orang
--------------------------------------------------------------------------------


semalam masa internet tengah slow dan bengong kami telah berkumpul dan berborak-borak sambil membaca suratkhabar....masa tu terkeluar ceta apa yg dimasak masa hari raye yang lepas...macam2 makanan yang kuar...salah satu menunya adalah nasi dagang...

sorang kawan aku ini asalnya dari kemaman terengganu berceta yang dia masak nasi dagang untuk pak mertuanya menantu sejati namanye masa raye hari tu...pak mertuanya orang johor....kawan aku ini berceta yang nasi dagang ni masaknya lama kerana kena kukus banyak kali...aku baru je tahu yang kena kukus ingatkan masak cam nasi biasa...nampak sangatla aku tau makan je lagipun aku ini bukan anak jati terengganu kan...tak boleh nak salahkan aku...selama ni tau beli je...

masa tu aku dah terbayang nasi dagang sedap yang penah aku makan di terengganu masa satu ketika dahulu di primula hotel...memang sedap dan marvelous...nasi dagang yg berwarna putih, dimakan bersama gulai ikan tukol dan acar timun...

Ya Allah masa ini jugak aku nak sangat makan nasi dagang...terus aku sms my hubby untuk cakap dengan dia yang aku nak sangat berbuka makan nasi dagang aku wat pose sunat syawal ...tapi mana lah nak cari nasi dagang dalam masa yang singkat cam gini...

dengan perasaan keciwa aku berbuka dengan makroni goreng di tempat study...nak wat camne kan takde rezki...maybe next time aku akan makan nasi dagang tu...


tapi my hubby telah wat suprise...malam tadi pas abis kelas my hubby telah bawa aku gi makan nasi dagang di taman melati utama....nasi dagang ulik mayang pure dari terengganu...alhamdulilah akhirnya dapat gak aku makan nasi dagang ayang ku tingin kan...thanks bang...tak sangka plak my hubby sanggup bawa aku gi makan kat situ walaupun dah hampir tengah malam....

punye ramai la manusia yang makan kat kawasan melati utama ni...coz kat sini punye la banyak restoran makanan yang popular macam sate kajang samuri, rumah thai tomyam, kelha kelfood, memori corner dan macam2 ada lah...orang Malaysia ni memang perlu bersyukur kerana Malaysia aman dan damai dari peperangan, dari mala petaka dan dari segala bencana alam yang dashyat...alhamdulilah aku bersyukur kepada Mu Ya Allah...



07 October 2009

suprise...



petang semalam masa sampai kat kelas, aku dapat suprise kek daripada dorisya kawan sekelas aku....katanye sempena besday aku...macam tak caya je dapat kelas walaupun besday aku dah lepas seminggu sudah...

dia soh aku makan masa tu tapi aku berpose...anyway thanks yea doris tak sangka dapat makan kek secret resepi...kek yang lembut, sedap dan berkrim...

06 October 2009

buah mangga....



masa raye hari tu ntah kenapa aku buang tabiat kot tak betul pergi mengambil pokok buah mangga di hadapan rumah mak aku...

memang banyak sungguh la buah mangga...puas la kami makan anak beranak....buat kerabu mangga, mencicah, makan masak2 dan beri pada orang...sampai dah tak larat nak makan dah...
penah tahun lepas pokok mangga ni merajuk tak nak berbuah....hampir setahun jugakla kami tak berasa buah nye...tapi kali ni bila berbuah tak henggat punya banyak...berbuah lebat masa bulan pose memang susah sikit la nak makan....

masa hari raye hari tu, sedara mara yang datang umah confirm akan bawa balik berbiji-biji buah mangga....aku rase confirm akan ada yang sakit perut makan mangga masa hari raya....

pokok ni dah lama dah ditanam oleh ayah aku...rasenya lebih pada 10 tahun kot...ayah aku sayang sangat gan pokok ni..setiap balik dari keja dia akan kira dan menilik pokok mangga ni...kalu hilang sebiji pun dia boleh tahu...itu la keistimewaan pokok mangga ni dengan ayah aku....

alhamdulilah kami kalu nak mencolek dan mencicah memang tak payah la nak beli buah mangga lagi di pasar...

gaya nisa sedang makan buah mangga masam...

05 October 2009

kenangan raye 2009 part III


hari ke dua di kampung, tak banyak yang aku lakukan setelah seharian berpenat beraya di rumah sedara mara semalamnye....yang pastinye aku menolong mak mertua aku memasak di dapur...yang bestnye mak mertua aku soh buat air asam nak cicah dengan ikan goreng...tak sangka plak mak mertua aku soh aku buat...yelah aku sedar aku ni sapa kan...bukannya pandai masak pun....alhamdulilah air asam aku mendapat sambutan yang menarik oleh mereka yang makan....

petangnya my hubby tersayang telah membawa aku gi makan mee udang di Port Weld atau lebih dikenali Kuala Sepetang….sapa tak kenal mee udang kuala sepetang yang penah masuk TV3 dalam majalah 3 tu...

memang sebelum balik kampung hari tu, mmg my hubby dah janji nak bawa aku makan mee udang..yelah aku nak sangat berasa mee udang yang dikatakan sedap tu...lagi satu aku ni kan peminat udang tu yang nak sangat gi makan....

kami pergi 2 kereta...tukang bawa nye adalah pak ngah suhaimi...yang bestnye pak ngah ni memang terror la dengan kawasan tu coz dia nelayan kat situ....orang kata pak ngah ni orang yang tau la serba serbi pasal kuala sepetang ni coz memang asal dari sana....

kami bertolak lepas asar....cuaca yang menarik dan cantik sangat....tak sabar aku nak nengok betapa banyaknye udang di dalam mangkuk tu...macam dalam tv tu kan...perjalanan dari bagan serai ke kuala sepetang dalam masa 30 minit...memang banyak la gerai2 yang masak mee udang ni...dengan pelbagai nama dan dekorasi untuk menarik perhatian orang...

yang pastinye aku gi kedai mee udang mak jah yang penah masuk dalam tv3 tu...masa tu ramai jugak orang yang makan....kat kedai mak jah tu semua makananye berasaskan udang la...mee udang, nasi goreng udang dan macam2 lagi...pak ngah kata kedai mee udang mak jah ni pakai udang laut...tapi ada satu lagi yang masuk tv hari tu namanye mee udang banjir mak teh tapi pakai udang sungai....

memang marvelous la mee udang mak jah ni...sedap dan memang banyak sungguh udang ye…thanks pak ngah kerana membawa kami ke kedai mee udang yang sedap...hilang kempunan aku kalu aku peknen confirm tak meleleh air liur baby ....dan terima kasih juga pada my hubby yang telah membawa dan belanja aku makan mee udang ni....



lepas makan mee udang tu, pak ngah telah membawa kami ke pangkalan...tempat orang menangkap ikan....memang cantik sungguh la pemandangan masa ni...almaklumla masa tu memang dah nak sunset, apalagi memang aku suka kan suasana macam tu kan...aku dan my hubby bergambar di atas bot yang tak bergerak...memang pengalaman dan kenangan yang aku tak kan lupa...almaklumla bukan senang nak dapat pengalaman tu...

aku pulang ke KL pada sabtu tengah malam...bertolak dari bagan serai pukul 1 pagi dan sampai ke KL pukul 7.15 pagi....kenapa lambat coz my hubby dah kepenatan sangat memandu....kami berhenti 4 hentian rehat coz my hubby dan bapa mertua penat memandu...alhamdulilah kami sampai KL pada pagi Sabtu dan percutian raye ke kampung ni adalah pengalaman baru bagi aku.....aku kan tak penah beraya di kampung...walaupun aku pulang ke kampung setelah 5 syawal tapi aku masih perolehi pengalaman yang aku tak kan lupa....insya'allah tahun hadapan aku akan pulang ke kampung awal kalu my hubby dapat cuti awal la...

04 October 2009

kenangan raye 2009 part II

lepas raye ke 5, baru la aku dan suami pulang ke kampung mak mertua aku di bagan serai taiping perak...ini lah pengalaman pertama aku beraya di kampung setelah hampir 30 tahun hidup di dunia ini...orang KL yang tak pernah berasa raye di kampong…mesti orang pelik tapi tulah kenyataanya…kesian kat aku kan….nak wat camne memang sah aku ini memang anak jati KL kena la terima dengan redha…walaupun aku anak jati KL yang pastinya aku tetap gembire menyambut hari raye dengan my family…

sebelum bertolak dari kampong, siang hari nya aku dan my hubby telah pergi bengkel keta untuk menghabiskan duit menservis keta…katanya nak jalan jauh…kesian kat my hubby baget untuk servis keta dalam RM 200 je tapi alih2 kena hamper RM 550….ini gara2 krn perlu tukar tayar keta kami yang telah berabad lamanye kami pakai dari sejak beli keta hari tu…dari tahun 2004…

kalu la cina kedai tu tak tegur mmg confirm aku dan my hubby tak tukar tayar keta tu…almaklumla bunga tayar masih cantik lagi…..baru aku tahu yang tayar kereta pun ada birth date tarikh pengilangannya ….cina tu kata selalunya tayar pakai selama 4 tahun je tapi aku pakai sampai tahun ke 5….kalu pakai area KL takpe tapi kalu nak bawa balik kampong takut tayar tu meletup…macam tau2 je tokei kedai tu yang kami nak balik kampong tau….tapi utk keselamatan my hubby telah mengorbankan duitnya memberi kata persetujuannya utk menukar tayar tersebut….2 biji tayar je Good Year….tahun lepas kami dah tukar 2 tayar gak….hampir 3 jam aku dan my hubby bertapa kat kedai servis kedai tu….

aku, my hubby, mak mertua dan adik ipar naik satu keta…bapa mertua bertolak pada esok harinye dengan abang ipar aku...kami bertolak ke kampung pukul 12.45 pagi dari kuala lumpur...masa tu perjalanan dari kl ke taiping memang clear takde jem langsung la...berjalan dengan lancar...cuma dari utara nak ke kl tu yang banyak keta coz masa tu ramai yang dah nak balik kl kot...aku je la yg ketinggalan balik kampung...

aku sonok berjalan jauh ni coz banyak tempat berhenti kawasan RNR ...tapi yang tak bestnye banyak kedai telah tutup…yelah sapa soh jalan waktu malam….tapi my hubby suka berjalan waktu malam….kami berhenti di 2 tempat RNR iaitu Tapah dan Sungai Perak….aku bawa bekal sardine dan nasi untuk my hubby makan….pukul 5.30 pagi kami telah sampai di rumah tok…alhamdulilah perjalanan kami berjalan dengan lancar…

yang bestnya kat kampong ni udara nye segar dan sejuk sangat.....kalu KL aku mesti perlu hidup dengan kipas....tapi kat kampung tak payah pakai kipas pun hanya pakai udara segar dari luar je....rasa sejuk cam dalam air cond....memang amat menerujakan aku la...

aku mmg beraya sakan la....hari pertama di kampung aku dan my hubby telah beraya di rumah pak anjang di selama....satu perjalanan yang agak jauh gak...almaklumla kami sampai kul 5.30 pagi, pukul 11.30 pagi kami telah bertolak ke selama plak...kesian kat my hubby kerana penat dan mengantuk...tapi raya punye pasal kena la berkorbankan mata tu kan...

jalan ke selama, perak adalah satu yang mencabar....mengikut jalan kampung yang bengkak bengkok dan sempit namun pemandangan yang menarik....Cuma aku tak sempat nak ambil gambar je....kami telah bertolak dengan 4 buah keta....kami sampai ke rumah pak anjang kami dijamu dengan makan tengahari....

balik dari rumah pak anjang kami ke taiping plak untuk beraya ke rumah pak ndak....kat sini kami dijamu dengan bihun goreng....balik dari rumah pak ndak pas maghrib....

yang beri kenangan kat aku masa kat kampung ni, aku siap gi ke hospital taiping coz adik ipar aku diserang asma....aku, my hubby, bapa mertua dan adik ipar telah pergi ke hospital pukul 10.30 malam...masa ni aku lihat kat bandar taiping memang meriah la...kat sini juga dah ada pelbagai shopiing kompleks yang terkemuka juga seperti giant, tesco, taiping sentral...yang kecewanya aku tak sempat nak meronda kat bandar taiping cuma meronda dalam keta sajelah....

yang pastinye hari pertama di kampung memang sangat memenatkan tapi mengembirekan....pelbagai pengalaman dan kenangan yang aku perolehi di sini...dengan beraya di selama, bandar taiping dan hospital taiping...

kenangan raye 2009 part 1...

alhamdulilah....aku dan family menyambut hari raye aidilfitri 2009 ini dengan sederhana namun dalam keadaan hepi ceria...semua adik beradik aku berkumpul di rumah mak....

yang pastinye mak aku telah masak nasi impit, ketupat palas, rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang dibantu oleh my twin dan aku....kesian kat mak aku sampai bahunya tak boleh nak angkat la coz banyak sangat mengacau rendang...malam raye nya siap wat biskut cornflake lagi...itu la mak aku...akan buat dan masak apa yang anak-anak dan cucu2 nya yang minta serta suka makan....thanks mak kerana bersusah payah kerana kami...

walaupun my hubby bekerja masa hari raye hingga hari raya ke 4 tu namun kami menyambut nye dengan menziarahi kedua2 ibu bapa dan mak saudara...kesian kat my hubby kerana kurang tidur kerana melayan karenah bini nya yang nak berjalan...thanks abang kerana sanggup melayan perangai bini awak sorang ini....

selamat hari raye to my family and my hubby...

01 October 2009

sambutan besday...


alhamdulilah semalam aku telah membuat cuti sendiri sempena hari kelahiran aku....bukan aku sengaja nak bagi diri aku cuti tapi aku kesian kat my hubby yang sakit gigi...bengkak giler pipi sebelah kanannya...macam orang kena tumbuk je...ajak gi klinik tak mau...kalu aku sakit confirm dia dah desak aku ke klinik....sabar jelah melayan macam-macam karenah ni...

semalam sambutan my birthday ala kadar je...takde yang meriah sangat pun tapi cukupla memberi aku kenangan dan memori untuk diingati...my hubby telah belanja makan chicken chop...memang marvelous la chicken chopnya....pastu my hubby telah membeli aku sebuah kek comel sempena my birthday...cukup la untuk 2 orang makan....lagi pun bukannya ramai pun ahli keluarga kami....tu pun aku aku siap bagi separuh kat mak mertua....

terima kasih abang kerana memberi sambutan besday semalam.... terima kasih juga pada kekawan yang wish aku melalui facebook, sms dan call...terima kasih mengingati besday aku....

30 September 2009

hepi besday...

selamat hari lahir..
selamat ulangtahun...
sudah 31 tahun aku sudah dilahirkan ke dunia ini..
pelbagai onak duri dan ranjau telah aku lalui dan
akan aku tempuhi...

moga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezki, diberikan kebahagiaan ntuk selamanya,
semoga segala apa yang diimpikan akan tercapai diizinkan oleh Allah...
sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dariNya...

hanya padaMu aku memohon dan meminta...
aku meminta rahmat dariMu Ya Allah...
semoga nafas ku di muka bumi ini diberkati dan dirahmati oleh Mu...

hepi besday risanur (rsn)...
dan hepi besday juga pada my twin sarina sabri...

alhamdulilah...

alhamdulilah...aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana pada aku masih bernafas sehingga kini....tiada kata yang dapat ku lahirkan kecuali mensyukuri segala nikmat yang Kau telah kurniakan kepada aku...

hanya pada Mu aku memohon dan meminta....
aku memohon agar aku dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan...
aku memohon agar kesihatan aku bertambah baik, sihat dari penyakit dan dijauhkan dari segala penyakit....

aku memohon agar aku dapat menjadi seorang khalifah Allah yang bertakwa di bumi Mu ini, menjadi seorang isteri yang mithali, anak yang solehah, kakak yang baik, sahabat dan teman yang setia pada kekawan nya...

moga selagi aku bernafas aku akan sentiasa sujud syukur pada Mu, memohon rahmat dan keberkatan dari Mu dan hanya pada Mu aku memohon serta meminta segalaNya...

17 September 2009

kenangan bersama mu...




aku nak letak gambar aku bersama my ex big boss iaitu Pn Azlina Muhd Yassin semasa hari terakhir beliau di BPM, KPWKM pada 11 September 2009...selama hampir 4 thn setengah aku menjadi anak buah dia...pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku ada bersama dengan beliau...

aku masih ingat lagi kali pertama aku melaporkan diri dengan beliau iaitu pada 16 Mei 2005...pelbagai peraturan dan protokol yang telah diberitahu kepada aku...almaklumla baru first time menjawat di dalam perkhidmatan awam...masa tu aku lihat my big boss ini seorang yang serius, tegas dan garang...tapi bila dah kenal dengan beliau secara automatik expression terus berubah...bila time beliau serius kita perlu mendengar nya dan bila time beliau gelak satu BPM ini boleh dengar sori puan kalu marah yea ...beliau seorang yang happy go lucky dan tidak kedekut...bila ada je jamuan, kelahiran, perkahwinan atau kematian beliau senang untuk memberikan duit beliau adalah penyumbang terbesar selalunye ...

banyak benda dan pengajaran baru yang aku perolehi daripada my ex boss ini especially pengalaman dalam membuat minit mesyuarat semua ejaan perlu diperiksa dan yang paling berkesan di hati aku adalah projek Talian Nur KPWKM...aku masih ingat lagi bagaimana nak arrange kan mesyuarat setiap minggu, hari pelancaran yang dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Badawi dan pelbagai onak duri yang kami hadapi semasa projek ini...macam2 pengalaman yang aku perolehi semasa projek ini....pengalaman yang sukar diperolehi dari tempat lain coz ini adalah antara projek besar yang pernah aku handle....

aku ingat lagi pesanan terakhir beliau kepada aku "jaga Talian Nur elok-elok yea....yang pastinye memang aku akan jaga projek ini baik2 coz pelbagai kenangan yang ada dengan projek ini...antaranya semasa memasuki pertandingan AKICT 2009...sampaikan kami tak tidor nak menyiapkan kertas kerja ini...walaupun bercuti ke PD namun tak berkesempatan nak gi mencuci mata....ntahla semua itu adalah kenangan bagi aku...

terima kasih Pn. Azlina Muhd Yassin yang telah memberi pelbagai pengalaman kepada saya...saya budak baru belajar...banyak pengalaman yang saya perolehi daripada puan..akan saya gunakan sepenuhnya di dalam kerja ini...semoga puan sukses berada di tempat baru...kenangan puan bersama kami di BPM akan kami kenang sehingga bila2....semoga hubungan antara puan dan BPM akan segar selamanya tak kira di alam maya especially facebook, blog, sms, phone dan emel...

16 September 2009

selamat hari raya....


selamat hari raya aidilfitri kepada semua kekawan blog aku...
aku mohon ampun dan maaf jika ada n3 aku yang membuat kalian makan hati atau terasa jiwa...moga kalian semua bergembire dalam menyambut hari lebaran...bagi yang pulang ke kampung bawa la kereta dengan berhati-hati...ingatla orang yang tersayang...

yang pastinye aku akan beraya di kuala lumpur...dah hampir 31 tahun aku beraya di kota metropolitan ini...aku tak pernah beraya di luar KL...tapi tak tahu la kalu ikut perancangan akan pulang ke Taiping gak insya'allah...tu pun maybe dalam raye ke 4 kot...masa tu la baru my hubby cuti raya....hope apa yang dirancang oleh aku dan suami akan berjalan dengan lancar...



semoga aku akan bergembire di hari lebaran ini walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang telah aku hadapi semasa bulan Ramadhan ini....banyak sungguh dugaan yang besar aku alaminya...alhamdulilah aku pasrah menerima segala yang ditentukan oleh aku...kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya...
selamat hari raya minal aidil wal faizin...
maaf zahir dan batin....

no mood....

sapa yang ada mood nak buat keja lagi sila angkat keyboard!!!yang pastinye aku dah takde mood nak buat kerja...aku rasa bukan aku sorang sahaja...orang lain pun sama gak..jgn tak ngaku yea...kita sesama manusia ada perasaan yang sama iaitu untuk menyambut raye...betul tak???...walaupun kita tak sambut macam zaman budak2 tapi feel nak buat kerja dah terbang melayang ke kampung halaman masing2...

walaupun aku takde kampung, yang pastinye perasaan dan jiwa aku dah nak bercuti dari buat segala cuti mulai dari hari isnin hari tu...lagi malas nak buat kerja lagi banyak plak kerja yang urgent nak kena buat...memang tensen giler la...semuanya dah nak kena siap dengan segera...especially update laman web....aduh memang dugaan di bulan pose betul la....

yang tak best pastinnye minggu ni jugak la our big boss baru masuk....tak boleh nak buat perangai sikap malas nak buat kerja...aku nengok big boss ni serius dan tegas orangnya...ketaq kepala lutut bila nak kena jumpa dia...yelah dulu big boss pompuan ni lelaki...lain macam rasenya coz selama aku tak penah ada big boss lelaki....

malam ni aku masih ada kelas untuk minggu terakhir pose...walaupun bercuti raya selama seminggu, yang pastinye cuti raya aku tidak akan aman...kerana banyak sungguh assignment dan projek kumpulan yang perlu dibuat...semuanya nak kena submit pas raye...Ya Allah tak tahu la camne gaya nya aku nak buat....yang pastinye kalu raya, aku rasa dengan buku2 pun raya gak...almaklumla setahun sekali kan kita sambut raya...aku rase aku akan buat esemen lagi 2 hari nak gi kelas....masa tu mesti kacau bilau untuk menyiapkannya....pa2 hal kita raya dulu baru la fikir nak siapkan assigment....

14 September 2009

rezki Allah...


semalam aku berbuka sorang-sorang sedih tau tapi nak wat camne kan...kena la terima kenyataan...my hubby shift malam...rasenya dah masuk ramadhan ke 24 baru la aku meletakkan n3 bergambar apa yang aku makan...kalu tahun lepas apa yang aku masak akan aku letak di blog ini...nampak sangat tahun ini kemalasan tahap gaban.... 

semalam adalah hari paling malas nak memasak...aku hanya membeli di pasar ramadhan...untuk kali ke 2 di tahun ini aku pergi ke pasar ramadhan setiawangsa...kira popular gak la pasar ramadhan ini coz penah masuk rancangan shamsul the bazar ramadhan kat TV3...punyela ramai manusia di pasar ramadhan ini...walaupun ujan tapi orang berjalan maintain je macam biasa je...

aku gi beli nasi kerabu + ayam percik....aku dah penah gi beli sekali...rasenya sedap dan okla....tapi agak mahal sikit la....almaklumla maybe semua harga barang naik kot....dan untuk sampingan aku beli kuih pelita...

memang Malaysia ni punye banyak makanan...aku jadi blur je bila masuk pasar ramadhan ini....coz bila terlalu banyak makanan tak tahu nak pilih apa...masa tu jugak la tekak kita rase blur je tak tau nak makan apa...segala macam nasi, kuih dan air yang ada....memang orang Malaysia akan mati kerana banyak sangat makan bukannya mati sebab tak makan...ntahlah...yang pasti aku bersyukur dengan kurnia rezki Allah ini...Malaysia aman dan makmur insya'allah sehingga bila-bila...