Terima Kasih Sahabat

23 January 2009

anak buah...




alhamdulilah...keluarga aku makin bertambah dengan kelahiran 2 orang anak buah aku yang baru dilahirkan pada akhir tahun lepas dan awal tahun ni...kedua-duanya lelaki...memang generasi keturunan kami kali ni majoritinya semuanya lelaki sukar nak mendapatkan gen perempuan...

anak buah yang pertama dilahirkan akhir tahun lepas oleh adik ipar aku yang bernama muhamad amir....yang ini sebelah aku la...yang lagi satu dilahirkan pada awal tahun hari tu pada 2 Jan 2009 yang bernama irsyad iskandar...yang ni anak adik pada suami aku...adik ipar aku jugalah...

kiranya aku ni hanya mengumpul anak buah je lah...anak sendiri tak tahu la bile nak dapat...insya'allah...

22 January 2009

'baby mandarin'...


'baby lokam atau baby mandarin'
sekarang ni di mana-mana pun boleh perolehi buah ni...di pasar chow kit, pasar raya, pasar malam, pasar tani dan pelbagai pasar lagi la...buah ni akan kita dapat tengok bila musim perayaan Tahun Baru Cina...

aku rasa baru tahun ni buah ni popular untuk tahun ni...comel dan cute je bila kita pandang buah ni buat pertama kali...rase nak mencuba buah ni meluak-luak...mesti sedap...tak salah aku masa mula-mula kuar awal Januari hari tu reganye hampir RM 6 gak sekilo...sekarang ni dah murah sikit la dalam RM 4 dah boleh dapat sekilo....memang terangkat la bila makan rase buah ni...nak tau buah pa...buah ni dipanggil 'baby lokam' atau 'baby mandarin'...

dipanggil baby coz dia cute dan comey je...rupanye memang sama cam lokam atau mandarin cuma ianya kecik je...tak salah sebesar bola guli...kalu kopek tu sekali ngap masuk je la dalam mulut...rasenya lagi manis sikit berbanding buah yang besar tu...

yang pastinye sekarang ni aku jadi giler suka sangat kat buah ni...kalu dah kehabisan stok kat umah memang aku akan beli la...coz kalu makan mesti kita akan kopek hampir 5 hingga 6 biji...baru la puas makan...

limau mandarin...

dan menjadi kebiasaan kat opis aku ini, bila nak tahun baru cina ini, ramai la vendor yang sambut perayaan ni akan memberi kotak-kotak limau ni...tapi bukanla satu kotak sorang, kalu dapat angpau lagi best kan...kitorang akan memberinya sorang sikit...bila dikumpulkan akan perolehi hampir 10 biji gak la....sekarang ni memang musim makan buah lokam ni je la...coz buah ni hanya setahun sekali je kita dapat makan...memang bagus kan kita ni di Malaysia...orang lain yang sambut perayaan namun pelbagai makanan yang dapat kita rasa dan jamah...memang pelbagai kaum dan pelbagai makanan....

21 January 2009

kebosanan...

aku perlu hadir kursus tanpa internet line, tanpa chat, tanpa blog dan tanpa segalanye...aku hanya boleh duduk dan mendengar apa sahaja ceramah yang amat membosankan tahap gile gaban....

teramat bosan bile aku perlu menghadiri kursus dengan paksa rela ni...coz kursus ini kursus yang balik ke opis kena melaksanakannya...bukan kursus yang saje-saje goyang kaki datang cam team builing...aku tak pernah berkesempatan nak gi kursus yang cam gitu lagi walaupun aku dah bekerja hampir 4 tahun...dah nasib diri kenala terima seadanya...dah la kursus kat kl je...bosan nye coz tempat kursus ni memang tak boleh gi mana2...dari masuk hingga la balik kat situ je la kalu nak melepak...coz tiada jaringan transport yang mantap nak ke mana-mana...dah la jauh atas bukit :(

aku akan jejak blog kekawan selepas aku balik dari kursus...moga kita akan berjumpa lagi...doakan moga tidak aku mengantuk dan tidak bosan... dan boleh bertahan hingga ke hari akhir...insya'allah

19 January 2009

tragedi 16 Jan 2009...


gara-gara nak sangat makan telur setengah masak lain plak yang jadinye...

nasib baik la tak terbakar rumah dibuatnya....ini adalah angkara my hubby...mata tu mengantuk sangat nak tidur kerana bekerja shift malam tapi perut sibuk minta diisi...padahal boleh aje makan telur setengah masak tu lepas bangun dari tidur...nasib baik la tak jadi apa-apa pada my hubby dan rumah..kalu tak aku tak tahulah bagaimana gayanye...

tragedi 16 Januari 2009 bersamaan tarikh meninggal dunia pak lang ku memang menjadi sejarah sungguh la untuk tahun ini....serba tak kena dibuatnye pada hari tu...hubby aku telah masak air sampai nak kering air dalam cerek...sampai meletup la cerek tu dibuatnye...nasib baik la my hubby cepat tersedar dari tidur dia kalu tak tau la..confirm bomba datang umah la...

aku memang minta ganti cerek baru pada my hubby coz cerek tu baru je dibeli masa pindah hari tu...hari sabtu tu gak aku soh my hubby bawa aku ke chow kit untuk beli cerek baru...kalu tak nak masak air dalam pa plak..tak kan nak masak air dalam periuk atau kuali kan memang aku penah buat pun ...

alhamdulilah Allah masih sayangkan my hubby dan my home...nasib baik tak jadi apa-apa walaupun cerek tu dah meletup...nasib baik api tak menyambar kat mana2 bahagian kat dapur tu...memang tragedi sungguh la dan dugaan bagi aku dan my family...macam-macam yang telah berlaku pada hari itu...satu memori yang memang sukar untuk aku lupakan...

** aku masih tidak percaya yang arwah pak lang telah meninggalkan kami untuk selamanye**

17 January 2009

dalam kenangan....

kami sekeluarga telah kehilangan seorang ayah saudara (pak lang) semalam (16 Januari 2009) pada jam 12.20 tengahari dan telah selamat dikebumikan selepas asar petang semalam juga....beliau telah meninggalkan seorang balu, 5 orang anak dan 7 orang cucu...


kami telah kehilangan seorang ayah saudara yang amat kami sayangi kerana beliau telah banyak membantu aku dan keluarga aku jika kami mempunyai masalah...beliau la tempat rujukan, nasihat dan pandangan jika kami sekeluarga menghadapi masalah...memang kami terasa amat kehilangan beliau....namun kami sekeluarga pasrah dan redha kerana Allah lebih menyayangi beliau....


doa kami moga arwah roh pak lang akan dicucuri rahmat olehNya dan berada di kalangan orang-orang yang mukmin...

15 January 2009

kegeraman melampau!!!

aku dalam kegeraman sesangat pada masa ini....aku rase cam nak je hempas semua barang apa yang berada di hadapan ku ini...aku rase cam nak je renyuk kertas di hadapan ku ini untuk menghamburkan segala kegeraman dan kemarahan ku ini...aku rase nak marah je orang walaupun sebenarnye orang tu tak bersalah....

aku geram sehingga mengigil rasenye diri ini...rase aku berada di awang-awangan...aku tidak berada di dunia nyata...

dah puas aku beristifar di dalam hati namun hati aku masih sakit...rase menusuk dan mencengkam hati ku ini.....hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku ini...

aku tak tahu dengan cara bagaimana untuk aku menghilangkan perasaan yang terpendam di dalam hati ini....rase aku ingin menjerit sekuat hati...rase aku nak ambil cuti yang panjang dan melepaskan segala apa yang aku pendam selama ini...

aku ingin berjalan di tepian pantai sambil menghirup udara segar...aku ingin melupakan seketika hal-hal remeh temeh yang menyesakkan kepala dan menyerabutkan fikiran ku ini...

Ya Allah permudahkan aku dalam membuat segala keputusan...hanya padaMu aku berserah....

14 January 2009

cari pasal....

sejak dari pagi tadi aku rase seperti diperhatikan....rase cam tak selesa je tapi aku yang cari pasal sebenarnya...yang cari nahas diri sendiri...

setiap ketika aku rase perlu memastikan 'benda' ini masih ada pada aku...kalu hilang kang naya plak nak menggantinye...walaupun rase cam tak selesa pun aku kena 'benda' ni perlu ada pada aku...'benda' ni akan berada bersama ku dari celik mata hingga ke sebelum tutup mata....'benda' ni perlu ada selama 3 hari....padan la muka aku kerana cari pasal diri sendiri...

yang pastinye bukan aku sorang je diperhatikan tapi sebahagian dari kawan-kawan aku di opis ni pun diperhatikan dengan 'benda' ini...

12 January 2009

alhamdulilah....

alhamdulilah akhirnya final exam aku dah tamat juga hilang rasa beban di otak pada 8 Jan 2009 setelah aku bercuti hampir 14 hari daripada kerja...ini la baru pertama kali aku cuti dengan begitu lama setelah aku bekerja hampir 4 tahun...

rase malas je nak datang kerja masa first day aritu dan buat kerja siptom penyakit 'M'...aku mula bekerja pada tahun ini pada 9 Jan 2009...orang dah mula kerja hampir seminggu yang aku baru terkial-kial nak wat kerja...confirm la kepala hotak ni tak boleh nak wat pa2...yang pastinye first day kerja aku hanya banyak merelax hotak ni setelah menggunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran...almaklumla hotak dah berkerat hampir 6 tahun tidak digunakan memerah otak...

dah lama rasenya aku tak study hingga ke lewat malam....masa aku cuti hari tu la aku telah memusingkan schedule diri ini study hingga ke lewat malam....yang bestnye masa dolu-dolu study takde sesapa yang nak teman....sekarang ini aku ditemani oleh my hubby....my hubby akan menemani menganggu aku  study....bila aku soh tidur pun dia tak mahu....kesiannye kat dia kerana dia nak bekerja shift pagi....tapi disbbkan aku ini isteri mithali aku tak sampai nak mendera my hubby...aku pun masuk tidur la jugak walaupun banyak lagi yang aku tak study....

memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan apabila kita membuat keputusan untuk sambung stduy sambil bekerja...segala pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa, wang dan tenaga...kita perlu lakukan tanpa mengeluh dan berputus asa untuk kejayaan kita pada masa hadapan...aku berharap pengorbanan yang aku lakukan akan dapat kejayaan nye pada masa hadapan...insya'allah kita hanya merancang namun Allah menentukan segalanya....

09 January 2009

aku kerinduan....

aku rindu baget dengan blog aku...
aku rindu nak menulis di blog aku....
aku rindu nak baca n3 kekawan aku...
aku rindu nak tinggalkan komen di blog ke kekawan...
aku rindu semuanye...

akhirnya aku kembali setelah bercuti hampir 14 hari menghilangkan diri untuk seketika ...

kalian rindu kan aku tak???atau aku sahaja yang perasan sendiri...tiada sesapa pun kisah aku wujud ke tidak di dunia blog ini....

n3 pertama untuk tahun ini setelah bersawang hampir 10 hari...lamanye kan...