Terima Kasih Sahabat

03 February 2009

dugaan dr Allah...

kak ct yang bertudung warna kelabu...waktu ini last aku jumpa kak ct semasa hari terakhir kuliah semester satu 3 minggu lepas...

Hari sabtu lepas aku pergi melawat kawan sekuliah aku yang berada di HKL…kawan aku ini aku panggil sebagai kak ct…

kesian aku melihat kawan aku ini…tidak tahu apa yang telah berlaku terhadap beliau…yang pastinye ada orang jumpa dia berada di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa beliau ingin beliau ke kampong…tidak tahu either kena langgar lari atau kena samun…yang pastinye handbag yang beliau bawa telah hilang…

Namun Allah masih menyayangi kawan aku ini sebab beliau seorang yang pandai menjaga diri…kawan aku ini menyimpan semua duit, ic dan handphone nya di dalam saku seluar…tu la pasal orang yang menolong kak ct tu dapat menghubungi keluarganya di penang…

bagi aku kak ct ini seorang yang long ranger....coz dia akan ke mana sahaja dengan pengangkutan awam sambil membawa sekaki payung...katanya untuk jaga keselamatan tapi nasib tidak menyebelahi beliau…walaupun dalam keadaan waspada Allah masih menduga beliau juga….beliau ditimpa kemalangan yang semua orang tak tahu bagaimana ianye terjadi dan siapa yang melakukannya….

menitik air mata aku pabila melihat keadaan kak ct sekarang ini…keadaanya memang sungguh berbeza dari apa yang aku lihat 3 minggu lepas....di hadapan kiri kepalanye terdapat ketulan darah beku dan otaknya telah berpusing sedikit dari keadaan asal…doctor kata akan ambil masa yang lama untuk pulih…yang lagi aku sedih sekarang ini perangai kak ct tidak seperti dulu…doctor kata perangai beliau akan bersikap seperti keanak-anakan…tapi doctor tak beri keluarganye melayan seperti kanak-kanak…takut daya ingatannya makin teruk…adiknya kata yang pastinya beliau makin manja sekarang ini…

Dulu kak ct seorang yang kuat berjalan ke mana sahaja…tapi sekarang ini dia hanya nak baring sahaja tidak mahu bergerak ke mana-mana…doctor suruh keluarganya agar bawa dia berjalan agar darah beku yang terdapat di kepalanye akan hilang sikit demi sikit….yang pastinya dia hanya mengadu kesakitan di kepalanye…tidak semua orang yang datang melawatnya dia kenal…kekadang tu dia ingat nama orang lain…

Menitik air mata ku ini apabila melihat keadaan kak ct ini…kami akan kehilangan kak ct dalam pengajian kuliah yang bermula februari ini…doctor kata kak ct akan ambil masa untuk pulih dan sembuh…that means kak ct akan bercuti satu atau dua semester dari pengajiannya…

Kak ct adalah seorang kawan yang teramat mengambil berat pasal kekawannya...dia akan menolong bile kekawan dalam kesusahan….dia akan mengajar kekawan bila ada kekawan yang tidak memahami apa yang diajar oleh pensyarah…apa sahaja nota yang dia dapat dari pensyarah dia akan memasukkan dalam yahoo group dan akan menyebarkannya pada kekawan…beliau bukan sorang yang kedekut ilmu…segala ilmu atau apa-apa info yang dia dapat dari pensyarah dia akan berkongsi dengan kekawan sekuliah…

Setiap kali bila aku abis kelas, aku dan kak ct akan menumpang kak tee hingga ke stesen putra damai...yang pastinya kak ct ini akan menunggu hingga aku menyeberang jalan dan masuk ke stesen damai dengan selamat baru la beliau bergerak berjalan kaki menuju ke rumahnya...beliau seorang kakak dan kawan yang amat bertanggungjawab dan mengambil berat....

Aku masih ingat lagi masa final exam hari tu, rumah kak ct la tempat kami melepak (study) dan menyiapakan projek OOP…kami belajar di rumahnye dan membuat study group bersama-sama….berbincang, menghafal dan mengingati fakta-fakta yang penting untuk exam…

Ya Allah sembuhkan lah kembali kesihatan kak ct…moga kami akan dapat bersama-sama untuk menghabiskan pengajian ini dan mencapai impian kami untuk mengenggam segulung ijazah…

6 comments:

nanonano said...

meremang sy bace kak..
ksiannye kak ct,
dugaan bsr utk family die..
hope semuanye kembali seperti sediakala,
cpt sembuh..
:)

cikgu jawe said...

sedih :(

moga2 kak ct cepat sembuh. dn keluarganya dpt bersabar melayan 'kerenahnya'. amin..

~ speechless ~

~dARlee zURiS~ said...

eee..jahat nye!
sape yg sanggup wat camtu ek??
kejam!

kesian kak ct
semoga kak ct cepat sembuh seperti sedia kala..
amin.

~syasya sulaiman~ said...

Salam,

Saya pun rasa sedih sgt dgn kejadian yang menimpa kak CT.. semoga kak Ct kuat untuk menjalani ujian dar Allah SWT nih, Insya Allah..

Kak CT mmg sgt baik.. tak pernah berkira bila nak mintak tolong apa pun.. baik dr sharing notes, tips exam, coding JAVA.. sume dia bagi..

Sedih la, kak CT x dapat join kita this sem kan..

Jard The Great said...

huhu.. sedey..sedey...

hrp kak ct sembuh

risanur said...

nano >> insya'allah semoga kak ct akan cepat sembuh..dugaan dr Allah mmg kita tak penah duga..

CJ >> moga familynye akan bersedia melayan karenahnya itu...

darlee zuris >> tq atas doa yg diberikan...

syasya >> mmg sedih bile kak ct tak bole nak join kita sem ni...

jard the great >> mmg sedih sgt :(