Terima Kasih Sahabat

04 February 2009

rintangan yang nyata...

aku cukup beremosi petang-petang begini....aku tak tau kenapa...tapi yang pastinye aku sedih sangat...

aku cukup terasa sesungguhnya dan rasa nak menangis je apabila orang nampak kita macam takde keja je...padahal kat dalam kepala ni berserabut dengan macam-macam keja yang orang tak nampak...hanya aku sorang yang mengalaminye dan hanya aku yang merasainya...

aku yang bersusah payah untuk mendapatkan maklum balas vendor atau jabatan, tapi orang lain yang akan buat kerja aku setelah aku berhempas pulas mendapatkan maklum balas tersebut...aku tak dipanggil pun semasa perbincangan yang penting2...rase macam aku ni tak berguna je...macam aku ini tak diperlukan di sini...aku tau aku ini serba kekurangan dari segi multimedia, programming dan serba serbi yang orang lain ada....aku ini kurang kreatif, inovatif dan segalanya...buat kerja pun orang tak nak pandang....aku rasa segala pandangan aku tidak diperlukan oleh sesapa pun... 

aku hairan orang hanya nampak aku masa diperlukan waktu ad hoc atau waktu emergency je...tapi kalau masa2 kerja yang tidak memerlukan waktu kecemasan aku seperti 'dikecualikan'...orang lain yang mereka-mereka ini nampak...that means kalu waktu nak kena marah atau nak dihambat oleh orang atas confirm nampakla muka aku ini...tapi untuk waktu pujian atau apa confirm aku 'invisible'...

aku memang terasa sangat...aku rasa kewujudan aku di sini hanya penyeri di kala kesukaran....aku rasa aku ini tidak diperlukan di sini...rasa nak lari je dari sini...

Ya Allah kuatkan semangat ku ini agar aku kuat untuk menghadapi segala rintangan dan onak duri...

2 comments:

Mr PenyuBiru said...

jangan ikut hati sangat. maybe cuma perasaan saje. semoga anda tabah dan kuat semangat.

pB said...

Salam


jangan diikut sangat hati yang tengah berserabut tu ...


Insyaallah , satu hari mereka akan sedar betapa pentingnya RisaNur di jabatan itu

insyaallah , Allah sentiasa bersama orang orang sabar dan tabah.