Terima Kasih Sahabat

12 February 2009

trauma...


baru-baru ini aku ke hospital sg buluh kerana ayah saudara aku perlu dibedah kerana apendix....

aku jadi fobia dan trauma teramat-amat bila aku pergi ke hospital atau melawat sesapa yang berada di wad...kenangan 4 tahun lepas akan terimbas seperti tayangan video yang sedang ditayangkan...aku di warded selama sebulan lebih dan hampir setiap hari aku akan menangis kerana tak tahan duduk di wad...aku berani jamin takde sesiapa yang suka duduk ditahan di wad...aku berasa amat bosan sesangat menanti untuk dioperation dan nak kuar dari wad tersebut...kita seperti terputus dengan dunia luar...dunia kita hanya di katil kita sahaja...

aku masih ingat lagi ketika itu, jururawat yang jaga di wad gynae tersebut sampai mengenali diriku walaupun aku kuar masuk dari satu wad ke wad lain dan yang pastinye aku akan ditempatkan di katil yang sama sejak dari hari pertama aku dimasukkan ke wad...iaitu katil bernombor 21 di tepi tingkap...kalu aku dok kat katil lain confirm aku tak boleh nak tidur malam...

mesti korang pelik kan kenapa aku dipindahkan dari satu ke wad yang lain....yang pastinya sebanyak 4 wad aku dimasukkan...semua wad tu semuanya berisiko tinggi iaitu CCU (Unit Rawatan Rapi Jantung, HDW (Wad High Dependency), General ICU dan wad gynae....semua tempat tu aku masuk kerana gara-gara aku perlu di operation dan perlu mengambil masa yang lama untuk stabilkan jantung aku....

first aku dimasukkan di wad HDW kerana kondisi jantung yang kritikal...kalu aku lambat sampai dalam 30 minit lagi ke hospital memang confirm aku dah tiada di dunia ini lagi....pastu aku di transfer ke CCU...

aku ditahan selama 4 hari utk mengeluarkan air di dalam badan yg terlalu banyak dan memenuhi jantung....aku masih ingat la aku hanya boleh minum air utk satu hari hanya satu botol mineral kecil saja...memang limited giler la...masa tu aku hanya dok atas katil saja...

biler dah stabil aku ditahan di wad gynae wad biasa je wad kelas 3...aku perlu menunggu utk dibedah dan sebelum dibedah perlu menunggu jantung aku stabil...coz takut la kalu masa operation tu ubat bius yang diberi tu terlalu tinggi dan mengakibatkan komplikasi...aku masih ingat lagi aku perlu tandatangani surat 'high risk'...aku dan keluarga aku tidak boleh menyaman hospital jika ada apa-apa yg terjadi semasa operation...

semasa menunggu untuk operation, jururawat juga perlu menempah satu katil yg di General ICU...coz lepas je kuar dari bilik operation aku perlu dipantau oleh specialist di ICU....dengar menyeramkan...

masa masuk bilik operation masa tu aku dah ditahan di wad selama 25 hari....aku dioperation dan ditahan di ICU....masa di ICU hanya aku sorang sahaja yang sedar...patient lain semuanye koma....dok dalam ICU hanya bunyi monitor jantung dan pelbagai peralatan canggih yg aku tengok...aku tak boleh langsung turun dari katil....aku dok kat ICU satu hari satu malam....sehari yg penuh dgn penyeksaan....

dari General ICU aku ditransfer kembali ke wad HDW selama 3 hari untuk pemantauan....hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk di wad HDW ni...wad special budak pun tak boleh masuk....selepas tu aku di hantar kembali ke wad biasa iaitu wad gynae....selepas 35 hari baru la aku boleh kuar dari hospital....satu kebebasan yang amat aku tunggu memang teruja sungguh la...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...

aku masih lagi trauma ketika ini....aku tidak mahu lagi untuk ditahan di wad...aku serik dan aku ingin menjaga kesihatan aku sebaik mungkin...mungkin akan masuk ke hospital pun bila aku disahkan peknen nati...namun apa yg kita rancang hanya Allah menentukan segalanya....kita tak tahu mungkin esok lusa akan ditahan di wad...

pengalaman ditahan di wad adalah satu pengalaman ngeri bagi aku...hanya aku yang mengetahui apa yang terpendam di dalam hati ini....

2 comments:

nanonano said...

alhamdulillah..
sempat diselamatkan & sehat skrg
:)

Jard The Great said...

huhu.. aku pon trauma masuk hospital..

sakit pon.. kalo bole.. tak nak gak masuk hospital.. hehe..

ku doakan... mu sihat sehendakNya.. kalo sakit pon.. pastikan ade insurans.. bnyk mengurangkan beban nnt..