Terima Kasih Sahabat

05 February 2009

ulangtahun perkahwinan...



Tanggal 5 Februari muncul lagi...
Makin menginjak usia perkahwinan aku dan dia…
Sudah 1460 hari aku bersama mu...
Rasa baru sebentar cuma aku bergelar seorang isteri…
Namun pelbagai pengalaman yang telah aku perolehi...

Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun aku bergelar seorang isteri..
Rasa banyak lagi kekurangan dalam diri ku...
Aku ingin menjadi seorang isteri yang mithali...
Aku ingin bergelar seorang ibu solehah...
Aku ingin menjadi seorang anak menantu yang baik..
Aku ingin menjadi ipar yang memahami dan toleransi...

Pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kami lalui bersama...
Pelbagai tohmahan dari orang yang telah kami dengari...
Aku tahu yang kami kekurangan dari segi zuriat...
Yang pasti hanya Allah sahaja yang mengerti apa yang tersemat di dalam hati kami...
Walaupun kami berdua bukan bertiga atau berempat, aku tetap gembira bersama suami ku...

Selalu berdua bersama ke mana sahaja...
Seperti pasangan kekasih yang bercinta...
Seperti pasangan tunang yang bahagia...
Seperti pasangan pengantin yang baru bernikah...
Ramai yang cemburu kerana sepanjang masa kami berbulan madu...
Setiap hari adalah hari yang membahagia, mengembira dan menceriakan…
Walaupun kekadang ada ribut yang melanda...
Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga…
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri…

Aku bahagia bersamamu sayang..
Semoga ikatan antara kita akan kekal selamanya...
Hanya Allah penentu segala takdir antara kita berdua...
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 4 sayang…

6 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Happy Anniversary.. semoga bertambah bahagia :)

~dARlee zURiS~ said...

ohh..hepi anniversary too!!
semoga kekal bahagia
n..dapat bb lagi..lagi..dan lagi!
hehheee
;P

~aNieQa~ said...

happy anniversary kak..
smg bahagia hga ke akhirnya..amin

nanonano said...

wahhhh akak xkai spek nmpak len !
hihi

slamat hr ulang perkahwinan kak,
semoga hubungan makin erat dan dimurahkan rezeki,
amin ~
:)

fiezabaiduri said...

selamat ulangtahun perkahwinan..
selamat pengantin lama.hehe..

selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat.
tabah hadapi segala dugaan.
pasti ada hikmah di sebalik kejadian..

insya'Allah..

risanur said...

aku bukan bidadari >> thanks tiara atas doa yg diberikan :)

darlee zuris >> nak dapat baby sorang pun susah lagi...camne nak dapat lagi, lagi dan lagi tu

anieqa >> thanks ika :)

nano >> tak kan masa kawin nak pakai spek plak...tak cantik la kan...tq na atas doa yg diberikan :)

fiezabaiduri >> tq :)