Terima Kasih Sahabat

31 March 2009

60 Earth Hour....


Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen "Earth Hour" bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu...sumber Harian Metro...

aku nak juga cerita pasal 60 Earth Hour walaupun ceta ni dah basi...yang pastinye aku menyertainya juga...aku tutup semua lampu dan elektrik yang tidak digunakan di rumah aku...aku bosan je masa 60 Earth Hour ni coz my hubby keja shift malam kalu tak confirm ada projek baik punye almaklumla malam yang dingin dan sunyi....bergelap lagi!!!

aku dok kat luar rumah sambil mengambil udara kotor segar...aku lihat ramai dan rumah yang mengambil bahagian....yang bestnya kat blok belakang umah aku iaitu kuarters polis memang menyahut la cabaran ini...diaorang tutup semua lampu termasuk lampu tangga....kat kawasan aku sesapa yang nak ambil bahagian je coz lampu tangga masih menyala...

kalu my hubby tak keja malam tu confirm aku gi shopping complex atau dok kat atas bukit untuk melihat pemandangan KL bergelap untuk 60 minit....mesti dapat lihat bangunan mana yang ambil bahagian dan tidak...mesti sonokkan....

tahniah juga diucapkan kepada 8TV dan stesen radio HotFm coz memang mereka mengambil bahagian dan tiada siaran apa2 sepanjang 1 jam tu...moga tahun hadapan akan ramai rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam menyelamatkan bumi...asyik kita sahaja yang mengadu panas kerana kita boleh bersuara...cuba kalu bumi boleh bersuara kerana panas confirm semua manusia mati terkejut kerana serangan jantung...

30 March 2009

hajat di hati....


alhamdulilah...akhirnya hasrat niat murni aku untuk menunaikan janji kepada kawan-kawan opis aku tertunai jugak akhirnya pagi tadi...

kekawan opis ni semuanya mengidam nak makan mi goreng yang aku masak...bukannya sedap mana pun....ntah apa2 aku boh dalam mee goreng tu sampai semuanya teringin makan...aku harap takde la sesapa yang sakit perut makan mee goreng tu coz cili kering yang aku guna tu pedas sikit dari biasa...memang ternganga la bila makan mee tu...kesian kat anika kerana budak sorang ni memang tak tahan makan pedas....tapi nak makan punye pasal layan jugakla....

dengan keizinan oleh Allah aku masak mee goreng ni pagi tadi....alhamdulilah dapat jugalah kekawan melepas kan rindu kat mee goreng aku ni...kalu aku tak masak, aku takut ada kekawan yang kempunan je atau ada plak yang mengandung tu baby nye meleleh air liur plak pas lahir...rase bersalah plak rasenya....

semoga kekawan aku makan mee goreng tu dengan hati yang gembire....

hari insaf...

Jumaat lepas masa tengahari n3 baik punye projek , aku ada kata yang aku dan kekawan nak ke PWTC...nak gi tengok jualan yang ada di persidangan UMNO tu...

memang dugaan la coz masa nak kuar opis tu je dah ada tanda-tanda nak hujan...kami naik balik ambik payung...sediakan payung sebelum hujan...punye semangat nak pergi la...hujan lebat pun sanggup diredah...

naik je lrt nak ke PWTC hujan selebat-lebatnya...alhamdulilah payung yang kami bawa tu berguna jugak....hujan lebat sekali dengan angin la...kami amik keputusan gi makan dulu kat The Mall...coz kalu nak gerak kat tempat jualan tu mesti payah giler...apa-apa isi perut dulu...

punya ramai la orang kat The Mall...semua tempat makan nya penuh dengan perwakilan2 UMNO yang menjamu selera....selalunya memang payah la nak nengok tempat makan semuanya penuh....

pas makan, alhamdulilah hujan dah berhenti...terang benderang macam tak hujan je...apalagi berpusu-pusu orang ke sane...memang berlanggar bahu la...memang kami cuci mata la...pelbagai barang yang dijual songket, sutera, tudung ekin yang paling banyak la, telekung dan pelbagai produk makanan dan kecantikan....memang syok la...

apa yang aku dan kekawan beli adalah telekung....ada dua orang kawan aku tu borong telekung sampai 3 pasang...memang murah la dengan sulaman yang cantik dan menarik...kami semua insaf hari tu coz semuanya beli telekung...takde sapa pun beli lain...memang kami ni sehati dan sejiwa la.....bak kata kawan aku tu "hari insaf hari ini kerana beli telekung sampai 3 pasang"....

ini telekung yang aku sambar beli masa hari tu...murah je...puas hati la dengan sulaman dan kainnye...cuma RM 35...pasni lagi bersemangatla nak wat amal ibadat coz pakai telekung baru kan...sabar jelah kat aku ini...

27 March 2009

baik punye projek...

tengahari nati aku dan kekawan ada projek baik punye....almaklumla kan lunch lama hampir 2 jam..kami semua nak gi menyoppingkan diri dan menyibukkan diri di persidangan UMNO tu...bukannya nak dengar persidangan tapi nak gi meramaikan kat tempat berniaga kat situ...kata perempuan kan...yang lelaki tu gi la solat Jumaat jangan ada plak yang tersesat kat sane...nampak sangatla uzur yang dibuat nak melarikan diri....

bukan selalu ada pun persidangan UMNO ni kan...setahun sekali...lagi pun tengah awal bulan ni...masing2 poket tengah penuh berisi....bagus betul la persidangan ini diakan pada waktu awal bulan...

yang pastinya ada sorang kawan aku kata memang ramai yang berniaga....heaven katanya...rugi kalu tak gi...macam-macam ada!!!!mesti best kan...

jomla kita beramai-ramai gi memenuhkan persidangan meramaikan tempat yang memang sedia sibuk tu...

*** nati aku update kalau ada apa-apa yang aku sambar beli kat sane....kalu ada lah... ***

24 March 2009

thanks :)


alhamdulilah apa yg ditunggu dan dijanjikan oleh kawan blogger yang baik hati telah aku terima tengahari tadi...blogger yang telah mendera memaksa aku menjawab tag dia, baru la dia akan bagi hadiah pada aku...sapa lagi kalu bukan jard the great....

thanks jard kerana sudi mengabiskan duit memberi cd slumdog the millionaire tu...boleh la aku melihat ceta tu...memang aku ini materialistik orangnya kerana bukannya tak mampu nak beli cd tu pun tapi sengaja nak mengenakan minta daripada jard....coz dia pun dapat percuma jugak...memang jard ni pencetak rompak blogger yang baik hati...

thanks jard...kalu ada ceta lain boleh la memberinya pada risa ok...

23 March 2009

kerinduan....

tersentuh hati pagi ini kerana sorang lagi kawan blogger aku mengundurkan diri...aku tidak tahu kenapa dia mengundurkan diri????hanya beliau saja yang mengetahuinya....tidak tahula hanya untuk sementara atau selamanye....aku harap dia akan kembali menulis dengan semangat yang baru....aku suka membaca n3 nya yang bernas, dari kacamata seorang guru.... 

lagu jangan diucap selamat tinggal berkumandang di dalam blog dia....sayu rasenya di hati ini...

hope CJ akan kembali menulis....risa akan merindui segala penulisan dari CJ....

19 March 2009

dugaan dariNya...

setiap manusia di dunia ini akan diduga oleh Allah dengan pelbagai rintangan dan masalah either kecil atau besar...

either kita boleh menerima segala dugaan tersebut dengan penuh kekuatan atau kelemahan....jika penuh kekuatan dan semangat alhamdulilah, segala dugaan tersebut dapat kita atasinya....jika kita menerima dugaan tersebut dengan hati yang kecewa, sedih, keputusan yang diambil kekadang itu akan membuatkan hati kita terluka dan jiwa akan menjadi parah serta sengsara....

tidak semua manusia di muka bumi ini dapat menerima segala dugaan tersebut...selagi kita dapat menerimanya insya'allah kita akan bersabar dan tabah menghadapinye...namun bila dugaan yang kita perolehi tidak dapat lagi kita tanggung dan hadapinya, kita akan berputus asa, hati akan merana dan mungkin akibatnya akan membabitkan orang lain jua...

oleh itu segala dugaan yang diterima kita perlu menerima dengan hati dan mental yang kuat, sabar, semangat yang tinggi...kita perlu mengambil keputusan yang sebaik-baiknya dengan rasional, memikirkan pro dan kontra, semangat yang waja dan perasaan orang lain yang menerimanye....kita juga perlu memikirkan segala keputusan tersebut untuk kebaikan kita terutamanya, itu yang paling penting sekali...

*** entah apa2 punye n3 yang aku tulis ni...namun yang pasti ramai kekawan aku yang menghadapi pelbagai dugaan ketika ini termasuk diri ku jua...semoga kekawan aku yang menghadapi pelbagai dugaan dr Allah ini akan kuat dan dapat membuat keputusan yang terbaik dalam diri mereka....aku akan sentiasa berada di sisi kalian dan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh kalian....insya'allah selagi aku boleh membantu akan ku cuba sedaya mungkin...jika tidak hanya kata-kata semangat sahaja yang dapat aku berikan pada kalian... ***

18 March 2009

mimpi....

aku tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku asyik teringat bermimpi kawan-kawan lama...aku mimpi kawan-kawan yang aku tak jumpa hampir 15 tahun yang dahulu...kawan masa sekolah rendah dan menengah....

aku jadi takut plak...betul ke kalu kita mimpi orang tu, orang tu ingat kat kita juga...kalu tak jadi apa-apa alhamdulilah....aku takut disebabkan mimpi-mimpi yang menyerang melanda diriku ini akan membuatkan kehidupan harian aku jadi tidak sempurna coz asyik teringatkan mimpi-mimpi tu...

tapi apa yang pasti, aku memang merindui kawan-kawan aku tu...sorang yang aku mimpi tu kawan aku masa umur 12 tahun dan sama besday gan aku...hampir 18 tahun aku tak pernah jumpa dia...tapi bila aku bermimpi kan dia malam tadi membuatkan aku tertanya-tanya mengapa dia muncul dalam mimpi aku...adakah dia mimpi kan aku juga??

yang bestnya pastinye kawan-kawan yang aku mimpi ni semuanya lelaki tau..takde perempuan...hairan bin pelik la...kalu aku ceta kat suami aku mesti dia cemburu kan padahal sebelum kejadian mimpi ini berlaku aku tak pernah pun teringatkan mereka....

Ya Allah semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada aku dan kawan-kawan ku itu....terlalu banyak dugaan yang telah aku terima buat masa ini...rase tidak tertanggung sudah dengan dugaan hebat yang Kau berikan pada ku....semoga aku akan bertemu dengan kekawan yang aku mimpi kan itu...aku jua rindu pada mereka....

17 March 2009

kesengalan...

        

kalu korang perasaan gambar kat atas tu apa yang korang akan nampak????kesengalan yang memang disengajakan...

hal ini berlaku masa aku naik perkhidmatan awam tempoh hari....dalam pukul 6.45 pm dari stesen setiawangsa nak ke KCCC...yang aku bengang tu minah tu boleh wat tak tau je...buat macam dia sorang je yang mampu bayar...orang lain ni naik free je...

selamba badak je minah ni letak beg dia kat tempat duduk...agaknya dalam beg tu ada emas kot atau mahal sangat beg dia tu sampai kan nak letak kat bawah tak boleh....minah ni memang boleh buat selamba bodoh dia je nampak orang berdiri di depan dia...

ada sorang mamat ni naik nak dok kat kerusi tu pun dia cuma alihkan sikit je beg tu...dia soh mamat tu menghimpit antara dia dan kawan dia...dia tak angkat langsung pun beg dia tu...boleh wat selamba dan buat muka toya dia je...

aku hairan mana letaknya hati perut dia tu...aku tak kisah kalu tak dapat duduk pun tapi prihatin la pada orang lain...orang lain pun bayar tambang gak bukan dia sorang je yang membayarnya......

aku berharap sangat yang aku tidak jadi sebegini....aku nak jadi rakyat Malaysia yang prihatin dan saling tolong menolong ikut kemampuan aku...insya'allah...

16 March 2009

monday blues!!!

hari isnin adalah hari paling bosan nak gi kerja, nak mulakan kerja dan nak mula minggu baru...almaklumla dah cuti hujung minggu 2 hari kan...bukan aku sorang je yang rasa cam gitu kan...

bila hari isnin menjelma je kat firasat hati dan fikiran dah terbayang lambatnya nak hari Jumaat tak sabar nak cuti lagi ....nak membuka hari isnin dengan penuh keceriaan memang amat sukar....coz blues monday kan...

tapi kalu hari Jumaat menjengah je confirm la tersenyum gembire....almaklumla dengan lunch yang panjang boleh gi window shopping dan hari minggu yang akan tiba...mood nak datang kerja hari jumaat pun lain...rase ceria, gembire dan suka sangat...

aku malas nak wat kerja hari ini...takde mood la...kebosanan tahap dewa skunk ni...ada petua tak nak hilangkan kebosanan dan nak ceriakan hari isnin...

14 March 2009

sonoknye :)

buat pertama kalinye aku menulis n3 dari notebook aku sendiri...selalunya aku update dari opis je...rasa sonok sangat menggunakan notebook sendiri dan menulis n3 ni...rasa satu kepuasan...

yang pastinye aku menggunakan wifi free je kat jusco....ada benda free buat pa nak buang duit kan...beli air rm 2 je pastu lepak la sampai naik bosan...

rase release tensen aku buat sementara waktu dengan pelbagai masalah yang aku hadapi ketika ini...hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan aku ketika ini...

alhamdulilah...ada juga cara untuk aku menghilangkan diri untuk memikirkan masalah yang amat berat ini....berikan aku kekuatan Ya Allah untuk membuat keputusan yang terbaik dalam diri ku ini...


** dilaporkan dari :
jusco AU2 Setiawangsa
6.55 pm**

13 March 2009

pelik tapi benar...

aku ada satu sikap yang pelik sikit...aku suka meneliti tandatangan sign orang....aku suka perhatikan tandantangan di mana-mana sahaja di surat, check...kononnye dari tandatangan kita boleh nilaikan orang tu bagaimana...coz aku pernah dengar tentang ini...aku boleh la pro sangat tapi yang basic tu tahu la...

ada satu hari tu aku ada satu surat dan seperti biasa aku akan melihat kat tempat tandatangan...memang terkejut la bila aku lihat tandatangan orang ini...dia punye gelungan hampir nak sampai lebar satu A4 paper....aku tak tahu la bagaimana orang ini boleh ingat berapa banyak gelung yang dia boleh pusing....

memang komplikated sungguh la tandatangan ni tapi menarik, unik dan cantik....takkan ada orang yang bole meniru tandatangan ni...kalu tak caya cuba lihat sendiri di bawah ni...apa penilaian anda!!!

12 March 2009

buah kundang...


skrg ni maybe musim buah kundang kot...coz kalu gi pasar malam ke, pasar tani ke merata-rata ada buah ni...

yang menarik nya buah ni coz nampak cantik bile dipandang dari jauh...coz warna kuningnya yang menyerlah kan buah tu...aku pun turut jatuh cinta terbeli gak buah ni masa gi pasar malam hari tu...

aku jarang beli buah ni tapi disebabkan tertarik dan tertawan aku pun beli la...kalu dapat nasib yang baik rasa la kemanisan buah tu kalu dapat yang masam, berkerut la muka...tapi cantuman manis dan masam ni memberikan aura yang sedap....

ada sorang kakak di tempat study aku tu dia suka makan buah kundang ni bersama kicap + gula + garam...tak boleh nak imagine coz dah la manis ditambah dengan masin...telan air liur aku bile dia menceritakan cara dia makan buah ni...macam-macam cara orang makan buah ni kan...

kalu aku makan buah kundang ini aku akan buang kulit dulu barula menikmati kemanisan dan kemasam buah ni...aku akan kopek kulit buah tu banyak-banyak, letak dalam pinggan pastu layan nengok tv...memang marvelous la...

spageti meletop...


dah lama dah aku tak update pasal apa yang aku masak kat dalam blog ni...hari ni aku nak buang tabiat bercerita pasal apa yang aku masak dan makan...

hari sabtu lepas tekak aku ni teringin sungguh nak makan ala western...aku nak makan spageti seafood yang aku masak sendiri....aku tak lalu nak makan spageti yang jual kat restoran2 tu coz tekak aku tekak orang Malaysia sukakan kepedasan...

aku kalau masak spageti akan bubuh cili kering masa nak menumis...bukan sematamata tomato puree je...coz tak pedas tak kick la...resepi sendiri segala benda yang kita nak boh dalam masakan tu boleh saja...siap tambah lada hitam lagi bagi kick....

aku boh udang dan sotong...memang marvelous la spageti aku sapa nak puji kalu diri sendiri coz kuahnye rasa manis seafood tu...aku tambahkan dengan cendawan butang dan cili benggala....

memang berselera sungguh la aku makan....rasa kepuasan sungguh la bila apa yang kita hajat kan nak makan dapat kita masak dan tunai...memang berpuas hati la...

11 March 2009

pengalaman 60 minit..

hari ahad lepas 8 Mac 2009 aku dan kawan opis aku iaitu anika, telah membuat kerja gila...maybe ini gara-gara dari cerita Spa Q yang tengah hangat ditayangkan di TV3 tu...lagipun aku tak pernah pun masuk spa that why teringin sangat hendak di urut...lagipun ada tawaran yang dibuat kat spa tu nak buang duit sebenarnya ...

aku gi buat kat serentity spa di setiawangsa...spa yang terkenal tu yang dimiliki oleh Pn Muna Din iaitu pengasas leesa formula tu...

satu pengalaman yang menarik dan teruja la masa aku di spa tu...rasa kekok dan cam bodoh je...memang aku tak penah masuk spa seumur hidup tu yang tak tahu segalanya...aku siap berterus terang gan penjaga spa tu yang kami ni baru first time that why kekok je...dia cuma senyum je...yang kelakarnya kat spa tu lampunye malap je tapi dia soh bukak semua barang kemas yang kita pakai...terkial2 la nak membuka rantai dan gelang yang dipakai...

masa di massage tu satu pengalaman yang baru la..walaupun rasa sakit bile dimassage tu tapi memang badan kita rasa sedap dan ringan je...patutla mak-mak datin suka sangat gi spa...coz merelaxkan badan dan otak....tapi yang herannya mak-mak datin bukannya wat keja berat pun tapi maybe orang banyak sangat duit...tu pasal la diorang boleh keluar beratus-ratus hengget untuk keselesaan mereka...

tak rasa pun 60 minit di massage...rasa cam baru 15 minit je...rase nak minta dia sambung lagi je tapi kenalah wat tambahan duit...next time je lah...

kalau ada rezki lagi aku nak cuba plak pakej lain iaitu yang ada mandi lulur, herbal steam, facial dan sebagainya...pakej yang aku amik kali ini hanya untuk body massage swedish selama 60 minit dan bayaran nye untuk 2 pax iaitu RM 147...alhamdulilah walaupun 60 minit aku telah mendapat pengalaman baru....

ada ke sesapa yang pernah gi spa kat tempat lain???murah tak pakej yang ditawarkan???boleh la berkongsi gan aku...

10 March 2009

dugaan yang amat besar...

aku tak sangka akan di duga dengan dugaan yang amat besar ini...
Ya Allah berikan aku petunjuk dan hidayahMu agar aku dapat mencari kebenaran yang pasti...hanya padaMu aku berserah segalanya...

06 March 2009

aku yg materialistik...

yang pastinye aku dah lama tak kena tag oleh sesapa...tapi kali ini aku perlu tunaikan permintaan daripada jard coz janjinya kalu aku dapat wat tag ini dia akan beri aku DVD slumdog millionaire dan small gift....harus aku tuntut semua present yang diberikan....nak jadi materialistik gitu...

tag from jard

1. List these rules on your blog
2. Share 7 facts about yourself on your blog
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
5. Link the person who tagged you
6. Leave a comment for each blogger

7 facts of risanur
- anak sulung kembar dari 6 adik beradik
- sorang isteri mithali kepada seorang lelaki
- sorang pekerja berdedikasi dan sorang student part time
- tinggi 160 cm dan kena turun kan berat badan sebanyak 6kg kalu nak nak dpt body cantik dan menawan
- banyak mulut dengan orang yang dah dikenali dan suka menyakat mengenakan kekawan
- suka nengok ceta prison break, ghost whisper, heroes, CSI, smallville
- suka membaca novel, blog dan apa saja bahan bacaan yg menarik

6 unspectacular quirks of risanur
- sukar untuk menegur orang jika tak kenal nampak cam sombong la kalu orang pertama kali jumpa
- merajuk tak kena tempat
- suka memendam perasaan dan akan membalas dendam pada orang yg membuat sakit ati tu
- kedekut berhabis
- suka mendiamkan diri apabila marah kat seseorang
- akan menangis untuk meluahkan sesuatu yang terpendam di hati

7 People to TAG
- kak ungku
- kak pB
- tiara
- mebby
- penyubiru
- syasya
- KM

selamat membuat kepada kekawan yang namanye tertera di atas...jgn marah yea!!!

lega rasanya apabila dapat menghabiskan wat tag ini...akan ku tuntut dari jard segala yang dijanjikan...kalu tak confirm akan ku cari dia sampai ke lubang cacing...biar hidup jard tak tenang...

terkejut sungguh....


semalam ada ujian kolestrol, glukosa dan macam2 lagi yang dilakukan oleh student Phd dari UKM nak wat tesis pasal pemakanan orang Malaysia....

yang aku tensen nye lepas je ujian tu aku perlu turunkan berat badan sebanyak 6 kilo...rasa cam nak pengsan je bile tengok....yang canggihnye ye tu mesin tu siap define kat belah mana yang perlu diturunkan...kat kaki dan tangan mana yang terlebih berat tu...

aku tak tahu la camne nak turunkan 6 kg tu...nak turun sekilo pun susah ni nak turun 6 kg....dah la sibuk dengan kerja dan kelas...bila plak la nak gi jogging....sesapa ada idea tak camne nak turunkan berat badan ni....

04 March 2009

bah di KL....


semua orang tahu yang KL dilanda banjir kilat semalam....angkara hujan yang teramat lebat...aku antara mangsa yang terperangkap di dalam banjir tu...aku nak melaporkan menyibuk pasal banjir di KL semalam...

masa aku nak ke kelas petang semalam jalan di Jalan TAR dan jalan persimpangan di Jalan Tun Ismail iaitu jalan di depan opis aku memang dah jem teruk dah....tapi aku masih boleh jalan lagi coz aku naik lrt...that why aku just relax je...almaklumla lepas hujan confirm la jalan akan jem....

tapi masa aku naik tren ke stesen titiwangsa masa tu memang aku terkejut la coz air sungai memang dah tinggi dah...aku dah syak banjir di jalan ipoh ni...masa ini aku dah risau camne nak ke kelas tadi boleh relax je lagi ...memang air sungai batu dan sungai gombak melimpah...banyak kereta yang terperangkap di dalam banjir tu...ada yang nampak bumbung je....aku dah tak boleh nak fikir nak ke kelas atau nak balik umah je...

tapi jalan nak ke kelas memang tak jem (jalan berlawanan arus)...yang jem dari jalan tun razak ke jalan ipoh dan lebuhraya mahameru...jalan ipoh memang dah tutup la....aku kuar dari tren terus aku amik gambar dari pandangan atas...memang menakutkan coz ini la pengalaman pertama aku terperangkap dalam banjir...sib baik la ada member yang meneman kalu tak mmg mati kutu la nak fikir....

aku terpaksa menumpang kawan aku nak ke kelas coz tiada teksi langsung....kawan aku plak terperangkap dalam jem....hampir 1 jam setengah aku menunggu kawan aku di stesen titiwangsa tu....macam-macam karenah yang kita bole lihat...dengan suasana jem yang teruk, keta yang tenggelam dalam air bah, keta yang dibuka bonet enjin, keta toll trunk yang nak menarik keta, orang yang kelam kabut nak balik umah, segalanye aku lihat dan rasai...ada satu keta tu maintain je jalan dalam air alih2 mati enjin kat dlm air, apa lagi kena tolak la....satu pengalaman yang memang sukar untuk diperolehi....

tak salah aku jalan ipoh boleh dilalui semula dalam pukul 7.45pm ketika air banjir dah mula surut....tapi jalan bertambah2 la coz semua orang nak balik...

my lecturer also terperangkap dalam jem....dia sampai pukul 9.15pm tapi kami tetap ada kelas jugak hingga pukul 10.15pm...pelajar2 lain dah balik krn kelas batal tapi kitorang punye lecturer juga yang bersungguh-sungguh nak mengajar...layan kan jugak la walaupun penat dan letih ilmu tetap juga perlu diambil....

03 March 2009

geng....


hari sabtu yang lalu aku telah membawa anak-anak buah dan adik beradik aku gi berkampung KLCC untuk menonton wayang...ceta pa lagi kalu bukan ceta yang tengah famous dan glamer skrg ni...ceta geng ipin dan upin...kat semua blog kekawan yang aku baca semuanya dah gi menonton dan semuanya kata ceta ini best giler...tu yang membakar semangat aku untuk gi menonton jugak...walaupun my hubby kata ceta untuk bebudak tapi aku tetap nak gi tengok teknik animasi yang digunakan....

yang pastinye aku tak boleh nak beli tiket secara online coz terlebih limit yang ditetapkan...kalu nak online cuma utk 6 orang sahaja tapi aku terlebih seorang....petang jumaat pas balik keja aku dan member opis gi KLCC untuk membeli tiket utk ditonton pd hari sabtu...almaklumla aku tak nak bile gi beli tiket hari sabtu sold out pastu balik nganga...baik aku beli siap-siap....berkorban apa saja...

yang pastinye memang aku terkejut beruk la coz majoritinye tiket dah abis dijual untuk tayangan sabtu dan ahad....aku terpaksa gak amik juga coz dah janji gan anak-anak buah...kesian plak aku nengok diorang yang beria-ia nak nengok ceta tu....terpaksala kami berpisah...tak boleh nak dok sama sederet...biar terpisah asalkan dapat menonton nye....yang pastinye sakit gak tengok ni coz dok barisan kedua dari hadapan...can u imagine kan...

memang satu cerita yang menarik...memang berbaloi kita gi menontonnya....aku tak reti nak komen ceta tu almaklumla ramai yang dah menjadi pengulas filem....yang buat aku feel sangat tu masa opet dan rajoo yang nak berpisah...memang touching la saat tu...menitik gak la airmata ketika itu...walaupun byk unsur komedi, lawak namun unsur persahabatan masih tidak dilupakan...."fikirkan masa depan" antara dialog yang diucapkan selain 'betul,betul,betul'....

yang pastinye bile wayang tu abis je anak buah aku si hakim tu kata dia masih nak nengok lagi ceta ni...memang kopakla kalu nak tengok wayang aje....

02 March 2009

gembire sangat :)

Semalam my hubby telah buat terkejut surprise pada aku….dah lama dah dia tak wat surprise atau memberi barang kepada aku…

Dia kata dia nak beli special present sempena my anivesary yang dah berlalu dah lepas pada 5 februari hari tu….lagipun masa hari anivesary tersebut hanya ucapan saja tanpa ada sambutan yang special…

Tak sangka plak my hubby masih nak membeli juga present buat aku walaupun anivesary dah lepas…thanks abang…memang tak sangka pun akan dapat hadiah sebegini dari abang…almaklumla ekonomi tengah gawat kan…aku tak nak la menyusahkan suami aku…lagi satu perangai aku ni memang tak suka meminta apa-apa dari my hubby…mesti kalian tak caya kan???kalu tak caya tanya la kat my hubby…

Sebelum my hubby buat keputusan untuk beli present ni aku dah banyak kali soh dia fikir masak-masak….almaklumla kalu beli barang sebegini mahu makan beratus gak duit yang melayang kuar….my hubby kata dia memang dah nak beli sangat dan tak mahu lagi berganjak dari keputusan yang dia wat…

Kononnye my hubby nak wat surprise…nak pergi beli sendiri tapi takut plak aku tak muat…tu la pasal dia kena bawak aku sekali dan lagi satu dia nak soh aku pilih sendiri...alhamdulilah aku telah menerima sebentuk cincin emas dari my hubby...

Terima kasih banyak-banyak abang kerana masih lagi sudi memberi hadiah pada isteri mu ini….aku amat menghargai pemberian mu ini dan akan ku kenang segala yang apa yang kau berikan pada ku ini…kasih sayang antara kita akan kekal untuk selamanya….terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan oleh mu…

harga sebentuk cincin emas boleh dinilai namun harga sebuah kasih sayang tidak ternilai harganya…dan tiada tolok bandingnya...


Setiap kali aku memandang cincin ini di jari manis ku ini setiap kali itu lah aku terkenang dirimu sayang…