Terima Kasih Sahabat

31 March 2009

60 Earth Hour....


Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen "Earth Hour" bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu...sumber Harian Metro...

aku nak juga cerita pasal 60 Earth Hour walaupun ceta ni dah basi...yang pastinye aku menyertainya juga...aku tutup semua lampu dan elektrik yang tidak digunakan di rumah aku...aku bosan je masa 60 Earth Hour ni coz my hubby keja shift malam kalu tak confirm ada projek baik punye almaklumla malam yang dingin dan sunyi....bergelap lagi!!!

aku dok kat luar rumah sambil mengambil udara kotor segar...aku lihat ramai dan rumah yang mengambil bahagian....yang bestnya kat blok belakang umah aku iaitu kuarters polis memang menyahut la cabaran ini...diaorang tutup semua lampu termasuk lampu tangga....kat kawasan aku sesapa yang nak ambil bahagian je coz lampu tangga masih menyala...

kalu my hubby tak keja malam tu confirm aku gi shopping complex atau dok kat atas bukit untuk melihat pemandangan KL bergelap untuk 60 minit....mesti dapat lihat bangunan mana yang ambil bahagian dan tidak...mesti sonokkan....

tahniah juga diucapkan kepada 8TV dan stesen radio HotFm coz memang mereka mengambil bahagian dan tiada siaran apa2 sepanjang 1 jam tu...moga tahun hadapan akan ramai rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam menyelamatkan bumi...asyik kita sahaja yang mengadu panas kerana kita boleh bersuara...cuba kalu bumi boleh bersuara kerana panas confirm semua manusia mati terkejut kerana serangan jantung...

1 comment:

Jard The Great said...

waa..baru ku tahu 8tv xda siaran.. hehe.. RTM ade je.. hampehss..