Terima Kasih Sahabat

17 March 2009

kesengalan...

        

kalu korang perasaan gambar kat atas tu apa yang korang akan nampak????kesengalan yang memang disengajakan...

hal ini berlaku masa aku naik perkhidmatan awam tempoh hari....dalam pukul 6.45 pm dari stesen setiawangsa nak ke KCCC...yang aku bengang tu minah tu boleh wat tak tau je...buat macam dia sorang je yang mampu bayar...orang lain ni naik free je...

selamba badak je minah ni letak beg dia kat tempat duduk...agaknya dalam beg tu ada emas kot atau mahal sangat beg dia tu sampai kan nak letak kat bawah tak boleh....minah ni memang boleh buat selamba bodoh dia je nampak orang berdiri di depan dia...

ada sorang mamat ni naik nak dok kat kerusi tu pun dia cuma alihkan sikit je beg tu...dia soh mamat tu menghimpit antara dia dan kawan dia...dia tak angkat langsung pun beg dia tu...boleh wat selamba dan buat muka toya dia je...

aku hairan mana letaknya hati perut dia tu...aku tak kisah kalu tak dapat duduk pun tapi prihatin la pada orang lain...orang lain pun bayar tambang gak bukan dia sorang je yang membayarnya......

aku berharap sangat yang aku tidak jadi sebegini....aku nak jadi rakyat Malaysia yang prihatin dan saling tolong menolong ikut kemampuan aku...insya'allah...

8 comments:

Mr PenyuBiru said...

mmg dasar pentingkan sendiri. oh malaysia tanahairku.

~dARlee zURiS~ said...

memang sengal.
huhuu..

~aNieQa~ said...

mcm segmen serkap melodi plak..siap blurkan muka minah tu..huhuhu..
itu lah rkyt msia kan?

kakpiah said...

kalo akak, akak akan wat slamber jer dok kat atas beg dia.. pedehal kan?

baru padan muka dia.. dengan muka akak skalik.. hehehe:D

risanur said...

mr penyubiru >> mmg pentingkan diri ntah mana gi sikap keprihatinan rakyat malaysia...

darleez >> mmg sengal pun geram je...

anieqa >> sesekali jadi cam mitchele best gak :)

kakpiah >> kalu risa dok atas beg minah tu confirm la mengamuk minah tu dan jadi plak pergadohan...mmg gempak la...

IdzaRis79 said...

ramai yg macam tu...

Fathiyyah said...

sabar banyak2 kak. bila sabar,itu la yang mengajar kita balik..

risanur said...

Idzaris >> mmg ramai yg begitu kan..

fathiyyah >> sedang bersabar la ni :)