Terima Kasih Sahabat

28 April 2009

kerinduan di pd....


aku nak update tentang ceta aku sepanjang aku berada di port dickson pada hujung minggu yang lalu...memang keletihan teramat sangat....aku ke sana paksa dalam rela untuk menyiapkan laporan untuk pertandingan kualiti peringkat MAMPU...

aku dan kekawan menginap di Avillion Admiral PD...tempat nye memang cantik...kononnya macam kat Phuket, Thailand kata kawan aku...tapi yang aku ralatnya kau tidak berkesempatan untuk berjalan dan bersiar-siar sekitar hotel ni coz memang masa banyak diabiskan di dalam kelas...

yang pastinye aku dok dalam bilik hanya untuk tidor dan bersiap sahaja...memang takde masa nak bersantai pun...memang masa diabiskan untuk pulun wat laporan ini...yang aku frust dan sedih sangat tu aku tak berkesempatan melihat sunset...itu la tabiat hobi aku bile ke tepi laut...aku suka berbicara dengan sunset...seumpama 'dia' mendengar luahan rasa aku....dah la nak ke tepi laut tu susah...takde rezki aku nak berbicara dengan mu laut....maybe lain kali...

pict sunset ni pun aku cilok ambil dari kawan aku...jelesnya diorang dapat bergambar dengan sunset....nak wat camne takde rezki kan....aku nak ajak my hubby gi bercuti di tepi laut tapi tak tahu la bile....

25 April 2009

aku dalam kerinduanmu...

aku rindukan deruan ombak...
aku rindukan belaian buih-buih gelombang...
aku rindukan hembusan angin yang menyapa...

aku rindu untuk menatap senjamu...
aku rindukan bisikan angin yang berbisik...
aku rindu untuk berbicara dengan mu..
aku tidak berkesempatan menapak di pasir putih mu...

aku tidak tahu bila dapat berbicara dengan mu...
masa yang tidak mengizinkan aku,
untuk melepaskan rindu dendam ku padamu,
untuk berbicara rindu dengan mu,
aku terlalu rindu pada mu sayang...

aku tidak berpeluang bersua dengan mu walaupun aku berada di dada mu,
aku tidak berasa ketenangan dari mu,
aku tidak dapat meluahkan apa yg ku rasakan...

aku rindu berbicara dengan mu sayang,
aku rindu bermain ombak buih mu itu...

aku rindu seperti ombak yang rindu pada pepantainya....

sengal II

bosannye hidup waktu orang bercuti kita kena wat keja jugak...walaupun tempat nye cantik dan menarik jiwa tapi hati tetap tidak gembire...
Ya Allah bosannye....
moga aku dapat idea untuk siapkan laporan ini....

24 April 2009

rela dalam paksa...

minggu ni aku nak gi paksa rela ke pd untuk menyiapkan laporan untuk penyertaan pertandingan...

dahla minggu ni aku kepenatan dan keletihan...bila kena gi bengkel untuk menyiapkan laporan ni lagi la bertambah tak cukup tidur la...kesian kat my hubby kena tinggal untuk 3 hari 2 malam....nak wat camne dah kewajipan bekerja...

aku dan team perlu menyiapkan semua laporan ini kerana tarikh tutup penyertaan yang makin dekat ni...hope kami boleh la mengeluarkan idea2 yang bernas dan boleh la mengoreng hingga hangit utk menyiapkan laporan ini....our target untuk menyiapkan laporan coz our big boss dah menaruh harapan yang tinggi terhadap penyertaan ini...

Ya Allah semoga berkati la perjalanan kami ke pd...semoga kami dapat menyiapkan segala apa yang dirancang....hanya padaMu aku memohon....moga kami akan berjaya melaksanakannya...

20 April 2009

boleh layan...


akhirnya terlaksana juga projek yang aku rancangkan dengan my hubby semalam....dah lama tak gi dating macam zaman bercinta dulu...

aku gi nonton ceta 'jangan tegur' di ampang...not bad la ceta ni....yang bestnye bila hantu nye kuar je confirm sound effect dia memang satu panggung tu bergema....rase bergegar dan nak luruh jantung ni...selalunya aku tengok lakonan nadia mustapha di drama tv, tapi kali ni di dalam filem...lakonan dia memang bagus la...

aku nengok ceta jangan tegur ni dah macam ala-ala ceta the exorcist masa tahun 1970-an masa julia dan nadia mustapha tu kena rasuk...tapi lagi seram la ceta the exorcist tu....

yang bagusnya kat malaysia ni even ceta melayu seram dalam panggung tu masih ada penonton dari kaum cina dan india....rase aman je dok kat malaysia ni kan...rase bertuah bila menetap di negara yang tiada kacau bilau cam kat thailand tu...

sesapa yang belum nonton ceta jangan tegur tu boleh la gi tengok....boleh la termimpi-mimpi nati bila tidur cam my hubby malam....

19 April 2009

release jap...

rase cam nak gi jalan-jalan je hari ni...kepala ni dah sarat penuh dengan pelbagai macam....dengan assigment la, dengan kerja la macam-macam yang dok bersarang dalam kepale ni...

nak ajak my hubby gi tengok wayang la dan gi makan-makan...lagipun my hubby cuti hari ni...bukan senang my hubby nak dapat cuti hari ahad cam gini....lagipun kami masih belum celebrate our anivesary...ini la peluang yang ada....

hari ni nak kuar macam zaman bercinta dolu-dolu la....bukan senang nak dapat peluang cam gini...nak dating la..rindu dengan kenangan masa bercinta dulu-dulu....

aku cam nak nengok wayang ceta jangan tegur....nak jerit kuat-kuat dalam panggung wayang untuk release kan tensen...bukan senang nak jerit dalam panggung kan....hanya cerita seram cam gini je yang boleh jerit-jerit....kalu tengok ceta lawak nanti lain plak jadinya kalu kita menjerit :0...

aku nak lupakan sekejap pasal esemen, pasal keja, dan macam-macam yang berserabut dalam pale ni....moga tercapai la apa yang aku rancangkan ni...insya'allah...

17 April 2009

rezki...


alhamdulilah walaupun aku dirundung malang dan ditimpa kesedihan dalam minggu ni, rezki aku masih murah....bukan la rezki apa pun tapi 2 hari berturut-turut aku dapat makan ikan pari bakar....my favaourite makanan....

hari rabu hari tu aku makan bersama hubby di tailin, bukit aman...semalam plak aku makan di jalan belami di belakang istana negara...memang marvelous la ikan bakar dan kuah asam ye kat 2 tempat ni...puas hati la...tak sangka dapat makan berturut-turut gitu...

16 April 2009

my anivesary...


alhamdulilah akhirnya mencecah angka ke 11 untuk tahun ini....rasa cam tak percaya tapi ianya adalah realiti dan kepastian...

hari ini 16 April adalah tarikh yang akan aku dan suami ingat sehingga bila-bila....tarikh aku dilamar untuk menjadi seorang kekasih...aku berasa bahagia apabila diberi pengalaman untuk bercinta dan berkasih...pengalaman manis dan pahit yang aku alami...hanya Allah yang mengetahui betapa getirnya menjadi sepasang kekasih...

tak sangka kami bertahan sehingga kini...moga Allah akan memanjangkan jodoh kami hingga ke akhirnya...

p/s : aku dah menangis sepuas-puas hati di bahu suami aku...aku dah lepaskan segala kegeraman dan kemarahan yang tersimpan di dalam hati ku ini...thanks my hubby...

15 April 2009

sedihnye....

sengal je aku rasa kan pagi ni...
rasa nak marah, rasa geram ada,
tapi tak tau nak lepaskan kat mane...
sib baik ada blog ni tempat aku melepaskan geram...

dah la aku skunk ni cepat terasa dengan sikap orang...
cepat berasa diri ni bersalah walaupun aku rasa bukan salah aku...
tapi itu yang aku rasa kan skunk ni...
aku rasa bersalah sbb maybe aku terhutang budi dengan orang tu...
aku pun keliru la...

yang pastinye aku memang rasa nak nangis je....
tapi aku tak tahu nak tumpang kat bahu sapa???

13 April 2009

air mata ibu...

aku paling tak suka orang yang buat mak aku menangis..
aku benci pada mereka yang buat mak aku sedih...
aku geram betul pada mereka yang buat mak aku rasa kecewa...
aku sakit hati sungguh pada mereka yg buat mak aku menderita...
aku tertekan melihat mak aku berduka...

kerana insya'allah aku sendiri sebagai anaknya tidak mahu membiarkan air mata ibu nye menitik kerana kekecewaan dan kegagalan...
biarlah ibu ku menangis kerana berita kegembiraan yang aku berikan...
seboleh-bolehnya aku tidak mahu mak aku menitik air mata kerana orang lain..
kerana aku turut menangis, sakit hati sangat, teramat geram...
aku rasa hati aku turut terhiris hati dan terguris jiwa...

aku akan tanya pada 'orang tu' apa yang dia tak puas hati dengan mak aku...aku nak dia berterus terang segalanya...aku sebagai anaknya tidak mahu mak aku dalam keadaan berduka, bersedih dan memendam perasaan...

aku mahu mak aku gembire, senyum dan ceria sentiasa sepanjang masa....alangkah mak aku sakit pun aku sanggup untuk menggantikan tempatnya....aku tidak mahu mak menitis lagi air matanya...

07 April 2009

tertekan....

blog aku akan bersawang untuk seketika....
terlalu banyak keja yang harus diutamakan....
terlalu banyak keja yang mendadak dan perlu diselesaikan segera...

aku juga sibuk dengan assignment yang melambak...
semua perlu dihantar mengikut schedule....
hinggakan aku tak tahu yang mana harus diutamakan....

aku juga perlu menghadapi exam setiap minggu...
tak sempat aku nak mengadap segala buku, nota...
aku rasa kan badan aku ni letih dengan segala keja, assigment dan exam...

rasa tak cukup masa 24 jam sekarang ni...
rasa segalanya berlalu dengan cepat...
aku takut aku tak boleh nak beri komitmen yang baik...

Ya Allah tolong la hambamu ini...
agar aku kuat menghadapi segalanya...
agar aku dapat selesaikan segalanya mengikut waktu yang ditetapkan

** aku takut kena marah pagi ni dengan big boss la...
tidur ku tak lena malam tadi...
terbayangkan segalanya....
gerun, takut dan seram la **

03 April 2009

.....

terima kasih pak lah atas kepimpinan selama 5 tahun 5 bulan...jasamu akan kami kenang selamanya...

selamat maju jaya kepada Dato Sri Najib...semoga Malaysia akan menjadi lebih megah dan bangga di mata dunia serta di peringkat antarabangsa....