Terima Kasih Sahabat

13 April 2009

air mata ibu...

aku paling tak suka orang yang buat mak aku menangis..
aku benci pada mereka yang buat mak aku sedih...
aku geram betul pada mereka yang buat mak aku rasa kecewa...
aku sakit hati sungguh pada mereka yg buat mak aku menderita...
aku tertekan melihat mak aku berduka...

kerana insya'allah aku sendiri sebagai anaknya tidak mahu membiarkan air mata ibu nye menitik kerana kekecewaan dan kegagalan...
biarlah ibu ku menangis kerana berita kegembiraan yang aku berikan...
seboleh-bolehnya aku tidak mahu mak aku menitik air mata kerana orang lain..
kerana aku turut menangis, sakit hati sangat, teramat geram...
aku rasa hati aku turut terhiris hati dan terguris jiwa...

aku akan tanya pada 'orang tu' apa yang dia tak puas hati dengan mak aku...aku nak dia berterus terang segalanya...aku sebagai anaknya tidak mahu mak aku dalam keadaan berduka, bersedih dan memendam perasaan...

aku mahu mak aku gembire, senyum dan ceria sentiasa sepanjang masa....alangkah mak aku sakit pun aku sanggup untuk menggantikan tempatnya....aku tidak mahu mak menitis lagi air matanya...

4 comments:

Ungku Nor said...

kirim salam kat mak..
;D

mebby a.k.a ezza said...

huhuuh..memang kureng orang itu kan....sabar k..kem slalam kt mak risa k

Jard The Great said...

aku pon sama.. org kasi nangis mak.. mesti aku mengamuk pny.. hehehe..

risanur said...

kak ungku >> :)

mebby >> mmg tgh bersabar ni..tq mebby..

jard >> akak ni tgh mengamuk giler la ni..tu yg lepaskan geram kat blog...