Terima Kasih Sahabat

29 May 2009

26 May 2009

kesyukuran kenikmatan....

Bagaimana kalu penglihatan yang aku ada kini diambil oleh Allah dalam masa sekelip mata….tak dapat aku bayangkan dunia ku ini gelap gelita tanpa warna warni yang mewarnai kehidupan aku selama ini…hancur segala impian yang dirancang selama ini…

Selama seminggu aku berada di Majlis Orang Buta Kebangsaan Malaysia (MAB) mengajar aku untuk bersyukur dalam kehidupan ini…jangan cepat putus asa, mengeluh dan menyesal dengan apa yang telah berlaku….aku sedar tidak semua kehidupan yang dirancang akan sempurna seperti yang diminta oleh semua manusia….namun kesyukuran kepada Allah adalah penting dalam hidup ini….tidak semua yang kita rancang akan menjadi….segalanye ketentuan dari Allah…

Aku lihat pelatih cacat penglihatan yang berada di MAB ini semuanya ceria, gembira dan suka dengan kehidupan yang mereka lalui walaupun serba kekurangan….kita yang sempurna ini sahaja yang suka mengeluh dengan apa yang kita perolehi…

Aku tidak bayangkan kehidupan yang tiada warna…tidak bayangkan bagaimana bentuk dan bagaimana paras rupa seseorang itu….aku cuba bertanya juga dengan cikgu yang mengajar di sini bagaimana dengan kehidupan mereka….ada yang buta sejak dilahirkan dan ada buta setelah dewasa akibat kemalangan atau penyakit….

Bagi yang buta sejak dari lahir confirm mereka tidak nampak apa-apa pun…tapi mereka yang buta akibat kemalangan atau sakit pasti mereka dapat melihat warna, bentuk atau segalanya sebelum buta….

Aku rasa sedih sangat setelah dibawa pergi melawat Pusat Dalam Komuniti MAB yang ahaya terdapat kanak-kanak dari usia 3 tahun hingga ke 21 tahun…bukan sahaja cacat penglihatan tapi ada yang austisme, lembab bertindak dan cacat pendengaran….aku tidak bayangkan ibu bapa yang mempunyai anak sedemikian…betapa tabahnya hati mereka di duga apabila mendapat cahaya mata sedemikian….menitis air mata ini melihat betapa tabahnya hati mereka melalui segala kehidupan ini dengan begitu tabah dan sabar…..


25 May 2009

kursus lagi...

aku masih menyambung berkursus selama seminggu lagi.... naik biol otak ni asyik gi kursus je ...memang la seronok gi kursus sebab dapat makan free je tapi yang tak bestnye aku rindu dengan tempat kerja aku...

walaupun aku kursus di opis je pun tapi masih kebosanan...mengantuk sangat...belum dapat buat kursus yang hari tu aku attend ni gi kursus lain lagi...kursus tentang laman web gak...last week kursus tentang W3C di laman web...tapi minggu ni untuk kursus pembangunan laman web menggunakan joomla plak...

hope lepas attend kedua2 kursus ini boleh la aku membuat website kementerian dengan lebih canggih...

21 May 2009

ketidakselesaan....

hari ini aku ketidak selesaan....aku pun tak tahu kenapa...yang pastinye tengkuk aku rase tak selesa....salah bantal kot lagipun semalam takde aktiviti yg ganas pun berlaku ..

bila leher dan tengkuk ini tak selesa membuatkan mood aku hari ini macam kureng je...rasa malas nak buat segalanya...aku masih di tempat kursus....nak dengar kursus pun jadi malas sesangat...rasa nak balik tido je...dahla semalam aku MC....aku gi appointment di HKL semalam...aku rase makin teruk la penyakit aku ini...bukannya makin elok pun...dugaan dari Allah untuk aku..aku perlu terima dengan pasrah dan redha...

macamna cara nak hilangkan rasa sakit leher ni ye....aku rasa tak selesa langsung...sesapa ada idea ke???help me!!!

18 May 2009

syukur padaMu...

Mulai hari ini hingga jumaat ini aku menghadiri kursus di Majlis Kebangsaan Orang Buta (MAB) di Brickfields (berhampiran dengan stesen Monorail)….kursus yang aku hadiri ini adalah W3C web accessibility…

Masa mula-mula aku menggunakan pc kat sini memang pening pale gila la….coz pc kat sini di install satu perisian yang bernama Jaws…perisian ini digunakan untuk orang buta menggunakan pc…setiap kali kita menaip Jaws ni akan bercakap sahaja…untuk kemudahan orang buta coz diorang tak boleh nampak apa yang tertulis kat screen….bagi orang buta untuk menggunakan pc ni yang penting adalah perisian Jaws dan keyboard….cikgu aku ini marah kalu menggunakan mouse coz orang buta takkan menggunakan mouse siap ugut kalu guna mouse dia nak bunuh mouse tu ..

Tapi orang buta ini memang cerdik dan dikurniakan mata hati yang cukup terang….walaupun diorang buta mata tapi terang nya mata hati mereka….mereka ni takkan terlanggar kita pun kita plak yang takut terlanggar mereka ni

Aku melihat mereka ni gembire dengan kehidupan mereka yang dikurniakan oleh Allah pada mereka…mereka gembire sepanjang masa….di MAB ni pelbagai kursus yang disediakan untuk mereka seperti mengurut cara refleksologi, menaip Braille, menjawab telefon dan pelbagai kemahiran yang disediakan untuk mereka…

Aku berasa cukup insaf apabila berada di sini…kekurangan mereka membuatkan aku sedar kekurangan diri ini…mereka yang buta ni sebenarnya lagi terror dari kita apabila menggunakan computer…coz mereka perlukan perisian Jaws ini untuk pergi ke mana sahaja di web site….

Baru la aku sedar bila kita wat pembangunan laman web kita perlu sediakan web accessibility untuk orang buta ini iaitu W3C…jika website kita tidak memenuhi ciri-ciri W3C ini, orang buta sukar untuk mengggunakan website kita ni coz mereka menggunakan function key di perisian Jaws ini…

Aku dah belajar sikit2 apa yang perlu dan penting kita buat semasa pembangunan laman web…banyak jugakla nak kena diubahsuai bagi mereka yang cacat penglihatan ini dapat menggunakan website kita…insya’allah aku dan team akan cuba buat yang terbaik untuk kemudahan orang buta ini…

16 May 2009

tanggal 16 Mei...

16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang aku takkan lupa sepanjang aku bekerja...insya'allah...sudah 4 tahun aku berada di perkhidmatan awam....alhamdulilah...

orang lain punye la susah untuk mendapatkan keja sekarang ni...ada yang kena buang dan VSS tapi aku bersyukur kerana aku masih mempunyai punca rezki setiap bulan...

aku masih teringat masa hari pertama aku melaporkan diri...rase waktu tu keciknya diri ini...rasa semuanya tak tahu....rase nak je lari saat itu...semua orang pandang kita semacam je ketika itu...

namun pengalaman yang aku kutip setiap hari mengajar aku menjadi seorang yang makin matang dan dewasa....jika kita ingin ilmu dari orang kita perlu pergi menuntut pada orang yang berpengalaman...kita tak boleh nak tunjuk pandai atau tunjuk bagus sangat....coz kita kat dalam perkhidmatan awam ini banyak protokol, pekeliling dan pelbagai peraturan yang perlu diikuti...tak boleh nak main redah je...kita tak bole tunjuk sombong kalu kita tak tahu...takut sesat jalan lain plak jadinya...

alhamdulilah sekarang ni aku dah boleh la menulis memo, surat dan minit mesyuarat....dah boleh handle mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha, TKSU (P) dan mesyuarat2 lain...banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas di sini...pelbagai ragam manusia dan pelbagai pengalaman pahit manis yang aku perolehi....pengalaman banyak mengajar aku menjadi seorang penjawat awam yang berdedikasi insya'allah...

jika kekawan baru yang baru masuk melaporkan diri aku dapat rasakan pengalaman yang diorang rasa ketika itu....insya'allah jika mereka tanya aku, aku akan cuba menolong mana yang patut....

15 May 2009

tak sangka...

pagi ini aku ada meeting di JPA Cyberjaya....tengahari ni ada party perpisahan untuk our boss yang bertukar ke Kementerian lain...

malam ni plak pas kelas ada port luck untuk our lecturer...tak sangka dah nak abis semester 2 dah....dengan kesibukan yang melampau dengan assignment dan kerja pejam celik pejam celik dah nak sampai ke akhir semester dah...

start 1 jun ni hingga 12 jun 2009 aku akan menghadapi final exam untuk semester 2...takut nya...tak taulah camne aku nak menjawab soklan2 exam yang membunuh mencabar itu....hanya padaMu Ya Allah aku memohon segala apa yang aku belajar selama ini akan dipermudahkan dalam menghadapi exam ini...

p/s : hari ini asyik makan free je dari siang hingga ke malam...

14 May 2009

ntah la...

Anonymous said...

kalau berani cakap je laa depan2... apa yang tak puas hati... aku tak kisah pun... kalau cakap depan2, baru puas hati kita pun tahu sapa yang salah... tak delah nak simpan kat dalam hati... semua orang mana ada yang perfect kat dalam dunia nii... kadang2 kita terbuat salah yang diri kita sendiri tak ketahui... dan org lain ketahui... tu lah gunanya komunikasi...bukan simpan kat dalam hati... kemudian main sembur je.. tanpa usul periksa... Aku tahu ko memang tak puas hati ngan aku... dari semalam lagi pun... tapi aku tak tahu apa yang kau tak puas hati...


ada orang yang tak puas ati sedang mengamuk di dalam blog aku ini...aku pun tak tahu la kenapa dia nak mengamuk kat dalam blog aku ini....

memang komunikasi tu bagus untuk semua orang...tapi kalu kita cakap depan-depan dan berterus terang, tapi cakap kita wat endah tak endah je dan tak diambil tindakan tak guna jugak...macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri...aku pun hangin la...

komunikasi memang satu saluran yang bagus untuk bertukar fikiran dan pandangan....tapi kalu komunikasi digunakan untuk menegakkan benda yang tak betul tu tak guna jugak....aku dah cuba dengan cara berkomunikasi ini tapi tak jalan jugak masih sama je tindakan yang diambil....seperti tiada respond pun...tu yang aku melepaskan geram di dalam blog aku ini...tapi tak sangka plak ada yang mengekori membaca blog aku ini dalam diam2...padahal blog aku ini hanya untuk aku melepaskan segala ceta yang aku nak ceta dari hati aku...bukan untuk menyembur aku atau mengutuk orang...
memang semua orang tak perfect di dunia ini...semua orang akan membuat kesalahan tanpa sedar atau dengan sedar....aku juga antara manusia yang tidak perfect di muka bumi Allah ini...namun aku akan cuba menghindarkan daripada membuat kesalahan dari sengaja atau tanpa sengaja...

aku minta maaf la kalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis ini...hope orang yang terasa hati dengan aku ini akan membuat tindakan yang terbaik selepas ini....

padan muka!!!

pagi ni ada mesyuarat bahagian....hari untuk sesapa melaporkan melepaskan kegeraman progress bagi sesuatu task...

apa yang pasti nya mamat poyo yang aku makan hati semalam tu memang kena babu la dengan semua orang...sampai kan dia tak tau nak mengelakkan diri lagi....aku ingat aku sorang je yang makan hati berulam jantung tapi rupanya ramai lagi yang nak melepas kan geram...

Allah tu Maha Mengetahui tentang segalanya...tak payah la nak tunjuk pandai sangat walaupun sebenarnya sukar untuk membuat segalanya...baik kita ni merendah diri daripada menabik dada yang tinggi melangit tu...elok kita bertanya jika kita tidak mengetahuinya, daripada berlagak pandai dan bercakap macam dia sorang je yang betul...

Allah akan berada di sekeliling kita dan akan membantu kita jika kita dalam kesusahan dan kepayahan...hanya pada Dia kita memohon dan meminta bantuan jika kita kebuntuan....

hal-hal yang berlaku di sekeliling aku ini, akan aku jadikan panduan dan pengalaman dalam hidup ku yang makin hari makin mencabar ini...pengalaman yang pahit dan manis itu akan menjadi kenangan hidup yang sukar untuk kita perolehi....

13 May 2009

flip flap dan alhamdulilah....



aku suka tengok benda ni bergerak dari kiri ke kanan....meliuk-liuk bunga nye itu membuatkan aku leka sebentar...rase comel je bila dia gerak-gerak dengan perlahan itu...hilang sekejap rasa marah, rasa strees kat mamat poyo tu...aku rasa tenang melihat benda tu bergerak-gerak...

aku nengok semua kekawan blogger ada cam kak puteri satu, faiza dan ramai lagi...ada yang letak di kereta tapi aku letak di opis...aku beli sama dengan kak puteri satu beli di pesta buku di wisma sime darby hari tu...murah je baru RM 10...kalu kat tempat lain ada yang tengok hampir mencecah RM 30....aku ingat nak beli lagi satu la...nak letak kat keta plak....mesti comel je kan bila dia bergerak2 gitu...

alhamdulilah akhirnya bumi KL telah disirami dengan hujan petang semalam dan hari ini....semua kepanasan yang telah termampat terbahang di tanah telah terhambur segalanya....semoga tidur malam aku lena setelah beberapa hari tido tak lenanya....aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana mengurniakan nikmatnya.....

sakit ati....

aku memang tengah bengang giler dengan sorang mamat yang perasan pandai dan poyo ni....semuanya yang dia cakap tu semuanya dia sorang je yang betul orang lain semuanye salah....

yang aku geram sangat ni coz pc aku dah diserang virus kerana updating antivirus dia tak berjalan....pc aku ini la sememang nya dah slow skunk ni bertambah slow bila ada peternakan virus berlaku...

hantar emel kat mamat poyo soh ambik tindakan terhadap pc aku ini, dia reply emel takde apa2 masalah besar cuma masalah kecik je...memang bangang punye jawapan!!!...virus dah ada dalam pc ni siap boleh kata masalah kecik...aku memang sakit ati betul orang yang berlagak pandai ni dan berlagak semuanya dia tahu....macam bagus sangat la...

aku memang takde mood hari ni...memang aku nak marah orang je hari ini...tak tahu la sapa yang akan menjadi mangsanye...

11 May 2009

tak laratnye...

bosannye hari ni...aku takde mood nak buat kerja...maybe coz hari isnin hari yang penuh mood mendukacitakan alasan ...

yang pastinye aku keletihan, kepenatan dan kurang tidur sebab cuaca yang amat panas...memang dugaan dari Allah...kat dunia pun dah tak boleh nak tahan segala dugaan macamne lah dugaan di SANA nanti...

Ya Allah kuatkan semangat dan permudahkan segala urusan ku ini agar dapat aku teruskan kehidupan ini dengan rahmat dariMu...

10 May 2009

selamat hari ibu...



www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
aku ucapkan kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia....
aku teramat sayang pada mu ibu...hanya kau sahaja yang bertakhta di hati ku untuk selamanya....

p/s : entah bile la aku dapat merasai perasaan sebagai seorang ibu...

08 May 2009

hasilnya....


ini la hasilnya setelah berhempas pulas hampir sebulan untuk menyiapkannya....kami perlu tidur di opis untuk menyiapkan laporan ini balik kul 10 malam hampir setiap hari ...sanggup tinggalkan suami dan anak-anak untuk menyiapkan laporan ini...

aku tersenyum puas dan mengucapkan syukur padaMu Ya Allah kerana akhirnya kami berjaya menyiapkan laporan ini dengan pelbagai dugaan dan rintangan sampai dok tinggalkan family la ...hanya doa yang aku titipkan agar segala nya kami buat ini menampakkan hasilnya bestnya kalu dapat masuk short list insya'allah...

p/s : terima kasih aku nak ucapkan kepada our big boss (Pn. Azlina), kak izi, gee dan pn. Hasnah atas segala komitmen yang diberikan...moga kita berjaya ya...

07 May 2009

leganya alhamdulilah...

alhamdulilah...syukur kepada Mu Ya Allah, akhirnya setelah penat berhempas pulas, laporan AKICT yang kami pulun buat dari awal April hingga semalam telah menampakkan hasilnya....

pukul 4.45 pm petang semalam, aku dan the team telah menghantar laporan tersebut kepada printing....namun dugaan masih lagi menimpa kami coz kami terlupa nak sertakan borang pencalonan di dalam laporan tersebut...nasib baiklah orang printing tu nak datang balik dan kami telah menyerahkan borang tersebut....alhamdulilah...kekadang benda yang sekecil tu pun boleh lupakan...

apa yang pasti aku kepenatan dan keletihan sesangat...dengan kerja seharian lagi dan kelas yang perlu dihadiri setiap hari....memang dari April hingga Mei ni bulan2 yang mencabar dan penuh dugaan bagi kami....

aku diduga dengan assignment yang perlu dihantar setiap minggu, dengan mid term exam lagi, kerja2 seharian di pejabat dan ditambah dengan penyediaan laporan AKICT ini...walaupun kepenatan aku gagahkan diri juga...skrg ni aku dah dilanda demam, batuk, selsema dan sakit tekak...tak larat dah ni tapi gagahkan juga untuk datang ke opis...

hope selepas ini boleh la aku concentrate kan kepada final exam lagi 2 minggu ini...dahla satu apa pun belum study lagi...aku takutla tak boleh nak maintain la...dah la semalam aku dapat berita sedih dengan keputusan PTK aku....nak wat camne dah tersurat begitu...moga aku akan berjaya untuk akan datang...insya'allah...

04 May 2009

macam-macam perangai....


hujung minggu hari tu aku ke rumah mak aku...nak lepaskan rindu dan bermanja dengan mak aku....lagi pun anak-anak buah aku pun ada jugak...hampir 2 bulan tak berjumpa dengan diorang...lepas gak rindu aku pada mereka...

meriahnya rumah mak aku coz semuanye cucunye balik kumpul bersama...bila dah ada semuanya confirm la macam-macam karenah yang diorang tunjukkan....yang si hafiz dan si hakim sibuk soh aku buka notebook coz nak main game keta katanya...aku layan je....budak2 skunk punye mentaliti memang berbeza dengan zaman budak2 aku dulu...dulu main polis n three, kejar2, konda-kundi...tapi skrg mereka punye kehidupan nak main di depan notebook...

zaman aku belajar dulu pun takde komputer nak beli walaupun aku ni pelajar IT...memang zaman dah berubah sungguh la...tak sama dengan zaman kita dulu2....mereka suka duduk di rumah menghadap pc atau notebook daripada beriadah di luar rumah bersama kawan2....

yang memeranjatkan meneruja kan aku ialah anak buah aku yang perempuan si nisa tu dah pandai cakap tanpa pelat...bestnya dengar si nisa dah pandai panggil aku 'young'... joren muncung je mulut dia menyebut nama aku...bestnya melihat perkembangan anak2 buah aku ni....

dah lama tak jumpa ada je perkara baru yang mereka tunjukkan.....semoga mereka ni membesar dengan aktif dan diredhai oleh Allah hendaknya...