Terima Kasih Sahabat

26 May 2009

kesyukuran kenikmatan....

Bagaimana kalu penglihatan yang aku ada kini diambil oleh Allah dalam masa sekelip mata….tak dapat aku bayangkan dunia ku ini gelap gelita tanpa warna warni yang mewarnai kehidupan aku selama ini…hancur segala impian yang dirancang selama ini…

Selama seminggu aku berada di Majlis Orang Buta Kebangsaan Malaysia (MAB) mengajar aku untuk bersyukur dalam kehidupan ini…jangan cepat putus asa, mengeluh dan menyesal dengan apa yang telah berlaku….aku sedar tidak semua kehidupan yang dirancang akan sempurna seperti yang diminta oleh semua manusia….namun kesyukuran kepada Allah adalah penting dalam hidup ini….tidak semua yang kita rancang akan menjadi….segalanye ketentuan dari Allah…

Aku lihat pelatih cacat penglihatan yang berada di MAB ini semuanya ceria, gembira dan suka dengan kehidupan yang mereka lalui walaupun serba kekurangan….kita yang sempurna ini sahaja yang suka mengeluh dengan apa yang kita perolehi…

Aku tidak bayangkan kehidupan yang tiada warna…tidak bayangkan bagaimana bentuk dan bagaimana paras rupa seseorang itu….aku cuba bertanya juga dengan cikgu yang mengajar di sini bagaimana dengan kehidupan mereka….ada yang buta sejak dilahirkan dan ada buta setelah dewasa akibat kemalangan atau penyakit….

Bagi yang buta sejak dari lahir confirm mereka tidak nampak apa-apa pun…tapi mereka yang buta akibat kemalangan atau sakit pasti mereka dapat melihat warna, bentuk atau segalanya sebelum buta….

Aku rasa sedih sangat setelah dibawa pergi melawat Pusat Dalam Komuniti MAB yang ahaya terdapat kanak-kanak dari usia 3 tahun hingga ke 21 tahun…bukan sahaja cacat penglihatan tapi ada yang austisme, lembab bertindak dan cacat pendengaran….aku tidak bayangkan ibu bapa yang mempunyai anak sedemikian…betapa tabahnya hati mereka di duga apabila mendapat cahaya mata sedemikian….menitis air mata ini melihat betapa tabahnya hati mereka melalui segala kehidupan ini dengan begitu tabah dan sabar…..


4 comments:

Mr PenyuBiru said...

kekadang kita alpa dgn kenikmatan yg kita ada

CJ said...

betul awk kata risa. aku yg skrg pakai kacamata pun dpt rasa betapa le sgt susah bila nk melihat. apa lagi yg rakan2 kita yg buta.

perlu jaga mata seeloknya. jgn tgk benda2 yg maksiat. hehe..

kita perlu bersyukur dgn nikmat mata ni kan. hargai le sementara ia ada. :)

pB said...

kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan ....


Jangan terlalu tamak hinggakan hati menjadi gelap ....

risanur said...

penyu biru >> betul, betul, betul..

CJ >> mmg kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada jgn cepat mengeluh...

pB >> kesyukuran tu amat penting sngt...tapi kita selalu lupa sapa kita...