Terima Kasih Sahabat

07 May 2009

leganya alhamdulilah...

alhamdulilah...syukur kepada Mu Ya Allah, akhirnya setelah penat berhempas pulas, laporan AKICT yang kami pulun buat dari awal April hingga semalam telah menampakkan hasilnya....

pukul 4.45 pm petang semalam, aku dan the team telah menghantar laporan tersebut kepada printing....namun dugaan masih lagi menimpa kami coz kami terlupa nak sertakan borang pencalonan di dalam laporan tersebut...nasib baiklah orang printing tu nak datang balik dan kami telah menyerahkan borang tersebut....alhamdulilah...kekadang benda yang sekecil tu pun boleh lupakan...

apa yang pasti aku kepenatan dan keletihan sesangat...dengan kerja seharian lagi dan kelas yang perlu dihadiri setiap hari....memang dari April hingga Mei ni bulan2 yang mencabar dan penuh dugaan bagi kami....

aku diduga dengan assignment yang perlu dihantar setiap minggu, dengan mid term exam lagi, kerja2 seharian di pejabat dan ditambah dengan penyediaan laporan AKICT ini...walaupun kepenatan aku gagahkan diri juga...skrg ni aku dah dilanda demam, batuk, selsema dan sakit tekak...tak larat dah ni tapi gagahkan juga untuk datang ke opis...

hope selepas ini boleh la aku concentrate kan kepada final exam lagi 2 minggu ini...dahla satu apa pun belum study lagi...aku takutla tak boleh nak maintain la...dah la semalam aku dapat berita sedih dengan keputusan PTK aku....nak wat camne dah tersurat begitu...moga aku akan berjaya untuk akan datang...insya'allah...

1 comment:

Mr PenyuBiru said...

lega kan biler tekanan dah berlalu.pepehal good luck for ur final exam.