Terima Kasih Sahabat

18 May 2009

syukur padaMu...

Mulai hari ini hingga jumaat ini aku menghadiri kursus di Majlis Kebangsaan Orang Buta (MAB) di Brickfields (berhampiran dengan stesen Monorail)….kursus yang aku hadiri ini adalah W3C web accessibility…

Masa mula-mula aku menggunakan pc kat sini memang pening pale gila la….coz pc kat sini di install satu perisian yang bernama Jaws…perisian ini digunakan untuk orang buta menggunakan pc…setiap kali kita menaip Jaws ni akan bercakap sahaja…untuk kemudahan orang buta coz diorang tak boleh nampak apa yang tertulis kat screen….bagi orang buta untuk menggunakan pc ni yang penting adalah perisian Jaws dan keyboard….cikgu aku ini marah kalu menggunakan mouse coz orang buta takkan menggunakan mouse siap ugut kalu guna mouse dia nak bunuh mouse tu ..

Tapi orang buta ini memang cerdik dan dikurniakan mata hati yang cukup terang….walaupun diorang buta mata tapi terang nya mata hati mereka….mereka ni takkan terlanggar kita pun kita plak yang takut terlanggar mereka ni

Aku melihat mereka ni gembire dengan kehidupan mereka yang dikurniakan oleh Allah pada mereka…mereka gembire sepanjang masa….di MAB ni pelbagai kursus yang disediakan untuk mereka seperti mengurut cara refleksologi, menaip Braille, menjawab telefon dan pelbagai kemahiran yang disediakan untuk mereka…

Aku berasa cukup insaf apabila berada di sini…kekurangan mereka membuatkan aku sedar kekurangan diri ini…mereka yang buta ni sebenarnya lagi terror dari kita apabila menggunakan computer…coz mereka perlukan perisian Jaws ini untuk pergi ke mana sahaja di web site….

Baru la aku sedar bila kita wat pembangunan laman web kita perlu sediakan web accessibility untuk orang buta ini iaitu W3C…jika website kita tidak memenuhi ciri-ciri W3C ini, orang buta sukar untuk mengggunakan website kita ni coz mereka menggunakan function key di perisian Jaws ini…

Aku dah belajar sikit2 apa yang perlu dan penting kita buat semasa pembangunan laman web…banyak jugakla nak kena diubahsuai bagi mereka yang cacat penglihatan ini dapat menggunakan website kita…insya’allah aku dan team akan cuba buat yang terbaik untuk kemudahan orang buta ini…

2 comments:

Jard The Great said...

bagus kak ris.. hehehe...

Ungku Nor said...

tu la kan..kita kena selalu tengok orang yang kurang dari kita, baru kita ingat nak bersyukur.
kalo asek tengok orang yang lebih dari kita, kita asek kufur nikmat tak sudah-sudah..