Terima Kasih Sahabat

30 June 2009

semuanye baru...

bulan Julai adalah bulan pertukaran di opis aku ini terutama di dalam unit aku...akan ramai yang keluar dari unit aku dan akan ada orang baru yang akan masuk...

macam-macam ragam manusia la yang akan aku alami...dengan karenah manusia yang baru, yang pertengahan baru dan yang lama...

hope aku ada dapat semua boss2 dan kawan yang best...insya'allah...

berakhir juga....

aku peminat fanatik ceta Prison Break...alah yang hero nya bernama Michael Socfield tu...aku sanggup bergado dengan hubby krn ceta ni...almaklumla cerita ni ditayangkan setiap hari Isnin kul 10.30pm...aku akan jadi berang bila my hubby datang lambat aku dari kelas....

semalam berakhirnya cerita drama bersiri ini...akhirnya mereka yang keluar dari penjara Fox River ni akhirnya bebas setelah pelbagai dugaan dari pelbagai pihak...memang satu cerita yang menarik perhatian aku sejak dari first series nye lagi...

tapi yang tak bestnya my hero pelakon utamanya mati kerana sakit barah otak...tu yang tak feel tu coz walaupun dah dapat kebebasan yang mereka nak sangat tu tapi hanya sekejap saje michael socfield ini merasainya...kesian kat sara...tapi yg bestnya diorang ada sorang anak lelaki...comel je...

yang pastinye cerita kesukaan aku ini berakhir juga...setelah bertahun lamanye bertungkus lumus aku nak tahu kesudahan cerita yang penuh suspen ni...

29 June 2009

besday anak-anak buah...

bulan Jun ni ada 2 besday anak buah aku iaitu qhairunnisa pada 20 Jun dan abangnya iaitu muhamad al-hakim 28 Jun....kesian kat anak buah aku tu coz aku tak beli present pun coz tak tau nak belikan apa...yang si nisa ni kalu belikan mainan atau pun patung mesti dia buang punye...dia ni macam jantan sikit almaklumla ada 2 orang abang..yang si hakim ni plak aku memang tak tahu nak beli kan apa...nanti la kalu berkesempatan gi window shopping mana la tahu dapat idea nak belikan hadiah...lambat pun takpe kan...masih budak lagi...

kitorang hanya sambut family je....almaklumla eknonomi gawat...besday si nisa hari tu belikan dia sebiji kek tapi yang si hakim mak aku masak kan pulut kuning dan rendang daging....coz anak buah aku ni memang peminat pulut kuning...kalu tengok diorang makan tu memang seronok betul la...

kat sini aku lambakkan pict yang telah aku ambil masa besday si nisa dan si hakim...almaklumla kebizian tahap melampau last week...

masa sambutan besday nisa...

masa sambutan besday hakim...

aksi si nisa di depan camera...

aksi si amir...anak buah aku yang nak belajar merangkak...

26 June 2009

rindu saat itu...

a shoulder to cry on

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings takeYou down
It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:
And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone

You won't be alone 'cause I'll be there
All of the timesWhen everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A shoulder to cry on continued
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:
Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone'cause
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one

When the whole world's gone, you wont be alone'cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on
---------------------------------------------------------------------
aku meminati sungguh lagu Tommy Page ini...aku masih teringat masa aku berada di Batu Pahat Johor zaman student dulu aku mesti tangkap leleh dengar lagu ini...yelah terpisah dengan family dan kekasih hati orang2 yang kita sayang...saat kita sorang2 ketika itu dirundung kedukaan hanya ada kawan2 sekolej je untuk mendengar masalah kita...

aku rindu dengan saat zaman student dulu...masa di BP...aku rindu dengan chah, pah, azah, suzy, nura, ila dan lain2...aku rindu saat kita sama2 dirundung kesusahan dan di saat kegembiraan...bila la agaknya kita dapat bertemu kembali...aku rindu saat-saat itu...

"memori semalam yang kau ciptakan tiada kan berulang kembali"

itu la tag line yang gunakan masa zaman kolej dulu...sampaikan ada kawan2 mengatakan aku ni minah jiwang...

pisang berbuah 2 kali...

aku sedang dalam ketakutan dan berdebar2 sungguh...pagi ni jam 8.30pagi aku nak kena tunjukkan hasil kerja laman web yang telah disiapkan....

hope our boss oklah....aku trauma sebenanrnya coz penah ada rekod buruk kurang memuaskan semasa buat sistem....sistem yang aku buat tidak memenuhi spesifikasi yang diinginkan...terus sistem tu dikatakan fail...tu yang aku trauma sesangat...

hope laman web ni oklah....takkan ada kejadian pisang berbuah 2 kali la....yang aku tensen sangat semalam aku baru dapat tau content yang diperlukan oleh user setelah aku memohon content hampir 2 minggu yang lepas...aku perlu restructure modul yang telah aku angan2 kan buat...yang pasti content aku akan dapat next week...presentation hari ini aku kena pakai dummy data la...

tengah berdebar2 ni...semoga Allah sentiasa menolong hambaNya yang dalam kegusaran...

24 June 2009

disyaki...

semalam aku MC....kerana aku telah diserang mendapat demam, batuk, selsema dan sakit tekak yang amat perit....

pagi semalam aku gi klinik kerajaan coz badan aku ini tak lut dengan ubat klinik swasta...pukul 7.30 pagi aku dah terpacak kat depan klinik di keramat....punyelah bersemangat nak jumpa doktor tapi tujuan utama aku perlukan MC coz memang aku tak larat sangat nak gi keja...bukan alasan tapi memang tak larat...kepala pening, batuk rasa cam nak terkeluar anak tekak dan tekak ni sakit perit sangat...memang menyeksakan...

punyelah ramai manusia di klinik ni coz ada juga medical checkup untuk pesakit darah tinggi...bertambah pening la kepala ni...pukul 9.00 pagi aku masuk bilik doktor...aku cakap yang aku selsema, batuk, sakit tekak dan bile malam je akan demam...doktor tu check la...bila aku cakap kepala aku pening dan sakit2 badan terus dia soh aku buat blood test, urine test dan tekanan darah tinggi....lagi bertambah sakit kepala la aku nak buat segala test ni....

masa aku menunggu untuk blood test aku dok terbaca pasal H1N1...simptom2 nya adalah lebih kurang apa yang aku alami skunk ni...takkan ujian yang aku nak buat ni sbb aku disyaki ada H1N1 kot...punyelah berdebarnye hati ini...

aku selesai segala test ni jam 10.15 pagi...aku masuk bilik doktor kembali untuk pengesahan apa penyakit yang aku alami....blood test ok, tapi urine je ada problem...ada sedikit kotor...sebab urine kotor ni la menyebabkan aku demam...rupa2nya aku kena buat segala ni coz takut aku disyaki demam denggi...almaklumla tempat tinggal aku ni memang la tempat pembiakan denggi...aku punyelah takut kalu aku disyaki H1N1...alhamdulilah semuanya ok...

aku dapat MC untuk sehari...balik umah aku makan ubat dan terus rehat...almaklumla segala ubat yg diberi tu memang akan membuat kita mengantuk....alhamdulilah pagi ini aku rasa adalah lega sikit berbanding semalam...hope kesihatan aku ni akan pulih seperti biasa...

22 June 2009

sourveniour...


aku selalu dapat present dari kawan2 opis yang baru balik dari berkursus atau bercuti ke satu2 tempat...memang seronok je kalu kita dapat present dari satu2 tempat tu...walaupun kita tak penah pergi tempat tu tapi kita dapat sourvenior dari tempat tersebut...selalunya kawan2 opis ni akan belikan key chain...aku memang banyak dapat keychain ni dan aku akan gantungkan di tepi dinding opis aku ini...ada yang dari japan, korea, thailand, hollywood, indonesia, sarawak, sabah dan semenanjung malaysia...

ada satu sourvenior yang special yg aku dapat...aku ada dapat satu pokok daripada kawan aku iaitu kak limah...aku dapat sourvenior ni daripada cameron highland...masa ni kak limah pergi berkursus di sana....yang bestnya pokok yang dapat ni telah tumbuh dengan galaknya tingginya...

yang bestnya masa aku dapat pokok ni memang la aku tak jaga...sebab bz dengan keja...kak limah la tolong bela dan membelai pokok aku ini...memang tangan kak limah ni bagusla coz pokok aku ni membesar dan meninggi dengan bagusnya...sampai kan kak limah kata kat aku 'pokok ni membesar macam tuan nye naik kurus tinggi' (macam akulah)...

setelah sekian lama kak limah telah membela pokok ini, kak limah telah menyerahkan kembali kepada aku kerana pembesaran pokok ini dah tak boleh nak tampung dengan pasu kecik ni...kak limah minta aku bawa balik dan alihkan kepada pasu yang lebih besar...hari tu aku telah bawa balik umah mak aku untuk dialihkan...kenapa aku bawa ke rumah mak kerana aku mempunyai tangan yang panas...kalu tanam bunga atau pokok memang susah nak jadi la...kebetulan plak mak aku ni memang peminat tanam bunga...memang kebetulan la padahal takde masa alasan semata-mata...

aku ucapkan terima kasih pada kak limah kerana telah memberi pokok ni dan telah membela sehingga besar dan tinggi macam aku...aku amat menghargai segala pemberian kawan2 opis aku ini...

19 June 2009

hepi besday!!!

hepi besday Qhairunnisa!!!moga panjang umur, menjadi anak yang solehah, menjadi muslimah yang baik,menjadi cucu kesayangan....

18 June 2009

tertunai impian...

tertunai juga impian my hubby untuk menonton ceta Terminator Salvation....kesian kat my hubby kerana ceta ni dah basi dan dah lama ditayangkan baru la berpeluang untuk menonton...ini disebabkan aku yang kesibukan dengan final exam hari tu...lega rasanye apabila semalam aku dapat menunaikan impian my hubby...

aku menonton di Galaxy Ampang...yang bestnya yang datang menonton tak sampai 10 orang...rasanye macam panggung wayang tu aku yang punye...padahal semua orang dah pergi tengok ceta tu...cuma aku dan my hubby je yang ketinggalan zaman...nak wat camne asalkan pergi juga la menonton daripada membeli cd cetak rompak kan...jangan marah kalu ada yang terasa...aku sendiri pun beli gak yang cetak rompak....

memang menarik la ceta Terminator Salvation ni...aku tak dapat bayangkan jikalu dunia kita ni ditakluk oleh mesin...mesti akan adalah peperangan antara manusia dan mesin...tapi sepandai dan secanggih mesin ni ada juga kekurangannya...almaklumla yang membuatnye pun manusia kan...tapi aku tak dapat bayangkan jikalau jasadnya manusia siap ada jantung manusia tapi diliputi oleh mesin...aku tak dapat terima keadaan sebegitu...that why la marcus tu membuat keputusan untuk memberi jantungnya pada john connor...

sorry la pada kekawan yang membaca n3 ni...n3 yang dah basi ttg ceta Terminator Salvation...pas ni nak nengok ceta Transformer plak...ceta berkaitan mesin juga...mmg dunia skrg ni majoritinya meminati ceta yang berkaitan mesin2 ini...dah sukar untuk melihat cerita yang berunsurkan kekeluargaan...ntahlah dunia dah berubah...

17 June 2009

yang di hambat...

setelah bercuti sakan hampir 2 minggu, skunk ni aku dihambat dengan keja2 yang banyak...yang perlukan tumpuan dan mempunyai tarikh mati dateline yang harus aku kejar untuk disiapkan...

aku takut tak boleh nak siapkan aje keja tu...aku perlu menyiapkan satu laman web menggunakan aplikasi Joomla...aku baru je training joomla sebelum aku bercuti hari tu...tapi bila dah balik cuti segalanya dah lupa apa yang aku training hari tu...maybe otak ni telah banyak diperah digunapakai masa exam hari tu...tu skunk ni jadi lembab sikit...almaklumla dah berumur ambik exam otak pun dah tak fresh macam dulu2....

aku harap aku dapat menyiapkan segala kerja yang diberikan...insya'allah...moga laman web yang aku develop ni dapatla memenuhi kriteria yang ditetapkan...coz aku buat laman web ni tanpa ada content yang kukuh...aku takut apa yang buat ni lari dari apa yang user nak...user ni kan susah sikit...bila minta content dan segala yang diperlukan diorang suruh kita yg fikir...bila kita fikir dan kita buat confirm la kita buat apa yang kita nak kan...susah nye dapat user cam gini...aku harap diorang terima la apa yang aku buat tanpa banyak bunyi hal...

13 June 2009

alhamdulilah...

alhamdulilah akhirnya pertempuran perjuangan yang aku lalui hampir 2 minggu telah berakhir semalam....pelbagai dugaan yang aku terima di waktu peperiksaan ni....walaupun ada paper yang susah sangat dan mengerunkan aku bila nak dapat resultnya nanti namun aku bersyukur kerana aku selesai menjawab soklan peperiksaan itu dengan hati yang tenang dan dalam keadaan sihat....aku hanya berdoa agar result exam itu akan menyebelahi aku walaupun aku memang tak boleh nak buat apa lagi hanya sekadar berdoa saja...

aku akan bercuti selama seminggu saje untuk cuti study...aku akan kembali ke kelas pada 22 jun 2009 untuk short semester untuk 2 subjek selama 2 bulan (tanpa sedar banyaknya angka 2 yang aku tulis dalam satu sentences ada apa2 ke ....memang memenatkan tapi disebabkan nak cepat habis kena la juga berkorban...kalu tak mahu kat 4 tahun habisnya....

petang ini aku bersiaran langsung dari jaya jusco AU2...almaklumla ada wi5 percuma...dari rumah hanya berjalan kaki sahaja...sebenarnya kebosanan di rumah tak tahu nak buat apa...that why sanggup pikul notebook dan berjalan kaki ke sini untuk melihat ragam manusia sambil2 bertenet....punya la ramai la manusia...tapi aku tetap wat hal aku sendiri....

aku nak ada broadband tapi aku tak tahu yang mana satu yang bagus...antara celcom, maxis, P1 Wimax atau streamxy saje...peningla kepala nak memilih...yang pastinye aku memang memerlukan internet semenjak masuk study ni...banyak assignment yang memerlukan aku mencari bahan...kalu kat opis memang la tak sempat dengan kesibukan kerja lagi....kawan2 ada pendapat yang bagus tak???mungkin boleh membantu aku yang tengah berserabut ini...

11 June 2009

killer paper...

aku rasa tertekan sangat saat ni...aku tak tau nak luahkan pada sapa...hanya pada blog kesayangan aku ni la aku mampu melahirkan apa yang aku rasa ketika ini...

aku tak boleh nak jawab paper semalam...memang killer paper la membunuh perasaan aku ketika ini ...paper System Engineering (SE)...rase macam tak baca apa pun...bila aku tengok je soklan pertama semalam terus hilang segala apa yang aku baca dari ingatan ini...segala nota yang berada di fikiran ketika itu hilang bagai kan angin lalu...memang aku langsung tak boleh nak jawab soklan tu semalam...sampaikan formula yang dah aku hafal pun boleh terbalik...

aku tak tahu la camne result aku...aku harap kan lulus pun jadilah...aku tak boleh nak study untuk last paper ni...aku masih TRAUMA dengan killer paper semalam....aku tak boleh nak concentrate untuk last paper esok...

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk membolehkan aku tenang dan tabah menghadapi segala dugaan dari Mu Ya Allah...semoga aku beroleh ketenangan untuk menjawab paper terakhir ini....semoga aku mendapat kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku..

08 June 2009

perjuangan Bukit Kepong...


malam tadi aku melayan menonton cerita Bukit Kepong yang ditayangkan di RTM 2...pada masa yang sama gak aku menonton SmallVille...memang jahanam la tv aku tu coz setiap kali iklan memang confirm bertukar....kedua2 ceta memang best dan tertarik untuk menonton....

tapi setiap kali menonton ceta Bukit Kepong memang aku menangis...aku menangis melihat pengorbanan polis2 yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir dan pengorbanan keluarga polis2 tersebut terutama isteri dan anak-anak...yang paling aku sedih sangat tu masa skrip yang ada sorang budak pompuan tu kata "mak dan adik dah mati"....berderai lagi la airmata aku ini...dengan background muzik yang sememangnya sedih giler....tanpa segan silu aku menangis depan suami aku...kalu ceta lain tu aku cover2 gak...tapi ceta Bukit Kepong memang sedih dan menyayat hati..."kami orang-orang polis takkan menyerah kalah" skrip yang diungkapkan oleh Sarjan Jamil...memang berkesan di hati ku ini...

memang tak patutla si Chin Peng tu nak balik ke Malaysia...memang dia tak layak untuk kembali ke tanah air setelah pelbagai penderitaan dan pengorbanan yang perlu diterima oleh rakyat ketika zaman komunis ketika itu...walaupun aku tidak hidup lagi ketika zaman penjajahan komunis tu, namun banyak cerita penderitaan, penderaan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh komunis ini....aku memang tak menyokong langsung Chin Peng tu nak balik ke Malaysia...


yang pastinya hari Sabtu lepas aku berjaya memasak tomyam seafood yang aku idamkan...memang marvelous la...sapa nak puji selain diri sendiri kan...memang aku berpuas hati la coz cukup dengan bahan rempah ratusnya, masam nya, kepedasannya...kalu makan kat kedai ada aje yang tak kena kat tekak aku ini....alhamdulilah berjaya gak aku memasak apa yang aku nak masak...

esok aku akan mula bercuti hingga minggu depan....nak berjuang kembali untuk 2 paper final exam aku ini...hopefully aku boleh menjawab dengan hati yang tenang walaupun pelbagai dugaan yang aku perlu aku terima ketika ini...insya'allah...doakan kejayaan aku yea!!!

05 June 2009

macam-macam nak...

di ketika aku tgh geram, benci dan sakit ati gan orang ni macam-macam benda yang aku fikir nak buat, nak makan dan macam-macam la...memang benar la kata orang di kala tensen kita rasa nak makan macam-macam...mana la badan tak naik... 


di kala ini aku nak makan tomyam seafood, ikan bakar, mee goreng, spageti udang, kek dan segala macam ada di kepala aku ini....dan ketika ini juga aku rasa nak wat kerja gila...aku nak je jerit kat orang yang aku benci tu...dan nak tanya "pa yang kau tak puas hati sangat aku ni".....dan ada satu lagi yang aku nak buat aku nak gi ke pantai dan menjerit sepuas hati aku...

aku berharap rasa sakit hati dan ketensenan aku ini tidak terbawa-bawa kepada study aku nati...almaklumla ada 2 paper lagi yang belum lagi abis...hope aku tabah dan sabar menghadapi segala dugaan dari Allah ini...

bila hati ini sakit...

aku bukan la pandai sangat nak berkata-kata
tapi yang pastinye
hati ini terlalu sakit
dengan pelbagai perkara
yang menyenakkan akal fikiran
aku tak tahu nak luahkan pada sapa
aku tak bagaimana caranye

otak ni rasa terhimpit sangat
hati ini rasa sakit sangat
dengan perbuatan dan sikap orang pada kita
kenapa la manusia ni wujud di muka bumi ini
orang yang dengki dengan kebahagiaan kita

mereka ni seperti sakit melihat kita gembira, senyum
mereka ni iri hati sungguh bila kita bergurau senda

sekarang ni aku benci sangat
benci, benci, benci, benci
dan benci
melihat dan mendengar orang yang dengki sangat kat aku

aku tak tahu la apa salah aku
sampai dia wat aku cam gini

aku perlu buktikan yang aku ni kuat
kuat dalam melawan segala dugaan dari Allah
aku akan cuba untuk menjadi manusia yang kental
dari segi fizikal, mental dan rohani
insya'allah....

04 June 2009

kekeliruan....

aku baru je lepas bertempur 2 paper untuk final exam...masih ada lagi 2 paper yang menanti aku untuk minggu depan....minggu depan aku kembali bercuti selama 4 hari...

hari ni aku masuk dengan penuh kekeliruan dan kebuntuan...almaklumla kepala tengah bengong dengan exam yang masih belum abis...dok fikir exam yang akan datang ni....aku belum prepare apa-apa pun...2 paper yang baru je abis tu pun aku tak tahu macamane resultnye....takutla!!!!

masuk kerja hari ini aku tak tahu nak buat....benda yang aku buat adalah claim yang perlu dihantar sebelum 10 Jun ni...benda tu kena buat dulu...almaklumla duit kan...sapa yang tak nak kan....rezeki la katakan...