Terima Kasih Sahabat

08 June 2009

perjuangan Bukit Kepong...


malam tadi aku melayan menonton cerita Bukit Kepong yang ditayangkan di RTM 2...pada masa yang sama gak aku menonton SmallVille...memang jahanam la tv aku tu coz setiap kali iklan memang confirm bertukar....kedua2 ceta memang best dan tertarik untuk menonton....

tapi setiap kali menonton ceta Bukit Kepong memang aku menangis...aku menangis melihat pengorbanan polis2 yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir dan pengorbanan keluarga polis2 tersebut terutama isteri dan anak-anak...yang paling aku sedih sangat tu masa skrip yang ada sorang budak pompuan tu kata "mak dan adik dah mati"....berderai lagi la airmata aku ini...dengan background muzik yang sememangnya sedih giler....tanpa segan silu aku menangis depan suami aku...kalu ceta lain tu aku cover2 gak...tapi ceta Bukit Kepong memang sedih dan menyayat hati..."kami orang-orang polis takkan menyerah kalah" skrip yang diungkapkan oleh Sarjan Jamil...memang berkesan di hati ku ini...

memang tak patutla si Chin Peng tu nak balik ke Malaysia...memang dia tak layak untuk kembali ke tanah air setelah pelbagai penderitaan dan pengorbanan yang perlu diterima oleh rakyat ketika zaman komunis ketika itu...walaupun aku tidak hidup lagi ketika zaman penjajahan komunis tu, namun banyak cerita penderitaan, penderaan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh komunis ini....aku memang tak menyokong langsung Chin Peng tu nak balik ke Malaysia...


yang pastinya hari Sabtu lepas aku berjaya memasak tomyam seafood yang aku idamkan...memang marvelous la...sapa nak puji selain diri sendiri kan...memang aku berpuas hati la coz cukup dengan bahan rempah ratusnya, masam nya, kepedasannya...kalu makan kat kedai ada aje yang tak kena kat tekak aku ini....alhamdulilah berjaya gak aku memasak apa yang aku nak masak...

esok aku akan mula bercuti hingga minggu depan....nak berjuang kembali untuk 2 paper final exam aku ini...hopefully aku boleh menjawab dengan hati yang tenang walaupun pelbagai dugaan yang aku perlu aku terima ketika ini...insya'allah...doakan kejayaan aku yea!!!

3 comments:

Jard The Great said...

sedapnya!! wahaha..

~aNieQa~ said...

huuhuh..bl plak nak merasa tomyam akak ni?hehehe

eddie dewanaga said...

Tragedi Bukit Kepong ni gua dah nengok dekat beberapa puluh kali, tapi inilah satu2nya filem melayu yg tak pernah fail membuat gua nangis... setiap kali lihat deretan pusara dan close up batu nisan mereka2 yg terkorban... masa tu jugaklah berlinang airmata jantan ini walau mcm mana kontrol sekalipun... betapa kejamnya ideologi komunis dalam mencari peluang meruntuhkan sistem demokrasi negara, pernah tahu tentang tugu negara yang hancur akibat dibom oleh komunis sekitar tahun 1975..???