Terima Kasih Sahabat

29 July 2009

geram sungguh...

apa perasaan u all bila melihat orang membakar sampah secara terbuka???buat tak tau?wat bodoh?report kat JAS atau mendiamkan diri???

inilah masalah yang aku alami sejak berpindah ke setiawangsa..sejak dari November 2008 yang lepas...aku dok rumah flat yang berada di puncak atas sekali....yang aku geram sangat tu bawah rumah aku tu adalah aktiviti bercucuk tanam telah dilakukan oleh owner rumah bawah tu la...aku tak kisah kalu nak bercucuk tanam tu, bagus pun banyak oksigen yang dikeluarkan...

tapi yang membuatkan aku tidak berpuas hati setiap hujung minggu (sabtu atau ahad) dan selang beberapa hari akan ada la pembakaran secara terbuka...yang membuatkan aku geram tu waktu pembakaran tu waktu petang dari jam 4 petang ke atas...abislah semua asap berkepul-kepul naik masuk dalam rumah terutama dalam bilik tido...memang tak amanlah bila aktiviti pembakaran ini berlaku...

yang tak selesa tu masa pembakaran tu masa tu cuaca kat luar tengah panas giler...memang tak bernafas la aku dibuatnya...nak menonton tv ke, nak siapkan assigment dan nak bersantai semuanya dibuat dalam keadaan nafas yang tercungap2...aku memang geram sungguhla...

apa salahnya semua sampah sarap tu dibuat saje di dalam tong sampah bukan dibakar...kalu la ada aktiviti mesin rumput lagi ligatla diorang membakar rumput2 kering tu...Ya Allah hanya Dia sahaja yang tau kegeraman ini...aku tak tau la nak wat pa...kang kalu gi jumpa orang yang suka membakar sampah tu dikatakan kurang ajar plak (almaklumla orang tua kan), kalu report kat JAS kang kesian plak kena denda...serba salah dibuatnya jika kejiranan ni tidak memahaminye...

yang pastinye bila ada je pembakaran terbuka cam gini abislah confirm malam aku tido tak nyenyak coz bilik tu berkepul dan berbau asap, semua jemuran berbau asap walaupun pakai downy yang wangi tu...memang mencabar kesabaran sungguh la...kalu kata nak halau nyamuk pun aku nengok banyak gak yang kena denggi kat kawasan tu...ntahla aku jadi keliru, pening pale dan tak tau nak wat pa...

ini gambar aku amik masa malam ahad hari tu dari atas rumah aku...pict tak berapa nak terang coz hari malam dan jauh plak tu...puas aku zoom....dibakarnye tunggul kayu pokok rambutan..can u all imagine berapa lama la nak tunggu padam nye tunggul tu...kalu la buat bbq tu puas hati la jugak...ini hanya membakar tunggul kayu semata2...tak taula sehingga bile benda ini akan berlarutan...

7 comments:

~dARlee zURiS~ said...

haaa..samalah kak
kat area umah zuris pun pagi2 dah de org bakar sampah
org pagi2 nk sedut udara segar
nie..terpaksa sedut asap pulak
hampeh

report je lah kak
biar padan muka diorang

Jard The Great said...

err.. kat Kl tak penah lak terjumpa org bakar sampah scr terbuka..

kat kampung bnyk ler...

KV said...

bila dpt jiran yg tah pape mmg geram oh!

risanur said...

darlee zuris >> tu la pasal...menganggu pernafasan orang je...

jard >> kat kl la berlambak2, kat kwasn perumahan la...

KV >> mmg geram sangat2..

pB said...

tak patut lah orang tu buat macam tu....

dia kena fikir orang lain ....


tak ada ketua kampung ker kat situ???

risanur said...

pB >> risa dok umah flat...takde ketua kg...ketua flat pun tak wujud ke tak coz perumahan flat beli punye...

Mr PenyuBiru said...

baru² ni aku terjumpa ada org buat pembakaran terbuka. memula ingat nak marah, tapi lepas tu tak jadi nak marah bila nampak diorang dah mula taruk beberapa ketul ayam & soseh. pahtu diorang ajak sekali join bbq diorang.terus senyum smp ke telinga.hehe