Terima Kasih Sahabat

30 July 2009

Ketentuan....

sapa layan cerekarama Ketentuan malam Sabtu lepas kat TV3....aku layan ceta ni dengan my hubby....my hubby pun layan gak nonton ceta ini....cerita berkisarkan kehidupan manusia yang lupa diri di kala senang....lupa segala jasa pengorbanan ibu, ayah dan adik beradik bila dah dapat kawin dengan anak dato' dan belajar di luar negara...

aku terlepas dalam 15 minit coz aku gi beli barang rumah....cerita Ketentuan yang diarahkan oleh Haris Kadir...satu cerita realiti di dalam kehidupan kita skunk ni...bila dah berjaya, kaya dan senang akan berlagak dengan adik beradik yang dalam kesusahan....

memang lakonan Jasmin Hamid tu mantap dan berkesan...rasa menyampah je aku masa dia berlakon dan berlagak gan adik beradik dia tu...kesian kat kak long (safura) dan aida aris tu...ye la orang susah dengan sapa lagi nak minta tolong kan...

jalan ceta nye menarik dan teknik flash back arahan haris kadir ini memang lain la...menitis air mata ni bila si yati tu (jasmin hamid) tu ditimpa kemalangan...masa tu la baru dia sedar yang adik beradik juga yang akan menolong dia di kala kesusahan dan terlantar kerana kelumpuhan...yati ni sempat insaf dan meninggal dunia di kala sudah bertaubat...

Ya Allah aku mohon aku bukan lagi menjadi anak dan kakak sebegitu kepada keluarga ku...mohon dijauhkan...selagi aku hidup bernafas dan mampu insya'allah akan ku cuba untuk menolong ahli keluarga ku yang dalam kesusahan....

1 comment:

Ungku Nor said...

InsyaAllah, selagi kita beringat, mintak dijauhkan la dari lupa diri sampai macam tu, kan?

satu lagi, nak mintak emel awak. akak nak menjemput nih..ehehehe

emel akak kat ungku_nor@yahoo.com, tu pun kalo sudi laa..