Terima Kasih Sahabat

28 August 2009

pekebun berjaya :)




skunk ini ramai sungguh petani-petani khayalan moden yang berjaya....aku rasa majoriti yang ada facebook confirm akan bermain game yg famous dan glamer skunk ini iaitu Farm Ville...

sesapa yang berangan nak mempunyai kebun dan ladang ternakan sendiri kat sini la kita boleh memerahkan seluruh tenaga jadikan impian itu menjadi kenyataan...aku ingat masa bulan lepas aku hanya mendengar kawan opis aku iaitu anika dan kawan study aku akan bercerita tentang games ini...cukup jam je aku akan dengar ayat cam gini "nak melawat kebun, nati ada orang curik hasil tanaman, dan macam2 lagi"....dulu aku buat tak kisah sangat je...bak kata orang masuk telinga kanan keluar telinga kiri....

tapi ntah macamane aku juga tidak mahu ketinggalan zaman untuk mencuba permainan ini...aku juga bercita2 untuk menjadi petani moden....

lately ini aku rase aku dah jadi gian addict terlampau dengan game ini....ye la selalunye aku la orang yang paling susah nak buka facebook tapi skunk ini aku akan on kan facebook dari aku masuk opis hingga la berakhirnya waktu pejabat...yang kelakarnya tu aku sanggup mengira waktu yang sesuai untuk bercucuk tanam mengikut waktu dan aku sanggup untuk mengira untung rugi...aku nak target nak dapat RM 100,000.00...macam la duit tu akan jadi kebenaran padahal hanya khayalan semata-mata...tapi tak salah untuk memasang impian kan....

yang bestnye game ini kita boleh bagi hadiah kepada kekawan...kita boleh bg popok dan haiwan ternakan....bestnye kalu wujud di alam nyata kan...yang kelakar tu ada antara kekawan opis aku ini siap minta2 lagi pokok apa yang dia nak dari aku...memang layan sungguh la dengan game ini...

yang aku tak boleh tahan ada orang antar message box pada aku untuk membuat pagar kat kebun aku coz takut ada haiwan ternakan aku terlepas masuk dalam kebun aku...ntah la agaknya aku ini kedekut kut...aku mengaku aku nak kumpul duit banyak2 dulu baru la aku nak buat decoration dan beli ladang besar untuk kebun aku...aku ini mempunyai impian tinggi....aku ingat lagi kawan aku penah sound "macam la duit tu kau punye pun walaupun kau simpan banyak2"....ntah la agaknya memang kenyataan hidup aku juga begitu...aku nak sampai target aku dulu baru la aku akan membuat target lain...

aku berterima kasih pada kawan opis aku yang bersusah payah mengajar aku bercucuk tanam iaitu ika dan kawan study aku dorisya yang menggalakkan semangat untuk aku mencuba dan bermain game ini...

aku rasa bukan Farm Ville je yang ada tapi ada game yang lain macam tu juga seperti Barn Buddy, Happy Farm, Farm Pals dan macam2 lagi la...aku layan juga game tu tapi aku lebih suka melayan Farm Ville ini coz kita tak dibenarkan mencuri...yang menarik lagi game ini kita boleh mendapat bonus dari kawan2 yang lain dan kita boleh dapat black sheep sebagai haiwan ternakan yang sesat untuk diternak...

ada gak kawan2 blogger aku yang turut addict bermain game ini...antaranya penyu biru, kak luna, tiara....semuanya bersemangat waja untuk bercucuk tanam....macam2 design yang boleh dibentuk di dalam kebun ini...yang aku akan ingat adalah penyubiru siap wat huruf PB sebagai trademark nama dia kat kebun dia tu...memang menarik je....

semoga kawan2 aku bergembire dan mendapat apa yang diimpikan di kebun atau ladang ternakan masing2 yea...aku pun happy je main game ini...di kala sedang stress dan banyak kerja game ini membuatkan kita lupa sekejap segala tension yang berserabut di otak ini....


kat atas ini adalah kebun yang aku ada skunk ini...kalu perasan my target untuk mencecah RM 100,000.00 akan tercapai gak...maybe hari ini aku akan mencapai nya dan boleh la aku membuat decaration untuk kebun aku itu....bestnya kalau segala apa yang ada dalam game ini jadi kenyataan...confirm hari raya ini meriah coz ada kambing, ayam, lembu dan duit yang banyak boleh digunakan semasa hari raya...namun itu adalah hanya khalayan semata-mata....
sesapa yang belum mencuba bermain game ini, cuba la confirm tidak menyesal namun menyeronokkan kepala hotak yang sedang stress dan berserabut...

26 August 2009

dugaan hebat...

memang benar la kata orang bulan pose ini memang menduga segala keimanan, ketakwaan dan terutamanya kesabaran kita untuk menempuh liku-liku di bulan yang penuh barakhah dan berkat ini....

pada masa ini la kita sedar yang kita memerlukan kesabaran yang amat kuat untuk menangkis segala dugaan dan cabaran terutamanya hal2 yang selalunya bg kita sesuatu yang enteng dan mudah....maksud aku kalu la kalu bukan bulan ramadhan mesti confirm kita akan ambil mudah je dengan segalanya...

namun kita sebagai khalifah manusia perlu menangkis segalanye terutama hal2 yang remeh temeh ini terutama yang berkaitan mengumpat...memang mengumpat atau mengata orang ini adalah bukan suatu perkara yang mudah untuk kita elakkan di dalam bulan ramadhan ini...terutamanya kalu kekawan kita tu dalam keadaan tertekan dan stress dengan keja...

perkara ini la aku cuba elakkan untuk aku mendengar dan membuatnya....aku akan cuba wat dengar tidak dengar je bila ada yang akan memulakannya...seboleh-bolehnya aku akan cuba melarikan diri...coz aku sedar di bulan ramadhan agak sukar untuk aku melakukan ibadat yang berlebihan walaupun semua orang mengejar untuk membuat amal ibadat...bukan untuk mengelak diri namun kesibukan masa yang amat terhad membuatkan aku sedar kemampuan diri aku ini....

aku akan membuat yang terbaik sebagai seorang khalifah Allah...insya'allah...aku akan buat dengan mengisinya dengan zikir dan istifar yang banyak...

Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran yang kuat untuk aku menempuh segala dugaan di bulan Ramadhan ini...

alhamdulilah akhirnya aku dah dapat berbuka dan bersahur dengan my hubby semalam setelah 4 hari berpose...ini juga adalah dugaan yang Allah berikan pada kami berdua untuk ditempuhi di bulan Ramadhan ini...aku pasrah dan redha...segalanya untuk rezki kami...yang lawaknya aku berbuka puasa dengan my hubby dalam keadaaan tergopah-gapah kerana aku berkejar untuk ke kelas....kesian kat my hubby...sorry abang, bukan sengaja tapi terpaksa...insya'allah nati kita akan berbuka puasa bersama-sama dalam keadaan tenang dan solat berjemaah bersama-sama yea...

25 August 2009

Hari Wanita....

setiap tahun pada 25 Ogos adalah hari sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan...agensi yang bertanggungjawab adalah jabatan pembangunan wanita (JPW) iaitu agensi di bawah kementerian kau...setiap tahun wanita2 yang berada di Malaysia akan berkumpul dan menyambut sambutan hari wanita ini...

tahun ini akan disambut di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang akan dirasmikan oleh PM Dato' Najib....sambutan kali ini akan disambut pada waktu malam kerana bulan ramadhan....sambutan dibuat sekadar sederhana kerana H1N1 dan berunsurkan keislaman kerana menghayati bulan puasa....

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita2 yang berada di Malaysia....semoga hari wanita ini kita akan sambut dengan penuh gembire dan penuh keinsafan....

tahun ini aku tak dapat nak gi menyambut hari wanita kerana malam ni bermulanya kelas pertama aku untuk tahun 2...macam tak caya je aku dah melangkah ke tahun 2...semoga aku tabah untuk menghadapi segala dugaan dalam study ini....

24 August 2009

kenangan itu....

alhamdulilah sudah 3 hari kita berpuasa di bulan ramadhan ini...bila difikir-fikir rasa cam lama je nak sampai 30 hari...tapi bila dah sampai hari ketiga macam rasa sekejap je....memang benarlah kata orang kalu kita fikir akan rasa lama masa berjalan namun bila kita wat tak tahu je secara automatik masa berjalan dengan lajunya...

aku juga bersyukur kerana aku dah berbuka puasa dengan mak dan mak mertua aku...yang sedihnya aku masih belum lagi berkesempatan bersahur dan berbuka dengan hubby tersayang...memang dugaan buat kami berdua untuk ramadhan ini...aku pasrah...insya'allah jika tiada aral esok insya'allah aku akan berbuka dengan my hubby...

aku juga rindu untuk berbuka dengan adik beradik aku yang lain....aku masih ingat lagi masa kecik waktu berbuka dan bersahur adalah waktu yang paling best sekali...masa tu la kita akan berbuka bersama2 dan berebut2...masa tu la kita akan minta mak untuk masak yang macam2...almaklumla tekak orang berpose...semuanye menyelerakan....tapi bila dah berbuka semuanya makan sikit je...pas berbuka gi sembahyang terawih...lepas tu akan main bunga api bersama2 dengan anak2 jiran...aku rindu dengan saat itu...

sekarang ini apabila dah berumah tangga, nak jumpa dan berkumpul dengan adik beradik pun susah...yelah bila time aku balik umah mak, tak semestinya adik beradik yang lain balik jugak...namun aku takkan lepaskan peluang jika kami dapat berkumpul bersama2....masa tu macam2 ceta yang akan keluar....masa tu juga aku lihat muka mak dan bapak tersenyum gembire melihat anak beranak dan cucunya berkumpul di rumah mereka...aku harap ramadhan ini akan dapat mengumpulkan kami bersama2 walaupun untuk sekali pun...aku akan menghargai saat-saat manis itu...

aku sedih bila dengar ceta mak aku berbuka berdua je dengan bapak aku....yelah kalu nak ikutkan keluarga aku ini kira besar juga..kami ada 6 beradik...namun bila dah berumah tangga, sambung study dan bekerja, anak beranak ramai pun kira sunyi juga bila masing2 ada tanggungjawab...nak wat camne kan mak dan bapak aku terpaksa gak menerimanya kerana masing2 anak dah besar...aku tak dapat bayangkan macamane la kehidupan aku masa aku tua nanti...dengan takde zuriat lagi pada masa ini...aku takut nak membayangkan saat itu...aku berharap Allah akan memberikan aku rezki tak lama lagi...insya'allah...

memang benarlah kata orang, kenangan yang terindah amat sukar untuk dilupakan...kenangan pahit juga amat sukar dilupakan dan ia akan menjadi pengalaman dalam kehidupan kita ini...

22 August 2009

First Day Ramadhan...

alhamdulilah...aku dapat menempuhi ramadhan hari pertama dengan hati yang tenang dan moga diberkati oleh Allah...

walaupun aku bersahur dan berbuka bersendirian namun aku pasrah dan redha....nak wat camne kan my hubby keja shift malam...bak kata my hubby "dah tugas katanye, nak wat camne"...aku tak mengeluh pun kerana itu la punca rezeki kami berdua....mungkin next day aku akan dapat bersahur dan berbuka bersama...tapi bila yea...coz next week kelas aku dah bermula....memang hari isnin hingga khamis aku akan berbuka di tempat study la...kena buka asing2 juga la dengan my hubby....

sahur hari pertama aku masak nasi, buat ikan goreng, air asam bersama serunding ikan...berselera jugakla aku memakannye walaupun sorang...aku ni memang kaki sahur..coz kalu aku tak bersahur maybe aku lembik kot...ntahlah aku memang akan bangun sahur walaupun letih dan penat...aku hairan kenapa ada juga kawan2 yang tak bangun sahur padahal kan dapat keberkatan...

puasa pertama hari ini dituruni oleh hujan rahmat dari Allah...hujan melimpahi sekeliling rumah aku dari pagi hingga tengahari....aku study untuk peksa esok...aku tak ke mana2 pun hari ini coz aku dah beli lauk untuk masak berbuka nati...

pukul 5.00 petang aku dah mula masak sambal udang, ikan goreng, sayur kacang panjang, dan teh 'O' panas....masak yang simple je coz aku akan berbuka sorang juga...

alhamdulilah aku dapat menjalani hari pertama ramadhan dengan tenang, insya'allah...aku berharap hari-hari ramadhan yang mendatang juga akan aku jalani dengan hati yg tenang dan dirahmati oleh Allah...

semoga aku akan dapat menjawab soklan peksa besok dengan hati yang tenang...insya'allah...

tergugat kesabaran...

buat pertama kalinye aku berlintas langsung dari umah aku sendiri untuk menulis n3..selalunya aku akan live dari opis dan jj wireless free ...

semalam aku bawa balik pinjam broadband opis...aku nak mencuba berukband ni dari umah aku sendiri sebelum nak meregisterkan diri...apa yg aku boleh komen teramatla lembab sungguh...mencabar keimanan aku di bulan pose ini...

aku nak buka fesbuk untuk menanam pokok pun berjanggut aku nak menanam...aku rase abislah pokok2 tanaman aku mati bila nak tunggu untuk dituai....line berukband ni asyik warna biru je...susah sungguh nak dapat coverage colornye warna hijau....memang tak dapat la aku nak memakai berukband ni....

aku kena fikir byk kali kalu nak gi register berukband ni coz maybe coverage nye tidak berapa bagusla kat sini...maybe rumah aku ni tinggi melangit sangat...kalu cam gini gaye nye la, mmg sah la aku kena memakai benda free je kat jj tu...tapi takkan setiap kali nak pakai internet nak kena pikul beg notebook dan dok tercatuk kat sane....nak wat camne kan...kenalah wat cam gitu kalu begini jadinye...terutama sekali kalu nak wat assigment...

esok aku ada final exam utk short semester aku utk subjek TITAS...hope aku dapat la menjawabnya untuk mendapat keberkatan bulan Ramadhan ini...insya'allah...

21 August 2009

salam ramadhan...

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...
semoga kita sama-sama akan mendapat rahmat dariNya...
aku memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan tersalah tingkah laku sepanjang aku berblogging ini daripada kekawan semua.....

17 August 2009

menakutkan...

makin lama makin kerisauan dengan wabak H1N1 ni...hari ini berita mengatakan Malaysia dah makin tenat dan hampir 5 juta atau 20% penduduk Malaysia akan dijangkiti...memang menakutkan dan menyeramkan...

dah la aku ini batuk dan selsema dari last week tak baik lagi...dah 2 botol ubat batuk aku telan makan tapi masih begini juga...insya'allah aku takde la demam...just batuk dan selesema je...yang aku geram tu aku makan tanpa ada rase bau dan rasa...kesiannye...membuatkan aku hilang selera makan ketika ini...

aku ingat esok nak kena pergi balik la klinik...aku risau la selagi tak baik selagi tu la rasa diri ini berpenyakit...dah la aku ini mempunyai antibodi yang lemah...

Ya Allah jauhkan la aku, keluargaku dan kawan2 ku serta negara ini dari wabak penyakit ini....semoga bulan Ramadhan yang akan tiba ini akan membawa rahmat kepada kami semua...hanya padaMu kami meminta...

14 August 2009

al-fatihah....

aku baru terima call dari mak aku...yang mengatakan bahawa jiran rapat aku iaitu makcik norsiah telah pulang ke rahmahtullah pada jam 12.15 tengahari tadi....tergamam dan menitik air mata ku ini...jiran yang hampir 25 tahun aku bersama dan aku anggap seperti saudara sendiri....


bila aku terseliuh dan nak berurut aku akan cari makcik norsiah ni...dia la yang akan mengurut dan bertungku pada untuk aku...aku ingat lagi semasa aku keguguran dia la yang menjaga aku semasa dalam pantang....mengurut, bertungku dan memakaikan bengkung untuk aku...arwah adalah seorang bidan yang bagus...


tapi apabila dia disahkan mengidap kencing manis dan ibu jari kakinye terpaksa dipotong mengakibatkan arwah semakin uzur....last sekali aku jumpa arwah pada 2 bulan yang lepas....tak sangka aku hanya bertemu jenazahnya sahaja....


aku berharap arwah makcik norsiah akan di tempat di kalangan orang yang beriman...


2 hari berturut-turut aku mendengar orang meninggal...semalam ustaz asri (rabbani)....memang ajal akan tiba pada semua manusia tidak kira masa dan siapa.....

kebuntuan idea...

aku ingin menulis namun kebekuan idea...fikiran ini membeku seperti ais...fikiran aku tidak boleh nak mencari idea yang bernas sebab masalah kesihatan yang kurang memuaskan...

aku MC 2 hari namun masih tidak sembuh...dengan suara macam itik serati...dah la malam ni dan hari ahad nanti ada presentation...tak tahu la macamne nak present nanti...

hope aku makin sihat...insya'allah...

10 August 2009

kurang sihat :(

hari ini otak membeku dan rasa kemalasan nak buat kerja...biasalah hari isnin kan alasan semata-mata ..

otak ini dah tak boleh nak berfikir kerana aku kurang sihat...aku baru kena demam selsema, batuk dan sakit tekak...jauhkan aku dari H1N1...penyakit yang membawa maut ni...takutnye...

memang tak larat sangat ni...ikutkan hati nak je balik umah...rehat kat umah...kepala ni berpusing2 dan selsema ni membuatkan sukar untuk bernafas....dok kat dalam aircond lagi bertambah teruk la....hope aku boleh bertahan...

07 August 2009

kesabaran...

segalanye berkeceramuk di dalam kepala hotak ni...
rase nak marah, geram dan sedih dan segalanye....

kenapa la perlu jadi sedemikian...
kenapa aku perlu menghadapi manusia yang penuh kepura-puraan begini...

kuatkan hati aku...
tenangkan jiwa aku ini...
semoga aku tabah menghadapi segalanya...
insya'allah...

06 August 2009

adakah aku....

adakah aku bersalah....
aku bgtau salah tak bgtau pun serba salah...
adakah aku yang patut dipersalahkan...

susah nak faham dengan sikap manusia ni...jadi baik pun salah, jadi jahat confirm la lagi orang tak suka dan menyampah...

ntahlah dugaan segalanye...aku perlu terima dengan hati yang redha dan tabah....aku dah cuba menjadi seorang manusia, isteri, anak, kawan, musuh dan sahabat yang terbaik...namun masih ada juga kesilapan yang aku lakukan tanpa sengaja...tak semua khalifah di muka bumi sempurna seperti nabi muhamad s.a.w....

05 August 2009

kontrak....

aku tertanya-tanya dalam diri....adakah wujud di dunia realiti ini percintaan kontrak atau perkahwinan kontrak...

kalu ikutkan maksud kontrak tu bersifat sementara...ada ke percintaan sementara??

aku tau yang dalam dunia atau drama memang ada semua yang kontrak ini...cerita terbaru ceta drama 'cinta kontrak' lakonan fahrin ahmad dan fasha sandha tu...

bagaimana yea kalau ianya benar-benar wujud di realiti...selalunye kalu tengok drama tv selalunye percintaan atau perkahwinan kontrak ini akhirnya akan jatuh cinta dan bahagia..adakah di dunia nyata sebegitu....

03 August 2009

terokai alam baru...




ni namanye takde keja...aku mengodek widget baru...senang je rupanye...nampak sangat keja berlambak tapi masih nak mengelak....penat wat minit mesyuarat...

memang senang la pakai wiget baru ini....just masukkan pict....pastu godek-godekla apa yang patut...memang memuaskan hati...apalagi pict anak buah ni la yang jadi mangsa, almaklumla anak sendiri takde kan...pakaila model import...

mimpi oh mimpi...

aku bermimpi buruk dan ngeri malam tadi...sehingga kini aku masih mengingati jalan cerita mimpi itu...

Ya Allah moga aku dan keluarga dijauhkan dari segala malapetaka yang buruk...aku jadi takut plak coz penah dengar orang kata kalu mimpi sebelum subuh mesti ada petanda something...takut la plak...coz masa aku tersedar tu jam menunjukkan kul 5.05 pagi...seramnye...jauhkan la dari segalanya...