Terima Kasih Sahabat

14 August 2009

al-fatihah....

aku baru terima call dari mak aku...yang mengatakan bahawa jiran rapat aku iaitu makcik norsiah telah pulang ke rahmahtullah pada jam 12.15 tengahari tadi....tergamam dan menitik air mata ku ini...jiran yang hampir 25 tahun aku bersama dan aku anggap seperti saudara sendiri....


bila aku terseliuh dan nak berurut aku akan cari makcik norsiah ni...dia la yang akan mengurut dan bertungku pada untuk aku...aku ingat lagi semasa aku keguguran dia la yang menjaga aku semasa dalam pantang....mengurut, bertungku dan memakaikan bengkung untuk aku...arwah adalah seorang bidan yang bagus...


tapi apabila dia disahkan mengidap kencing manis dan ibu jari kakinye terpaksa dipotong mengakibatkan arwah semakin uzur....last sekali aku jumpa arwah pada 2 bulan yang lepas....tak sangka aku hanya bertemu jenazahnya sahaja....


aku berharap arwah makcik norsiah akan di tempat di kalangan orang yang beriman...


2 hari berturut-turut aku mendengar orang meninggal...semalam ustaz asri (rabbani)....memang ajal akan tiba pada semua manusia tidak kira masa dan siapa.....

1 comment:

Jard The Great said...

al-fatihah buat seme yg tinggalkan kami......