Terima Kasih Sahabat

30 September 2009

hepi besday...

selamat hari lahir..
selamat ulangtahun...
sudah 31 tahun aku sudah dilahirkan ke dunia ini..
pelbagai onak duri dan ranjau telah aku lalui dan
akan aku tempuhi...

moga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezki, diberikan kebahagiaan ntuk selamanya,
semoga segala apa yang diimpikan akan tercapai diizinkan oleh Allah...
sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dariNya...

hanya padaMu aku memohon dan meminta...
aku meminta rahmat dariMu Ya Allah...
semoga nafas ku di muka bumi ini diberkati dan dirahmati oleh Mu...

hepi besday risanur (rsn)...
dan hepi besday juga pada my twin sarina sabri...

alhamdulilah...

alhamdulilah...aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana pada aku masih bernafas sehingga kini....tiada kata yang dapat ku lahirkan kecuali mensyukuri segala nikmat yang Kau telah kurniakan kepada aku...

hanya pada Mu aku memohon dan meminta....
aku memohon agar aku dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan...
aku memohon agar kesihatan aku bertambah baik, sihat dari penyakit dan dijauhkan dari segala penyakit....

aku memohon agar aku dapat menjadi seorang khalifah Allah yang bertakwa di bumi Mu ini, menjadi seorang isteri yang mithali, anak yang solehah, kakak yang baik, sahabat dan teman yang setia pada kekawan nya...

moga selagi aku bernafas aku akan sentiasa sujud syukur pada Mu, memohon rahmat dan keberkatan dari Mu dan hanya pada Mu aku memohon serta meminta segalaNya...

17 September 2009

kenangan bersama mu...




aku nak letak gambar aku bersama my ex big boss iaitu Pn Azlina Muhd Yassin semasa hari terakhir beliau di BPM, KPWKM pada 11 September 2009...selama hampir 4 thn setengah aku menjadi anak buah dia...pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku ada bersama dengan beliau...

aku masih ingat lagi kali pertama aku melaporkan diri dengan beliau iaitu pada 16 Mei 2005...pelbagai peraturan dan protokol yang telah diberitahu kepada aku...almaklumla baru first time menjawat di dalam perkhidmatan awam...masa tu aku lihat my big boss ini seorang yang serius, tegas dan garang...tapi bila dah kenal dengan beliau secara automatik expression terus berubah...bila time beliau serius kita perlu mendengar nya dan bila time beliau gelak satu BPM ini boleh dengar sori puan kalu marah yea ...beliau seorang yang happy go lucky dan tidak kedekut...bila ada je jamuan, kelahiran, perkahwinan atau kematian beliau senang untuk memberikan duit beliau adalah penyumbang terbesar selalunye ...

banyak benda dan pengajaran baru yang aku perolehi daripada my ex boss ini especially pengalaman dalam membuat minit mesyuarat semua ejaan perlu diperiksa dan yang paling berkesan di hati aku adalah projek Talian Nur KPWKM...aku masih ingat lagi bagaimana nak arrange kan mesyuarat setiap minggu, hari pelancaran yang dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Badawi dan pelbagai onak duri yang kami hadapi semasa projek ini...macam2 pengalaman yang aku perolehi semasa projek ini....pengalaman yang sukar diperolehi dari tempat lain coz ini adalah antara projek besar yang pernah aku handle....

aku ingat lagi pesanan terakhir beliau kepada aku "jaga Talian Nur elok-elok yea....yang pastinye memang aku akan jaga projek ini baik2 coz pelbagai kenangan yang ada dengan projek ini...antaranya semasa memasuki pertandingan AKICT 2009...sampaikan kami tak tidor nak menyiapkan kertas kerja ini...walaupun bercuti ke PD namun tak berkesempatan nak gi mencuci mata....ntahla semua itu adalah kenangan bagi aku...

terima kasih Pn. Azlina Muhd Yassin yang telah memberi pelbagai pengalaman kepada saya...saya budak baru belajar...banyak pengalaman yang saya perolehi daripada puan..akan saya gunakan sepenuhnya di dalam kerja ini...semoga puan sukses berada di tempat baru...kenangan puan bersama kami di BPM akan kami kenang sehingga bila2....semoga hubungan antara puan dan BPM akan segar selamanya tak kira di alam maya especially facebook, blog, sms, phone dan emel...

16 September 2009

selamat hari raya....


selamat hari raya aidilfitri kepada semua kekawan blog aku...
aku mohon ampun dan maaf jika ada n3 aku yang membuat kalian makan hati atau terasa jiwa...moga kalian semua bergembire dalam menyambut hari lebaran...bagi yang pulang ke kampung bawa la kereta dengan berhati-hati...ingatla orang yang tersayang...

yang pastinye aku akan beraya di kuala lumpur...dah hampir 31 tahun aku beraya di kota metropolitan ini...aku tak pernah beraya di luar KL...tapi tak tahu la kalu ikut perancangan akan pulang ke Taiping gak insya'allah...tu pun maybe dalam raye ke 4 kot...masa tu la baru my hubby cuti raya....hope apa yang dirancang oleh aku dan suami akan berjalan dengan lancar...



semoga aku akan bergembire di hari lebaran ini walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang telah aku hadapi semasa bulan Ramadhan ini....banyak sungguh dugaan yang besar aku alaminya...alhamdulilah aku pasrah menerima segala yang ditentukan oleh aku...kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya...
selamat hari raya minal aidil wal faizin...
maaf zahir dan batin....

no mood....

sapa yang ada mood nak buat keja lagi sila angkat keyboard!!!yang pastinye aku dah takde mood nak buat kerja...aku rasa bukan aku sorang sahaja...orang lain pun sama gak..jgn tak ngaku yea...kita sesama manusia ada perasaan yang sama iaitu untuk menyambut raye...betul tak???...walaupun kita tak sambut macam zaman budak2 tapi feel nak buat kerja dah terbang melayang ke kampung halaman masing2...

walaupun aku takde kampung, yang pastinye perasaan dan jiwa aku dah nak bercuti dari buat segala cuti mulai dari hari isnin hari tu...lagi malas nak buat kerja lagi banyak plak kerja yang urgent nak kena buat...memang tensen giler la...semuanya dah nak kena siap dengan segera...especially update laman web....aduh memang dugaan di bulan pose betul la....

yang tak best pastinnye minggu ni jugak la our big boss baru masuk....tak boleh nak buat perangai sikap malas nak buat kerja...aku nengok big boss ni serius dan tegas orangnya...ketaq kepala lutut bila nak kena jumpa dia...yelah dulu big boss pompuan ni lelaki...lain macam rasenya coz selama aku tak penah ada big boss lelaki....

malam ni aku masih ada kelas untuk minggu terakhir pose...walaupun bercuti raya selama seminggu, yang pastinye cuti raya aku tidak akan aman...kerana banyak sungguh assignment dan projek kumpulan yang perlu dibuat...semuanya nak kena submit pas raye...Ya Allah tak tahu la camne gaya nya aku nak buat....yang pastinye kalu raya, aku rasa dengan buku2 pun raya gak...almaklumla setahun sekali kan kita sambut raya...aku rase aku akan buat esemen lagi 2 hari nak gi kelas....masa tu mesti kacau bilau untuk menyiapkannya....pa2 hal kita raya dulu baru la fikir nak siapkan assigment....

14 September 2009

rezki Allah...


semalam aku berbuka sorang-sorang sedih tau tapi nak wat camne kan...kena la terima kenyataan...my hubby shift malam...rasenya dah masuk ramadhan ke 24 baru la aku meletakkan n3 bergambar apa yang aku makan...kalu tahun lepas apa yang aku masak akan aku letak di blog ini...nampak sangat tahun ini kemalasan tahap gaban.... 

semalam adalah hari paling malas nak memasak...aku hanya membeli di pasar ramadhan...untuk kali ke 2 di tahun ini aku pergi ke pasar ramadhan setiawangsa...kira popular gak la pasar ramadhan ini coz penah masuk rancangan shamsul the bazar ramadhan kat TV3...punyela ramai manusia di pasar ramadhan ini...walaupun ujan tapi orang berjalan maintain je macam biasa je...

aku gi beli nasi kerabu + ayam percik....aku dah penah gi beli sekali...rasenya sedap dan okla....tapi agak mahal sikit la....almaklumla maybe semua harga barang naik kot....dan untuk sampingan aku beli kuih pelita...

memang Malaysia ni punye banyak makanan...aku jadi blur je bila masuk pasar ramadhan ini....coz bila terlalu banyak makanan tak tahu nak pilih apa...masa tu jugak la tekak kita rase blur je tak tau nak makan apa...segala macam nasi, kuih dan air yang ada....memang orang Malaysia akan mati kerana banyak sangat makan bukannya mati sebab tak makan...ntahlah...yang pasti aku bersyukur dengan kurnia rezki Allah ini...Malaysia aman dan makmur insya'allah sehingga bila-bila...

12 September 2009

anna maria...

aku baru lepas menonton ceta anna maria di tv3 lakonan Fahrin Ahmad dan Elly Mazlein...ceta yang menarik...kelakar, lawak, romantis, manja dan macam2 ada la...

sweet je lakonan fahrin ahmad dan elly tu...macam betul2 je pasangan suami isteri...aku tak tahu kenapa suka benar bila fahrin ahmad tu berlakon..bg aku dia sorang pelakon lelaki yang boleh bawak pelbagai watak...serius, romantis dan macam2 la...bila dia berlakon sbg sorang suami/kekasih rase cam kita plak yang berada di dalam drama tu mula la aku merapu meraban ...jgn marah my hubby...

my hubby aku pun tahu bila ada je fahrin ahmad punye drama confirm dia akan perli bagitau kat aku..katanya pelakon kesukaan awak tu berlakon...ada ke my hubby pernah tanya kat aku mana hensem antara dia dan fahrin ahmad...cam lawak je kan bila my hubby tanya soklan cam gitu...nampak sangat la my hubby tu kaki cemburu...puas plak aku nak menerangkan kat my hubby yang aku hanya minat lakonan fahrin tu je bukan ada sebab lain...sabar je la kat my hubby tu....cemburu itu tandanya sayang kan...

lakonan elly mazlein pun bagus gak...dia sorang pelakon yang manja dalam ceta ni...seorang isteri yang baik dan mendengar kata suaminya...sanggup berhenti jadi doktor semata-mata jadi maid di rumah mak mertuanye...kononnya nak memenangi hati mak mertua lakonan aida rahim....memang drama yang simple dan tidak berat sangat untuk ditonton...

p/s : alhamdulilah majlis farewell party utk our big boss berjalan dengan lancar...nati la aku update beserta gambar2 nye nati....banyak gak la aku makan masa berbuka tadi...abis my diet!!!

buka pose @ KLCC...

hari ini aku akan berbuka bersama-sama dengan kekawan opis di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)....bukan dengan kekawan opis sahaja tapi dengan ahli keluarga sekali...aku bawa mak dan adik aku...kesian kat my hubby tak boleh nak pergi coz bekerja shift malam...

yang pastinye masa berbuka ini juga kami buat farewell party untuk our big boss puan azlina muhd yassin yang akan bertukar ke Kementerian kewangan mulai 14 september 2009...yang pastinye aku akan merindui big boss aku ini...aku bekerja selama 4 tahun setengah...pelbagai pengalaman yang aku perolehi sepanjang aku bekerja dengan beliau...terutamanya semasa penghasilan minit mesyuarat, macamne nak organise event besar especially mesyuarat dan pelbagai lagi....

yang pastinye next week kami akan memperolehi our big boss yang baru...lelaki lagi...tak tau la macamne bertugas dengan boss lelaki ni...lagi cerewet ke atau lagi ????sukar untuk ditafsirkan...kita akan nanti kan je...

kejap lagi aku nak kuar gi shopping ke masjid india bersama mak dan adik aku....pastu terus la ke KLCC....hope cuaca elok la coz skunk nampak dah mendung sangat...dah la aku naik bas ke masjid india....hope kalu hujan pun tak la lebat sangat
....

10 September 2009

kenangan bersama....


ini lah pc lama aku yang telah lama berkhidmat kepada aku...aku merinduimu...
aku nak tunjukkan yang aku dapat pc baru..dah hampir 3 minggu aku dapat pc baru....alhamdulilah dapat gak pc baru...kesian kat pc lama aku yang dah lama berkhidmat pada aku...hampir 4 tahun gak la pc ni bertugas berguna kepada aku...

segala jenis installer aku masukkan dalam pc...kesian kat pc aku...almaklumla aku kat unit pembangunan sistem segala software aku masukkan...photoshop, dreaweaver, coldfusion, php dan pelbagai lagi la...

bila dah macam2 ada dalam pc aku ini, bila nak log in memang amik masa yang lama untuk starting...bila sampai opis tu aku akan on pc aku dan terus gi makan (sarapan)...kalu tak memang berjanggut la nak tunggu kat depan pc tu....memang slow tahap gaban la...

bila dah dapat pc baru ini jenis hp memang la mengagau plak nak menggunakannya...coz dengan os vista dan office 2007 memang la susah untuk menggunakan untuk pertama kali...almaklumla pc lama aku pakai xp dan office 2003...memang terror gila la memakai pc lama ni...sampai skunk ni aku masih terkial-kial menggunakan office 2007 coz tak biasa alasan semata malas nak explore sebenarnya....

insya'allah dengan pc baru aku ini aku akan menggunakanye dengan sepenuh hati dan bekerja dengan penuh semangat...yea2 je aku ini kan...padahal pc lama dulu bukannya aku pemalas tak nak ngaku tu nak wat kerja....

thanks pd pc lama aku yang telah lama berkhidmat...banyak sungguh kenangan manis dan pahit kita bersama...

pc baru aku yang baru...hp jenamanye...

09 September 2009

09 september 2009...

ramai yang mengatakan tarikh hari ini adalah satu tarikh yang cantik (090909)...namun bg aku ia adalah tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila...

hari ini aku tahu tentang kebenaran yang selama ini aku cari...aku tergamam, terkejut dan tidak boleh nak berfikir lagi....adakah aku mampu untuk menempuh segala dugaan dan rintangan ini????

aku hanya merancang namun Allah yang menentukan segalanye....

08 September 2009

jauhkan la...

kekadang tu tiba-tiba je kita dapat instinct atau rase something akan terjadi sesuatu kepada kita...ketika itu kalau la kita ada kuasa (power) macam doraemon mula la merapu dah ni rase macam nak tahu gak apa la yg akan jadi kat kita...

tiba-tiba aku dapat rasekan macam ada something yang akan berlaku pada aku....takut la kalu ianya benar-benar terjadi...

Ya Allah jauhkan lah aku dari segalanye yang buruk...

p/s : rase macam ada orang nak tipu aku je...ya ke???


04 September 2009

hanya padaNya...


hidup ini perlu diteruskan juga walaupun pelbagai rintangan dan dugaan diberikan oleh Allah...hanya pada Allah kita memohon dan meminta agar hati ini dikuatkan dalam menempuh kehidupan ini...

hanya pada Allah kita berserah dan bertawakal agar segala yang telah ditakdirkan untuk kita walaupun kekadang keluhan kecil akan terpancar....kita hanya mampu merancang dan Allah menentukan segalanya...

moga kehidupan aku dan keluarga aku diberkati olehMu Ya Allah...
p/s : sudah 14 Ramadhan hari ni...rase sekejap sahaja ramadhan ini akan berlalu pergi tanpa disedari...

01 September 2009

pentas kehidupan...

kekadang aku dah tak larat untuk menjadi pelakon di atas pentas arahan aku sendiri...aku keletihan untuk mengaturkan ceritanya....aku kelelahan untuk berlakon secara paksa rela di dalam drama kehidupan itu...aku dah hilang sabar untuk segala di dalam cerita itu...

aku ingin menarik diri dari dunia lakonan aku sendiri ini....dah tak larat dan tak mampu sudah untuk aku menempuhi segalanye....aku sudah keletihan dan kepenatan!!!dah tak mampu untuk tersenyum gembire padahal di dalam hati hanya Allah mengetahui segalanya....