Terima Kasih Sahabat

31 December 2010

624 : imbasan 2010...

hari ini hari terakhir untuk tahun 2010...pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui sepanjang tahun ini....dan pelbagai dugaan yang Allah telah berikan aku sebagai seorang umatNya di muka bumi ini untuk dilalui...

antara kenangan manis yang aku masih ingat antaranya adalah dapat beli handphone nokia E72, dapat gi Cameron Highlands, sungai gabai, aku mendapat pengiktiran menjadi salah seorang pekerja cemerlang untuk tahun 2010....

namun yang pastinya, tahun ini adalah tahun yang penuh dugaan untuk aku dan keluarga....aku pasrah dan redha menerima segala ketentuan dariNya...selagi aku mampu untuk menerima dugaan dari Mu Ya Allah, insya'allah aku akan cuba untuk menempuh segalanya....

moga tahun 2011 yang akan datang ini, aku akan menjadi seorang isteri, anak, menantu, pekerja, pelajar dan insan yang boleh menempuh segala dugaan yang diberikan....insya'allah...

30 December 2010

623 :

alhamdulilah esok cuti....lega sikit mendengarnya...thanks to skuad Malaysia....kerana mereka la kita yang berada di Malaysia mendapat faedah dan nikmatnya....

rasa lega sikit apabila pengumuman cuti dibuat oleh PM malam tadi...almaklumla minggu ni adalah minggu yang terlalu bz untuk mengejar dateline semua projek....dahla minggu depan bermula untuk final exam...menyeramkan coz aku belum wat pa2 preparation....

esok cuti insya'allah boleh la mula buka buku....tu pun kalu semangat nak baca buku tu lagi tinggi daripada nak berlingkar di atas katil....huhuhu....aku kena kuatkan semangat sendiri...jika tidak memang aku akan mudah tertewas di tangan sendiri...

p/s : semoga keputusan hari ini akan berpihak pada kami sekeluarga...Ya Allah berikan kami kekuatan dan ketenangan untuk menerima keputusan ini....

27 December 2010

622 : redha dan pasrah...

insya'allah, aku dan family makin redha dan pasrah atas apa yang berlaku...kami pasrah atas segala dugaan dari Allah ini...

cuma aku tak tahan melihat mak yang dirundung kesedihan....namun aku pasti mak aku kuat untuk menghadapi segalanya...insya'allah...

Ya Allah, permudahkanlah dan berikan kami petunjuk jalan mana yang harus kami ambil...

moga kesihatan mak dan ayah aku bertambah ok....moga jangan la ada lagi dugaan yang hebat dari ini...tidak sanggup rasanye...

sekarang ini pun aku buntu untuk mencari jalan...hanya pada Mu aku berdoa agar aku perolehi ketenangan dan ketabahan untuk mendapat petunjuk dari Mu Ya Allah...

24 December 2010

621 : diduga lagi...

kami diduga lagi...kali ini lebih dashyat lagi...hingga melibatkan keluarga aku...
tidak sanggup aku melihat mak aku menangis dan berlinangan air mata...

namun kami pasrah atas ketentuan dariNya...
Ya Allah kuatkan semangat dan hati kami...
moga kami dapat menghadapi segalanya...insya'allah...

23 December 2010

620 : tidak sangka...


disebabkan dugaan yang aku hadapi sekarang ini membuatkan aku tiada mood (moody) untuk bercakap dengan orang lain...bukan sengaja atau saje buat-buat...kenyataannya hati aku sakit, geram dan rasa nak marah pada orang tu memang ada....

yang paling aku tidak sangka kan, lecturer aku semalam perasaan yang aku ini moody...maybe selalunya aku dalam kelas nampak happy dan concentrate dengan pengajian yang beliau ajar (kononnye la concentrate padahal fikiran menerawang ke mana, huhu...)

lecturer aku ini siap tegur aku "kenapa muka u nampak risau je"...sememang nya aku yang terkejut dan tergamam ketika itu memang tak boleh nak jawab apa-apala...kekawan kelas aku yang tolong jawab bagi pihak aku...tq kekawan...

aku pun tak tahu la sehingga bila aku nak moody...bukan aku sengaja buat macam gitu....hanya Allah sahaja yang tahu dan faham perasaan aku....moga aku diberi kekuatan dan ketenangan untuk aku menghadapi segalanya...insya'allah...

21 December 2010

619 : dugaan demi dugaan....

lepas satu dugaan, lagi satu dugaan yang aku terima...
Allah mengetahui segala yang berlaku....
cuma aku mampu atau tidak untuk menghadapinya...

kepercayaan dalam persahabatan amat penting....
kepercayaan pada kawan-kawan juga penting....

namun apabila kepercayaan tersebut telah dikhianti dan ditembusi....
perasaan dan hati menjadi tidak keruan...
rasa nak marah, keliru, bingung dan segala macam bergelodak dalam fikiran....

aku tidak tahu salah aku bercakap atau salah orang menyampaikan....
aku bercerita bukan untuk disampaikan pada orang lain...
aku bercerita hanya untuk meluahkan perasaan ketika itu....

apabila cerita telah disampaikan pada orang lain....
cerita tu menjadi makin besar dan membesar...
dan jalan cerita tersebut pun dah berubah dari cerita asal....

sekarang aku keliru....
aku buntu...
aku tak tahu apa yang harus aku lakukan....
aku tak tahu apa sapa harus aku percaya...
pada sapa lagi harus aku harus letakkan kejujuran dan keikhlasan....

aku tahu semua manusia tidak sempurna...
begitu jua aku...
tidak sempurna di mata semua termasuk Allah...
namun apabila ini berlaku....
aku jadi tak keruan, bingung dan segala macam...

Ya Allah berikan aku kekuatan dan ketenangan...
untuk aku menempuh segalanya dalam kehidupan ini....
hanya padaMu aku memohon dan meminta....

20 December 2010

618 : thanks...

thanks ika, oja dan jie kerana memberi aku souvenior dari Bukit Merah LakeTown Resort....

walaupun tak gi join namun aku juga berasa kehangatan mereka yang pergi...ada yang kata best, ada yang kata sakit badan, macam-macam komen la yang aku dengar...yang pastinye aku tak pergi...huhuhu....

tak tahu la aku ni masih berpeluang atau tidak untuk gi retreat next year...

yang pastinye aku memang gelak sesungguhnya bila kawan-kawan dok ceta pengalaman main obstacle challenge....ada yang kena panjat tembok 8 kaki, kena berenang dalam tasik, kena mendayung dan macam-macam lagi...yang pastinye kalu aku gi retreat tu confirm aku tak join...almaklumla masalah kesihatan agak kurang mengizinkan...huhuhu....

seronok mendengar pengalaman kekawan ini...walaupun tak hadir bersama namun dari ceta dan pict yang diambil dapat berasa keseronokannya juga...tahniah pada kawan-kawan yang berjaya merentasi semua halangan obstacle challenge tersebut....

617 : teringin...

tekak ni tingin sangat nak makan KFC...ada sesapa ke yang nak belanja makan KFC hari ni???

KFC....KFC....KFC....

mengugat jiwa betul la tengok pict ni....meleleh air liuq....huhuhu....

jom kekawan kita gi serbu KFC tengahari ni....

19 December 2010

616 : masuk jawi...

2 orang anak buah aku baru je selesai masuk jawi 2 minggu lepas....tak sangka dah besar dah anak buah aku....rase sekejap je diorang ni membesar...

aku ingat lagi masa anak buah aku yang sulung iaitu hafiz aku jaga masa dia setahun...skrg ni dah bersunat dah...rase sekejap nye 8 tahun sudah berlalu....masih terimbas lagi kenangan masa aku menjaga dia masa aku pas abis study 8 tahun lepas....ke mana saje aku pergi dia akan ikut....skrg ni dah nak masuk sekolah tahun 3....

yang lagi sorang anak buah aku iaitu hakim baru berusia 6 tahun...kecik je lagi umurnye bersunat tapi disebabkan abangnya bersunat tahun ini, dia pun terpaksa kena join sekali....tahun depan nak masuk tahun satu...

aku harap anak-anak buah aku iaitu hafiz dan hakim akan menjadi anak yang solehah untuk mak dan ayah....moga mereka ini membesar menjadi anak yang dirahmati olehMu Ya Allah...

17 December 2010

615 : .....

S.T.R.E.S.S sangat....

dengan pelbagai dugaan, cabaran, masalah dan pelbagai lagi...

Ya Allah kuatkan semangat dan hati ku untuk menempuh segalanye....insya'allah...

15 December 2010

614 : penuh kesunyian...

mulai hari ini (15 dis) hingga jumaat (17 dis) ni opis aku sunyi macam dilanggar garuda....semua kekawan aku pergi bergembire retreat di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping selama 3 hari 2 malam....

aku juga yang tak pergi...sedihnya!!!....nak wat camne kan perlu buat pengorbanan untuk masa depan....almaklumla student la kata kan...mana la boleh pergi merewang sesuka hati je...coz kelas after waktu pejabat....selalunye retreat dibuat masa hari jumaat hingga ahad...cuma tahun ni dibuat lain plak...dibuat waktu bekerja....kenalah aku berkorban dengan rela...huhuhu....

lagipun besok malam aku ada midterm exam....aku stress gile dengan subjek ni...dari awal semester hinggala minggu ke 13 ni, aku memang tak faham dan blur je...bila baca dan study memang tak faham langsung....rase nak menjerit dan menangis coz bila baca tak faham...dah la nak midterm dan final bermula Januari 2011...aku berserah je la pada Allah...

aku harap kekawan opis aku yang gi retreat kat Laketown tu bergembire la...moga apa yang dirancang akan tercapai....dan aku yang kena jaga opis ni harap dapat bersabar menempuh 3 hari di pejabat yang penuh kesunyian....huhuhu....

10 December 2010

613 : moody...

bukan nak dengki tapi cuma rasa it's not fair....tak adil...
kenapa semua orang  diharamkan diblock apa yg telah di opis...
tapi ada sesetengah orang boleh je buka dengan berleluasa senang hati je...

tak tau la orang itu dapat keistimewaan atau untuk buat keja pemantauan....tapi apa yang special sangat ye...tak kira orang lama ke, orang baru ke kan...kalu dah tak boleh nak surf dan diblock kena la block pada semua orang....baru la adil...

aku tak tau kenapa aku moody sesangat hari ni...rasa nak tempelak marah orang je...aku pun tak tahu kenapa...maybe angin bulan aku tak bape nak betul hari ini...yang pastinye aku meroyan sungguh la hari ni...selalunya aku tak kisah je dengan orang lain...tapi hari ini aku kisah sangat apa keistimewaan orang-orang tertentu yang dapat hak yang istimewa sangat...

02 December 2010

612 : spageti time...

hari tu aku ada post yang tingin sangat nak makan spageti seafood yang aku masak sendiri...tapi aku tak tahu la bila nak memasaknya...

disebabkan kesibukan yang amat melampau dan terlalu tingin serta ditambahkan dengan kemalasan gitu, lunch tadi aku telah pergi menerjah ke pizza hut...

spagetti pizza hut...

aku ambik lunch set express iaitu spageti tempura gitu....rasenya ala-ala boleh la...yang pasti puas hati kalau aku yang masak sendiri...kerana bila masak sendiri aku bole je boh apa yang aku nak...nak pedas ke, masam ke, nak letak udang ke, sotong ke semuanya boleh...tapi bila dah pergi makan kat kedai confirm la udangnya ada 2 ketul dan kurang pedas...aku ini kan lidah melayu mestilah spageti pun kena la power....


alhamdulilah dapat gak makan walaupun agak kureng...huhuhu...

spagetti seafood masakan sendiri....

611 : macam-macam ada....

aku pelik dan hairan kenapa la skrg ni aku lihat perempuan lagi boleh cover kemarahan dan streesnya bila menghadapi masalah yang besar berbanding lelaki...

perempuan masih oleh bergurau senda dengan semua orang walaupun ketika itu mereka tengah bersedih, terasa hati dengan seseorang dan dalam keadaan tertekan berbanding lelaki....

perempuan masih boleh bersabar dengan pelbagai karenah manusia walaupun ketika itu menghadapi pelbagai masalah...

kalu orang perempuan berangin, tensen atau marah-marah kita tahu yang orang perempuan ada sakit kawan baik setiap 'bulan' nye...tapi kalu lelaki berangin, moody, tak boleh bawa bergurau dan marah-marah ada juga penyakit atau diorang dah lama 'tak dapat' dari isteri diorang....

manusia ni memang pelbagai sikap, tingkahlaku dan sifat...sesama manusia je memahami antara satu sama lain....

apa yang aku belajar, orang perempuan boleh je bergurau senda bila mereka ada masalah tapi orang lelaki ni kita kena tengok mood diorang kalu nak bergurau senda gitu....

macam-macam ada di dunia ini yang perlu kita fahami dan explore tentang sikap manusia ni...

01 December 2010

610 : Hari Innovasi KPWKM 2010...

30 November 2010, Hari Innovasi KPWKM tahun 2010 yang berlangsung di ISM....dulu dipanggil Hari Kualiti tapi skrg Hari Innovasi...nak soh semuanya menjadi penjawat awam yang berinovasi dan kreatif gitu....

aku masih ingat kata-kata Dato' Seri Shahrizat semasa perasmian Hari Inovasi,

"sebagai penjawat awam kita perlu berkeyakinan dan berketrampilan untuk menunjukkan kita ni inovatif dan kumpulan sasar kita percaya pada kita"....

"jangan buat muka tak mandi macam 40 hari padahal banjir baru je berlaku 7 hari, macamne orang mangsa banjir nak trust kat kita"...

"kita adalah barisan hadapan untuk kumpulan sasar kita semasa mereka menghadapi kesusahan"....

alhamdulilah kali ni sekali lagi Kumpulan Kreatif dan Invotif (KIK) BPM menang sekali lagi...Kumpulan S.M.@.R.T ....kali kedua BPM menang untuk KIK ni....kirenya bila BPM masuk je KIK ni confirm menang la....hahaha....ayat tak boleh blur....nak wat camne dah rezki kan....

aku ini hanya sebagai penyibuk penyokong BPM hadir bersama kumpulan SM@RT ni semasa menerima hadiah...dengan semangat kami majoriti budak perempuan memakai baju korporat rasmi BPM gitu...sampai ada yang kata kami ini kumpulan koir...sabar jelah...tahula kami ni seragam tapi jangan la kata kumpulan koir...sib baik tak dikata kumpulan nasyid...huhuhu....

sijil penghargaan JOHAN dan plak...

pemenang + penyibuk penyokong bergambar di atas pentas...


bebudak perempuan yang semangat pakai baju keparat korporat...

penyibuk penyokong yang bergambar mengalahkan pemenang...huhuhu...

nampak cantik je pict ni...sendiri puji kan...hahaha....

tahniah aku ucapkan kepada kekawan Kumpulan SM@RT kerana mengharumkan sekali lagi nama BPM di mata dunia KPWKM....bak kata big boss Pengurus BPM,

"gaduh-gaduh pun boleh menang tempat pertama"....

walaupun pelbagai masalah dan cerita  yang tidak menarik didengar namun semangat kalian tidak mengecewakan BPM...tak sangka banyak anugerah yang kita dapat tahun ni....."Hidup BPM"...moga kita akan berjaya dan sukses lagi di masa akan datang....insya'allah...

29 November 2010

609: semuanye nak!!!!

bila time lapar ni semuanya nak makan...semuanye teringin...semuanye nampak sedap....adohai macamne la menurunkan kolestrol yang atas border ni....

semuanya yang aku nak makan ni semua makanan berminyak, bergoreng dan bercili....bukannya makanan yang berebus untuk mengurangkan kolestrol tapi menggalakan kolestrol adalah...

antara yang aku nak makan adalah...

sambal udang masakan sendiri...
tomyam...
 mee sup + begedil...
paprik buatan sendiri...
spageti udang masakan sendiri juga..

aku pun tahu la bila aku dapat masakan yang aku aku masak sendiri...dengan kesibukan study dan kerja aku tak tahu la bile masa nak masuk ke dapur lagi....kesian kat my hubby...sorry ye abang bukan sengaja....

27 November 2010

608 : Unstoppable...

aku dan my hubby baru balik menonton ceta Unstoppable yang dilakonkan oleh Denzel Washington dan Chris Pine...ceta ni dah ditayangkan pada 11 November hari tu....disebabkan kesibukan nak menonton ceta ni ditangguhkan sehingga hari ini...kat panggung wayang pun tak ramai sangat yg menonton almaklumla dah lama ditayangkan...

pada mulanya nak menonton ceta Harry Potter 7 tapi tayangan masih baru tu yang tukar ceta untuk menonton Unstoppable....

Unstoppable adalah satu kisah benar yang terjadi...kalu tak salah aku dalam tahun 2001...jalan ceta yang menarik dan banyak adegan suspen yang dilakonkan....

bagaimana 2 orang hero dalam ceta ni nak menghentikan keretapi laju yang dibawa tanpa pemandu...pastu membawa 39 gerabak yang mengandungi bahan api yang berbahaya....kita akan rasa cemas je bila adegan2 nak menghentikan keretapi ni berjalan....memang terhibur la...itu adalah pendapat aku tapi tak tahu la kalu orang lain plak....

yang pastinye tensen dan stress aku untuk hari ni rasa berkurangan sedikit....aku tak tahu la kenapa lately ni aku terlalu stress sesangat sehinggakan leher aku ni terasa tegang dan sakit nak berpusing....dah jadi kepala robot....hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya leher ni bila tidak boleh bergerak....moga sakit aku ni akan mula berkurangan sakitnya....insya'allah...

25 November 2010

607 : pizza time...

malam ni aku celebrate besday my hubby gi pizza hut...aku belanja my hubby makan pizza setelah sekian lama tak makan....


aku tengok topping pizza ni makin lama makin sikit je pastu rega makin naik...dulu masa mula2 makan pizza zaman bercinta dulu topping nye punye la melambak...makan punya layan je...skrg ni makan pun macam takde perasaan je....coz sedih nengok topping nye yang makin sikit....itu adalah alasan yang munasabah untuk aku jarang-jarang gi makan kat fast food ni...nak kena belajar masak pizza cam gini...tapi mampu kah aku...huhuhu....


alhamdulilah walaupun pizza yang aku dan hubby makan tu agak kurang dari topping nya aku bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk menyambut dan celebrate my hubby besday...sambutan yang berserderhana....sambutan hanya antara kami berdua sahaha...entah bile la nak bertiga, berempat dan berseterusnya....huhuhu...

moga my hubby ceria selalu dan dimurahkan rezki hendaknya...insya'allah...

606 : selamat ulangtahun sayang....

25 November setiap tahun adalah tarikh yang bersejarah untuk suami aku yang tersayang...
tarikh beliau dilahirkan ke muka bumi Allah ini....

selamat ulangtahun sayang....
moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan moga bahagia ke akhir hayat....

moga segala apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan....

moga kasih sayang antara kita akan kekal untuk selamanya....
dan senantiasa dirahmati serta diberkati oleh Allah....

24 November 2010

605 : sukar untuk dipercayai...

pagi tadi kat opis ada buat pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk semua staf nye...aku yang tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini telah berpose dari malam tadi...

pukul 9.30 pagi tadi aku telah pergi membuat pemeriksaan dengan hati yang bersemangat gitu...


first2 buat tekanan darah....yang aku tak percaya tu tekanan darah aku memang betul2 atas border iaitu 140....nurse tu pun terkejut....aku tak tahu la kenapa boleh jadi cam gini...nak kata aku stress adalah sikit2 tapi takkan la boleh atas border....

pastu aku gi timbang berat, ukur tinggi dan check BMI (indeks jisim badan)....yang kat sini best sikit coz berat aku dah turun sikit coz dulu hampir 60kg....skrg ni dah 56.2kg...target aku dalam 50kg...punye jauh ye lagi....ni yang berkobar-kobar nak beli ** ....tapi benda ** tu mahal sangat....aku kena fikir banyak kali kalu nak beli **....dan aku punye BMI normal....

tapi yang tak bestnya aku punye kolestrol betul-betul atas border juga...nak kena buat senaman tapi bila husband ajak gi joging macam-macam alasan yang aku bagi...sukar untuk meninggalkan katil kesayangan....macam ye nak mengurangkan kolestrol ini selain bersenam....

23 November 2010

604 : kejujuran dan kepercayaan...

" tiru dosa, mati terseksa "....

itu la ungkapan yang dilafazkan oleh lecturer aku malam tadi sebelum bermulanya exam mid term untuk subjek keusahawanaan dan teknologi maklumat....begitu mendalam maksud dan ertinye....

aku teramat terkejut apabila ungkapan itu dilafazkan....dan yang membuatkan aku teruja sesangat, lecturer tu boleh keluar meninggalkan kami di dalam kelas untuk menjawab exam dan beliau ke surau untuk solat...sepanjang aku bergelar student ini adalah pertama kali aku menghadapi exam sebegini....

sepenuh dan seluruh kepercayaan telah diberikan kepada kami seramai 34 orang untuk menjawab soalan exam tersebut....

sama ada anda ada seorang yang jujur dan ikhlas adalah terpulang di tangan anda sendiri....

dan ungkapan yang diucapkan sebelum beliau keluar untuk solat "Allah melihat segala apa yang berlaku"....

insya'allah aku tidak melanggar seluruh kepercayaan lecturer yang diberikan kepada aku...aku berserah segalaNya pada Allah....aku dah cuba yang terbaik dan termampu oleh aku....hanya Allah mengetahui segalaNya...aku akan terima keputusan exam tersebut dengan hati yang redha kerana aku dah lakukan yang terbaik....insya'allah....

dalam kehidupan ini, kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan adalah sebahagian dalam kehidupan untuk kita menempuh segala kehidupan di alam fana ini...

20 November 2010

603 :

Ya Allah berikan aku ketenangan, kekuatan dan kesabaran yang teramat kuat....
aku terlalu tertekan saat ini...

hanya pada Mu aku memohon dan meminta....
berikan aku ketenangan....

19 November 2010

602 : cuti time...

raye aidil adha kali ini memang aku amik cuti gila sakan...aku akan mula bekerja hari selasa next week....

last aku bercuti hari raye aidilfitri yang lepas...badan dan otak aku dah penat nak bekerja...tak larat nak fikir dah...

aku bercuti ini pun nak siapkan segala assignment yang melambak-lambak dan nak mid term mulai next week....aku tak tahula dapat siapkan ke tidak semua assignment tu...

aku tak gi mana-mana pun cuti pun...just gi beraya kat umah mak dan umah mak mertua aku je...maybe hari ini rasenya nak ajak my hubby aku gi menonton wayang ceta harry potter kot...tu pun kalu mood nak menonton ada...

selamat bekerja pada semua kekawan yang bekerja...aku akan mula bekerja next week...aku nak rest otak ni daripada ceta pasal keja...cuma nak tumpukan untuk buat assignment...

moga apa yang aku plan menjadi...insya'allah...

16 November 2010

601 : selamat hari raya aidil adha...

menitis air mata ini di kala mendengar takbir yang sayu di tv...alhamdulilah dan bersyukur kerna kita masih sihat, aman dan damai untuk menyambut hari raya aidi adha untuk tahun ini....

walaupun ada beberapa negeri yang dilanda banjir dan sambutan hari raya korban kali ini mereka sambut dengan ala kadar sahaja...kesian aku melihat mereka membersihkan rumah mereka setelah dilanda banjir...aku doakan mereka akan tabah menghadapi dugaan ini....

aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua kekawan....moga kalian bergembira dan bersyukur atas kenikmatan dan rahmat yang diberikan olehNya....

sesapa yang memandu pulang ke kampung, moga kalian selamat pergi dan pulang....

600 : Inspira...Inspirasi...


sapa yang tak kenal lagi kereta baru yang dikeluarkan oleh Proton Malaysia baru-baru ini...

inspira menjadi sumber inspirasi bagi semua mereka yang berminat kereta ini termasuk la my hubby...hari sabtu hari tu kami pergi melihat menjenguk ke showroom proton di setiawangsa....nak cuci mata katanya...


memang menarik dan tertarik gitu...tapi kat showroom ni hanya tunjuk warna putih...aku berkenaan yang warna merah tu....nampak elegan gitu....


my hubby yang melihat meneliti kereta inspira yang menawan hati...entah bile la agaknye dapat memandu naik inspira ini...hajat di hati nak beli namun mana la mampu kan....cuci mata saja boleh la...

** tak sangka dah 600 entry yang aku tulis di blog ini...entah apa la yang aku merepek kat sini namun bila aku membaca kembali entry2 yang lepas macam tak caye je...banyak kenangan manis dan pahit segalanya dalam kehidupan ini...

15 November 2010

599 : lepaskan segalanye....

aku jadi sakit panas ati kalu orang pandai-pandai mengaturkan perjalanan dan urusan hidup aku....

rasa terkongkong dan terpenjara saje...

lepaskan aku dari semua ini...

14 November 2010

597 : Mali's Corner...

malam Jumaat hari tu my hubby kepingin sesangat nak makan nasi lemak ayam di Mali's Corner di Taman Bunga Raya...tapi punye ramai ye orang dan takde parking langsung....aku pun tak tahu la apa yg special sungguh makan di sini....

disebabkan kepingin sangat, aku ajak my hubby gi lagi satu cawangan Mali's Corner yang terletak di Plantinum Walk Danau Kota...kat situ pun boleh tahan gak ramai orangnya namun masih ada parking...maybe disebabkan kat sini parkingnya berbayar, tu yang parkingnya masih ada lagi....kalu free memang takdelah my hubby dapat makan nasi lemak ayam diidamkan...

my hubby yang boring tengah beratur....

perut aku memang kenyang kerana makan soto....kalu tak memang aku akan order makanan kesukaan aku iaitu char kue tiaw.....my hubby terpaksa sanggup beratur hampir setengah jam untuk mendapatkan nasi lemak ayam...masa tengah beratur tu my hubby masih sempat berbalas sms dengan aku...maybe bosan beratur agaknya...

sepanjang aku menunggu my hubby aku melihat makin ramai orang yang datang untuk menjamu selera.....padahal ketika itu jam dah menunjukkan 12.15 tengah malam....yang kesian tu ada yang bawa baby tengah2 malam....layan kan jelah...

nasi lemak ayam Mali's Corner....

alhamdulilah akhirnya my hubby dapat juga makan nasi lemak ayam yang diidamkan....takde la kempunan yang berlaku nanti...


pas makan, apa lagi aku ajak my hubby gi pusing down town di danau kota...dah kebetulan sampai sini kan....macam-macam orang dan pelbagai barang yang dijual...aku hanya cuci mata saje...yang kelakar tu aku hanya sambar beli keychain phone atas nama aku....jadi la sebagai kenangan...huhuhu....

sampai ke rumah pada jam 2 pagi...punye la keletihan...dah la pagi sabtu tu aku ada kelas ganti dan pastu ada discussion dengan kekawan...punye lah kepenatan dibuatnya...nak wat camne kan layan kan jelah...

11 November 2010

596 : ulser mulut...

u all penah kena tak ulser mulut???aku selalu sangat kena...kalu nak dikatakan hampir setiap bulan aku akan kena...hanya Allah sahaja yang tau betapa sakit dan menderitanya bila kena ulser mulut ni...

yang pastinye nak makan, nak minum dan kadang-kadang nak bercakap pun sakit...hanya mereka yang selalu kena dan mengalaminya dapat berasakan sakitnya....my hubby dan mak aku sampaikan pelik kenapa aku selalu sangat dapat ulser ni...coz selalunya kalu aku dapat ulser ni akan mengambil masa nak baik...dalam 2 minggu la selalunya nak baik...

dalam masa 2 minggu ini la aku akan menanggung kesakitannya....aku cuba mencari punca dan faktor kenapa selalu sangat mendapat ulser mulut ini...aku cari info di pak google....banyak faktor penyebabnya....kat sini aku ada letakkan kenapa ianya terjadi dan petua untuk melegakan sakit ulser ini....

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

* Stres
* Perubahan hormon
* Jangkitan (infeksi)
* Kekurangan zat makanan
* Alahan
* Radioterapi
* Kimoterapi
* kekurangan zat dalam makanan yang diambil
* penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman
* kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

* Rasa membakar dalam mulut
* Kesakitan
* Tidak selesa
* Hilang selera makan
* Demam
* Ketidakselesaan yang berpanjangan

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

* Gunakan bahan kumuran antiseptik
* Sapu gel atau krim penahan sakit
* Kekalkan kebersihan mulut yang baik
* Makan makanan lembut
* Elakkan makan makanan panas dan pedas serta makanan berempah
* Banyakkan minum air
* elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan atau Arcalion.
* ambil mineral zink dan zat besi.
* tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
* vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
* untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
* pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

aku copy daripada Info Sihat dan beberapa link lain...credit pada mereka....

ada petua yang aku dapat daripada google iaitu :

* Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan
* Sapukan getah daun tangan2 di tempat ulser

tapi selalunya kalu aku, selalu letak asam boi di tempat ulser ini...hanya Allah sahaja yang tahu betapa nikmatnye sakitnya....menitik la air mata ini...

aku sebenarnya risau juga adakah sebab penyakit atau ubat yang aku makan setiap hari untuk penyakit aku hadapi kini penyebab ulser mulut ini terjadi...yelah kalu berlarutan boleh jadi kanser tu...menyeramkan la...jauhkan aku daripada penyakit yang berbahaya ini...

hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksa dan menderita nya bila dapat ulser mulut ini...hilang segala nikmat dunia ini....Ya Allah jauhkan la segera penyakit ulser mulut ini, tak sanggup rasenya nak menghadapinye lagi...

10 November 2010

595 : penjan....


aku tak tahu apa nama resipi ni kalu kat tempat lain...tapi kalau ikutkan nama yang mak aku bagitau nama resipi ni penjan...

penjan ni dibuat daripada ubi kayu rebus dan kita letak gula...memang sedap la...senang je nak buat dia...rebus ubi kayu tu hingga empuk pastu boh gula...dia akan rasa manis...boleh jadi pencuci mulut...


aku memang minat penjan ni kalu makan masa panas-panas....memang marveles dan terangkat la...

malam tadi aku terlebih rajin....bukan rajin apa pun...aku nampak 2 tongkol ubi kayu lebih aku beli hari tu...terus aku kupas kulitnye dan rebus...tak sampai 45 minit dah boleh dimakan...alhamdulilah...kalu nak buat kuih-kuih lain seperti bingka ubi memang aku tak pandai...aku hanya pandai masak makanan yang simple, mudah dan cepat....orang bz la katakan...hehehe...

09 November 2010

594 : megi kawwwww....


pernah tak makan megi segera dengan serunding....dengar macam pelik je kan...tapi pelik tapi benar sedap....

ini adalah resipi baru daripada kawan-kawan kat pejabat aku ini...masa diorang makan megi ini aku takde kat opis....bila diorang ceta rasa nak mencuba tu membuak-buak je...bukan sekali dua mereka berceta tapi banyak kali...itu yang membuatkan hati nak rasa betapa nikmat dan sedapnya makan megi dengan serunding tu...

aku ini bukanla suka sangat makan megi...tapi bila kawan-kawan dah memuji kata sedap membuatkan aku rasa nak makan...

aku mencubanya di rumah sebentar tadi...kebetulan plak my hubby dah makan nasi kandar kat kudu tadi...aku tak bape gemar sangat nasi kandar...my hubby je yang layan...that why aku nak layan megi malam ni...

memang sedap dan kawww la makan megi bersama serunding ni...rasa yang tak boleh nak gambarkan dengan perkataan...hanya lidah sahaja yang dapat merasai kenikmatan dan marvelesnye...hingga ke titisan terakhir aku menghirup kuah megi tu...huhuhu...

aku harap jangan lepas ni ada yang cari megi dan serunding untuk mencuba resipi ni...hehehe...

thanks ika, oja dan kak shidah yang memberi resipi baru di kala takde lauk...serunding ni secaraa automatik menjadi lauk pada megi tu...tak payah nak tambah telor ke atau apa2 pun...selamat mencuba....

08 November 2010

593 : rezki, alhamdulilah...

pagi ini di pejabat aku mendapat satu kiriman pos laju...rase teruja sesangat coz memang jarang sesangat nak dapat apa-apa bungkusan...almaklumla bukan orang popular orang nak bagi bungkusan...huhuhu...

aku nengok kat parcel tu datang nya dari setiu, terengganu...jauhnye kiriman ini...terima kasih bebanyak aku nak ucapkan pada ain yang sudi memberi aku hadiah ini...rezki aku agaknya....

ain ni ada buat contest dalam blog dia dalam bulan Mac 2010 hari tu...aku main masuk hentam aje....kalu ada rezki menang la kalu tak aku tak kisah coz bukan susah sangat pun contest je...just lengkapkan dialog antara dia dan hubby dia...lepas masuk contest tu, aku terus tak terjah blog dia kerana kesibukan yang amat melampau sesangat....


baru-baru ini ain hantar komen kat blog aku untuk minta alamat kerana nak kirim hadiah contest...aku antara pemenangnya...alhamdulilah rezki...thanks ain walaupun dah berkurun lama ain tetap nak kirim hadiah contest ni...

ain ni adalah seorang penulis yang memakai nama pena Nia Imrani (kalu tak salah aku la)...novel yang diberikan pada aku ini baru saje dilaunchkan pada Oktober 2010 hari tu...tahniah ain!!!kirenya aku antara yang terawal mendapat baca hasil penulisan beliau...jangan jeles ye siap ada tandatangan penulis lagi....

hadiah istimewa bagi ku...tak penah aku memenangi apa-apa hadiah sejak berblog ini...ini baru first time...sertai contest untuk suka-suka dan yang penting untuk mengeratkan silaturahim antara kekawan blog dan maya...thanks ain....gud luck for your next projek...

07 November 2010

592 : ubi kayu rebus...


aku tidak tahu kenapa la sejak akhir-akhir ni aku asyik teringin makanan yang pelik-pelik je....nak kata mengidam tak la plak...tapi aku nak makan benda yang jarang sangat aku makan...pelik nye lagi satu tu, aku nak masak sendiri walaupun aku tak penah masak masakan tu....

pagi semalam aku nak sangat makan ubi kayu rebus bersama kelapa dan sambal ikan bilis....aku bersyukur kerana apa yang aku nak makan dan masak mesti my hubby akan layan kehendak aku...aku harap my hubby tak bosan melayan karenah aku ini...


pergi beli ubi kayu di pasar chowkit...aku tak penah pilih ubi kayu sendiri...selalunya ada bantuan...yelah bukan senang nak cari ubi kayu yang empuk dan sedap dimakan...aku belasah dan berserah je la harap ubi kayu tu empuk...

aku rebus ubi kayu tu sambil dicicah dengan kelapa parut bergula, sambal ikan bilis garing dan kopi 'o' panas...memang layan...dan marveles...ubi yang empuk dan sedap sangat...alhamdulilah aku dapat juga makan apa yang aku idamkan...my hubby kata dah macam zaman jepun plak makan ubi kayu ini....dapat la rase macamne kesusahan orang zaman perang dan darurat mencari makanan....

aku tak tahu la pasni nak makan apa plak...minggu ni aku dapat tunaikan hasrat dihati untuk makan ikan masak stim dan ubi kayu rebus...next week ntah apa la aku mengidam plak...aku tak tahu la kenapa tekak dan selera aku ini lately ni makin pelik...camne la kalu betul2 mengidam yea???jeng, jeng, jeng...habislah my hubby nak melayan...huhuhu...

06 November 2010

591 : ikan masak stim..

alhamdulilah....dapat gak aku memasak ikan masak stim dan memakannye...setelah 2 minggu aku berangan untuk memasaknya...tapi disebabkan kesibukan yang melampau teramat tu yang nak masak tertangguh saje...

balik kelas malam khamis tu, aku bagi cadangan kat my hubby kata esoknye nak masak ikan masak stim....terus my hubby ajak gi beli barang masakan di NSK Selayang....

aku sampai di NSK tu dalam kul 11.30 malam...aku rase semua orang memandang kat aku...yelah dengan berbaju kurung pastu batik sutera plak tu...nampak sangat aku belum balik umah...masa aku timbang barang, ada kakak tu siap tegur kat aku lagi...belum balik umah lagi ke??aku just angguk dan senyum je je...rase segan la plak...tapi nak wat camne kan...layan kan jelah...

agak kehampaan sikit aku mencari ikan kerapu tapi tiada....aku terpaksa masak ikan bawal putih...ditambah kan plak dengan sayuran seperti cendawan, putik jagung, carrot dan tomato...

sebelum dimasukkan dalam kukusan...

banyak gak aku surf kat internet untuk mencari resipi ikan masak stim...macam-macam yang aku dapat tahu apa yang sedap untuk diletakkan di dalam masakan ini....
selepas siap dimasak...

siap untuk dimakan...

yang pastinye aku akan bubuh di dalam masakan ini dengan resipi aku sendiri..aku akan campak letak apa yang aku nak masukkan...asalkan ada rasa seperti yang aku nak dan jadi....

alhamdulilah berjaya juga aku memasak ikan masak stim ini....


02 November 2010

590 : mati kutu....

aku tak tahu la macamane aku nak menghadapi hari-hari di pejabat tanpa membaca blog kekawan...rase terputus segalanya...semuanya telah di block...soh wat keja sokmo tanpa ada hiburan walaupun untuk seketika...bertambah sengal aku rasakan....dan takde semangat nak buat kerja...hanya boleh buka emel saje...tu pun ada jugak emel yang tak boleh nak dibukak....

kalu facebook diblock aku jadi tak kisah tapi aku jadi mati kutu apabila blog aku sendiri tak boleh nak bukak....aku rasa macam hilang semangat dan segala-galanya....

yang aku tak puas hati tu, orang lain tak boleh segalanye...semua diblock tapi ada certain2 manusia kat pejabat ini ada authority lain plak...heran bin ajaib....tahula kuasa penentu untuk block atau nak surf mana-mana website ditangan dia....

Ya Allah berikan aku kesabaran yang teramat tinggi agar aku boleh menghadapi segala dugaan ini...moga aku dapat semangat untuk membuat kerja walaupun semangat tu dah makin hilang sikit demi sikit.......

rindunye kat blog aku sendiri....


01 November 2010

590 : sepetang di shah alam...


alhamdulilah....impian dan apa yang aku rancangkan menjadi jugak walaupun pelbagai dugaan yang berlaku...memang bukan mudah untuk mencapai apa yang kita nak dan impikan...tak boleh punye ayat...

impian dan plan aku nak ke fiesta buku alaf 21 pada hari sabtu lepas berjaya jugak....walaupun aku dan my hubby hampir-hampir kecewa kerana sesat barat kesesatan, namun semangat yang kuat dan tidak berputus asa, sampai jugalah kami ke fiesta tu walaupun sampai di sana lagi setengah jam nak tutup....


bila tiba di fiesta buku tu, aku rasa lost sangat....almaklum la aku dah lama tak membeli novel dan membaca novel...aku tak tahu sapa pengarang yang terkenal skrg dan novel mana yang latest dan best seller....giler punye lost...padahal dulu rasenya aku kenal la pengarang yang terkemuka...semenjak jadi student ni tiba-tiba jadi lost...nak wat camne sesuatu impian itu aku perlukan lakukan pengorbanan dalam kehidupan...

aku terpaksa bertanya dengan penjual di alaf 21 tu yang mana novel yang paling best dan pengarang yang bagus...nasib baiklah semuanya peramah2 dan memberi cadangan novel yang mana harus aku beli...aku beli 3 novel yang terkini dan terbagus...dan 3 buku ilmiah...setiap novel dan buku yang dijual ada 30% diskaun...

masa kami nak balik, skuad Suria FM datang menjengah ke fiesta buku tu...namun aku tak boleh nak join contest yang dijalankan coz aku memang jarang mendengar stesen radio tu....


aku dan my hubby bercadang nak gi makan ABC Frado di Food Court seksyen 2 Shah Alam...tapi sebelum tu aku dan my hubby solat Asar di Masjid Negeri Shah Alam...alhamdulilah dapat juga aku menjejak di masjid ni..walaupun dah banyak kali ke shah alam namun tidak pernah berpeluang ke sana...


selepas solat, aku pergi amik adik aku yang study di UiTM Shah Alam untuk join sekali makan di food court tu...alhamdulilah dapat gak makan ABC Frado yang marveles tu....

selepas tu aku ajak my hubby pergi ke pesta jualan gudang yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam....dah sekali harung ke shah alam, aku terus la pergi jalan-jalan ke bandar shah alam...tapi takde apa yang menarik kat pesta jualan gudang tu...mungkin aku takde benda yang nak dibeli...

aku pulang ke KL jam 9 malam dan melepak menonton perlawanan bola antara N9 dan Kelantan di rumah mak aku...sambil makan serdak kuih raya yang masih ada dengan nescafe tarik...memang layan....

lepas tu, aku dan my hubby pergi meneruskan misi berjalan-jalan ke bazar uptown di danau kota...punyela ramai manusia kat sini...macam kan siang...padahal masa tu jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam...biasalah malam minggu pastu awal bulan plak tu...

aku dah tahu kat mana nak terjah beg tangan replica coach...memang cantik2 la....walaupun bukan original tapi dah tu je yang aku mampu, layan kan jelah...asalkan coach...huhuhu...tengokla camne next month aku nak ke uptown ni lagi...memang best la macam-macam ada....

memang aku seronok sangat berjalan-jalan sepetang di bandar Shah Alam dan uptown Danau Kota...dapat la aku membeli apa yang aku impikan...nati aku gi jalan-jalan lagi dengan hubby tersayang...tapi masa tu aku nak gi bercuti luar KL coz dah lama sangat tak gi bercuti...insya'allah masa cuti semester break nati...hope plan ini akan berjaya insya'allah...

29 October 2010

589 : jom terjah....


esok aku nak sangat gi terjah ke Fiesta Buku Anjuran Grup Buku Krangkraf di Shah Alam yang berlangsung dari hari ini hingga Ahad nanti...tapi tak tau la my hubby nak ke tidak...

dah lama aku tak beli novel sejak aku bergelar student...almaklumla kesibukan dengan keja dan buku-buku study pun aku tak baca...bila nak exam je baru nak buka buku....tapi kalu novel aku sanggup tak tido semata-mata nak abis kan satu buku....yang herannya tu bile baca buku study tak sampai 15 minit mata ni akan terus nak tertutup je...kalu novel mata ni segar bugar sungguh...penangan novel yang bisa melalaikan membuatkan hati tak sabar-sabar nak tahu kesudahan ceta tersebut....

moga-moga my hubby nak la gi ke Shah Alam esok...huhuhu....jom kekawan kita terjah sesama....