Terima Kasih Sahabat

30 January 2010

437 : keliru sudah...


Nokia E71 Nokia E72


kekadang aku sendiri dengan diri aku sendiri....terutama kalu nak beli barang...yelah kekadang aku rasa diri aku ni pelik, cerewet dan berkira sangat kalu nak beli sesuatu barang tu....kesian kat my hubby...coz selalu nye kalau aku nak beli something barang aku ajak my hubby gi survey harga kat banyak tempat...aku takkan beli barang tu terus...sekurang2nya aku akan buat perbandingan barang, kualiti dan macam2 lagi...

mungkin aku ini kedekut sangat kot nak beli barang kot...yelah bukan senang nak kumpul duit tambahan plak aku in jenis yang pakai sesuatu barang tu akan lama angkat bakul sendiri plak ....tambahan plak kekadang tu aku akan fikir betul2 jika nak beli barang tu...betul2 penting ke atau sebaliknye...ye la duit tu kekadang bila kita beli barang je, masa tu juga ada je kegunaan duit untuk perkara kecemasan lain...tu yang aku kena fikir masak2 tu...

sekarang aku tengah berfikir, mensurvey harga, spesifikasi handphone...aku nak beli handphone nokia E71...aku dah jatuh cinta dengan handphone ni masa mula2 keluaran nya pada tahun 2008 tak salah aku...masa tu aku nampak kawan kat opis yang pakai...aku nampak sangat cantik dan elegan gitu...

mungkin handphone tu salah satu my wishing list untuk tahun ini...kononnye!!!
semalam aku mengajak my hubby gi survey harga handphone di carrefour...sebelum tu aku dah tanya beberapa orang kawan tentang harga pasaran skrg, tempat nak beli dan spesifikasi yang ada di dalam handphone tu serta perbandingan dengan handphone lain...

aku gi malam tadi untuk surve harga...majoriti range harganye memang tak lari dari kawan aku katakan...tapi yang menjadi kekeliruan bagi aku skunk ini either nak ambil Nokia E71 atau E72...perbezaan harga dalam RM 300...E71 dan E72 ni sama je dari segi saiz dan spesifikasinye tapi bezanya dari memory card di dalam handphone, cameranye lebih cantik lagi dan keypad sensor untuk surf internet...tu yang buat aku keliru sangat....

tapi kalu ikut rega macam banyak gak la perbezaan dia...cuma beza 3 je yang dari segi kecanggihannya dari E71....adohai!!!pening kepala aku skunk ini....kesian kat my hubby kena melayan isteri dia yang dalam kekeliruan dan kecerewatan....

aku rasa aku perlu fikir secara mendalam lagi...apa yang perlu aku amik...coz aku ini agak kedekut gak nak kuar kan duit tapi spesifikasi nya yang lebih....

Ya Allah moga aku diberikan petunjuk....moga aku akan mendapat hidayah handphone mana yang akan aku beli...lagi lama la aku nak fikir cam gini...ntah2 akan beli lagi 3 atau 4 bulan lagi....itu la aku....

28 January 2010

436 : layan...


alhamdulilah apa yang aku rancang dengan my hubby semalam berjaya juga ditunaikan...aku pergi menonton wayang ceta 'Adnan Sempit'....memang layan la ceta ni tambah lagi di kala hati aku yang memang sedang lara ini...

sebenarnya ada 3 pilihan dilem yang aku dan my hubby nak tonton...either adnan sempit, avatar ceta dah lama baru nak nengok dan legion....aku telah memujuk my hubby untuk menonton adnan sempit coz aku kata aku nak gelak...aku nak release tensen....aku tak nak nengok ceta yang memerlukan pemikiran...nasib baik my hubby faham my situasi....

memang relase gak la tensen aku yang berserabut di kepala ni....memang layan la lawak yang dibuat oleh shaheizy sam, along raja lawak dan cat farish tu....jalan ceta yang selamba dan tidak memenatkan kepala untuk berfikir....

walaupun jalan cetanya simple dan macam lebih kurang ceta yang penah dipertontonkan sebelum ini, namun mereka yang melihat ceta ini terhibur dengan lawak yang selamba dan lagu yang memang sesuai je dengan situasi ceta tu...yang paling aku layan bile si adnan ni bercakap dalam broken english...memang betul2 punye broken english la tapi dia cuba untuk bercakap....

yang pastinye aku hepi nengok ceta ni...

"dimana ada kemahuan di situ ada highway"

27 January 2010

435 :

mood aku ke opis minggu ni memang takde...memang hilang langsung...aku tak tahu ke mana hilangnye namun memang aku takde perasaan nak buat kerja...

yang pastinye memang aku datang keja minggu ni hanya surf internet, hanya wat keja yang senang saje...malas nak buat keja yang melibatkan komitmen sepenuhnya...aku tahu aku berdosa dapat gaji buta saje atau rezki yang kureng menyenangkan namun hati, perasaan dan fikiran aku masih sakit...

aku rase nak amik cuti dan rehat sepenuhnye di rumah....malas nak fikirkan pasal keja coz sememangnya semangat nak wat keja memang takde langsung...aku datang keja hanya badan saje yang datang namun fikiran dan hati tiada di sini.... tersenyum hanya di bibir sahaja namun dalam hati sakitnye bila mengingat setiap bait-bait kata tersebut....

aku memang2 down sesangat...aku tak penah rase sebegini semenjak aku bekerja hampir 5 tahun...bukan aku sengaja nak buat begini tapi entahla...sukar untuk ditafsirkan dan nak diluahkan...hanya diri aku saje yang faham diri aku....my hubby soh buat macam biasa namun sukar untuk dibuat....bukan senang bila semangat dah hilang kita nak kembalikan semangat itu....

aku perlukan semangat baru...namun aku tak tahu dari mana aku nak perolehinya...aku rase kecewa sangat...nasib baikla aku sedang cuti study kalu tidak, aku tak bayangkan bagaimana aku menghadapi situasi begini....

aku perlu bercerita untuk meluahkan namun aku tak tahu sapa yang sudi untuk mendengarnya....

26 January 2010

434 : hepi besday hafiz...


selamat hari lahir muhamad hafizuddin a.s alzahari ke 8 tahun....
moga hafiz akan dipanjangkan usia...
moga hafiz akan menjadi sorang anak yang soleh, mendengar kata mak dan ayah...
moga hafiz akan menjadi abang yang menjadi contoh pada hakim dan nisa....
moga hafiz menjadi cucu yang mendengar kata opah dan atuk...
moga hafiz menjadi anak buah yang terbaik....

yong sayangkan hafiz....tak sangka hafiz dah besar berusia 8 tahun....rase baru je yong mendodoikan hafiz tidur, bawa hafiz gi jalan2....rase macam tak sangka yang hafiz dah berusia 8 tahun dan dah sekolah darjah 2 sekarang ni...cepat sungguh masa berlalu.....dulu yong yang jaga hafiz dari baby hingga 2 tahun....hafiz antara anak buah yang paling rapat sangat dengan yong....


hepi besday sayang....

433 :

˙˙˙nʞɐ uɐɹıʞıɟ uɐp ıʇɐɥ uɐʞɐdɯɐɥƃuǝɯ ʇɐɯɐ ƃuɐɯǝɯ ıɥǝloɹǝd nʞɐ ƃuɐʎ uɐıɐlıuǝd unɯɐu˙˙nʞɐ ɐpɐd uɐʞıɹǝqıp ƃuɐʎ qɐʍɐɾƃunƃƃuɐʇ ɐlɐƃǝs ʇɐnq ɥɐp nʞɐ

˙˙˙nʞɐ ɐpɐd ıɹǝqıp ƃuɐʎ ʞǝɾoɹd/ɐɾǝʞ ɐnɯǝs ɐpɐd ıƃƃuıʇ ƃuɐʎ uǝɯʇıɯoʞ ıɹǝq ɥɐp nʞɐ zoɔ nʇ ɐɾɹǝʞ pooɯ uɐʞılɐqɯǝʞ ʞnʇun ɹɐʞns˙˙˙˙ƃuɐlıɥ ɥɐp ƃuɐɯǝɯ ɐɾǝʞ ʇɐnq ʞɐu pooɯ

˙˙˙ɐɯıɹǝʇ ɐuǝʞ nʞɐ ıdɐʇ˙˙˙ʇɐƃuɐs ɐʞƃuɐs ʞɐʇ nʞɐ ƃʎ uɐıɐlıuǝd ıɹǝqɯǝɯ ƃuɐɹo nɥɐʇ ʇɐdɐp nʞɐ ɐlıqɐdɐ nɐlıq nɐɔɐʞ ɥnƃƃuns nʞɐ uɐɹıʞıɟ˙˙˙ıu ƃɹʞs pooɯ ou ɥɐƃuǝʇ nʞɐ

25 January 2010

432 :



no mood untuk buat keja...
mood aku untuk buat kerja betul-betul down sesangat...


semangat keja sudah hilang diterbangkan oleh angin lalu...tak tahu la sampai bile ianya akan jadi cam ni....bukan senang untuk kembalikan semangat keja ini setelah dirampas dengan begitu mudah....

23 January 2010

431 :

aku tak pandai menilai dan aku tak pernah menilai orang....dan aku juga seboleh-bolehnya tidak mahu menilai orang...aku memang langsung tidak pandai menilai orang pun even orang tu rapat dengan aku pun....aku hanya pandai menilai orang dari segi penilaian aku sendiri dan aku tidak pernah memberi markah pada orang tersebut....

aku menilai orang dari segi perangai, perbuatan, sikap dan tingkah laku orang tu dari segi aku berkawan dengan mereka...aku tak pernah menilai orang lebih dari tu dan aku takkan memberi markah bersuara dengan orang itu...biarlah hanya tersimpan di dalam hati aku sendiri...macamane perangai orang tu pada aku pun aku akan tetap berkawan dengan mereka...kita ini manusia bukannya sempurna kecuali Allah s.w.t....

semua orang akan tidak akan berpuas hati jika orang lain menilai mereka dari perspektif yang berbeza dari yang disangka kan...

namun itu yang berlaku jika kita kerja dalam sektor awam...setiap tahun semua kakitangan awam akan dinilai kerja mereka berdasarkan pelbagai perspektif....dari segi kerjasama, kreativiti, inovatif, dan pelbagai aspek lagi...akan dinilai oleh 2 orang iaitu PPP dan PPK...dan orang yang dinilai dipanggil PYD....sekurang2nya PYD itu perlu bekerja di bawah PPP dan PPK tu selama 6 bulan....selalunya daripada penilaian SKT ini la akan melayakkan seseorang itu mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)...kena dapat sekurang-kurangnya 90 markah ke atas...tak salah aku la...

tahun 2009 adalah tahun kelima aku dinilai....yang pastinye prestasi kerja aku memang teruk sangat agaknya tidak melayakkan aku untuk mendapatkan APC siap nak berangan lagi kerana ada beberapa projek yang tidak berjaya dan mungkin kerjasama yang aku berikan kurang dari yang diperlukan...aku sedar diri dan tahu prestasi kerja aku...tapi yang pastinye projek yang tidak berjaya tu kekadang tu bukan disebabkan kita pun tapi disebabkan pelbagai faktor lain...

yang pastinye bila masa nak dinilai saje confirm perasaan aku tidak begitu bagus sangat....ye la masa tu la perasaan kita untuk bekerja untuk tahun hadapan seperti down sikit la...rase cam apa yang kita buat untuk tahun tu rase cam teruk sangat je...

ntahla yang pasti aku perlu pasrah dan tawakal saje dengan markah yang aku perolehi...namun aku bersyukur kerana pekerjaan ini memberi aku rezki untuk aku meneruskan hidup ini...alhamdulilah...semoga aku akan dapat memberi komitmen pada kekawan aku dalam kerja yang aku lakukan ini...dan moga aku akan kreatif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu idea itu....

21 January 2010

430 : suara rindu

dah dua hari aku hanya melayan lagu OST Cinta Balqis iaitu suara rindu nyanyian Azad Jazmin...memang layan la lagu ni....

aku memang dalam kerinduan ketika ini..aku rindukan seseorang yang hampir 5 tahun aku tak jumpa iaitu cikgu kesayangan aku....cikgu faridah said....aku last jumpa beliau pada hari perkahwinan aku....

aku dah lost contact dengan cikgu aku ini....no phone dia dah no service...aku tak tau di mana dia mengajar dan rumah dia....buntu aku nak mencari dia...cikgu faridah ni dah banyak berjasa pada aku....cikgu ini aku dah anggap macam mak dan kakak aku sendiri....aku rindu sehingga termimpi-mimpi dengan dia....

aku nak sangat jumpa beliau...hope Allah permudahkan pertemuan aku dan pencarian aku akan berhasil...aku nak cuba mencarinye di sekolah lama dulu....aku akan cuba sebaik mungkin....aku berdoa moga cikgu faridah dan family nya sentiasa dirahmati oleh Allah...


Lirik lagu Suara Rindu – Azad Jazmin (OST Cinta Balqis)

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

19 January 2010

429 :

pagi-pagi lagi aku dah hilang mood...susah kan bila orang yang berlagak jadi boss ni...

tapi aku juga gembire pagi ini kerana menumpang ceta gembire kawan blogger dan YM aku...kawan aku ni dah jatuh cinta dan dalam kerinduan gitu...kalu aku tak dengar ceta kawan aku ini, confirm mood kurang baik aku ini akan berlarutan....dah la semalam seharian aku takde mood....

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuh kehidupan ini...aku doakan moga kawan blog aku ini akan dipermudahkan dalam membuat keputusan di dalam kehidupannya...semoga beliau menerima jodohnya dalam masa terdekat ini...insya'allah...

18 January 2010

428 :

aku tengah sakit hati sesangat...dah la sememangnya mood aku tak bape baik hari ini...sejak dari semalam...ini lagi menambah kan lagi rase tekanan dan sakit ati aku ini...

aku tahu la yang awak tu boss...tapi jangan disebabkan salah orang lain dan sakit dengan orang lain, orang lain yang jadi 'mangsa'...semua orang nak buat kerja tu perfect tapi kita ni kekadang manusia ada juga kekurangannya dan masalahnya...

hope aku dapat la bersabar dengan pelbagai karenah manusia ini...

427 : BIT 9 KL


ni la kekawan study aku di UKM KL....kami ni daripada group BIT 9 KL....yang perempuan hanya 8 orang saja dan lelaki terdiri daripada 25 orang...kami ini berkumpul di UKM Bangi untuk buat pembentangan projek kumpulan pada 16 Januari lalu....tapi dalam pict ada sekumpulan yang takde kerana mereka akan present pada 18 Januari....

alhamdulilah aku mendapat kekawan yang baik, sepakat dan mudah meminta tolong dikala kesusahan terutama di dalam pelajaran....aku ingat lagi masa exam yang lepas, kami berkampung selama seminggu untuk belajar subjek compiler yang majoritinya tak faham...ada 2 orang pelajar yang faham sbujek ini dan menjadi guru kepada kami semua...alhamdulilah dengan tunjuk ajar dan bantuan yang diberi oleh mereka, kami dapat la juga menjawab soklan exam compiler tu walaupun bukan 100% yang faham...daripada antar kertas kosong kan baik ada yang bertulis sikit....target aku untuk subjek compiler ni hanya lulus sahaja pun dah alhamdulilah...

yang ini adalah group budak perempuan dalam kelas aku...cuma ada sorang saje yang takde dalam group ini iaitu kak ct rodziah...alhamdulilah aku dapat kekawan perempuan yang sporting, sekepala dan senang untuk berceta bila ada masalah...kalu ikutkan aku ada 3 orang kakak dalam kelas ini iaitu kak ila, kak ct meriam dan kak ct rodziah...aku ini kire antara kakak yang tengah la...coz aku ada 4 orang kawan yang muda dan dipanggil adik lagi iaitu dorisya, dolrina, wanie dan ina...


ini plak gambar yang diambil masa makan nasi briyani di restoran anje nasi briyani di bangi...masa ini lepas kami dah buat presentation memang kami dah janji makan di sini....coz jarang kami dapat makan bersama selepas kelas...almaklumla kelas kami selalu malam...confirm lepas kelas balik terus la terutama yang perempuan la...yang lelaki ada je diorang berkumpul untuk tengok bola...majoriti kekawan lelaki aku ini peminat bola sepak...ada yang sanggup ponteng kelas semata-mata nak tengok bola di stadium...

lepas ni kami akan bercuti semester dalam masa 6 minggu....ada yang akan bercuti ke bali, ke kelang dan macam2 aktiviti yang diorang rancang....masa bercuti semester ni juga ada yang akan naik pelamin dan tunangan orang...selamat pengantin baru ali dan pasangan yang akan mengakhiri zaman bujangnya pada 30 Januari 2010 ini....dan sorang lagi akan menjadi tunangan orang iait khairi pada 13 Feb 2010 ini...semoga kalian akan bergembire dan ceria di hari bahagia kalian....

insya'allah aku juga ada perancangan masa cuti ini...aku nak ke cameron highland bersama dengan my hubby dan kekawan opis...dan dalam masa yang sama aku akan mengambil exam PTK bulan febuari ini...aku kena study untuk PTK ini coz dah second time aku mengambilnya...satu paper yang aku tak lulus lagi iaitu paper generik ataupun nama dulunya paper umum...kali ini punye exam PTK dah berformat baru...ada ujian penilaian pemahaman dan ujian temuduga...aku rase lagi mencabar nak menjawab...hope aku dapatla menjawab soalan2 umum ini....insya'allah...

16 January 2010

426 : lega

alhamdulilah akhirnya segala penderitaan yang berperang dalam kepala hotak ini dah abis....pembentangan aku dan bersama ahli kumpulan berjalan dengan lancar walaupun ada juga kekurangan tapi kami menerima dengan hati yang terbuka...

nasib baik la examiner kami tu tak banyak songeh sangat...examiner kami iatu Dr. Nazlia cepat memahami objektif sistem kami....alhamdulilah dia tak banyak tanya just bagi pendapat untuk penambahbaikan untuk next time....ada 2 saje yang dia minta untuk improvement....

lepas ni aku akan bercuti selama sebulan sebelum bermulanya semester baru....aku nak gi bercuti dengan my hubby dan kekawan setelah hampir setahun tidak bercuti....aku nak nak buat segala aktiviti yang sukar untuk dibuat semasa ada kuliah malam.....

hanya padaMu Ya Allah aku berserah segalanya....takut juga nak mendapat markah untuk exam semester ini....

lepas ni kami ramai-ramai (rakan sekelas) nak gi open table untuk makan nasi briyani terkenal di bangi...kononnye untuk meraikan abisnya seksaan semester ini....

15 January 2010

425 : keterujaan

hari rabu lepas aku naik lrt putra dari masjid jamek ke kerinchi...aku rasa bersyukur sangat coz akhirnya dapat gak naik lrt putra 4 koc yang baru tu....pergi dan balik plak tu aku dapat naik...macam teruja sangat bila koc yang panjang macam ular tu sampai...

bila masuk dalam koc memang rase lain sangat dengan koc yang lama...dengan aircond yang nyaman, selesa dan luas la siap boleh bukak tingkap udara bila berlaku kecemasan...tak macam koc yang lama kalu tersekat confirm rasa panas dan berkuap.....memang patut la penaiktarafan terhadap koc2 ini dilakukan oleh pihak rapid kl...

coz walaupun koc tu panjang dan byk kemudahan kerusi namun masih ada juga yang berdiri..ini menunjukkan betapa ramai yang menggunakan perkhidmatan lrt putra ini....cepat, pantas dan mudah berhubung ke mana saja...

tahniah diucapkan kepada rapid kl dengan pembaharuan dan penaiktaran yang dilakukan...

esok adalah hari penentuan bagi aku dan ahli group yang lain untuk membentangkan projek kumpulan..semoga semuanye berjalan dengan lancar...insya'allah...semoga system berjalan dengan sukses dan kami semua tenang dalam melakukan pembentangan...

13 January 2010

424 :

segala apa yang dirancang semalam lebur cam gitu je....ingatkan dapatla tunjukkan sistem yang kami buat pada penyelia...tapi rupanya tersalah info....penyelia kami tunggu di pkp bangi, yang kami plak tunggu dia di pkp kl...

kalu tak tunjuk system ini nanti susah plak masa hari pembentangan hari sabtu ini....takde sapa nak back up kami jika ramai banyak persoalan yang diutarakan....

kami semuanye buntu...nak tunjuk salah tak tunjuk salah...coz esok ada pembentangan lain plak...cuma tinggal hari ini sahaja untuk pergi jumpa penyelia...

kata putus telah diambil...pas kerja hari ni kami semua perlu ke bangi juga untuk jumpa dengan penyelia....hope dia akan free la....dan tidak banyak perubahan yang perlu dilakukan...tapi kalau sebaliknya berlaku, memang kami hanya boleh tunjukkan pada beliau sebelum hari pembentangan sahaja la...

Ya Allah semoga segala urusan dipermudahkan....

12 January 2010

423 : tak tahu yang mana satu

aku keliru ketika ini...keliru nak buat dan selesaikan kerja yang mana satu...semuanye ada date line...semuanya nak cepat dan segera...tak terkejar rasenya...semuanye kena buat preparation awal untuk mendapat penilaian markah atas segala apa yang kita lakukan...

kedua-dua penilaian ini untuk masa hadapan aku...dalam kerja dan study...aku perlukan menyiapkan semua laporan sebelum dinilai....Ya Allah semoga aku dapat melakukannya dengan teliti, sempurna, dan mengikut masa yang ditetapkan...

semoga semuanya berjalan dengan lancar....aku perlu menyiapkan laporan LNPT untuk menilai kerja aku selama setahun tahun 2009 yang perlu dihantar pada 25 Januari 2010 yang telah siap dinilai oleh penilai...padahal aku dah lupa apa kerja yang dah aku lakukan dari Januari hingga Disember 2009 terutama yang awal2 tahun 2009...dah la skunk ni kepala dah set untuk projek 2010...pening kepala...

lagi satu aku perlu menyiapkan laporan pembentangan projek kumpulan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini...malam ini laporan tersebut aku perlu serahkan pada penyelia aku...nasib baiklah aku dan kekawan dah siapkan sebelum ini cuba perlu buat semakan terakhir sebelum dibinding...alhamdulilah aku dapat kawan yang sekepala dan faham kesibukan kerja masing-masing....thanks kak ct, ejat, khairi dan firdaus....

Ya Allah semoga aku dipermudahkan untuk segalanya...berikan aku ketenangan dalam menyiapkan semua laporan ini...semua masa depan aku terletak di atas semua laporan yang aku siapkan ini....semoga pembentangan sabtu ini akan berjalan dengan lancar...insya'allah...

11 January 2010

422 :

anda berpuashati dengan result AJL 24 semalam???
aku macam tidak berpuas hati la tapi dah keputusan jurinye cam gitu...kenalah terima gak...kita sebagai penonton hanya boleh memberi pendapat sendiri...kesian kat my hubby coz mendengar ketidakpuasaan hati aku dengan keputusan semalam....

macam2 yang akan berlaku di dalam kehidupan ini....orang yang dijangka kan menang tidak semestinye akan menang kan....

tapi aku berpuas hati dengan persembahan kumpulan search semalam....memang layan rock kapak semalam...dan aku suka tengok 3 orang pengacara yang best gitu....

10 January 2010

421 : aku rindu

semua kekawan ada kawan baik atau best friend forever (FBB) kan....aku rindu sangat sorang my best friend ini...hampir 16 tahun aku tidak bertemu....aku rasa lepas SPM sehingga kini aku tak penah kuar sama...hanya berkesempatan berjumpa masa hari perkahwinan aku 5 tahun lepas...

aku kecewa sangat dengan my best friend ni coz alasan dia kerana kesibukan masa dan kerja...semua orang bz dengan kerja dan masing2 ada komitmen...tapi bukannya aku nak kuar dengan satu hari just cukup 2 atau 3 jam sahaja....

tapi aku selalu sms dia untuk bertanya kabar..insya'allah aku tidak pernah lupa wish setiap besday dia menjelang...sehingga dia penah sms gan aku "hanya kau sorang saje tak penah lupa besday aku dan wish kat aku"....tu sahaja yang aku mampu buat sebagai sorang kawan untuk mengingati....

ako mohon sangat agar aku akan dapat berjumpa dengan beliau walaupun untuk seketika....

08 January 2010

420 :

alhamdulilah akhirnya abis jua penderitaan exam yang aku hadapi untuk semester ini....semester yang penuh dengan cabaran, pahit dan getir....

namun ada satu lagi bebanan yang masih belum hilang dan lega dari fikiran ini...iaitu pembentangan projek kumpulan yang dijadualkan pada 16 januari 2010...aku takut je sistem yang kami buat ini last2 minute ada error atau tak boleh nak jalan....menyeramkan la...coz pada hari tersebut semua penyelia projek kumpulan akan melihat sistem yang kami bangunkan dan akan memberi markah....

Ya Allah semoga permudahkan urusan kami....exam semalam insya'allah berjalan dengan lancar...walaupun soalan objektif tu memang totally aku tembak....namun soalan subjektifnya insya'allah aku boleh buat....soalan yang aku support keluar la..alhamdulilah namun berserah segalanya pada Allah...Dia yang Maha Mengetahui segalanya....

07 January 2010

419 : Jco




hari tu kami dijamu dibelanja lagi dengan Jco Donut...memang layan la makan Jco donut ini...memang sedap dan marvelous....

agak susah nak mencari Jco ini kat KL...yang aku tau yang paling dekat ada di Pavillion...antara Dunkin Donut, Big Apple dan Jco memang sedang bersaing hebat agaknya...

hari ini aku akan menghadapi berperang untuk paper final yang terakhir untuk semester ini...hope aku boleh la menjawab exam ini dengan hati yang tenang...aku masih trauma dengan paper compiler...lepas exam ini plak akan ada 2 presentation yang akan menanti...memang menyeramkan juga dengan presentation ini terutama presentation projek kumpulan....takut tak boleh nak explain pasal sistem yang kami buat ini...yelah cemas dan gabra kan...takut jadi melalut plak...dah la membawa markah penting bagi kami...semoga berjalan dengan lancar...

lepas semuanya selesai aku nak ajak my hubby gi bercuti...nak sambut annivesary dan nak tenangkan fikiran aku...aku bercuti dalam masa sebulan je...pastu sambung balik study pada akhir bulan Februari...

06 January 2010

418 : sambutan besday

irsyad iskandar irsham...besday boy yg cute, comey...


kek besday yang sedap...


hari ahad hari tu aku dan hubby pergi meraikan sambutan besday anak buah my hubby yang baru satu tahun...besday birthday boy ini sepatutnya pada 2 Jan tapi disebabkan mak bapak nye keja hari sabtu telah diubah tarikhnya...

family yang bahagia...

sambutan hanya dikalangan family saje...MIL aku masak laksa, karipap dan ada kek sebiji...tak sangka anak buah aku ini iatu irsyad iskandar ni dah setahun rupanya...aku rase macam baru je aku pegang dia masa baby....memang cepat sungguh masa berlalu...

irsyad ini dah pandai berjalan tapi lesen L la yang kesiannya sebatang gigi pun belum tumbuh lagi...mak dia pun tak tahu kenapa lambat sangat tumbuh gigi...nak makan pun hanya telan aje...

irsyad ini kulitnya putih semacam...macam putih susu aku tengok...ada lesung pipit kiri dan kanan...memang cute je nengok anak buah aku ini....tahun ini irsyad akan ada jadi abang ke 2 coz mamanya peknen lagi....moga irsyad akan jadi anak yang solehah insya'allah...

05 January 2010

417 : no mood

aku hilang mood hari ini....rase nak marah aje yang ada skrg ini...aku tak boleh nak hilangkan rase mood marah cam gini...

yang pasti bagi elakkan orang kena sembur dengan aku, aku perlu banyak beristigfar....moga takde sesapa la kena tempias dengan aku...

04 January 2010

416 : hari baru sinar baru

hari ini hari baru untuk tahun baru...hari permulaan kerja dan persekolahan bagi tahun ini...semuanya pagi2 dah bangun coz takut terperangkap dalam jem....aku dan hubby juga keluar awal takut tersekat....tadi aku lalui jalan setiawangsa jam 6.45 pagi dah banyak kereta...selalunye lalu pukul 7.00 pagi pun masih lenggang...memang ketara betul jika hari bersekolah atau tidak....

pagi ini hujan dalam pukul 2.00 pagi tak salah aku la...hujan rahmat agaknya...yelah nak bagi kesegaran dan semangat untuk permulaan pekerjaan dan persekolahan....

adakah aku keterujaan untuk memulakan kerja di tahun baru ini???aku bertafakur sebentar untuk menjawab persoalan yang timbul dibenak fikiran ku ini....

aku berharap sangat moga tahun 2010 akan memberi sinar yang baru dalam aku menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam....aku perlukan lakukan dengan semangat yang waja iaitu semangat satu gagasan iaitu 1Malaysia....insya'allah aku perlu lakukan juga...

yang pastinye aku perlu pupuk semangat untuk bekerja hari ni...biasalah kan hari Isnin....dah la cuti 3 hari....mata ini mengantuk je...dah rase kemalasan sudah ada sebenarnya...macam mana la nak bersemangat waja dah ada rase kemalasan di hati...apa la nak jadi kat aku ini....

03 January 2010

415 : aktiviti hari ke 2 2010








semalam aku dan hubby pergi menghadiri kenduri kawin anak jiran aku di gombak....yang pastinye aku perlu memandu kereta dari setiawangsa ke gombak atas nasihat my hubby untuk memantapkan keyakinan aku dalam pemanduan....alhamdulilah walaupun hati aku masih berdebar2 aku kuatkan jua semangat...kau tidak sampai bila aku nak memandu kan...aku berani kan diri ini...insya'allah aku mampu lakukan...

aku nak ceta kenduri kawin yang aku hadiri ini...pengantin perempuan nye berusia 17 tahun (betul2 baru abis SPM) dan pengantin lelakinya plak berumur 19 tahun...bak kata suami aku pengantinnya macam budak2 je...macam bebudak main kawin2 je aku tengok...kalu dah jodoh memang tak boleh nak dihalang dan disekat...pengantin perempuan ni ada 3 orang kakak yang masih belum berkahwin...kami jiran2 ini hanya mampu berdoa agar rumahtangga yang dibina oleh mereka ini akan bahagia selamanya...jangan la ada penceraian kerana umur mereka terlalu muda sangat untuk menempuh alam rumah tangga...

balik dari kenduri kawin, my hubby ajak aku gi taman tasik titiwangsa untuk memantapkan lagi skill pemanduan...my hubby soh aku memandu untuk berasa pengalaman sendiri...aku bawa sekali 2 orang adik perempuan...kesian kat anak2 buah aku kena tinggal...nanti yong bawa semuanya gi jalan2 apabila skill pemanduan yong dah bagus dan tanpa pemerhatian dari uncle lagi...bukannya tak nak bawa diorang tadi tapi my hubby takut aku tak boleh nak concentrate untuk memandu nanti....orang baru belajar katanya...

sampai titiwangsa my hubby dan adik perempuan aku ajak naik macam sampan tu (aku tak tau apa nama permainan ni)...yang pastinye kena kayuh pakai kaki...yang lawaknya kami bertiga pakai baju kurung memang susah la nak mengayuh pedal kaki tu...aku bernasib baik coz my hubby yang mengayuh benda tu...aku just rilek je....

memang best naik benda ni...yelah menikmati pemandangan taman tasik titiwangsa dari tengah tasik....tapi yang tak bestnye masa tu dah hujan renyai-renyai...aku takut hujan lebat je, yelah kitorang berada di tengah tasik, takut something yang tak elok berlaku...kami hanya mengayuh benda tu dalam masa 15 minit...tu pun dah tak larat...

nanti aku dan my hubby akan datang lagi ke taman tasik titiwangsa ni coz macam2 riadah yang boleh kita lakukan...tapi semua tu akan dilakukan masa aku bercuti sem nanti...walaupun tempat study aku di sini tapi bukannya datang utk lepak2 tapi untuk belajar... tanggungjawab sebagai pelajar perlu diutamakan untuk menjamin masa hadapan yang gemilang....

414 : selamat ulangtahun

selamat ulangtahun kepada ayah ku yang tercinta...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezki...
semoga kehidupan ayahku akan ceria, bahagia dan bersinar di samping isteri, anak2 dan cucu2 tersayang...
moga ayahku akan senantiasa sihat, cergas dan bersemangat...

semoga aku dapat membalas segala jasa2 yang telah kau taburkan pada ku sejak aku dari kecil sehingga kini...
semoga aku dapat menjadi anak yang mithali dan solehah untuk mu...
aku ingin melihat kau bahagia, gembire dan ceria selalu...
aku tidak sanggup melihat kau berduka, dalam kesakitan, kepedihan, kesusahan dan kesulitan...
aku ingin berbakti pada mu sehingga ke akhir hayat mu....insya'allah...

selamat hari lahir yang ke 63....

02 January 2010

413 : berjaya jua

alhamdulilah aku berjaya juga memberanikan diri untuk membawa kereta...itu pun atas paksaan desakan my hubby...kalu ikutkan malas nak kuar almaklumla cuti kan...nak dok rehat kat umah je yang paling best bila dapat tido memang nikmat sungguhla...penat bekerja dan study kan...mase cuti la masa rehat sepenuhnya...nak study pun malas...

memang seronok rupanye bila dah dapat bawa kereta ni...cuma nak membiasakan diri dengan kereta tersebut memang ambik masa...dulu dengan manual kan, kena biasakan dengan klac, gear, brek dan minyak...skunk ni hanya pakai sebelah kaki saje untuk minyak dan brek sahaja....

dulu aku fobia bila nak kuar simpang, traffic light, bukit atau ada keta kat depan yang slow...ye la nak kena tukar gear la plak...masa tu la confirm aku cuak takut kereta mati...tapi semalam aku memang hanya perlu tumpuan pada stereng, brek dan minyak walau dalam apa jua situasi...

petang semalam aku memandu dari setiawangsa ke wangsa maju ke jalan jelatek dan terus ke JJ Setiawangsa AU2....pergi shopping coz ada JCard Fiesta....memang best bila dapat memandu ini...

yang pastinye aku perlu banyak berlatih...aku perlu pandai mengimbangkan dengan pelbagai situasi jalan raya, pemandu kereta, lori, bas dan penunggang motor...tu tak masuk lagi dengan keadaan cuaca dan waktu malam...aku masih belum lagi berkempatan untuk memandu dalam keadaan tersebut...moga aku dapat melalui pelbagai pengalaman memandu ini...semoga semangat aku tidak luntur...aku perlukan semangat terutama dari my hubby...

thanks abang kerana banyak menegur, memberi nasihat memaksa memandu dan pelbagai pengalaman pada saya budak baru belajar....


01 January 2010

412 : hari pertama di tahun baru

sudah hampir 12 jam berada di tahun baru...rase macam takde apa2 yang menarik berlaku dalam kehidupan ini...kehidupan berjalan seperti biasa saje...cuma malam tadi tido lewat dari biasa...tengok sambutan tahun baru dan baru2 berjinak-jinak nak buka nota untuk last paper aku next week...

hari ini aku nak masak untuk my hubby...kesian kat my hubby jarang dapat makan masakan dari air tangan bini sendiri...aku cadang nak masak kari ikan, sambal udang, sambal belacan dan sayur....masak simple2 je almaklumla makan 2 orang je kan...

hari ini aku nak berlatih bawa keta kembali....almaklumla keta dah ditukar ke auto...semalam petang masa balik keja my hubby dah paksa aku bawa keta tu....memang cuak giler la...coz aku memang takut kat bukit + traffic light....takut keta mengundur la katakan...tapi bila dah tukar ke auto keta takkan mati dan mengundur rupanye...just tekan minyak je...macam best la plak...wat pertama kalinye juga aku memarkingkan keta aku sendiri dengan bantuan my hubby setelah memperolehi lesen hampir 3 tahun...macam lawak pun ada....aku kena tanamkan semangat keyakinan yang kuat...kalu tak memang confirm la tak boleh nak bawa....no accuse lagi untuk bawa keta lepas ni...my hubby dah warning awal2...

insya'allah aku akan cuba bawa dan tanamkan semangat serta keberanian...