Terima Kasih Sahabat

02 January 2010

413 : berjaya jua

alhamdulilah aku berjaya juga memberanikan diri untuk membawa kereta...itu pun atas paksaan desakan my hubby...kalu ikutkan malas nak kuar almaklumla cuti kan...nak dok rehat kat umah je yang paling best bila dapat tido memang nikmat sungguhla...penat bekerja dan study kan...mase cuti la masa rehat sepenuhnya...nak study pun malas...

memang seronok rupanye bila dah dapat bawa kereta ni...cuma nak membiasakan diri dengan kereta tersebut memang ambik masa...dulu dengan manual kan, kena biasakan dengan klac, gear, brek dan minyak...skunk ni hanya pakai sebelah kaki saje untuk minyak dan brek sahaja....

dulu aku fobia bila nak kuar simpang, traffic light, bukit atau ada keta kat depan yang slow...ye la nak kena tukar gear la plak...masa tu la confirm aku cuak takut kereta mati...tapi semalam aku memang hanya perlu tumpuan pada stereng, brek dan minyak walau dalam apa jua situasi...

petang semalam aku memandu dari setiawangsa ke wangsa maju ke jalan jelatek dan terus ke JJ Setiawangsa AU2....pergi shopping coz ada JCard Fiesta....memang best bila dapat memandu ini...

yang pastinye aku perlu banyak berlatih...aku perlu pandai mengimbangkan dengan pelbagai situasi jalan raya, pemandu kereta, lori, bas dan penunggang motor...tu tak masuk lagi dengan keadaan cuaca dan waktu malam...aku masih belum lagi berkempatan untuk memandu dalam keadaan tersebut...moga aku dapat melalui pelbagai pengalaman memandu ini...semoga semangat aku tidak luntur...aku perlukan semangat terutama dari my hubby...

thanks abang kerana banyak menegur, memberi nasihat memaksa memandu dan pelbagai pengalaman pada saya budak baru belajar....


No comments: