Terima Kasih Sahabat

04 January 2010

416 : hari baru sinar baru

hari ini hari baru untuk tahun baru...hari permulaan kerja dan persekolahan bagi tahun ini...semuanya pagi2 dah bangun coz takut terperangkap dalam jem....aku dan hubby juga keluar awal takut tersekat....tadi aku lalui jalan setiawangsa jam 6.45 pagi dah banyak kereta...selalunye lalu pukul 7.00 pagi pun masih lenggang...memang ketara betul jika hari bersekolah atau tidak....

pagi ini hujan dalam pukul 2.00 pagi tak salah aku la...hujan rahmat agaknya...yelah nak bagi kesegaran dan semangat untuk permulaan pekerjaan dan persekolahan....

adakah aku keterujaan untuk memulakan kerja di tahun baru ini???aku bertafakur sebentar untuk menjawab persoalan yang timbul dibenak fikiran ku ini....

aku berharap sangat moga tahun 2010 akan memberi sinar yang baru dalam aku menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam....aku perlukan lakukan dengan semangat yang waja iaitu semangat satu gagasan iaitu 1Malaysia....insya'allah aku perlu lakukan juga...

yang pastinye aku perlu pupuk semangat untuk bekerja hari ni...biasalah kan hari Isnin....dah la cuti 3 hari....mata ini mengantuk je...dah rase kemalasan sudah ada sebenarnya...macam mana la nak bersemangat waja dah ada rase kemalasan di hati...apa la nak jadi kat aku ini....

No comments: