Terima Kasih Sahabat

12 January 2010

423 : tak tahu yang mana satu

aku keliru ketika ini...keliru nak buat dan selesaikan kerja yang mana satu...semuanye ada date line...semuanya nak cepat dan segera...tak terkejar rasenya...semuanye kena buat preparation awal untuk mendapat penilaian markah atas segala apa yang kita lakukan...

kedua-dua penilaian ini untuk masa hadapan aku...dalam kerja dan study...aku perlukan menyiapkan semua laporan sebelum dinilai....Ya Allah semoga aku dapat melakukannya dengan teliti, sempurna, dan mengikut masa yang ditetapkan...

semoga semuanya berjalan dengan lancar....aku perlu menyiapkan laporan LNPT untuk menilai kerja aku selama setahun tahun 2009 yang perlu dihantar pada 25 Januari 2010 yang telah siap dinilai oleh penilai...padahal aku dah lupa apa kerja yang dah aku lakukan dari Januari hingga Disember 2009 terutama yang awal2 tahun 2009...dah la skunk ni kepala dah set untuk projek 2010...pening kepala...

lagi satu aku perlu menyiapkan laporan pembentangan projek kumpulan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini...malam ini laporan tersebut aku perlu serahkan pada penyelia aku...nasib baiklah aku dan kekawan dah siapkan sebelum ini cuba perlu buat semakan terakhir sebelum dibinding...alhamdulilah aku dapat kawan yang sekepala dan faham kesibukan kerja masing-masing....thanks kak ct, ejat, khairi dan firdaus....

Ya Allah semoga aku dipermudahkan untuk segalanya...berikan aku ketenangan dalam menyiapkan semua laporan ini...semua masa depan aku terletak di atas semua laporan yang aku siapkan ini....semoga pembentangan sabtu ini akan berjalan dengan lancar...insya'allah...

2 comments:

Kapten Luffy said...

kesibukan tu senang jer diurus kalau ada plan teratur
:)

risanur said...

kapten luffy >>insya'allah risa akan mengatur plan tu...tq...