Terima Kasih Sahabat

18 January 2010

427 : BIT 9 KL


ni la kekawan study aku di UKM KL....kami ni daripada group BIT 9 KL....yang perempuan hanya 8 orang saja dan lelaki terdiri daripada 25 orang...kami ini berkumpul di UKM Bangi untuk buat pembentangan projek kumpulan pada 16 Januari lalu....tapi dalam pict ada sekumpulan yang takde kerana mereka akan present pada 18 Januari....

alhamdulilah aku mendapat kekawan yang baik, sepakat dan mudah meminta tolong dikala kesusahan terutama di dalam pelajaran....aku ingat lagi masa exam yang lepas, kami berkampung selama seminggu untuk belajar subjek compiler yang majoritinya tak faham...ada 2 orang pelajar yang faham sbujek ini dan menjadi guru kepada kami semua...alhamdulilah dengan tunjuk ajar dan bantuan yang diberi oleh mereka, kami dapat la juga menjawab soklan exam compiler tu walaupun bukan 100% yang faham...daripada antar kertas kosong kan baik ada yang bertulis sikit....target aku untuk subjek compiler ni hanya lulus sahaja pun dah alhamdulilah...

yang ini adalah group budak perempuan dalam kelas aku...cuma ada sorang saje yang takde dalam group ini iaitu kak ct rodziah...alhamdulilah aku dapat kekawan perempuan yang sporting, sekepala dan senang untuk berceta bila ada masalah...kalu ikutkan aku ada 3 orang kakak dalam kelas ini iaitu kak ila, kak ct meriam dan kak ct rodziah...aku ini kire antara kakak yang tengah la...coz aku ada 4 orang kawan yang muda dan dipanggil adik lagi iaitu dorisya, dolrina, wanie dan ina...


ini plak gambar yang diambil masa makan nasi briyani di restoran anje nasi briyani di bangi...masa ini lepas kami dah buat presentation memang kami dah janji makan di sini....coz jarang kami dapat makan bersama selepas kelas...almaklumla kelas kami selalu malam...confirm lepas kelas balik terus la terutama yang perempuan la...yang lelaki ada je diorang berkumpul untuk tengok bola...majoriti kekawan lelaki aku ini peminat bola sepak...ada yang sanggup ponteng kelas semata-mata nak tengok bola di stadium...

lepas ni kami akan bercuti semester dalam masa 6 minggu....ada yang akan bercuti ke bali, ke kelang dan macam2 aktiviti yang diorang rancang....masa bercuti semester ni juga ada yang akan naik pelamin dan tunangan orang...selamat pengantin baru ali dan pasangan yang akan mengakhiri zaman bujangnya pada 30 Januari 2010 ini....dan sorang lagi akan menjadi tunangan orang iait khairi pada 13 Feb 2010 ini...semoga kalian akan bergembire dan ceria di hari bahagia kalian....

insya'allah aku juga ada perancangan masa cuti ini...aku nak ke cameron highland bersama dengan my hubby dan kekawan opis...dan dalam masa yang sama aku akan mengambil exam PTK bulan febuari ini...aku kena study untuk PTK ini coz dah second time aku mengambilnya...satu paper yang aku tak lulus lagi iaitu paper generik ataupun nama dulunya paper umum...kali ini punye exam PTK dah berformat baru...ada ujian penilaian pemahaman dan ujian temuduga...aku rase lagi mencabar nak menjawab...hope aku dapatla menjawab soalan2 umum ini....insya'allah...

2 comments:

pB said...

bila baca entry ni , teringat kak pB pada all the kengkawan masa sambung belajar hari tu ...

risanur said...

kak pB >> kenangan zaman study mmg sukar utk dilupakan :)