Terima Kasih Sahabat

23 January 2010

431 :

aku tak pandai menilai dan aku tak pernah menilai orang....dan aku juga seboleh-bolehnya tidak mahu menilai orang...aku memang langsung tidak pandai menilai orang pun even orang tu rapat dengan aku pun....aku hanya pandai menilai orang dari segi penilaian aku sendiri dan aku tidak pernah memberi markah pada orang tersebut....

aku menilai orang dari segi perangai, perbuatan, sikap dan tingkah laku orang tu dari segi aku berkawan dengan mereka...aku tak pernah menilai orang lebih dari tu dan aku takkan memberi markah bersuara dengan orang itu...biarlah hanya tersimpan di dalam hati aku sendiri...macamane perangai orang tu pada aku pun aku akan tetap berkawan dengan mereka...kita ini manusia bukannya sempurna kecuali Allah s.w.t....

semua orang akan tidak akan berpuas hati jika orang lain menilai mereka dari perspektif yang berbeza dari yang disangka kan...

namun itu yang berlaku jika kita kerja dalam sektor awam...setiap tahun semua kakitangan awam akan dinilai kerja mereka berdasarkan pelbagai perspektif....dari segi kerjasama, kreativiti, inovatif, dan pelbagai aspek lagi...akan dinilai oleh 2 orang iaitu PPP dan PPK...dan orang yang dinilai dipanggil PYD....sekurang2nya PYD itu perlu bekerja di bawah PPP dan PPK tu selama 6 bulan....selalunya daripada penilaian SKT ini la akan melayakkan seseorang itu mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)...kena dapat sekurang-kurangnya 90 markah ke atas...tak salah aku la...

tahun 2009 adalah tahun kelima aku dinilai....yang pastinye prestasi kerja aku memang teruk sangat agaknya tidak melayakkan aku untuk mendapatkan APC siap nak berangan lagi kerana ada beberapa projek yang tidak berjaya dan mungkin kerjasama yang aku berikan kurang dari yang diperlukan...aku sedar diri dan tahu prestasi kerja aku...tapi yang pastinye projek yang tidak berjaya tu kekadang tu bukan disebabkan kita pun tapi disebabkan pelbagai faktor lain...

yang pastinye bila masa nak dinilai saje confirm perasaan aku tidak begitu bagus sangat....ye la masa tu la perasaan kita untuk bekerja untuk tahun hadapan seperti down sikit la...rase cam apa yang kita buat untuk tahun tu rase cam teruk sangat je...

ntahla yang pasti aku perlu pasrah dan tawakal saje dengan markah yang aku perolehi...namun aku bersyukur kerana pekerjaan ini memberi aku rezki untuk aku meneruskan hidup ini...alhamdulilah...semoga aku akan dapat memberi komitmen pada kekawan aku dalam kerja yang aku lakukan ini...dan moga aku akan kreatif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu idea itu....

1 comment:

Anonymous said...

[color=#fefefe]Артисты на праздник [url=http://dejavu-group.ru/artist.php]Дежа вю[/url] - это коллектив заслуженных вокалистов и музыкантов на праздник.
[url=http://dejavu-group.ru/index.php]Dejavu-group[/url]- лидер в области музыкального оформления свадеб, дней рождения, корпоративных вечеров, шоу программ.
В репертуаре Музыкантов Deja Vu около 3000 произведений.
Живая музыка. Поп, хиты 70-80-90-х, диско, джаз, ретро, современная музыка, европейские хиты, фоновая музыка, шансон .
Музыканты на праздник Дежа вю располагает мощной качественной музыкальной аппаратурой, которая позволяет наполнить приятным и плотным уху звуком как компактное помещение (фуршет), так и огромное пространство (корпоратив до тысячи человек).

Андрей +7 910 483 8294 [/color]